Showing posts with label rohaniah. Show all posts
Showing posts with label rohaniah. Show all posts

Friday, May 27, 2011

Sembang Pagi Jumaat

Kadang-kadang kita dengar sesebuah lagu, kalau kita rasa lagu itu berunsur keagamaan maka ia adalah baik. Tetapi jika kita tidak mengkaji sebaik-baiknya, kita akan mendapati bahawa sesetengah lagu yang 'baik' itu seolah-olah mempersendakan Allah dengan melawan firmanNya.

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu


Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “.

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

Surah Al-Munaafiqun (ayat 10 - 11)


Friday, May 20, 2011

Insiden Di Stesen Minyak

Untuk kali terakhir, aku berjumpa Fendy, saat aku menjemput dia yang turun dari bas sepulangnya dia dari Langkawi di Puduraya. Kami terus ke Q Bistro untuk makan malam. Ini hampir pasti, merupakan kali terakhir aku dan dia bersampingan.

Selepas makan, aku pun hantar Fendy balik. Tapi, aku berhasrat untuk mengisi minyak. Aku pun berhenti di Shell arah keluar ke Lebuhraya Metramac di Bandar Sri Permaisuri.

Ketika mengisi minyak, aku dikejutkan dengan seorang gadis kecil bertudung pink yang tiba-tiba muncul di sebelah aku dan tersenyum. Dia kemudian memberi salam. Aku menjawab salamnya. Mungkin dia teragak-agak untuk memberi salam kerana mungkin dia fikir yang aku bukan Muslim.

Seperti gadis seusianya yang dipergunakan oleh rumah-rumah anak yatim, senyumannya jelas merupakan lontaran dalam keterpaksaan. Jam telah lebih 9 malam. Aku jadi terharu, sedih dan marah kerana semasa aku sebesar dia, walaupun keluarga aku tak kaya, mak bapak aku dah pastikan aku ada di rumah pada waktu-waktu begini untuk menyiapkan kerja sekolah.

"Ni berapa satu ni" aku bertanya sambil menunjukkan sebotol madu yang dipegangnya. Budak perempuan itu sambil tersenyum menjelaskan khasiat madu itu serta jualan yang dibuat adalah untuk membantu anak-anak yatim tempat dia berteduh dan akhirnya menjawab, ia berharga RM100.

Mak aih. Sebotol madu kuning dalam botol mineral 500ml berharga RM100? Aku beli madu hitam kat Kundasang pun RM12 sebotol. Lagi besar dari tu.

Aku sedih dengan anak kecil ini yang diperalatkan oleh pentadbir rumah anak yatim tempat dia sepatutnya dipelihara tidak lebih dan tidak kurang dari apa yang diperolehi oleh seorang anak dari ibu bapa mereka.

Aku mengeluarkan wang RM10 walaupun aku sedar cash money di dalam poket aku hanya cukup untuk membayar tol sahaja. Aku menghulur RM10 itu kepada budak itu. Budak itu menawarkan resit tapi aku menolak. Aku mintak dia ambil duit tu dan buat belanja. Budak tu tetap berkeras mahu keluarkan resit. Aku berkeras tak mahukan resit itu.

Aku meluru masuk ke kereta dengan rasa sebak dan kesal dengan nasib gadis kecil itu. Kedengaran dia menyapa kat aku begini " Semoga Allah memberi rahmat kat abang." Aku tanpa memandangnya dan terus masuk ke kereta hanya menyebut kembali "Insya Allah."

"Siapa tu?" tanya Fendy. "Anak yatim yang dipergunakan" jawab aku. Kami terus berlalu.

Seminggu berlalu, aku dapat rasakan, ucap selamat terakhir yang dilontarkan gadis kecil itu seakan-akan telah termakbul. Bukan dari rahmat rezeki wang tunai beribu-ribu ringgit. Tetapi dari segi.....

Hehe. Saja kasi saspen. Sapa suruh baca.

Friday, April 1, 2011

Mufti Perak Haramkan Poco Poco

Kita datang nak bakor! Bukan nak menari poco-poco! Itulah ungkapan Usop kepada penduduk Kampung Pisang yang asyik menari poco-poco apabila Kak Limah menyanyikan lagu Enjit Enjit Semut saat mereka datang untuk membakar rumah Kak Limah.

Menurut Mufti Perak, poco-poco difatwakan haram. Sekurang-kurangnya untuk negeri Perak yang mempunyai rangkaian taman-taman riadah yang lengkap untuk warga beriadah dan berekreasi.

Aku pun mengkaji rasional pengharaman ini. Bila dikaji balik, Mufti Perak menyebut ianya menyamai upacara pemujaan roh di Jamaica dan turut menyerupai tarian berunsur keagamaan Kristian. Fakta mana dia dapat, aku tak tau.

Tapi, menurut akhbar Indon, tarian tersebut popular di Sulawesi Utara. Ketahuan lo, kalau Sulawesi Utara tu memang mempunyai 70% penduduk Kristian.

Bagi aku, poco-poco memang perlu ditegur. Ini kerana keterkinja-kinjaan anak gadis menari-nari mengikut rentak lagu memang tidak sesuai langsung dengan konsep kemelayuan apatah lagi keislaman. Kalau penari kebudayaan tu lantak demer lah kan. Memang dah status penari.

Ini dengan makcik-makcik bersaiz bantal berseluar ketat bertudung, terkinja-kinja, terkepak-kepak macam ibu ayam hypnotized dek musang yang menyamar sebagai penghibur, menari-nari dengan mencari sensasi di mata kaum lelaki secara terbuka adakalanya menimbulkan rasa pelik dan loya.

Rasanya, gadis-gadis yang menari di disko-disko pun tak kelihatan pelik berbanding makcik-makcik bertudung yang menari poco-poco dikhalayak umum.

Kalau nak sihat tubuh badan, tak payahlah nak menari-nari bagai. Pergi kelas aerobik tertutup pun OK je. Tak pun jogging je 1 km sehari. Poco-poco 100 kali sehari pun badan dok lagu tu jugak.

Kamis, 31/03/2011 19:15 WIB
Poco-poco diharamkan di Perak, Malaysia
BBCIndonesia.com - detikNews

Banyak warga Malaysia menggemari poco poco dan mempublikasikan video penampilan mereka

Banyak warga Malaysia menggemari poco poco dan mempublikasikan video mereka di YouTube

Keputusan Komite Fatwa negara bagian Perak, Malaysia untuk melarang poco-poco memancing reaksi beragam, sebagian menentang tari yang diketahui populer di Sulawesi Utara itu.

Berbagai laporan media Malaysia menyebutkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan poco-poco haram bagi warga Muslim dan keputusan itu akan segera dibukukan. Alasannya, poco-poco mengandung unsur kepercayaan Kristen dan unsur pemujaan roh.

Namun sejumlah politisi Malaysia berpendapatan larangan poco-poco tidak perlu karena hanya sekedar bentuk tari dan olahraga.

Anggota biro politik sentral PAS, partai yang berhaluan Islam, Khalid Samad menyebut keputusan komite fatwa Perak "menggelikan dan sama-sekali tidak bisa diterima."

"Pada dasarnya warga melakukan poco-poco untuk latihan tanpa motif keagamaan," katanya.

Seorang menteri di bawah kantor perdana menteri, Datuk Mashitah Ibrahim mengesampingkan kemungkinan larangan terhadap poco-poco juga diberlakukan secara nasional.

"Tarian ini berbeda-beda di beda tempat. Bahkan lagu-lagunya juga berbeda. Mungkin poco-poco menjadi masalah di Perak, tetapi di negara-negara bagian lain, poco-poco dianggap sebagai bentuk latihan," kata Mashitah Ibrahim seperti dikutip Bernama, Kamis (31/3).

Akan tetapi, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan pemerintah akan menghormati dan tidak mempersoalkannya.

Tuesday, December 21, 2010

Salji Landa Australia Di Musim Panas!

Dunia nak kiamat agaknya. Awal musim panas di Australia diselubungi salji! Salji yang turun kelmarin adalah bawaan angin sejuk dari Antartika sehinggakan beberapa tempat di negeri New South Wales dan Victoria diselubungi salji setebal 10cm.

Biasanya, Disember adalah musim panas dan kering sehinggakan berlaku kebakaran hutan yang meragut nyawa.

Setelah dilanda kebakaran hutan yang membunuh berpuluh-puluh orang beberapa ketika lalu, Australia dikejutkan pula dengan salji di musim panas.

Gambar dibawah ialah keadaan Charlotte Pass di New South Wales semalam.

Friday, December 3, 2010

Mormon Memuja Semenanjung Malaysia?

Mormonisme diasaskan oleh Joseph Smith Jr berdasarkan Book of Mormon tulisannya pada tahun 1830. Joseph mengajar doktrin keagamaan yang meluas meliputi teori-teori sains dan politik, menolak konsep Trinity dan mencipta takrif kebertigaan Tuhan mengikut fahaman sendiri serta menubuhkan gerakan Latter Day Saint. Dia dianggap menerima wahyu terus dari Jibril oleh pengikutnya. Menurut penganalisis Barat, ajarannya yang hampir sama dengan Islam antaranya :

1. Mengamalkan poligami (kemudiannya dibatalkan)
2. Mempercayai dan menjalani ibadah puasa.
3. Menekankan kepentingan institusi kekeluargaan.
4. Mempercayai Injil telah diubah dari asalnya.
5. Mengamalkan wuduk sebelum beribadat.
6. Mengharamkan arak, judi, homoseksual dan biseksual.
7. Mempercayai azab neraka mengikut perbuatan.
8. Tidak menyembah nabi sendiri (Joseph Smith 'nabi' mereka)
9. Menjalankan dakwah ke atas golongan atheist.
10.Mengamalkan zakat dan membantu fakir.

Pun begitu, Mormon masih menganggap diri mereka Kristian. Kristian yang menghidupkan semula ajaran tua yang mereka berpendapat merupakan agama yang asli, yang dianuti oleh semua para nabi.

Book of Mormon pula menceritakan tentang tempat "tanah yang dijanjikan" atau Land of Promise yang sentiasa diperdebatkan. Menurut buku itu, Land of Promise terletak di kawasan yang hampir dikelilingi air keseluruhannya.

Maka berkaji-kajianlah penegak Mormon mencari tanah yang dijanjikan dan akhir-akhir ini, mereka yakin bahawa tanah tersebut ialah Semenanjung Malaysia, sesuai dengan ciri jarak tempoh dan lokasi seperti terbayang dalam kitab berkait.

Di negara ini, melalui dasar bebas beragama dan kesedaran pendakwah Mormon tentang larangan ke atas sebarang usaha menyebarkan fahaman mereka ke atas Islam, kita dapat melihat pendakwah mormon yang sentiasa berpakaian kemas dan kebanyakannya bangsa kulit putih, selalu berdakwah kepada orang-orang Cina dan India di tempat-tempat awam di negara ini.

Hakikatnya mereka bukanlah untuk kita berasa fobia atau apa-apa. Cuma Mormon tetap tidak diiktiraf sebagai anutan yang betul oleh Islam. Soalnya, seberapa kuat pegangan dan pengetahuan tentang Islam pada minda anak-anak Islam di Malaysia?

Fahaman Mormon yang mempercayai orang Melayu merupakan genetik bangsa purba yang diceritakan melalui buku-buku yang meriwayatkan tentang bangsa yang dihantar ke tanah yang dijanjikan beribu-ribu tahun lalu mungkin dengan mudah meresapi pemikiran bangsa. Sebuah blog menceritakan kupasan ini dengan penuh olahan menarik.

Mormon merupakan ajaran mesra, tidak kasar, halus, bersopan, tajam berfikir dan terus mengkaji. Walaubagaimanapun, kajian mereka hakikatnya telah dihuraikan Islam dan dengan didikan agama yang betul, tidak ada apa yang dikhuatirkan oleh orang Islam.

Cuma lokasi Land of Promise itu menyentak jiwa dengan rasa bahawa, amat berat tanggungjawab umat Islam hari ini untuk memelihara akidah anak cucu mereka di masa depan.

Malangnya, Melayu hari ini terus hanyut dan membiarkan akidah tauhid terhakis dan ada juga yang telah hilang kemantapan akidah, kemaruk wang, memeluk Mormonisme kerana 'diberi zakat'. Salah siapa?

Tuesday, November 30, 2010

Jangan Main Cedok Jer Anney !

Selamat pagi semua. Ibu-ibu, bapak-bapak. Pagi sangat kan. Lalat pun belum sempat bangun nak hurung sampah. Yer lah, semalam hujan awal, so tidor awal la kan. Haha. Hidup dipengaruhi cuaca. Begitulah. Tapi, bangun je baca paper, terus temper. Sangat marah rasanya.

Apakan tidak, maksud di hati tak ingin berpolitik bagai. Tapi, diajak mengulas jugak lah kan bila ia bersangkut akidah pegangan segala ni. Al kisah Encik Parry yang mewakili parti oposisi di Malaysia ni. Oposisi yer. Bukan opsssissy.

Encik ni menghujah beralkisah bertoyib bagai sesama politikus dia la kan. Ada bangsa berkulit pagi, ada bangsa berkulit asar juga ada bangsa berkulit senja dalamnya. Wah. Meriah la kan. Sangat multirasial kan. Tetapi kan, multirasial tidak bermakna boleh multimacamsial yer.

Alkisah, toyyib, encik dari bangsa berkulit senja ni, menggunakan ayat Surah Ali Imran dalam ucapannya. Padahal dia bersembahyang di kuil adapun sepanjang hidupnya. Al Quran bukanlah kitabnya. Islam? Dua-dua mata pun tak dipandangnya. Bukanlah nak dikirakan sangat yer. Ikut hati pluralis sakitjiwalis, memanglah mengundang tepuk tangan tepuk meja bagai kan. Tapi, layakkah begitu?

Konon pula, ada yang berkata, dengan demikian, maka akan terbukalah hati mereka menerima Islam. Kalau terima, mereka tak cedok ayat satu dua yer. Mereka akan setuju dan metelaah seluruh isinya. Kenapalah oposisi negara ini berkepala dungga?

Ingatkah kita pada Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping dari parti Dok Ampu Penipu yang membaca ayat Al Quran terus dalam bahasa Arab, dengan tanpa hukum tajwid, yang mengundang tepuk tangan haji-haji PAS di Bukit Gantang dulu. Justifikasinya, dia semakin hampir ke Islam. Islam kah dia sekarang selepas 2 tahun? Tidak juga hingga ke akhirnya.

Tidak yer. Sesungguhnya, di belakang Dajjal, adalah kaum Yahudi dan para penyembah berhala. Bila dikatakan Dajjal itu tugasnya memanipulasi, berkait juga lah dengan niat hati pengikutnya yang mulut berkata A hati berniat B.

Encik Parry menyampaikan maksud ayat Al Quran itu dengan tunggang langgang sekali bak aya bersidang samsu. Maka apakah keikhlasan dia itu layak mengundang tepuk tangan kan?

Kalau dia benar-benar ikhlas, jangan colek satu dua ayat Al Quran lah kan. Ambil semuanya. Kerana kurang satu tak wujudlah seribu. Jangan lah kita menjadi manusia pembela munafik yer. Cukup-cukuplah dosa-dosa yang ada yang menunggu giliran untuk diinsafi.

Eh, sudahlah kau! Semakin aku berkata-kata, semakin benci aku padamu. Gitu. Enjoylah video di bawah jika anda rasa ini mengenjoykan :


Ini pula ayat sebenar dan maksudnya yang sebenar bagi ayat yang dicedok oleh munafikin di atas.

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ . الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.

Renung-renungkan, selamat beramal!

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Korban 1431H

Selamat Hari Raya Korban. Hari ini mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim yang patuh kepada suruhan Allah yang mahu mengujinya dengan mengarahkan agar anak kesayangannya, Nabi Ismail, dikorbankan sebagai lambang keimanan. Nabi Ibrahim mematuhi arahan Allah SWT dan untuk itu, susuk Nabi Ismail ditukarkan kepada seekor kibas dan Nabi Ismail dialihkan dari tempat sembelihan dan selamatlah beliau atas kasih sayang Tuhan dan kasih sayang bapanya.

Dari Nabi Ismail lah, turunnya keturunan Nabi Muhammad, junjungan besar umat akhir zaman.

Jadi, konsep korban hari ini mungkin sama tetapi berbeza dari segi kesesuaiannya dengan zaman. Ibadah korban yang dituntut hari ini lebih bagi membantu golongan fakir miskin dengan mengorbankan sedikit harta ke jalan Allah.

Tetapi, bagaimana pula Hari Raya Korban tahun ini yang jatuh pada hari Rabu. Sesetengah dari kita tidak mendapat cuti, atau tidak dapat bercuti kerana hal-hal kerja dan hal-hal peribadi.

Sesungguhnya, TIDAK BERSAMA KELUARGA KERANA BERKORBAN MASA DI PAGI RAYA....



adalah lebih baik dari.....TIDAK BERSAMA KELUARGA KERANA TERKORBAN NYAWA DI JALAN RAYA...


Selamat Hari Raya Korban 1431 Hijrah.

Tuesday, November 2, 2010

Islam Kejawen Dan Gunung Merapi

Jika Mbah Maridjan telah pun ke alam barzakh, kini datang bakal penggantinya pula mengeluarkan statement. Paling hairan, ciri percakapannya dan cara amalannya amat bertentangan sekali. Dia diketahui sebagai seorang yang warak, malah isterinya mengaji setiap hari. Tetapi statement yang dibuat olehnya cukup jelas besar kekhurafatannya. Itulah ISLAM KEJAWEN. Lihat petikan dibawah dari DetikNews.com :

Jakarta - Jika ilmuwan vulkanologi menyatakan awan mirip Petruk tidak berarti apa-apa, Ponimin (50) yang disebut-sebut "sakti" seperti Mbah Maridjan, punya penafsiran sendiri. Menurutnya, hidung Petruk yang menghadap Yogyakarta mengandung arti Merapi mengincar Yogyakarta. "Memang sebenarnya yang di arah Yogyakarta, sasaran Merapi Yogya," kata Ponimin saat ditemui wartawan di Kaliadem, Umbulharjo, Cangkringan, Sleman, Jumat (29/10/2010). Kenapa Yogyakarta yang diincar? Ponimin punya alasan sendiri, dia yakin itu karena tabiat orang-orang di sana. "Di Yogya ini banyak orang-orang tidak baik, mereka yang diincar Merapi. Para penunggunya sudah marah dengan kondisi masyarakat," jelas Ponimin yang saat ditemui tengah "diantre" para jurnalis asing. Ponimin menjelaskan, untuk menanggulanginya diperlukan pertobatan. Masyarakat bisa meningkatkan amalan. "Kalau tidak ingin Yogya jadi sasaran kemarahan penghuni Merapi, kata istri saya, kita harus banyak mengaji," terangnya. Ponimin bersama 7 anggota keluarganya selamat dari awan panas Merapi. Dia dan keluarganya berlindung di bawah mukena yang biasa dipakai istrinya salat. Rumah Ponimin hanya berjarak 200 meter dari rumah Mbah Maridjan. Ponimin dikenal warga lereng Merapi sebagai orang nomor dua setelah Mbah Maridjan. Dia biasa dimintai tolong warga untuk menangkal hujan atau menggelar selamatam. Ponimin menyatakan bahwa sosok mirip Petruk itu merupakan salah satu penunggu Merapi. "Memang di puncak Merapi ada sosok Mbah Petruk, saya pernah bertemu. Sosoknya kaya mbah-mbah. Tapi di sana banyak jin dan para sesepuh, seperti Kiai Sidik Purnomo, Empu Permadi, Empu Romo, Empu Branjang Wesi, dan ada Eyang Guntur Geni," jelasnya. Suswanto (40), warga Srumbung, Magelang, mengabadikan awan yang berbentuk Petruk dengan bidikan kamera ponselnya pada Senin 25 Oktober selepas subuh. Sebagian sesepuh di desa tersebut mengartikan itu sebagai tanda bahwa akan ada letusan Merapi yang besar. Kepala Mbah Petruk yang menghadap ke selatan artinya musibah akan terjadi di Yogyakarta dan sekitarnya.

Wednesday, August 11, 2010

Mahu Dihormati Tanpa Menghormati? Pigi Mati!

KES 1

"Untung dik, kau kerja kerajaan. Akak ni kerja dengan Cina, pagi tadi jer ofismate akak dok offer cheese cake kat akak. Lepastu akak cakap la akak puasa. Then dia kata, Oh. OK. Kemudia dia makan cheese-cake tu tepi akak. Kurang ajar tau."


KES 2

"You mau kerja sini, bukan. Ini despatch spare-part you tau. Mau kerja mesti ikut kita punya time. Lunch 1 jam. Jumaat sembahyang tak boleh pigi. "

Kesimpulannya

Bagaimanakah orang-orang Cina di negara ini sanggup menyebut mereka di diskriminasi, tidak dihormati dan tidak diberi tempat SEDANGKAN, pada tata kelakuan mereka, tiada rasa untuk menghormati kepercayaan orang lain, autokratik, totalitarian dan bersifat mengeji dalam menindas? Akhirnya, orang Islam di Malaysia akan berubah dari bersifat mengalah, kepada bersifat membalas dendam untuk bertukar kepada sifat tidak akan menghormati langsung. Jangan bercakap mengenai mutual respect sedangkan kita sendiri tidak ada rasa hormat terhadap orang lain. Jangan menuntut kesaksamaan jika kita sendiri bersifat menindas.

Tuesday, July 27, 2010

Mabul Island, Semporna, Sabah

Kejernihan bak kristal air di perairan Mabul. Pulau Mabul terletak di atas pelantar yang dikelilingi curam ke dasar lautan yang agak dalam. Ini membuatkan pantainya tidak berombak!


Pelantar Mabul. Pulau nye cenonet jer. Pelantar yang tenggelam tu menghasilkan kawasan yang snorkeling yang indah.

Penginapan Uncle Chang. Day trip RM100 ada makan pagi, tengahari dan petang. Tidur sana, tambah RM60 semalam. Terdapat bilik untuk 4 orang dan bilik untuk 2 orang.

Uncle Chang yang bertocang tu dengan kakitangannya menyanyikan lagu dan bertepuk tangan menyambut kedatangan kami. Haha. Special.


Penginapan Uncle Chang.


Rumah orang-orang kampung.

Gambar ikan ni aku ambik dari atas pelantar lorong yang menghubungkan rumah ke rumah. Sepanjang jari ke siku jugak binatang tuh.


Rumpai laut yang banyak di sini menghijaukan perairan jernih Mabul.


Masjid Pulau Mabul.


Penduduk Mabul menyertai 4th Mabul Clean Day 2010, 25 Julai - 31 Julai.


Di sinilah kampung halaman Patrick sebelum dia dihalau ke Bikini Bottom kerana kevuduhannya.

ABC mangga RM2.50

Gerai yang menjual ABC mangga tepi masjid.

Gerai yang menjual ABC mangga tepi masjid.

Balik ke Uncle Chang, rilek-rilek. Pintu masuk ke Penginapan Uncle Chang dari kampung.

Pemandangan arah barat daya. Yang warna biru gelap itu adalah hujung pelantar Mabul dengan tebing menjunam ke laut yang cukup dalam.

Pemandangan tanah besar Sabah dari Mabul.

Kedai Kak Neng yang handal berbahasa Inggeris.

Tu dia. Daifnya. Datuk Shafie Apdal, tolong bagi signboard yang proper.

Mee Goreng Ayam kedai Kak Neng.

Angin mula bertiup kencang di Pulau Mabul.

Disusuli hujan yang amat lebat mewarnai buffet line Uncle Chang untuk makan tengahari.

Cuaca kembali cerah selepas hujan lebih sejam.

Mabul memang penuh dengan tapak sleman.

Kampung penduduk Mabul sebelah timur.

Anak-anak Mabul bermain bola di tengah rembang di kawasan lapang tengah-tengah pulau.

Kelas pengajian Al-Quran untuk kanak-kanak di pulau ini.

Paip air berselirat di atas tanah di pulau ini. Air diperolehi dengan mengepam telaga-telaga yang digali ditengah-tengah pulau.

Nyiur melambai-lambai disusuli angin berbahang yang membuatkan aku nak demam.

Kemudian, kami meninggalkan Mabul.

Pemandangan pekan Semporna dari laut.

Pemandangan Pulau Bum-Bum dari perairan pekan Semporna.

Pemandangan pekan Semporna dari laut.


Jeti Jabatan Marin Semporna. Jeti ini bakal dibuka nanti dan semua pejabat agensi pelancongan laut akan tertempek di sini. Terletak berhampiran balai polis Semporna.

Wednesday, June 9, 2010

Pagi Yang Panjang..

Lepas lepak mamak tadi, aku pun memandu tanpa hala tuju. Dari Desa Pinggiran Putra, aku ke Presint 16. dari Presint 16 aku ke Presint 1. Dari Presint 1 aku ke Presint 9. Sampai aku nampak Petronas, dan aku pun teringat untuk isi minyak. Lepas isi minyak, aku terus memandu ke Presint 4 dan sampai ke rumah aku di Presint 5. Keseluruhan jarak pembuangan minyak aku tu ialah 25km.

Sepanjang memandu, fikiran aku melayang. Memikirkan apa perasaan orang-orang yang aku smash kerana kebobrokan diri mereka. Tengok la. Betapa aku sayangnya kat kawan-kawan. Walaupun mereka tak pedulikan apa perasaan aku, aku tetap pedulikan apa perasaan mereka. Apa yang aku buat semuanya demi kebaikan.

Aiman yang nak sangat duduk ngan aku dah bertukar fikiran bila berita yang dia dapat kuarters di Presint 15 semalam menggembirakan dia dan menyakitkan hati aku. Haha. Tak per. At least seseorang di rumah aku tu masih mempunyai masa untuk tidak menghadapi PENGHALAUAN yang terulung dekad ini.

Sampai je rumah terus aku siap-siap, turun ke surau. Alamak. Surau masih gelap. Aku pun solat tahiyat masjid tepi tingkap dengan angin subuh yang sangat segar dalam samar-samar. Nak cari switch tak jumpa. Sayup-sayup kedengaran azan Subuh di Masjid Dengkil. Alamak, nak azan ke tak nak ni.

Tiba-tiba, seorang tua masuk dan memberi salam. Aku cakap kat dia, aku tak tau switch kat mana. Dia pun mengalu-alukan kehadiran aku di surau tu seawal pagi buta macam tu. Aku pun cakap kat dia, semalam aku tidor awal. Kalau tak, pukul 6.30 la aku bangun.

Kami sembahyang berjemaah bertiga. Seorang imam dan dua makmum. Haish. Parking lot sampai takde tempat. Surau ada tiga orang je. Dunia dah nak kiamat gamaknya.

Selesai subuh, aku naik dan siap untuk ke tempat kerja. Sambil memandu aku masih lagi terpikir hati orang lain. Kenapa orang lain tak pikir tentang hati aku?

Tuesday, June 8, 2010

Kalau Dah Kaget..

Tadi masa sembahyang Asar, I was like, what.. ramainya sedang berjemaah kat surau. Then I pun wuduk cepat-cepat and want to join the jemaah la kan. Suddenly rupanya dorang dah dalam tahiyat awal. Tetiba pakcik Tarmizi tarik tangan aku untuk sembahyang dari tengah acara la. So aku pun join la. Angkat takbir dan terus duduk tahiyat bersama kumpulan jemaah yang besar.

Bila imam bagi salam, kitorang yang lambat tadi pun bangun untuk menyelesaikan dua rakaat lagi yang terkurang. Tapi lepas aku sujud kali kedua dalam rakaat pertama sembahyang extension tu, aku terasa ngilu lagi. Telinga aku rasa bingit. Terus aku terduduk ke tahuat akhir dan membaca tahiyat akhir. Bila aku terasa yang Tarmizi terus bangun untuk menyelasaikan rakaat penghabisan, baru aku sedar ada lagi satu rakaat aku terskipped.

Aku pun bagi salam, terus pergi ke sudut lain, dan buat sembahyang asar balik. Kali ni sendirian.

Imagine, bila aku dah rasa sakit camni, menghadap Tuhan lagi aku boleh buat silap dan atur langkah aku jadi celaru, siapa la korang yang dah terkesan dengan sikap aku lately. Sorry, aku bukan sengaja tetapi korang yang sengaja membuat aku felt like just nobody to negotiate with.

Ngilu..

Allah tak pernah aniaya makhluknya. Kalau Dia bagi dugaan, sesungguhnya Dia tahu yang hambaNya itu sanggup menanggungnya.

Lepas sembahyang Zohor tadi, aku terasa dada aku sebelah kiri sangat ngilu. Ya, selepas 8 kali sujud. Sujud adalah posisi terbaik untuk memastikan otak kita menerima bekalan darah yang mencukupi. Sujud juga antara pencegah penyakit stroke.

Kalau kerana bersujud itu membuatkan jantung aku ngilu, aku redha. Pasti ada yang terbaik untuk setiap sesuatu yang berlaku.

kalau kerana bersujud itu memburukkan lagi keadaan sakit jantung valvular aku, aku redha. Sebab itu mungkin adalah yang terbaik untuk aku.

Sebenarnya, keredhaan seseorang hamba terhadap takdir yang ditentukan oleh Penciptanya itulah penawar sekiranya seseorang hamba itu mengetahui. Jika ditakdirkan hayat itu tidak lama, bukankah itu disebut 'Tuhan menyayangi si mati'? Alangkah untungnya sesiapa yang disayangi Yang Maha Satu.

Lain Nak, Lain Yang Dapat..

Aku tak mintak lebih. Aku cuma nak kau ada dengan aku pada masa sulit macam ni. Aku tau kau jauh. Tapi bukan ke sebelum ni FB mendekatkan kita. Skang, aku dah diberi warning, apa lagi yang aku ada.

Sulit aku memikirkan budak rumah.

Sulit aku memikirkan sakit jantung.

Sulit aku memikirkan engkau yang dah berubah.

Aku mesti kuat, aku mesti tabah. Hilang housemate berganti housemate. Hilang kekasih berganti kekasih. Hilang jantung tak ada galang ganti. Jadi pada apakah yang aku patut bagi tumpuan sekarang? Sendiri mau ingat.

Aku memilih untuk tinggal di kuarters sebab aku nak ketenangan. Yang aku dapat sakit dada.

Aku memilih teman yang jauh sebab aku tahu aku tak mampu untuk attend teman aku setiap hari tapi akhirnya ini yang jadi.

Aku tak pernah mintak kepayahan dan kesesakan dada untuk datang. Tetapi aku tahu, Tuhan hantarkan untuk bagitahu aku yang ada hikmah yang menanti.

Hilang kasih pada kekasih tak mengapa. Jangan hilang kasih pada Tuhan. Aku besyukur, sebab aku masih mampu rukuk dan sujud.

Saturday, January 2, 2010

Allah Bukan Untuk Tuhan Bertiga

Memang boleh. Memang boleh orang Kristian untuk menggunakan nama ALLAH. Tetapi penganut Kristian tersebut perlulah dikalangan mereka yang bebas dari pengaruh Vatican.

Pengaruh Vatican dikatakan sangat kuat dalam penubuhan American Evangelical yang membawa sebuah lagi dimensi baru dalam agama Kristian.

American Evangelical telah membawa ideologi triniti atau tuhan bertiga. Pemikir Kristian ini menyebut bahawa Tuhan Di Langit adalah Tuhan Bapa, manakala Tuhan Di Bumi adalah Nabi Isa a.s. dan Tuhan Perantara adalah Ruhul Kudus yang merujuk kepada Jibril a.s.

Ketiga tiga ini disebut Tuhan Yang Satu tetapi datang bertiga. Ini memungkiri maksud bahasa dan istilah bagi ALLAH yang merupakan perkataan Arab bagi Al-Lah iaitu Tuhan Yang Satu.

Penganut Kristian yang tidak dipengaruhi Vatican menyebut Nabi Isa sebagai penyelamat dan bukannya Tuhan.

Pelik apabila perkataan Arab itu menjadi rebutan dikalangan Kristian dan Islam di Malaysia sedangkan tiada langsung pengaruh Arab dalam tamadun umat Kristian di Malaysia. Agenda siapa ya?

Bukankah kita dapat melihat Bumiputra Sabah dan Sarawak lebih mudah mengenal Islam? Yang merosakkan keadaan ini adalah satu pihak yang sengaja mahu mengelirukan keadaan. Pihak yang mana ya?

Tetapi tidak perlu mengambil langkah terburu-buru. Mereka yang sedar akan hakikat ibahawa Allah itu adalah Tuhan Yang Satu ni akan mula mencari-cari Tuhan Yang Satu . Sinar Islam mungkin akan sampai di hati mereka.

Insya Allah.