Showing posts with label keindahan. Show all posts
Showing posts with label keindahan. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

Destinasi Pilihanku : Kota Kinabalu

Tidak dinafikan lagi, destinasi paling best bagi aku di bumi Malaysia ini ialah Kota Kinabalu! Yes! Aku dah sampai ke semua ibu negeri di Malaysia ini, dan tidak ada yang setanding dengan Kota Kota Kinabalu! Pada 17 September 2011 aku berpeluang untuk ke Kota Kinabalu untuk kali kedua, hasil dari bonus setengah bulan untuk raya pada bulan 8. Elok sangat kan. PM kasi bonus untuk belanja raya, aku buat beli tiket kapaterobang.

Apa yang aku suka tentang Kota Kinabalu ialah, tentang kemampuan kita untuk terpanggang kepanasan dan menggigil kesejukan dalam tempoh 12 jam melancong.

Lihat sahaja pemandangan Pulau Sepangar saat pesawat membuat pusingan untuk mendarat. Walaupun cantik, tiada publisiti pelancongan untuk pulau ini. Kalau di Semenanjung, nescaya dipuja puji bagai nak rak sebagai destinasi indah itu ini.

Berdirinya sang jurugambar ini ialah di atas Pulau Manukan. Pulau Manukan boleh dikunjungi seawal jam 8 pagi. Tambang bot cuma RM10. Namun yuran memasuki Taman Laut ini mencecah RM7.50. Sewaan peralatan menyelam adalah RM15 meliputi google snorkeling , jaket keselamatan dan fin. Snorkeling hanya dibenarkan di kawasan yang dipagari pukat kerana di sebalik keindahan sudut menarik Laut China Selatan ini, menanti gerombolan obor-obor berbisa yang mengintai mangsa. Oleh kerana Spongebob tinggal di Bikini Bottom, tiada siapa yang mahu menangkap obor-obor di Manukan Bottom. Semua bottom, sapa top? Menjelang jam 12 tengahari, suhu pantai akan mencecah 36­°C dan boleh mengudangkan kulit anda. Selepas merasa sensasi kepanasan itu, pulanglah segera ke bandaraya Kota Kinabalu.

Sukar untuk mendapati kejernihan pantai dengan berlatarkan bandaraya yang pesat membangun. Cuba ke Pulau Pinang. Sudahlah lautnya hanyir, air taik dari hotel di salurkan ke tengah laut. Depa ingat kami tak nampak?

Dan saya semakin keudangan dipanah terik mentari Pulau Manukan. (Gerenti menggelupas kulit ni). Jadi, untuk merasai sensasi seterusnya, kembalilah ke Kota Kinabalu, dan mulakan pemanduan ke Kundasang.

Mengikut Google Maps, jarak dari Jesselton Point (jeti) ke ladang tenusu Sabah Diary Farm yang terletak 1600 meter dari aras laut di Kundasang adalah 94.3km dan mengambil masa 1 jam 32 minit. Bidaah. Lebih kurang 2 jam mungkin. Jadi mulakan perjalanan anda pada jam 1 petang, untuk sampai di Kundasang pada jam 3 petang.

Perjalanan ke Kundasang perlu menempuh laluan berkabus sebab hari dah petang. Selepas tengahari, kawasan Bundu Tuhan iaitu simpang ke Kinabalu Park akan mula dilitupi kabus. Awas jika memandu. Kerana di sesetengah tempat, jarak penglihatan hanya di bawah 10 meter!

Setibanya di Kundasang, teruskan perjalanan ke Jalan Cinta Mata Mesilou yang menghala ke Gunung Kinabalu. Kudasang terletak 1,200 meter dari aras laut. Tempat tertinggi yang boleh kita pandu kereta kita ialah Sabah Diary Farm yang terletak 1,600 meter dari aras laut. Inilah dia jalan menuju ke Sabah Diary Farm. Sangat indah dan dingin.

Dan menjelang jam 4 petang, kita pun berada di kaki Gunung Kinabalu dengan pemandangan air terjun Sungai Mesilou yang jatuh dari ketinggian 1,000 meter tetapi hanya jika selepas hujan. Beruntung lah saya dapat melihatnya. Suhu di sini tercatat 16°C ! Hanya 4 jam yang lepas, kulit anda dibakar mentari pantai 36°C ! Inilah tarikan sebenar Kota Kinabalu!


Sabah Diary Farm sangat indah. Seperti anda berada diluar negara.

Keindahan itu dapat dilihat bukan sahaja jika diselitkan dengan model yang indah...

Malah jika model yang diselitkan itu tidak indah, keindahan Kundasang tetap menyerlah!

P/S : Saya dari Manukan ke Kundasang bukan dalam masa sehari. Saya cuma syorkan cadangan bahawa anda boleh lakukannya dalam masa sehari. Bidaah ini dibayar siarannya.

Monday, April 4, 2011

Melihat Tingkahlaku Awan

Beginilah kelajuan apabila 15 minit dilajukan menjadi 15 saat. masa yang diambil untuk save footage ini ke dalam kelajuan ini mencapai 90 minit. Malang sungguh behavior awan tidak seperti yang diharapkan:


Ini pula kelajuan di atas digandakan menjadi hanya 7 saat. Setelah memadatkan video di atas, kerja melajukan menjadi mudah. Masa yang diambil cuma 10 saat :


Video ini di rakam di Taman Perpaduan, Ipoh 03.11.2011 jam 6.30 petang.

Thursday, November 11, 2010

Hujan Pagi Yang Best !!


Sejak zaman sekolah dulu, saya adalah peminat Hujan. Bukan band Hujan. Tetapi hujan pagi. Hujan pagi bagi saya membawa rahmat yang sangat baik. Ia menyejukkan pagi dan membawa ke tengahari.

Pagi ini, selepas saya bangun tidur yang agak awal (sebab semalam terbongkang jam 2230), saya mendapati mendung sedang menuju ke Putrajaya. Dari kejauhan, ia telah dekat.

Pagi yang terang, kini sudah gelap. Maka semangat saya untuk pergi kerja dengan menempuh jalan basah dan hujan mencurah akan tercapai.

Tapi mengikut cerapan saya, tahun ini hujan pagi memang selalu. Petanda apakah itu. Eh.. Dah turun dah ujan. Yahoo !

jap.. edit kul 0740.. ujan dah berenti... alaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, September 17, 2010

Fotomoto : The Lost World Hotsprings

Petang Raya Ketiga, Ahad 12 September 2010, hujan turun. Suhu jatuh. Cadangan terbaik kami ialah ke Lost World Hotsprings.. Kami lepak sampai pukul 10.00 malam. Memang tutup 10 malam la..









Wednesday, September 1, 2010

Malam Merdeka @ Genting Highlands

Malam merdeka melmarin, aku balik kerja jam 5.45 petang. Aszemil dan Arif Shukor ngajak berbuka bersama. Lokasi : Rumah Arif, Pandan Indah. Tiba-tiba Ebo membuat panggilan supaya membantunya untuk memilotkan keretanya ke Genting Highlands. Mampuih. Pakai kereta tak tahu jalan lebih hina dari takder kereta tahu jalan.

Maka sidang berbuka di rumah Arif selesai jam 8.00 apabila aku memohon mengundur diri sementara Ebo telah tiba di Pandan Indah dari Puncak Perdana. Kemudian aku memandu Ebo ke Taman Seri Merdeka dan kereta comelku berjaya aku parking, demi untuk melanyak sebuah MyVi baru, plat AHE 749, menghambat binatang itu menaiki bukit.

Sampai di sana, kami melepak di Theme Park Hotel, bilik 5215. Malangnya, satu dari dua kereta konvoi Ipoh yang menjadi punca kami ke Genting telah berlanggar di Batang Kali. Akibatnya, aku terpaksalah melayan fefukis mereka dan pada pandangan mata umum, aku seperti punya cewek menikmati bunga api yang berdam. Hehehe.

Esoknya, pelancong dari Ipoh melawat Snow World manakala aku si pemandu pelancong pula bertarung dalam perlawanan snooker dengan seorang polis bantuan belagak di sana dan dengan bangganya diumumkan, akulah pemenang perlawanan itu.





Mil menyiapkan air tebu yang baru diperah olehnya.


Seorang jejaka botak sedang posing poyo je..


Malaysia next Teresa Kok and her dad..


The small Chinese girl in pic above this one is the only living creature with national flag..


Soon, Merdeka is fireworks exhibition..


And kids will wait for Merdeka to see fireworks...



And the flash tarnish the dark sky...




Dan melakar keindahan mainan api dan belerang...



Hotel tempat kami menginap...

Monday, August 9, 2010

Sepetang Di Bukit Ampang


Hari Sabtu yang mendung, aku pun bangun dengan suasana relaksasi yang tinggi. Sebab berjauhan dengan rumah sendiri yang menjadi punca hujung minggu yang kusut. Jadi aku ke dareah padat tempat aku dilahirkan di KL ini 7 tahun lalu. Ampang.


Lalu aku pun membawa hayunan langkah aku untuk masuk ke kereta dan memandu ke Bukit Ampang. Cuaca berjerebu dan mendung.


Sekali sekala mentari seakan-akan mahu menunjuk dirinya tetapi segan silu. Mamat ni juga yang tanpa segan silu menunjukkan dirinya kepada matahari. Eh, apa aku tulis ni..


Kemudian, aku ke gerai di bucu depan jalan menuruni bukit ke Ampang Saujana. Eh. Papan tanda apa ni. Belum pernah ku lihat di mana-mana ya.


Kemudian aku pun order kopok lekor singgit.



Disusuli nasi lemak sebungkus dengan dihiasi gambar pemain Switzerland. Kan bagus kalau si pemain tu datang makan kat sini. Haha. Baru dia tau langit tinggi rendah.


Dan juga air jambu. Harganya, Ka-Ching. Semuanya RM3.00 bang.


Keenakan sambalnya yang pedas manis penuh perisa itu membuatkan aku makan 3 bungkus. Tu pasal muatan aku meningkat. Hantar PUSPAKOM badan ni sah kena saman.


Akhirnya mentari menunjukkan diri dalam kemalu-maluan. Ada kemaluan juga matahari kan. Bolehlah menjerit menyanyi lagu "Senja Di Kuala Lumpur" nyanyian Broery Marantika jika anda merasakan perbuatan anda itu tidak bertentangan dengan papan amaran tadi.


Dan yang tiada kemaluan cuma peniaga ini yang selamba mak enon, bukan sahaja parking di atas garisan kuning, malahan, berdagang lagi.

Tuesday, July 27, 2010

Kembara Ke Semporna 4

Isnin 26.06.2010. Aku bangun dari tidur yang enak. 3.15 ??? What the fuck!! Bilik gelap ni memang lahanat. Aku terus on FB. Aku terbaca status Arul yang sebut dia takleh tidor lagi. Katanya nak gi kerja terus. Phew! 3.15 pagi. Mati-mati aku ingat 3.15 petang. Panik wei. Ko bukan dok tepi airport.

Aku terjaga 6.15 pagi. Awal lagi. Terjaga lagi. 7.30 pagi. Awal lagi. Terjaga lagi, 8.45 pagi. Awal lagi. Terjaga lagi. 10.00. Heh ni kalau aku tidur lagi ni sah sah kul 1. Pastu kena cas RM20. Checkout terlebih waktu. Aku bangun, mandi, gi makan mamak sebelah. La. Hujan lebat rupanya. Pas makan aku naik-naik siap barang. 11.45 aku check out. Pastu aku mintak pakai internet 2 jam kat pc dia yang tersedia. Jam 1.30 aku keluar. Bas dah ada. Horei. Ujan masih belum berenti. Renyai-renyai. Niat aku nak beli sovenir bagi budak opis terbantut. Naik je la bas ni wei.







Bas jalan jam 2.10 petang. Sampai airport Tawau, bas masuk ke airport. Jam dah dekat pukul 4. Aku ambik kesempatan nak turun. Muka drebar tu dah macam tak suka je. Aku tau sebab apa. "Saya kalau turun sini OK la. Tak payah pergi tawau ambil bas ke sini pula," ujar aku.

"Eh yang turun Airport sorang saja bha." katanya sambil melihat makcik sorang yang duduk depan aku turun. "Ya saya mau turun sini" aku saja tengok reaksi dia. "Tapi kena cas " jawabnya. "Sepuluh ringgit kan? Nah" sambil aku bagi not RM10 yang memang aku dah keluarkan. "Iya, iya" jawabnya sambil mencekau duit.

Nah. Sampai awal la pulak. Flight ke KL, 18:35. Huh. Tulis kat tiket kul 6.05. Selesai check in, pemeriksaan kastam, cop imigresen (warga Malaya katenye), pesawat sampai dari KL pukul 6.15. Tapi jam 6.40 dah terbang ke KL balik. Haiyo. Menakutkan.

Suku perjalanan, aku beralih ke row second last yang tak ada orang duduk. Bising la anak beranak Singapore gamaknya kat sebelah aku, depan aku, dan depan lagi satu.




Perjalanan yang disirami rembulan.

Aku selamat sampai di LCCT jam 9.20 dan selamat sampai ke rumah jam 11.15. Ni semua alarm keter punya pasal. Huh.

Maka dengan itu, berakhirlah Kembara Ke Semporna yang telah aku jalani.

Mabul Island, Semporna, Sabah

Kejernihan bak kristal air di perairan Mabul. Pulau Mabul terletak di atas pelantar yang dikelilingi curam ke dasar lautan yang agak dalam. Ini membuatkan pantainya tidak berombak!


Pelantar Mabul. Pulau nye cenonet jer. Pelantar yang tenggelam tu menghasilkan kawasan yang snorkeling yang indah.

Penginapan Uncle Chang. Day trip RM100 ada makan pagi, tengahari dan petang. Tidur sana, tambah RM60 semalam. Terdapat bilik untuk 4 orang dan bilik untuk 2 orang.

Uncle Chang yang bertocang tu dengan kakitangannya menyanyikan lagu dan bertepuk tangan menyambut kedatangan kami. Haha. Special.


Penginapan Uncle Chang.


Rumah orang-orang kampung.

Gambar ikan ni aku ambik dari atas pelantar lorong yang menghubungkan rumah ke rumah. Sepanjang jari ke siku jugak binatang tuh.


Rumpai laut yang banyak di sini menghijaukan perairan jernih Mabul.


Masjid Pulau Mabul.


Penduduk Mabul menyertai 4th Mabul Clean Day 2010, 25 Julai - 31 Julai.


Di sinilah kampung halaman Patrick sebelum dia dihalau ke Bikini Bottom kerana kevuduhannya.

ABC mangga RM2.50

Gerai yang menjual ABC mangga tepi masjid.

Gerai yang menjual ABC mangga tepi masjid.

Balik ke Uncle Chang, rilek-rilek. Pintu masuk ke Penginapan Uncle Chang dari kampung.

Pemandangan arah barat daya. Yang warna biru gelap itu adalah hujung pelantar Mabul dengan tebing menjunam ke laut yang cukup dalam.

Pemandangan tanah besar Sabah dari Mabul.

Kedai Kak Neng yang handal berbahasa Inggeris.

Tu dia. Daifnya. Datuk Shafie Apdal, tolong bagi signboard yang proper.

Mee Goreng Ayam kedai Kak Neng.

Angin mula bertiup kencang di Pulau Mabul.

Disusuli hujan yang amat lebat mewarnai buffet line Uncle Chang untuk makan tengahari.

Cuaca kembali cerah selepas hujan lebih sejam.

Mabul memang penuh dengan tapak sleman.

Kampung penduduk Mabul sebelah timur.

Anak-anak Mabul bermain bola di tengah rembang di kawasan lapang tengah-tengah pulau.

Kelas pengajian Al-Quran untuk kanak-kanak di pulau ini.

Paip air berselirat di atas tanah di pulau ini. Air diperolehi dengan mengepam telaga-telaga yang digali ditengah-tengah pulau.

Nyiur melambai-lambai disusuli angin berbahang yang membuatkan aku nak demam.

Kemudian, kami meninggalkan Mabul.

Pemandangan pekan Semporna dari laut.

Pemandangan Pulau Bum-Bum dari perairan pekan Semporna.

Pemandangan pekan Semporna dari laut.


Jeti Jabatan Marin Semporna. Jeti ini bakal dibuka nanti dan semua pejabat agensi pelancongan laut akan tertempek di sini. Terletak berhampiran balai polis Semporna.