Showing posts with label ibukota. Show all posts
Showing posts with label ibukota. Show all posts

Sunday, December 5, 2010

Mana Lebih Mahal? Bil Air? Bil Astro?

Pagi ni aku dihadiahkan air cuci perut oleh Syabas. Kalau sapa ada masalah berak, boleh la minum air tu. Gerenti lancar sampai biru muka. Syabaslah.

Tarif air belum naik, orang dah berdemo sana demo sini. Kata demer, air pun kotor macammana nak naikkan tarif?

Kata teman, idak ke demer pikior yang kalau tak dibagi duit lebih, macammana nak diganti paip lama?

Pulak tu, ada yang pimpin tangan mereka. Parti politik pembangkang. Mereka suruh lagi Syabas bagi air free 20m³ setiap bulan. Sebenarnya depa nak suruh Syabas melingkup.

Selangor to ink RM50b Klang River clean-up agreement
July 01, 2010

SINGAPORE, July 1 — The Selangor state government is expected to sign the Points of Agreement (POA) with companies it has appointed to rehabilitate and develop the Klang river within the next two months.

This latest development was revealed by Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim during a special briefing at the ongoing Singapore International Water Week here, according to the event organiser today.

The Selangor government had earlier appointed three companies to carry out the Klang River rehabilitation project that is expected to attract RM50 billion (US$15.4 billion) worth of investments.

The companies are TSS-Mako Engineering Sdn Bhd, GJA Engineering and Construction, and Wessex Water I-Bhd Consortium.

Kan jelas yang Selangor mahu konsortium air Singapore yang melabur membersihkan Sg. Klang. Takkan sampai RM50billion? RM50billion pastilah termasuk menyediakan rawatan untuk bekalan air.

Lagipun Khalid Ibrahim banyak kali memberi hint bahawa dia tidak bersetuju dengan pembekalan air dari Pahang adalah sebab, dia mahu potensi Sg. Klang sebagai bekalan air bersih masa depan ditumpukan.

Tapi rakyat tak dididik oleh pembangkang untuk jimat air. Rakyat menggunakan air sepuasnya dengan mesin basuh, siram pokok, mandi dalam tub, gosok gigi dengan paip terbuka, dengan cara tak berhemah. Semua yang digunakan ialah air yang diproses.

Dengan bil rata-rata serendah RM20 sebulan, rakyat diajar bahawa nilai tersebut lebih mahal dari membayar langganan Astro dengan pakej sekian-sekian melebihi RM70 sebulan.

Astro kena potong sama susah ke dengan kalau air kena potong?

Wednesday, November 10, 2010

Antara Ampang Dan Putrajaya


Dulu aku ulang alik Ampang Putrajaya. Naik bas. Dari Bandar Baru Ampang, tambangnya RM2.00 sampai Jalan Silang. Kemudian naik bas Sri Indah kat Mydin, tambang RM3.30. Sampai la aku ke Parcel E. Kalau lambat, jalan pun macam kartun.

Masa tu, semua kerja kat ofis, disiapkan hari itu jugak. Kalau tender-tender banyak, OT. Driver hantar sampai Ampang. Jimat RM5.30 + masa yang diambil untuk balik, 2 jam setengah atas bas!!!

Tapi kalau OT balik jam 8.00 malam la kan. Kisahnya, keluar jam 6.20 pagi, sampai rumah 9.00 malam. Sungguh tabah aku mengharungi.

Kini, aku dok dalam Putrajaya. Kerja pulak atas jawatan lain dengan bidang kawalan kerja yang berubah. Kerja kadang ada, kadang takda. Kalau takde, maka rileks la aku seharian. Tapi kalau ada, macam hari ni, walaupun saya di rumah sendiri, bebas dari ancaman telefon berdering, tetapi saya terpaksa menamatkan posting ini di sini kerana nak tumpukan kat kerja yang ikut saya pulang. Eee.. macam saka pulak main ikut-ikut. Erkk.

Uwaa..

Saturday, September 25, 2010

Malam Merdeka Yang Menggemparkan

Apa yang anda buat pada malam hari Isnin 30 Ogos 2010 jam 10 malam? Aku ke Genting Highlands menemani Ayebo (kawan seteret) untuk bermalam merdeka di puncak Genting. Pada jam 10 malam, kami baru sampai ke Highlands Hotel dan keluar bersiar-siar.

Pada saat ini, Soosilawati, seorang peguam, seorang pegawai bank dan pemandu mereka sedang dibakar untuk menghapuskan bukti. Sadis. Kejam. Dan semua pelaku perbuatan ini wajar dicincang dan dibakar sebagai pengajaran kepada mereka yang mahu berbuat jenayah kejam seperti ini.

Gambar arah KL pada jam 10.30 malam di bawah ini seolah olah memberitahu ada sesuatu yang sedang berlaku di kawasan barat laut selatan Genting Highlands. Ia menjajar merentasi kota terus ke Morib.

Itu sebenornya lampu KL yer.. Saja je Propa. Tapi Imej ini dirakam pada malam yang malang itu. Dan tepat 12 malam, Soosilawati dan 3 lagi, menjadi sejarah hitam profesen guaman negara.Memang hitam pun yang melakukannya.

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri 1431


Terharu, sayu dan kosong. Menakutkan juga feeling yang dirasakan bila hari terakhir Ramadhan ni, aku masih lagi di di Putrajaya. Kerja. Terasa macam sitempang dalam dongengan Pied Piper. Ketinggalan dan ditinggalkan. Kekosongan dan dikosongkan.

Tapi tak mengapa. Petang ni tetap planning untuk berbuka puasa kali terakhir bersama keluarga di Ipoh bakal diteruskan.

Malam tadi aku cadang nak pergi jalan TAR. Penghujungnya aku menurap jalan kat dalam mimpi. Sejuk sungguh Putrajaya sampai badan aku tak tertahan untuk berhibernasi. Lalu musnahlah harapan untuk berjumpa sesiapa yang aku ingin jumpa bagi mengutuskan salam lebaran kali terakhir buat tahun ini.

Sayu.. hati ini makin sayu. Jap pasang rokok. Hoiii. Belum syawal. Letak balik rokok. Terlupa pulak. Ada sehari lagi puasa yer.

Puncha aku tak ambik cuti tahun ini ialah kerana aku telah membeli tiket Air Asia dengan banyak sekali :

Kuching, Sept - Bandung, Okt - Hatyai, Nov - Sabah, Jan - Phuket, Feb - Jakarta, Mac .. dan sesungguhnya ke situlah cuti-cuti aku akan dihabiskan.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya, kepada semua teman, sahabat handai jauh dan dekat, renggang dan rapat dan semoga lebaran esok membawa seribu makna dalam hidup kita.

Salam Aidilfitri 1431.

Friday, September 3, 2010

Seberapa Laju ETS Itu?



Paling tinggi pun 146 km/j seperti tercatat pada maklumat GPS.Jika dulu, jika naik keretapi anda akan dihidangkan dengan hingar perbualan bahasa Tamil. Sekarang zaman dah berubah. Anda akan dihidangkan dengan hingar perbualan bahasa Cina! Haha.

Wednesday, September 1, 2010

Electric Train System ETS Beroperasi Mulai 12.08.2010

Electric Train System atau ETS, keretapi laju yang bergerak sehingga maksimum 146 km/j, memulakan operasi Ipoh -Seremban dan Seremban -Ipoh pada 12 Ogos 2010. Mula kepada projek ini ialah pada suatu hari di hari apa taktau, kerja mengambil alih tanah mula dibuat 10 tahun lalu. Cuma selepas 10 tahun, tren ini mula beroperasi. Perjalanan Ipoh - Kuala Lumpur mengambil masa 2 jam manakala Ipoh - Seremban mengambil masa 3 jam.

Perjalanan keretapi laju ini agak terbatas di rangkaian laluan Rawang - Seremban kerana keadaan rel yang uzur dan asas rel yang berusia 15 tahun. Pecutan ETS hanya dapat dirasakan di laluan Ipoh hingga Rawang yang mempunyai landasan yang kukuh, moden dan lancar.

ETS mengenakan tambang promosi Ipoh - Kuala Lumpur dengan harga RM30. Harga selepas promosi dipercayai sekitar RM45.

Seharusnya KTMB mengekalkan kadar tambang promosi tersebut menjadi kadar tambang tetap kerana ini mampu menenggelamkan 'sistem kasta' yang cuba dihidupkan semula dalam pengangkutan keretapi.

Stesen keretapi Ipoh semakin semak dengan kenderaan sempena hidupnya ETS


Kaunter ETS di dalam stesen.


ETS yang menunggu masa untuk pecut dari platform 2, Stesen Keretapi Ipoh


Sekali pandang macam KTM Komuter went refurbishment..


Dua kali pandang, kau memang hensem..


Air-cond ETS sangat sejok. Bawa pakaian musim sejok anda..


Non ado sambutan?


Ada TV, tapi promo ETS je. Nak promo kat TV3 la.. Baru orang tau..


Tempat duduk yang dekat-dekat macam Nadi Putra pun ader..


Bersih (baru) .. Luas (tak ramai orang) .. dan Selesa (tak jugak..nyonya bising..)

P/S : Makin ramai orang Cina naik keretapi. Jadi, hentikanlah mengaitkan keretapi dengan filem Hindi dan Tamil.

Monday, August 23, 2010

Tasik Tenang Di Bulan Puasa

Tempat letak kereta Stadium Cheras sedang sejuk. Tumbuhannya kembali subur. Mergastua dan mergasmuda kembali mendiami kawasan ini sepanjang Ramadan. Ini kerana, sepanjang Ramadan, para PLU telah meninggalkan pusat nongkrong ini untuk duduk dirumah berzikir tahajud. Mereka menyedari akan dosa-dosa yang menempek pada diri mereka, bersegera mencari rahmat Ilahi. Ironis sekali, dengan ketiadaan mereka, kawasan ini menjadi nyaman dan semakin subur. Jika tidak, ianya sangat panas. Bahang neraka agaknya. Gambar diambil pada malam minggu yang lalu. Pada waktu orang sedang sahur. Sedang sahur? Memang la tak ada orang nok. Takkan nak sahur kat celah ini. Haiyo.

Monday, August 9, 2010

Sepetang Di Bukit Ampang


Hari Sabtu yang mendung, aku pun bangun dengan suasana relaksasi yang tinggi. Sebab berjauhan dengan rumah sendiri yang menjadi punca hujung minggu yang kusut. Jadi aku ke dareah padat tempat aku dilahirkan di KL ini 7 tahun lalu. Ampang.


Lalu aku pun membawa hayunan langkah aku untuk masuk ke kereta dan memandu ke Bukit Ampang. Cuaca berjerebu dan mendung.


Sekali sekala mentari seakan-akan mahu menunjuk dirinya tetapi segan silu. Mamat ni juga yang tanpa segan silu menunjukkan dirinya kepada matahari. Eh, apa aku tulis ni..


Kemudian, aku ke gerai di bucu depan jalan menuruni bukit ke Ampang Saujana. Eh. Papan tanda apa ni. Belum pernah ku lihat di mana-mana ya.


Kemudian aku pun order kopok lekor singgit.



Disusuli nasi lemak sebungkus dengan dihiasi gambar pemain Switzerland. Kan bagus kalau si pemain tu datang makan kat sini. Haha. Baru dia tau langit tinggi rendah.


Dan juga air jambu. Harganya, Ka-Ching. Semuanya RM3.00 bang.


Keenakan sambalnya yang pedas manis penuh perisa itu membuatkan aku makan 3 bungkus. Tu pasal muatan aku meningkat. Hantar PUSPAKOM badan ni sah kena saman.


Akhirnya mentari menunjukkan diri dalam kemalu-maluan. Ada kemaluan juga matahari kan. Bolehlah menjerit menyanyi lagu "Senja Di Kuala Lumpur" nyanyian Broery Marantika jika anda merasakan perbuatan anda itu tidak bertentangan dengan papan amaran tadi.


Dan yang tiada kemaluan cuma peniaga ini yang selamba mak enon, bukan sahaja parking di atas garisan kuning, malahan, berdagang lagi.

Thursday, April 29, 2010

Kisah Bangla Ramas Tetek Dalam Komuter

Kisah berlaku dua tahun lepas. Kalau tak silap la. Dalam dua tahun jugak la kalau tak pun setahun. Pedulikan.

Masa tu aku nak gi kerja. Aku ni kan feeling-feeling traveller. Keluar rumah kat Ampang pukul 8.00 pagi, naik Star LRT sampai Bandar Tasik Selatan. Lepas tu naik KTM Komuter sampai Serdang. Lepas tu naik bas Metro 68 sampai ofis.

Gituh.. Mampu ke menghabiskan 2 jam untuk perjalanan sehala. Mendapatlah masuk ofis pukul 10.00 sedangkan aku patut masuk pukul 8.30. Takpe. Budi bicara bos aku sangat boleh dibentuk masa tu. Masa ni tak boleh. Dia dah naik pant.. pangkat. Sori.

Kisahnya masa aku dalam KTM Komuter. Aku ni berdiri la kan. Sebab tempat duduk adalah khusus untuk wanita. Walaupun tak tulis kat situ. Tapi sebagai seorang gentelman... I mean gentlemen, aku tak mau la duduk kan. Bagi la kat wanita dan kekaum yang kurang upaya walaupun aku nampak kaum pendatang berdarah Bangla sedang duduk di sebelah seorang cik adik Melayu kita bertudung.

Tiba-tiba, semasa aku melempar pandangan keluar menikmati keindahan bebangunan kondo yang terletak tepi plaza tol Sg. Besi. Aku terdengar budak perempuan tu berdecit. Bukan berdecit macam tikus mondok Bukit Bintang ye.

Berdecit tu macam... Nck! Bunyi bila lidah dan langit-langit berkerja untuk menunjukkan rasa tak puas hati. Hah. Macam mana tu? Pandai-pandai korang la imaginasikan.

Aku pun pandang budak perempuan tu. Kelihatan dia berganjak sedikit menjauhkan diri dari Bangla disebelahnya. Yang aku geram bila aku nampak tangan kanan bangla yang konon tengah di lekat silang di dada dengan tangan kirinya, sedang meramas tetek awek Melayu di kanan dia. Lagi diramas, lagi bunyi berdecit keluar dan lagi 1 inci budak Melayu tu berganjak.

Komuter telah berhenti di Serdang. Aku meluru kat Bangla tu. Dia pun nak turun ke Serdang. Aku tunjal dahi dia.. " Hoi.. lu jangan main-main. Sini bukan lu punya tempat!" Aku menampar dahi dia.

" Abang.. tara.. tara...". " Babi engkau.. kau jangan.." Aku dah rasa lamas sangat aku dalam tren tu. Bagi mengelakkan aku turun Kajang lepas ni, aku pun turun. Bangla tu pun turun jugak? Ini sudah baik. Aku pun bagi pelempang yang last sekali aku bagi kat Jivindren masa aku Form 3 dulu. Dan aku meninggalkan Bangla tu yang tengah mengusap pipi di platform KTM Serdang.

Aku dah lambat kisahnya. Kalau tak dah sah aku pijak perut dia. Awek tadi? Aku pun tak tau nasib dia. Yang aku heran, apa pasal dia tak menjerit? Sedap ke kena ramas tetek? Berdecit taknak tapi nak ke? Patut la Bangla berani ramas tetek awek Melayu!

Kalau aku lambat pun, takkan nak bagi alasan " Saya pukul bangla ramas tetek budak Melayu". Dah sah bos aku cakap " Banyak la kau punya cereka pilihan. "

Sebabkan masa aku start kereta tadi FBI dengan Fafau tengah sembang pasal Koc Wanita KTM Komuter yang bermula semalam, aku pun taipkan HFC dan hantarkan ke 33399. Diorang baca atau tak, aku tak peduli pon. Sebab sesampainya aku kat ofis 10 minit kemudian, jangan haraplah aku nak dengar radio.

Monday, February 8, 2010

Ahad 7 Februai 2010

Bangun lambat tadi... Terus gi Perabot 99 kat Equine Park. Katanya murah. Beli la settee + stool, katil + tilam, meja kopi kaca, meja makan ala2 flinstone, ngan rak TV.. semuanya RM1484. 20 Feb baru hantar. Tiu nia seng. Sina Raya. Itu yang disebut Bangla tu.

Lepastu gi PS beli beg backpack. Bangla lagi yang jaga. Haiyo. Bangla menguasai jawatan tukang jual kat KL ni. Beli la 7.7 liter punya beg. RM110. OK. Balik.


Tarian naga kat Petaling Street


Dari beranda rumah Ampang.

Wednesday, January 6, 2010

Ini DBKL Tiap-tiap Hari Silap!

Haiya.. saya ha.. TIAP-TIAP hari jumpa ini macam wor.. Sana sini misti ata olang bikin silap. Ini olang, tatau mau kuna pahasa malayu putui-putui. Ini sangat memalukan loh.

Sinili suta piki sekolah, tetapi masih bikin kesilapan TIAP-TIAP hali. Ini macam hoh, misti mau kasi ingat TIAP-TIAP hali. Misti mau cakap sama ini pantalaya, itu signboard sulah salah wor.

Putui talok sana ha, "SETIAP HARI" !.. TIAP-TIAP HARI itu pahasa saya maa...

Saturday, January 2, 2010

Hotel Ambassador : Coming Soon @ Kak Ara

Tahun 2010 membawa makna baru buat Kak Ara, pengusaha gerai pinggir lorong di Bukit Bintang dengan bakal terbukanya sebuah hotel baru di bangunan tempat dia berteduh di belakangnya itu.

Berteduh katanya. Wajarlah disebut berteduh yer kerana tanpa bangunan tersebut habis kerusi meja gerai dan payungnya ditiup ribut senja.

Bangunan tersebut keseluruhannya akan menjadi Hotel Ambassador yang mana Pizza Hut yang telah lama bertapak di situ nampaknya akan menjadi penumpang di bangunan hotel itu.

Hebat sekali. Walaupun Pizza Hut bukak dulu, Hotel ini pasti menyebut "Hotel kami Pizza Hut pun ada!". Tak gituh?

Berikut temubual eksklusif bersama Kak Ara :

Encik Dark : Meriah akak lepasni. Tuh hotel baru nak bukak. Enam tingkat tu.

Kak Ara : Kau tengok akak gemok ke kurus? Rambut akak okei tak? Budak-budak pondan ni la potong.

Boleh? Tanya lain jawab lain. Lantak kau lah disitu Kak Ara.

Maka dengan terbukanya Hotel Ambassador setinggi 6 tingkat ini, pastinya ia akan menjadi sebuah lagi destinasi penginapan percutian bajet (hot) para pelawat dari seluruh negara yang membuat ziarah ke Bukit Bintang.

Hotel ini juga dijangka dimeriahkan oleh golongan saudaria kita yang sentiasa riang ria disekitar Kedai Kak Ara.

Fotografi Di Bangunan Sultan Abdul Samad

Ini baik punyer. Kepada korang, korang, korang dan korang yang ada adik beradik, saudara mara, keluarga muarga, yang berijab-kabulan dan ingin pose-pose gedik dan manja di Bangunan Sultan Abdul Samad untuk sesi fotografi pengantin, maka bolehlah menghubungi saya melalui encikdark@gmail.com untuk menyampaikan rasa keinginan anda untuk bergambar kenangan menjadi raja sehari dan berpose pose maut, separa maut, suku maut, atau apa-apa maut kecuali kemalangan maut, (choi lah), berlatarbelakangkan bangunan berusia 115 tahun ini, wajib lah untuk anda menghubungi saya.

Ataupun kalau korang, korang dan korang nak jadi middle man pun boleh jugak. Caj je la berapa yang patut. Biar si pengantin tu rasa. Ko hengat kahwin pakai sikit duit? Layak la kau bayar kosnya yang tentu melampau-lampau, bukan? Maka peliharalah warisan kita untuk diabadikan seratus tahun lagi dalam album perkahwinan sesapa yang korang, korang dan korang kenal.

Sori yer, terpaksa sebut orang selain dari korang, korang, dan korang. Sebab korang, korang dan korang macam taknak kahwin je. Er..

Kerang rebus.. kerang rebus..