Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Kembali Ke Kota Kinabalu !!

Selepas 2 tahun berjanji kepada Kota Kinabalu untuk kembali ke sana, bulan depan, aku akan kembali ke Kota Kinabalu untuk percutian selama 6 hari 5 malam!

Yang best, percutian kali ini diikuti oleh Jesh , Diedie dan Tya, serta penampilan istimewa dalam perjalanan pulang, Denich.

Selepas membuat booking flight, aku terpaksa modify booking aku berkali-kali sebab Maybank2u punya server sangkut.

Penantian selama sejam berbaloi dan harga tiket untuk 4 orang sebanyak RM1,192 pergi balik akhirnya berjaya dibayar.

Best, best, best!

Saturday, June 18, 2011

La Bomba (Balai Bomba Bukit Bintang)

Ampun. La Bomba De La Propa sangat kan aku katanya taknak gi clubbing dah. Walaupun aku benci nak pergi clubbing lagi, tapi aku telah tersampai clubbing lagi. Aku sebenarnya menjayakan misi untuk mendespatchkan kawan-kawan aku ke sana. Sementara menanti clubbing tamat, aku pun menari sekali, dua kali, tiga kali, empat kali dan berkali-kali. Kecemerlangan aku di La Bomba (Balai Bomba Bukit Bintang) ialah, aku telah berjaya sedaya upaya untuk tidak menyentuh Mr. Chivas a/l Regal, dan mereka yang sebangsa dengannya di atas meja. Kecemerlangan ini merupakan rekod peribadi aku sepanjang 2001 - 2011. Semoga aku bebas dari cengkaman bangsa-bangsa ini di atas meja itu sampai kapan pun.

Lokasi balai bomba

Samalah baju dia..

Dark, darker, darkest

Woi, nak pakai batik hari Khamis lah..

Sepasang sahabat baik..

Sepasang sua.. hoi... jangan nak bidaah..

Sepasang gelap terang..

Berpasang-pasang songsang

Sorang Peace.. Sorang Pistol

Anastacia Ida Nerina

3S : Show Syok Sendiri

Budak Cina rambut karat tu macam kenal je..

Habis step menari yer, rehat jap na..

p/s : Pemenang anugerah 'Paling Banyak Masuk Gambar'... jatuh kepada Denich Dash

Tuesday, May 3, 2011

Potret Hadiah Hari Jadi


Seperti kebiasaan di zaman dahulu colour, saya suka bebenor bagi hadiah hari jadi buatan sendiri kepada orang yang menjemput saya ke majlis hari jadinya.

Yang akan saya buat ialah melukis potret birthday boy, dari saiz A5 ke A4 ke A3 dan kali ini, A2, bersempena hari jadi Fendi Isaac yang bakal datang 8 Mei nanti, saya pun menghasilkan potret untuk dirinya yang merupakan potret terbesar pernah dihasilkan.

Potret ini dihasilkan semasa keadaan masih sangat bagus, tidak seperti hari ini. Hari ini, tiada lagi apa yang perlu dibanggakan dengan apa yang sedang berlaku dan kuadaan yang sedang mengambil tempat.

Namun, ini sahajalah ingatan untuknya memberi tahu anak cucunya (mampu?) bahawa itulah raut wajahnya ketika berumur 23 tahun.

Selamat hari jadi kepadanya.

Thursday, March 24, 2011

Sorry Seems To Be The Cheapest Word

Kisahnya bermula awal tahun ni.. tak ler lama sangat.. tapi kalau untuk kaum lalat, dah masuk generasi keempat la kot.. Ada la seseorang, nama dia A (bukan nama sebenar). Kisahnya si A baru break off dengan kekasihnya B (bukan nama sebenar)...

Lalu si A pun dok temenyih-menyih kat aku mengetahui yang sebelum itu aku ada menunjukkan minat kepada si A. Itu pun lama dah. Zaman tok kadok. "Tahun Gajah" bak kata orang asli.

Alkisah, semasa chat tu, aku pun cakap ler kat si A yang aku kalau balik ke Ipoh, tak bertemu pun kawan-kawan sejenis... Yer lah... dalam keadaan mak aku yang tak berapa sihat tu.. lebih baik la aku tumpukan kat mak aku sendiri kan..

Kawan-kawan bukan mendoakan aku di tikar sembahyang kan?... Habis pun dia sebut 'aku doakan kau bla bla bla..' .. Tang mane bila doa tu dipanjatkan ke hadrat Ilahi pun aku taktau.. Yer kan ajer la, ye tak?

Masa chat tu.. fikiran aku kat mak aku yang patah kaki tu... Nak balik Ipoh.. tapi ada kerja.. tapi nak balik.. cincai kira macam tu la fikiran aku time tu. Dengan biadapnya si A menyebut " mesti jumpa skandal ni.."

Menyirap la aku kan. Padahal aku bukanlah sensitif sangat pun. Cuma tak kena masa je. Dah la kita tengah kusut, dia boleh pulak cucuh api kat janggut kita kan. Dah la time tu hidup ala-ala frustasi tidak berteman. Hampa gitu. Dituduh pulak berskandal mandal. Aku pun terus ignore dia. Berbakul-bakul lah sorry yang aku dapat dari dia.

Kalau dulu aku nak kat dia, itu cerita dulu la kan. Sekali air bah, sekali pasir berubah. Dua kali bah, dua kali la berubah. Tiga kali bah, tiga kali la... eh berapa banyak la..

Masa A bercinta dengan B habis ditayangnya laki dia kat FB. Jodoh dia, kehendak dia, lantak la dia. Sikit pun tak heran. Itu kan adat manusia.

Bila dah break off, cepat pulak dia tercari-cari kita.

Nak jadi cerita, lepas sebulan aku ignore dia, aku pun bertemu dengan F (memang nama sebenar)... hati aku terpaut dengan hati budi dia.. attitude dia terhadap aku.. dan penerimaan dia ke atas aku seadanya.. (sambil background music lagu I Could Not Ask For More - Edwin McCain 1998).. Gitu

Selepas 3 minggu dengan F, hubungan kami semakin kukuh. Tiba-tiba, malam tadi, A menyapa lagi di FB Chat. Kali ni biarlah aku jelaskan segala-galanya. Aku kini sudah buat pilihan yang jelas. Cukup-cukuplah dengan usaha yang ingin dicuba.

Tiba-tiba, A marah-marah lepas dengar cerita aku. Sangka dia, aku saja je berkata bidaah. Katanya.. "Tiba-tiba je ada bf. Kenapa tak bagitau pun sebelum ni." Katanya lagi, abang-abang semua sama. Menghampakan. Menipu dan suka elakkan diri. ... Dia pun menyamakan aku dengan ex-bf dia yang lari ntah ikut laki mana taktau...

Kepala hotel dia lah. Dia siapa? Kenapa aku nak kena bagitau dia? Kenapa dia feeling-feeling melampau? Ada apa dengan fius mu?

Aku pun jawab dengan sopan.. Gini jawab aku.. "Fuck u. Jangan samakan aku dengan xbf ko. Dah la ko. Jangan sembang ngan aku lagi. Buat sakit hati je."

Lalu aku pun remove dia dari friendlist FB. Kemudian dia hantar mesej minta maaf. Maaf lagi dan lagi dan lagi. Berapa banyak maaf lah. Murahnya maaf kau. Lepas tu aku tak tau nak buat apa lagi lalu aku hantar mesej gambar aku dengan F. Pueh hati. Dia kemudian senyap terus.

Patut la bf dia lari. Menakutkan.

Monday, March 21, 2011

Berita Kematian Sahabat Yang Terlewat 8 Bulan

Hari ni, 21 mac, terpampang di FB aku, birthday Munin atau nama betulnya Ahmad Taizudin. Aku terkesan sekejap lah. Sebab aku dah lama tak nampak dia komen di wall aku atau like di status-status aku seperti biasa pada satu ketika dulu.

Munin dah remove aku ke? Tapi kenapa pulak birthday dia ada kat FB aku? Aku klik profile dia, aku ternampak beberapa kawan dia menyebut Al-Fatihah.

Ya Allah. Munin dan meninggal 8 bulan lepas. Aku langsung tak tau. Sebak aku dengan berita lambat ni.

Kali terakhir aku terserempak dengan Munin sekitar awal tahun lepas. Dia semakin kurus. Aku tanya kat dia, kenapa dah makin kurus. Dah tak sasa macam dulu. Dia kata, dia diet. Aku yer kan ajer.

Dan dia sempat cakap, "lepas ni tak jumpa dah. nak balik Sarawak, kerja kat sana,". Dan lepas dari tu, dia bagaikan insan misteri yang muncul sekadar di FB dan akhirnya terus hilang begitu sahaja tanpa disedari kerana sibuknya kehidupan ini.

Semoga Munin a.k.a Ahmad Taizudin akan diberikan hitungan hisab yang terbaik di hari pembalasan kelak dan kepada mereka yang mengenalinya, sedekahkanlah Al-Fatihah buatnya, walaupun kita di sini lambat untuk mengetahuinya.

p/s : Gambar bertarikh 27 Julai 2008

Tuesday, March 1, 2011

Berehatlah Dengan Aman Di Sana

Balik kerja semalam, belum sempat aku bukak baju, Tya telefon. Terdengar hiba Tya yang sedang menangis. Dia bilang, Boy Heveree dah meninggal. Masa tidur. Aku terkejut sampai aku bingung, sapa tu Boy Heveree. Aku bingung sebab Tya sebijik macam Aiman masa call aku bilang pasal kematian Rizal, 2 minggu lepas.

Aku automatik sebut, ya, Paktam kenal, masa Tya tanya, Paktam kenal kan? Terus aku on internet, dan FB, aku nak kenalpasti. Ya Tuhan, Boy, yang selalu dengan Robson, dan selalu lepak sekali di tasik. Umur baru 25. Dah tak ada lagi.

Aku bersiap-siap untuk mandi. Cuaca mendung. KL kelihatan hujan. Aku berbaring seketika mengenangkan apa yang sedang berlaku dengan kita sekarang? Banyak yang pergi tiba-tiba. Seketika, aku tertidur tanpa aku dapat menghalang. Panggilan EE dan Billy untuk pergi ke Cheras melawat jenazah Boy tidak aku dengar sebab memang telefon aku pun sentiasa 'silent mode'.

Seperti Rizal, kawan ofis aku yang meninggal 18 Februari 2011, Boy juga meninggal kerana kegagalan fungsi jantung. Seperti Rizal juga, Boy dibawa polis ke hospital dengan berselubung plastik mayat warna hitam. Sedih.

Tapi terfikir aku, sekurang-kurangnya pemergian mereka dalam keadaan sempurna dan cukup sifat tanpa setitis darah menitik ke bumi.

Bagaimana pula bilangan kematian yang diakibatkan kecederaan yang serius yang sering dialami oleh 'mereka-mereka yang pergi sebelum waktunya"? Pecah muka, putus badan, putus itu dan ini?

Seperti arwah Khalid yang pecah paru-paru akibat ditusuk tulang dada yang remuk, Hazi yang hancur mukanya dan terpaksa di isi kapas, pemergian Rizal dan Boy boleh dikatakan dengan keadaan yang cukup sempurna.

Nasib kita entah bagaimana? Aku berharap agar kalau aku 'pergi' juga pergi dengan jasad yang sempurna. Tetapi kita manusia hanya layak untuk berharap sahaja.

Bagaimana pula 106 orang yang terkebumi 2000 meter di dasar laut tanpa dapat dinaikkan ke darat seperti dalam nahas udara Adam Air, Indonesia pada 1 Januari 2007? Mintak dijauhkan.

Tuesday, November 23, 2010

Ego Palsu

Selamat pagi Selasa semua yer. Mengikut fengshui Melayu, Selasa ni hari kurang ong. Aper ong-ong? No yer. Takder ong-ong selain Michael Ong.

Nak kisahkanlah sikit kan, sementara mulut tengah menyuap nasi goreng ni, tentang hati dan perasaan, ego dan keruntuhannya.

Ego palsu memang mudah runtuh. Saya ni takder sifat ego. Kalau ada pun saje je pose-pose ego. Tapi, ego orang lain, lantak pi la kan. Ego dia. Hak dia la nak usung ke mana pun kan.

Sebenarnya, dalam Facebook saya, semua orang yang saya pernah sayang, ada tersenarai dalam list. Saya hormati status mereka sekarang dan saya tak ganggu mereka dengan mesej-mesej yang barbagai, and vice versa.

Memang tengah tahun ni haritu saya pernah menyayangi seseorang yang last sekali mendatangkan kekecewaan. Saya buang dia dari list Facebook. Kan. Punyalah marah time tu dengan status dia yang menyindir. Tapi sebagai seorang yang baik, cewah, saya pagi ni add dia balik lah kan.

Janji saya dah add. Nak approve atau taknak, dia punya pasal la kan. Hak dia. Hadiah untuk dia dari Bandung masih ada dalam almari. Kalau dia rasa itu dia punya, sila datang tuntut la kan.


Monday, October 25, 2010

Baru Balik Ke Festival Filem Malaysia Di Shah Alam Uals

Aku siap-siap Ahad petang yang kalau tidor tu lebih enak 27 kali ganda. Sebabnya nak menuai hasil pertanian dengan Pektop, kawan str8 aku. Yer. Dia berada nun di KL yang sedang mendung-mendung kecubung.

Aku menanti dalam hujan semakin merintik. Pektop muncul. "Aku kena gi Shah Alam. Ada kerja. FFM. Jom." ujarnya dengan muka sedih. "Hah. Aku?" aku tanya dia. "Aku boleh adjust hang masuk. Dont worry." jawab dia.

Ahpa?? Aku tengok baju lusuh STOP AIDS Prostar yang aku cekau kat ofis dua tahun dulu. Kemudian aku tengok seluar jeans lusuh aku. Yang penting, aku tengok selipar Billy kaler biru aku.

Aku pandang dia. Baju kemeja hitam dengan tie hitam. Sluar slack, kasut kulit.

Sempoi. Memang sempoi. "Yo. Real aku pakai macam ni je. Hang giler?" aku spontan menjawab. Pektop buat muka sedih. Hari nak ujan. Takkan aku nak biar dia naik EX5 dia dari Dataran Merdeka ke Shah Alam. "Jom lah" aku jawab.

Demi kawan, aku tolong jua. Sampai sana, nasib baik Kent Kheiril call. Dia kat Sect. 13. Fuh lega.. Aku lepak ngan Kent dan Kent mengujakan aku dengan khabar dari London. Kami sembang segala benda sampai kedai kat SACC Mall tu nak tutup dah.

Kent pun bagi souvenir kat aku. Terima kasih. Selepas itu,aku menunggu dalam kereta selepas berjalan di kawasan "glamorous" perfileman Melayu yang tak meriah mana pun suasananya , dengan artis tak cukup kain ramai mundar-mandir di kawasan itu.

Namun aku sedar, aku dalam keadaan yang kelihatan sangkak. Dulik aper. Hujan renyai membasahi Shah Alam dan tepat jam 11.00 kawan aku pun telefon. Kerja dia settle.

Kami pun pulang ke KL sambil dia mengomel, menteri makan duduk, artis makan berdiri. "Nak jadi artis sangat. For me, artis tu gundik istana je. I rakyat kebanyakan. Bukan urusan I." jawab aku dengan kekwat sambil membelah Federal Highway. *Matilar kene lahar pasni*

Sunday, October 24, 2010

Drama Sebelum Ke Hatyai 3 November

Last Ogos, sebaik je aku balik dari Semporna, aku pun mula gatal nak menjenguk web merah putih lagi. Bukan merah putih bendera indonesia yer. Tetapi, Air Asia. Yer. Sesiapa yang naik Air Asia, pastinya ketagih untuk membeli tiket online lagi. Ala2 dadah-dadah yang tak merosakkan badan ialah penerbangan tambang murah Air Asia. Camkan itu ! (Ingat tu!! dalam bahasa Indonesia).

Bila jenguk aku pun jumpa tiker RM4.00 ke Hatyai. Wah. Keren. Aku ajak sipendek "semet" kita kat Ampang tu. "Woi Tokek. Hang pernah naik kapal terbang?" tanya aku. "Tak pernah. Tak pernah. Ada cerita baik ker?" sambil menjawab dan menyendeng tepi aku. Jauh sikit lah. Panas!.

"Ader. Ni, gi Hatyai. RM29. Tiket RM4, Airport tax RM25 = RM29." jawab aku. "Boleh la tu. Murah tu. Bila? Bila?" tanya dia. " 3 haribulan sebelas la. Dua hari sebelum Deepavali. Kita gi sekejap, kita balik la naik keretapi." jawab aku.

"Keretapi berapa pulak tambang?" tanya dia. "RM52 je. Sampai KL." jawab aku. "Mahei tu. Mahei retapi dari kapetrobang?" jawab dia. " Pergi naik kapei terobang balik naik keretapi bayor RM81 je. Banyak pulak berkire kamu. Dalam keretapi banyak awek Patani wo.. Kamu kan suker bab2 romeo ngan stranger ni. Ndak tandak?" tanya aku. "Ndak, ndak, ndak!" jawab dia. "Aku beli ni. Kamu jangan tak bayor pulak" balas aku. "RM29. Come on la. Malu ler kalo aku tak leh nak bayor" jawab dia. Baik. Aku pun beli tiket untuk dia.

Semalam aku telefon dia. Bagitau dia siap-siap. Terbang 3 November 2010, Rabu, jam 12.10 tengahari, mesti nak ada kat LCCT sebelum 11.15 pagi.

"Border pass boleh buat kat sana ke?" tanya dia. "Kepala hotak hang. Aper jadah border pass bawak naik kapetrobang" jawab aku. "Ater aku orang Perak. Masuk Siam pake border pass je." jawab dia. Adui. Aku tepok dahi. " Border pass, dikeluarkan oleh Imigresen Malaysia ngok. Mana ada Imigresen Malaysia kat dalam Siam!" jawab aku.

"Aik, kalo camtu aku buat kat Imigresen KL ler." jawab dia ala-ala bimbo menempah penampar. "Wei kulop, border pass is for bordering state dengan Siam. Perlis, Kedah, Perak, Kelantan. Mana ada Imigresen Kolumpo keluar border pass!! Apekehei benak ayor benor ni?". jawab aku.

"Oooo macam tu ke? Abeh cemaner ni?" jawab dia. "Cemaner kepala bana aper nyer. Pergi la buat passport! Lahanet! RM100 je. Adooooooooooihhh!!" jerkah aku. "Ala.. Aku kerjer busy ni. Tang maner biler nyer aku nak buat passport. Aku kensel la." jawab dia.

Kimak nyer member. Terkena aku. Nasib baik RM29 je. Tiu nia seng.

Agak jauh juga airport HDY dari pekan Hatyai.

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri 1431


Terharu, sayu dan kosong. Menakutkan juga feeling yang dirasakan bila hari terakhir Ramadhan ni, aku masih lagi di di Putrajaya. Kerja. Terasa macam sitempang dalam dongengan Pied Piper. Ketinggalan dan ditinggalkan. Kekosongan dan dikosongkan.

Tapi tak mengapa. Petang ni tetap planning untuk berbuka puasa kali terakhir bersama keluarga di Ipoh bakal diteruskan.

Malam tadi aku cadang nak pergi jalan TAR. Penghujungnya aku menurap jalan kat dalam mimpi. Sejuk sungguh Putrajaya sampai badan aku tak tertahan untuk berhibernasi. Lalu musnahlah harapan untuk berjumpa sesiapa yang aku ingin jumpa bagi mengutuskan salam lebaran kali terakhir buat tahun ini.

Sayu.. hati ini makin sayu. Jap pasang rokok. Hoiii. Belum syawal. Letak balik rokok. Terlupa pulak. Ada sehari lagi puasa yer.

Puncha aku tak ambik cuti tahun ini ialah kerana aku telah membeli tiket Air Asia dengan banyak sekali :

Kuching, Sept - Bandung, Okt - Hatyai, Nov - Sabah, Jan - Phuket, Feb - Jakarta, Mac .. dan sesungguhnya ke situlah cuti-cuti aku akan dihabiskan.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya, kepada semua teman, sahabat handai jauh dan dekat, renggang dan rapat dan semoga lebaran esok membawa seribu makna dalam hidup kita.

Salam Aidilfitri 1431.

Monday, August 16, 2010

Berbuka Di Senibong, JB

Khamis lepas, 2 Ramadan 1431, tarikh masehi ko cari sendiri, aku pun ditugaskan untuk ke Johor Bahru melaksanakan kerja-kerja Berkhidmat Untuk Negara. Khidmat sangat-sangat. Usai kerja (wah, usai katenye), aku pun menghubungi Azward Azis untuk menumpangkan diri yang hina ini di tanah rantauan. Gitu. Maka, sang pemandu aku pun menghantar aku ke Permas Jaya dan aku pun tiba untuk melawat Azward yang sedang MC. MC dek kerana terlanjut bercuti ker. Kan Johor cuti 1 Ramadan?

Petang tu, aku pun ngajak dia berbuka di Senibong. Wau. Pemandangan JB yang indah dapat aku nikmati dan makanan yang enak dapat aku gelojohi akibat lapar nak mati dek kerja-kerja berkhidmat untuk negara tadinya.

Mencari jalan pakai GPS. Haha. Berkhidmat Untuk Negara, internet bayar sendirik!

Entah siapa la jadi model Senibong berlatar belakangkan Sembawang kat Singapore tu.

Lauk pauk kami hari ini. Siakap 3 rasa (1 feet length yer), sotong goreng tepung, kailan ikan masin, tomyam. RM 44. Pakej untuk 2 orang.

Pemandangan indah Johor Bahru bertabirkan langit senja dibelakangnya, dan burung bangau di celah-celah kayu apa tu.. tatau wor...

Selepas itu, Ward mencadangkan untuk ke Singapore kejap. MALANGNYA, berlakulah dua kejadian yang tidak diingini. Kisahnya camni.. jap eh.. ada panggilan masuk...... Maaf, tidak dapat diceritakan kisah pertama. Kisah keduanya ialah, penantian Ward di klinik untuk mendapatkan MC yang mengambil masa ibarat dari zaman Nabi Nuh hingga ke zaman Nabi Isa. Maka kami pun bertindak untuk membatalkan hasrat tersebut dan kami terus ke Pandan City untuk mencuci mata, wallet dan tekak.

Friday, August 6, 2010

Blog Ini Akan Bertukar Nama

"Menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja," maka diisytiharkan, tarikh penukaran URL blog ini daripada http://encikdark.blogspot.com/ kepada http://fasleigh.blogspot.com/ jatuh pada hari Selasa, 10 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431 Hijrah. Penentuan tarikh ini adalah berdasarkan perkiraan rukyah dan hisab.
[ Ayat pemula di atas dipinjam dan disedapkan dari perutusan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi tujuan yang santai dan adalah tidak benar sama sekali. Harap jangan saman segala.]

Monday, July 19, 2010

Fasleigh Muhammad : Mati Di Malaysia, Hidup Balik Di Indonesia

OK! Fasleigh Muhammad tak jadi mati. Aiyo. Drama sangat. Bukan drama yer. Ini adalah cubaan yang tak jadi. Sebelum menuduh drama mama bagai ni, cuba anda fikirkan, berapa banyak percubaan anda pernah buat dalam idop, berakhir dengan kegagalan.

Percubaan itu diketahui umum dan kegagalan tersebut diketahui umum juga. Ini bukan zaman atuk kita. Segalanya disimpan. Ini zaman output input atas talian. Boleh?

Bila kita menyampaikan cubaan kita terhadap persekitaran, kawan, keluarga dan kawan lurus, kita mahukan input positif, dorongan dan rangsangan. Input negatif dan skeptikal pun perlu juga. Kalau siang tanpa hujan selama setahun tentulah kita sengsara. Maka dalam cerah, kita pohon untuk hujan jua. Boleh?

Maka, saya declarekan bahawa percubaan 'bunuh diri' di Facebook atas nama Fasleigh Muhammad telah gagal. Juga saya declarekan bahawa saya akan rahsiakan tahap kesihatan saya kecuali hasil-hasil pemeriksaan darah. Okei tak? Sebab kalau saya whine pasal sakit valvular heart disease tu, orang akan cakap saya nak cari attention. Bila saya senyap walau saya menanggung degup luar biasa, orang akan kata " itu hari bukan main sakit.. sekarang tak sakit pulak ". See. Orang nak kita whine everyday kah? Tidaklah beta memahami.

Kordinat kegagalan itu terletak di Jalan Merdeka, Bandung sebab Facebook lagi satu tak boleh nak on. From unfamiliar location katanya. Hanjen. Lantas ia menyuruh saya mengenalpasti wajah siapa yang di tag oleh seorang rakan saya. Kalau yang di tag itu ialah burit cicak, apakah jawapan yang boleh saya cari?

Maka, terpaksalah saya hidupkan Fasleigh Muhammad di Bandung. Dan Fasleigh Muhammad kekal hidup sampai sekarang. Walaupun memang ada yang nak sangat ia mati. Tapi barang harus diingat, ada juga yang mahukan ia terus hidup. Fair la kan?


Jl. Merdeka, Bandung

Monday, June 14, 2010

Sebulan Cukup?

It just like a volcanic eruption that showing the reduce in its volcanic activities but later come out with a big blast eruption and killing all those evacuee that returning home.

Malas nak cerita panjang-panjang. Cakap 1000 kali pun tak akan faham.

Cuma nak aku tanya lah kan. Kenapa tak boleh bersikap matang bila menyedari diri terpaksa bergaul dengan orang yang lebih tua?

Aku ni macam-macam masalah terpaksa nak tempuh berhubung nilai-nilai kekeluargaan. Budak yang lahir belakang rumah aku masa aku tadika dulu kahwin semalam. Jiran aku la. Dia sekarang mengajar kat Keningau. Itu jer dah cukup untuk aku dihujani persoalan-persoalan.

Dari keluarga, dari masyarakat, dari kawan-kawan, dari komuniti surau. Sampaikan dengan siapa aku SMS, mesti akan ada mulut yang menyindir "jangan SMS dengan laki sudah la sampai senyum-senyum macamtu". Bukan itu saja. Sikap tak faham keadaan orang lain, sikap suka 'likes' pada benda-benda yang menyakitkan hati dengan niat menyampaikan hasrat hati tanpa perlu menaip, memang aku dah lama sabar sangat. Kelmarin, genap sebulan selepas aku kenal dia, aku buat keputusan, aku tak perlukan teman macam dia.

Sebabnya, aku tak faham kenapa dia tak boleh memahami aku msehari dua ini berbandi aku menahan sabar memahami dia selama sebulan.

Selama sebulan, panggilan aku untuk dia mesti dicatu. Ikut sela masa tertentu. Nanti mama dengar, nanti abang dengar, nanti cicak belakang frame gambar kat living room dengar. Whatever lah yang boleh dengar, mesti disorok. Itu engkau. Budak muda umur 21 yang belum menghadapi dilema tekanan keluarga supaya kahwin.

Sebab tu aku kata, tolong. Tolong beri aku ruang untuk bernafas. Bukan dengan menyindir " takkan dah kena bar". Memang bagi aku, itu sindiran pedas yang tak diperlukan bila aku dalam KEKUSUTAN macam tu. Padahal pada hari Sabtu sahaja, dekat nak 3 mms aku hantar bagi menggambarkan pada keadaan apa yang aku sedang berada.

Akhirnya , lewat tengah malam, dia mengeluarkan kata-kata biadapnya berbunyi, "baiklah, lepas ni taknak ganggu dah, dan happy lah bersama kawan-kawan tu". Good. As you wish. Orang tak faham bahasa, tak faham situasi, tak akan faham sampai bila-bila. Bagitaulah 10,000 kali pun. Tak akan faham.

Serious thing is, aku tak perlu teman yang menambah kusut kepala aku.Genap sebulan lepas aku kenal dia, aku rasakan aku perlu putuskan hubungan ni. Aku susah menahan merungkai kusut, dia tak peduli apa-apa. Ini baru bulan pertama. Aku risau aku tertempeleng mukanya di masa depan. Aku tak sanggup buat macamtu. Tapi tangan aku sanggup. Dia pernah bertindak di luar arahan otak aku.

Dia muda. Dia bersifat kebudak-budakan. Dia boleh sebut yang dia takkan buat aku kusut kalau aku ceritakan betapa kusutnya ex aku sebelum ni. Dia boleh sebut yang dia akan faham aku sebaiknya padahal dia hanya boleh memberi 'lip service' sahaja demi cita-cita berahi.

Untuk itu, aku akan sebut sesuatu yang akan aku laksanakan. Aku tak perlukan dia. Aku menyintai jantung aku lebih dari mencintai orang lain. Semua elemen yang membunuh aku dari dalam aku mesti tiadakan.

Wednesday, June 9, 2010

Pagi Yang Panjang..

Lepas lepak mamak tadi, aku pun memandu tanpa hala tuju. Dari Desa Pinggiran Putra, aku ke Presint 16. dari Presint 16 aku ke Presint 1. Dari Presint 1 aku ke Presint 9. Sampai aku nampak Petronas, dan aku pun teringat untuk isi minyak. Lepas isi minyak, aku terus memandu ke Presint 4 dan sampai ke rumah aku di Presint 5. Keseluruhan jarak pembuangan minyak aku tu ialah 25km.

Sepanjang memandu, fikiran aku melayang. Memikirkan apa perasaan orang-orang yang aku smash kerana kebobrokan diri mereka. Tengok la. Betapa aku sayangnya kat kawan-kawan. Walaupun mereka tak pedulikan apa perasaan aku, aku tetap pedulikan apa perasaan mereka. Apa yang aku buat semuanya demi kebaikan.

Aiman yang nak sangat duduk ngan aku dah bertukar fikiran bila berita yang dia dapat kuarters di Presint 15 semalam menggembirakan dia dan menyakitkan hati aku. Haha. Tak per. At least seseorang di rumah aku tu masih mempunyai masa untuk tidak menghadapi PENGHALAUAN yang terulung dekad ini.

Sampai je rumah terus aku siap-siap, turun ke surau. Alamak. Surau masih gelap. Aku pun solat tahiyat masjid tepi tingkap dengan angin subuh yang sangat segar dalam samar-samar. Nak cari switch tak jumpa. Sayup-sayup kedengaran azan Subuh di Masjid Dengkil. Alamak, nak azan ke tak nak ni.

Tiba-tiba, seorang tua masuk dan memberi salam. Aku cakap kat dia, aku tak tau switch kat mana. Dia pun mengalu-alukan kehadiran aku di surau tu seawal pagi buta macam tu. Aku pun cakap kat dia, semalam aku tidor awal. Kalau tak, pukul 6.30 la aku bangun.

Kami sembahyang berjemaah bertiga. Seorang imam dan dua makmum. Haish. Parking lot sampai takde tempat. Surau ada tiga orang je. Dunia dah nak kiamat gamaknya.

Selesai subuh, aku naik dan siap untuk ke tempat kerja. Sambil memandu aku masih lagi terpikir hati orang lain. Kenapa orang lain tak pikir tentang hati aku?

Silent Is Golden

Malam tadi, aku tertidur lepas Maghrib. Bila aku bangun, jam dah pukul 3 pagi. Ada 1 missed call dan 1 sms. Hmm. Bukan dari dia. Ad miss call dan entah iklan apa yang sapa ntah sms. Sorry la Ad. Takleh nak call balik.

Terasa gak la hati kecil ni. Terasa yang gelora yang terjadi adalah sesuatu yang dinantikan olehnya. Agaknya dia tengah gumbira kot sebab lepas sudah siksa dia yang memang dia tunggu untuk berlalu.

Eh. Tak baik gak aku bersangka macam tu. Takpe. Kalau dia orang yang sabar, tak semudah itu hati dia berubah.

Pada hati aku, dia belum pergi lagi. Apa lagi untuk menyebut dia dah aku ganti dengan orang lain. Kalau sebelum dia hadir pun aku masih mampu hidup tanpa teman selama 15 bulan, setakat beberapa hari ni, bukan masalah besar untuk aku.

Susah bila kita dah sayang seseorang. Walaupun isi hati sebenar orang yang kita sayang tu belum habis kita teroka, kita akan cuba bersangka baik atas apa yang terjadi walaupun sudut jahat dalam hati menyebut "sudahlah tu bodoh, jangan difikir, dia dah seronok bergurau senda dengan yang lain".

Melawan kata hati yang jahat adalah mudah sekiranya "kuasa baik" dalam hati yang tidak menghalalkan buruk sangka mempunyai kerusi dua pertiga dalam "Dewan Jiwa".

Walaupun disakiti, Dewan Jiwa tetap memutuskan bahawa dia adalah muda dan setiap perlakuannya adalah mentah dan tidak melihat akibat dari kata-katanya.

Jadi, aku pun menahan lagi tempoh kesabaran ini untuk satu ketika lagi. Aku berhak memberi ujian begini sebab semua kawan-kawan yang kenal aku menyebut "pak tam gentleman. Pak tam patut dapat the best one for pak tam."

Macam mana nak tahu mana yang best mana yang tidak sedangkan pada zahirnya semuanya kelihatan sama? Ini lah caranya kot.

Walaubagaimanapun, aku tak nafikan, di sebalik apa yang berlaku, aku masih sayangkan dia. Belum terdetik untuk aku pergi tak kembali meninggalkan dia dalam mode kutuk sehabisnya apa yang berlaku dalam FB dia.

Aku tak kisah walaupun hari ini, esok atau lusa, dia akan cuba untuk menarik perhatian kawan-kawannya, atau aku sendiri, bahawa dia dalam mode memprotes apa yang berlaku dalam mempertahankan dirinya.

Aku lebih berusia darinya. Jadi aku perlu bertindak lebih matang darinya. Maka tidak salah untuk aku diam dan hilang dari FB untuk seketika. Silent is golden.

Err.. Jemput minum..

Tuesday, June 8, 2010

Facebooknya Hilang Atau Aku Dibutakan?

Aku kena warning. Ya, disebabkan sifat kebudak-budakan aku yang mengungkap rasa rindu dan sayang yang tak tertanggung di Facebook dia, akibat terputus hubungan telefon, aku mendapat malu. Aku dinasihat supaya jangan over di Facebook dia.

Sebelum aku off semalam, aku hantar mesej yang jelas dan padat. Kalau kat Facebook dia yang selama ni dia sendiri memanggil-manggil aku dengan ucapan abang lion baby lion dia (aku tak tau la berapa banyak singa dia ada, hal ghaib bukan urusan aku), aku pulak ditegah jangan 'over' di Facebook dia tu.

'Over' adalah perkataan paling ultimate. Kalau sebut 'janganlah taip macam tu... takut benda lain jadi..' aku boleh la terima. Tapi sebab perkataan 'over' yang aku pasti adalah tambahan perisa dari singa-singa dia yang lain. Bukan fitnah. Itu la buruk sangka yang terhasil.

Macam mana bila kita, ada bf, menyebut kata rindu dan sayang dalam Facebook yang khas untuk golongan PLU, ditegah untuk berbuat demikian. Sebab apa? Takut pecah lobang? Takut putik baru yang lain tak mekar menjadi bunga? What ever.

Tapi sebaik je aku online awal pagi tadi lepas aku takleh tidur, Facebook khas untuk dunia PLU dia dah tak ada. Sama ada didelete atau aku yang dibutakan dari melihat (kena block ke apa ke aku tak tau), facebook tu dah tak ada. Explanation pun tak ada. Dan dia mula meletak status-status yang mendidihkan panas hati aku di Facebook 'straight' dia.

OK. Cukuplah. Aku dah tak mahu burden yang bertambah-tambah. Aku dah cukup siksa menanggung beban di organ paling penting untuk aku terus hidup. Semua kesilapan aku berpunca dari aku sendiri.

Aku dapat housemate yang ibarat seekor anjing menggigit betis pun sebab aku baik sangat. Dan aku mendapat seorang teman yang membingungkan pun sebab aku yang mengikut rentak budak-budak. Salah aku dan correctional measure memang patut aku buat.

Aku nak hidup lebih lama. Mendapat keputusan bahawa darah aku tak mengandungi penyakit belum cukup menggembirakan aku sebab hakikatnya, berita pengepam darah aku yang rosak ni lebih kurang sama sahaja akibat dari keresahan yang timbul. Malah dapat dirasai. Sampai saat ni, aku masih mengusap dada.

Lepas solat Zohor tadi, keadaannya semakin bertambah ngilu. Nak pergi mana pun Facebook dia tu aku dah tak peduli lagi.

Nak Pergi Hospital Tapi Tak Jadi

Aku ambik Clinical Report kejap tadi. Aku ingat nak pergi Hospital Putrajaya. Nak buat pemeriksaan lanjut la. Mungkin ada beza antara pemeriksaan 15 Mac 2010 tu dengan hari ni. Sebabnya, sebelum aku dicheck dengan kaedah echocardiography tu, aku tak pernah dapat sakit dada kiri sekerap ini. No, bukan sakit. I mean, panas-panas dan rasa jantung macam lekang. Bagai rambutan yang terpisah isi dan bijinya.

Tapi Faizol nak tengok rumah aku. Bini dia dok sibuk nak rumah kat Presint 5. Aku pun bawak Faizol ke rumah aku. Sambil tu aku nak ambik henfon aku yang tertinggal. Tetamu yang tak diundang ada dalam rumah aku. Tengah buat apa aku taktau. Menyorok dalam bilik kedua yang aku tumpangkan si Yus di situ. Diulangi, TUMPANGKAN. Jangan tak sedar diri yer.

Lepas aku tunjuk kat Faizol, Faizol pun suka. Dia kata dia nak jugak la rumah kat area tu. So kitorang pun berambus. Dan Clinical Report tu aku tertinggal dalam bilik rumah aku. Sebab apa eh aku leh tertinggal? Pikiran aku mula bermain macam-macam. Entah-entah dia tak kasi aku gi Hospital Putrajaya check kot. Mana tau, dari mild dah jadi acute.

Aku bertambah gabra. Tapi kegabraan aku hilang sebab dilangsiri rasa menyampah aku pada tetamu yang diletak dalam rumah aku tu. Aku nekad. Yus mesti keluar dari rumah aku. Aku tak mahu tanggung biawak hidup. Bukan seekor. Kini dah dua.

Laporan Klinikal Jantung

ECHO:EF; 66% - mild MR, no vegetation - mild to moderate TR, no vegetation - mild pulmonary regurgitation - BPS 116/65 - BPL 112 / 61 - T; 37 CVS; ejection systolic murmur LSE

Itu adalah laporan klinikal bulan Mac 2010. Yang pada masa tu aku tak rasa apa-apa kat dada aku ni. Tapi sejak kebelakangan ni, aku dah rasa jantung nak lekang. Aku takut nak pegi pemeriksaan susulan.

Walaupun aku dah berjanji dengan kawan-kawan aku, especially Ham, yang aku akan pergi buat check-up, tapi aku masih tak berani nak pergi check. Aku harap ini tak dianggap sebagai mungkir janji. Aku cuma tak berani. Aku tak mau dok wad lagi.