Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

Monday, April 11, 2011

Love Transition

Khabar yang baru diterima, mak aku memerlukan stokin batu untuk sebulan lagi. Kata doktor, 12 Mei baru stokin batu di kaki mak aku akan di buka. Tulang dah bersambung tapi belum cukup kuat. Berkat kuasa Allah melalui pembalunan susu Anlene setiap hari. Maknanya mulai saat ini, mak memerlukan supply susu Anlene setiap hari sampai bila-bila.

Begitulah apa yang telah difirmankan Tuhan. Dia menjadikan hambanya hidup di dunia dalam satu kitaran. Dari kanak-kanak, menjadi dewasa, dan menjadi kanak-kanak semula. Kini, orang tua kita dapat lihat, semakin tua, semakin memerlukan keperluan kanak-kanak semula. Itu satu realiti.

Kadang-kadang kita terlupa orang yang sepatutnya kita kasihi. Orang yang sebetulnya layak untuk kita bersama mereka bagi menyenangkan hati mereka. Seorang ibu mampu menjaga 10 anak. Tetapi 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.

Kadang kita terfikir, sebab apa kita ditakdirkan belum ada rasa untuk membina keluarga sendiri. Khususnya orang macam kita. Adakah Tuhan tersilap dalam membentuk hambanya?

Sama sekali tidak. Dia tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Dia mempunyai sebab untuk menjadikan babi sebagai makhluk ternakan yang mempunyai daging paling sedap antara semua jenis ternakan, kemudian mengharamkan babi ke atas mereka yang beriman kepada-Nya.

Begitu jugalah Dia mempunyai sebab untuk menciptakan makluknya yang mempunyai kelainan seks tetapi mengharamkan makhluk istimewa itu dari menikmati seks yang berlainan itu.

Antara sebab yang jelas dan boleh difahami mungkin sangat mudah. Supaya sang ibu yang melahirkan anak-anak yang ramai tidak ditinggalkan oleh kesemua anak-anaknya untuk menghadapi hari tua. Akan ada anaknya yang tidak akan ke mana-mana dan akan terus bersama menjaganya hingga tutup usia.

Adakala, kita akan berhadapan dengan situasi di mana kasih sayang yang cuba kita curahkan, perhatian yang cuba kita berikan dan nasihat yang cuba kita sampaikan kepada orang yang kita hadirkan untuk disayangi itu sebenarnya tidak diperlukan langsung olehnya.

Ia seolah-olah perbuatan bida'ah yang akhirnya cuma memalukan diri kita je. Ia mungkin seperti hujan yang menyirami gurun. Malah akhirnya diakhiri dengan cara yang cukup menyakitkan. Yang jelas menunjukkan isi hati sebenar orang yang kita sayang.

Semua yang berlaku mempunyai alasan tersendiri untuk berlaku. Semua orang mempunyai masalah sendiri dan dilema sendiri. Kita tidak perlu terlalu pentingkan diri dengan masalah kita kerana tidak ada untung berlaku sombong dengan beralaskan masalah-masalah. Beruntunglah kerana ada yang sudi mendengar, membaca dan berikhtiar untuk membantu.

Akhirnya kita akan terasa ibarat tersedar dari tidur yang panjang. Mimpi indah kita itu sebenarnya agak palsu seperti kes telur palsu yang heboh sekarang ni. Adakah kita sebenarnya tersilap mencurah kasih?

Apa yang aku rasa ini mungkin balasan untuk aku yang tak balik ke Ipoh minggu ni untuk memapah mak aku berjumpa pakar ortopedik hari ni, kerana lebih mementingkan orang lain yang sebenarnya tak perlukan aku pun.

Datangnya saat begini, kita mulai sedar. Kepada siapakah kasih sayang kita patut kita curahkan dan bakal dihargai oleh manusia dan semestinya oleh Pencipta.

Sekian posting aku yang pertama dan terakhir berkaitan perasaan aku ke atas orang lain dalam musim ini. Segalanya dah aku pindahkan kepada yang lebih berhak.

Tuesday, November 23, 2010

Ego Palsu

Selamat pagi Selasa semua yer. Mengikut fengshui Melayu, Selasa ni hari kurang ong. Aper ong-ong? No yer. Takder ong-ong selain Michael Ong.

Nak kisahkanlah sikit kan, sementara mulut tengah menyuap nasi goreng ni, tentang hati dan perasaan, ego dan keruntuhannya.

Ego palsu memang mudah runtuh. Saya ni takder sifat ego. Kalau ada pun saje je pose-pose ego. Tapi, ego orang lain, lantak pi la kan. Ego dia. Hak dia la nak usung ke mana pun kan.

Sebenarnya, dalam Facebook saya, semua orang yang saya pernah sayang, ada tersenarai dalam list. Saya hormati status mereka sekarang dan saya tak ganggu mereka dengan mesej-mesej yang barbagai, and vice versa.

Memang tengah tahun ni haritu saya pernah menyayangi seseorang yang last sekali mendatangkan kekecewaan. Saya buang dia dari list Facebook. Kan. Punyalah marah time tu dengan status dia yang menyindir. Tapi sebagai seorang yang baik, cewah, saya pagi ni add dia balik lah kan.

Janji saya dah add. Nak approve atau taknak, dia punya pasal la kan. Hak dia. Hadiah untuk dia dari Bandung masih ada dalam almari. Kalau dia rasa itu dia punya, sila datang tuntut la kan.


Monday, June 14, 2010

Sebulan Cukup?

It just like a volcanic eruption that showing the reduce in its volcanic activities but later come out with a big blast eruption and killing all those evacuee that returning home.

Malas nak cerita panjang-panjang. Cakap 1000 kali pun tak akan faham.

Cuma nak aku tanya lah kan. Kenapa tak boleh bersikap matang bila menyedari diri terpaksa bergaul dengan orang yang lebih tua?

Aku ni macam-macam masalah terpaksa nak tempuh berhubung nilai-nilai kekeluargaan. Budak yang lahir belakang rumah aku masa aku tadika dulu kahwin semalam. Jiran aku la. Dia sekarang mengajar kat Keningau. Itu jer dah cukup untuk aku dihujani persoalan-persoalan.

Dari keluarga, dari masyarakat, dari kawan-kawan, dari komuniti surau. Sampaikan dengan siapa aku SMS, mesti akan ada mulut yang menyindir "jangan SMS dengan laki sudah la sampai senyum-senyum macamtu". Bukan itu saja. Sikap tak faham keadaan orang lain, sikap suka 'likes' pada benda-benda yang menyakitkan hati dengan niat menyampaikan hasrat hati tanpa perlu menaip, memang aku dah lama sabar sangat. Kelmarin, genap sebulan selepas aku kenal dia, aku buat keputusan, aku tak perlukan teman macam dia.

Sebabnya, aku tak faham kenapa dia tak boleh memahami aku msehari dua ini berbandi aku menahan sabar memahami dia selama sebulan.

Selama sebulan, panggilan aku untuk dia mesti dicatu. Ikut sela masa tertentu. Nanti mama dengar, nanti abang dengar, nanti cicak belakang frame gambar kat living room dengar. Whatever lah yang boleh dengar, mesti disorok. Itu engkau. Budak muda umur 21 yang belum menghadapi dilema tekanan keluarga supaya kahwin.

Sebab tu aku kata, tolong. Tolong beri aku ruang untuk bernafas. Bukan dengan menyindir " takkan dah kena bar". Memang bagi aku, itu sindiran pedas yang tak diperlukan bila aku dalam KEKUSUTAN macam tu. Padahal pada hari Sabtu sahaja, dekat nak 3 mms aku hantar bagi menggambarkan pada keadaan apa yang aku sedang berada.

Akhirnya , lewat tengah malam, dia mengeluarkan kata-kata biadapnya berbunyi, "baiklah, lepas ni taknak ganggu dah, dan happy lah bersama kawan-kawan tu". Good. As you wish. Orang tak faham bahasa, tak faham situasi, tak akan faham sampai bila-bila. Bagitaulah 10,000 kali pun. Tak akan faham.

Serious thing is, aku tak perlu teman yang menambah kusut kepala aku.Genap sebulan lepas aku kenal dia, aku rasakan aku perlu putuskan hubungan ni. Aku susah menahan merungkai kusut, dia tak peduli apa-apa. Ini baru bulan pertama. Aku risau aku tertempeleng mukanya di masa depan. Aku tak sanggup buat macamtu. Tapi tangan aku sanggup. Dia pernah bertindak di luar arahan otak aku.

Dia muda. Dia bersifat kebudak-budakan. Dia boleh sebut yang dia takkan buat aku kusut kalau aku ceritakan betapa kusutnya ex aku sebelum ni. Dia boleh sebut yang dia akan faham aku sebaiknya padahal dia hanya boleh memberi 'lip service' sahaja demi cita-cita berahi.

Untuk itu, aku akan sebut sesuatu yang akan aku laksanakan. Aku tak perlukan dia. Aku menyintai jantung aku lebih dari mencintai orang lain. Semua elemen yang membunuh aku dari dalam aku mesti tiadakan.

Thursday, June 10, 2010

Pulih Sudah..

Akhirnya, kesabaran aku berbalas. Dia masih teguh hatinya dalam kisah cinta ini. Dia meminta maaf atas apa yang berlaku. Aku tak menuntut kemaafan tetapi alangkah bagusnya dia kerana bertindak merendahkan ego dalam dirinya dan faham sebab apa aku berkecil hati.

Kami menjadi lebih mesra hasil dari apa yang dah terjadi. Memang itulah apa yang aku harapkan. Sebab itulah aku percayakan dia. Sebab itulah aku sayang sangat kat dia.

Billy dah selesaikan hutang dan aku dah boleh menghadap encik maxis. Thanks Billy. First sebab dah bayar. Second sebab menahan mata membaca mesej pedas aku. Aku memang suka hantar mesej pedas. Have to used to it. Tanyalah budak rumah Ampang yang dah 7 tahun duduk ngan aku. Pun begitu diorang tetap harap aku pulang ke pangkuan rumah Ampang.

Sebelum isyak tadi, aku tertidor. Aku ade pesan kat dia yang aku akan online lewat sikit. Tapi aku solat isyak pukul 3 pagi sebab bangun jam 2.45 pagi. Bila aku sampai mamak dan on FB, dia dah tidur 3 jam yang lalu. Sorry dear.

Apapun, aku masih menyimpan kerahsiaan severe regrugitation dalam dada ini dari pengetahuan pihak hospital. Entah bila aku nak pergi follow up. Takut nak dok wad!

Wednesday, June 9, 2010

Silent Is Golden

Malam tadi, aku tertidur lepas Maghrib. Bila aku bangun, jam dah pukul 3 pagi. Ada 1 missed call dan 1 sms. Hmm. Bukan dari dia. Ad miss call dan entah iklan apa yang sapa ntah sms. Sorry la Ad. Takleh nak call balik.

Terasa gak la hati kecil ni. Terasa yang gelora yang terjadi adalah sesuatu yang dinantikan olehnya. Agaknya dia tengah gumbira kot sebab lepas sudah siksa dia yang memang dia tunggu untuk berlalu.

Eh. Tak baik gak aku bersangka macam tu. Takpe. Kalau dia orang yang sabar, tak semudah itu hati dia berubah.

Pada hati aku, dia belum pergi lagi. Apa lagi untuk menyebut dia dah aku ganti dengan orang lain. Kalau sebelum dia hadir pun aku masih mampu hidup tanpa teman selama 15 bulan, setakat beberapa hari ni, bukan masalah besar untuk aku.

Susah bila kita dah sayang seseorang. Walaupun isi hati sebenar orang yang kita sayang tu belum habis kita teroka, kita akan cuba bersangka baik atas apa yang terjadi walaupun sudut jahat dalam hati menyebut "sudahlah tu bodoh, jangan difikir, dia dah seronok bergurau senda dengan yang lain".

Melawan kata hati yang jahat adalah mudah sekiranya "kuasa baik" dalam hati yang tidak menghalalkan buruk sangka mempunyai kerusi dua pertiga dalam "Dewan Jiwa".

Walaupun disakiti, Dewan Jiwa tetap memutuskan bahawa dia adalah muda dan setiap perlakuannya adalah mentah dan tidak melihat akibat dari kata-katanya.

Jadi, aku pun menahan lagi tempoh kesabaran ini untuk satu ketika lagi. Aku berhak memberi ujian begini sebab semua kawan-kawan yang kenal aku menyebut "pak tam gentleman. Pak tam patut dapat the best one for pak tam."

Macam mana nak tahu mana yang best mana yang tidak sedangkan pada zahirnya semuanya kelihatan sama? Ini lah caranya kot.

Walaubagaimanapun, aku tak nafikan, di sebalik apa yang berlaku, aku masih sayangkan dia. Belum terdetik untuk aku pergi tak kembali meninggalkan dia dalam mode kutuk sehabisnya apa yang berlaku dalam FB dia.

Aku tak kisah walaupun hari ini, esok atau lusa, dia akan cuba untuk menarik perhatian kawan-kawannya, atau aku sendiri, bahawa dia dalam mode memprotes apa yang berlaku dalam mempertahankan dirinya.

Aku lebih berusia darinya. Jadi aku perlu bertindak lebih matang darinya. Maka tidak salah untuk aku diam dan hilang dari FB untuk seketika. Silent is golden.

Err.. Jemput minum..