Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Monday, April 11, 2011

Love Transition

Khabar yang baru diterima, mak aku memerlukan stokin batu untuk sebulan lagi. Kata doktor, 12 Mei baru stokin batu di kaki mak aku akan di buka. Tulang dah bersambung tapi belum cukup kuat. Berkat kuasa Allah melalui pembalunan susu Anlene setiap hari. Maknanya mulai saat ini, mak memerlukan supply susu Anlene setiap hari sampai bila-bila.

Begitulah apa yang telah difirmankan Tuhan. Dia menjadikan hambanya hidup di dunia dalam satu kitaran. Dari kanak-kanak, menjadi dewasa, dan menjadi kanak-kanak semula. Kini, orang tua kita dapat lihat, semakin tua, semakin memerlukan keperluan kanak-kanak semula. Itu satu realiti.

Kadang-kadang kita terlupa orang yang sepatutnya kita kasihi. Orang yang sebetulnya layak untuk kita bersama mereka bagi menyenangkan hati mereka. Seorang ibu mampu menjaga 10 anak. Tetapi 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.

Kadang kita terfikir, sebab apa kita ditakdirkan belum ada rasa untuk membina keluarga sendiri. Khususnya orang macam kita. Adakah Tuhan tersilap dalam membentuk hambanya?

Sama sekali tidak. Dia tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Dia mempunyai sebab untuk menjadikan babi sebagai makhluk ternakan yang mempunyai daging paling sedap antara semua jenis ternakan, kemudian mengharamkan babi ke atas mereka yang beriman kepada-Nya.

Begitu jugalah Dia mempunyai sebab untuk menciptakan makluknya yang mempunyai kelainan seks tetapi mengharamkan makhluk istimewa itu dari menikmati seks yang berlainan itu.

Antara sebab yang jelas dan boleh difahami mungkin sangat mudah. Supaya sang ibu yang melahirkan anak-anak yang ramai tidak ditinggalkan oleh kesemua anak-anaknya untuk menghadapi hari tua. Akan ada anaknya yang tidak akan ke mana-mana dan akan terus bersama menjaganya hingga tutup usia.

Adakala, kita akan berhadapan dengan situasi di mana kasih sayang yang cuba kita curahkan, perhatian yang cuba kita berikan dan nasihat yang cuba kita sampaikan kepada orang yang kita hadirkan untuk disayangi itu sebenarnya tidak diperlukan langsung olehnya.

Ia seolah-olah perbuatan bida'ah yang akhirnya cuma memalukan diri kita je. Ia mungkin seperti hujan yang menyirami gurun. Malah akhirnya diakhiri dengan cara yang cukup menyakitkan. Yang jelas menunjukkan isi hati sebenar orang yang kita sayang.

Semua yang berlaku mempunyai alasan tersendiri untuk berlaku. Semua orang mempunyai masalah sendiri dan dilema sendiri. Kita tidak perlu terlalu pentingkan diri dengan masalah kita kerana tidak ada untung berlaku sombong dengan beralaskan masalah-masalah. Beruntunglah kerana ada yang sudi mendengar, membaca dan berikhtiar untuk membantu.

Akhirnya kita akan terasa ibarat tersedar dari tidur yang panjang. Mimpi indah kita itu sebenarnya agak palsu seperti kes telur palsu yang heboh sekarang ni. Adakah kita sebenarnya tersilap mencurah kasih?

Apa yang aku rasa ini mungkin balasan untuk aku yang tak balik ke Ipoh minggu ni untuk memapah mak aku berjumpa pakar ortopedik hari ni, kerana lebih mementingkan orang lain yang sebenarnya tak perlukan aku pun.

Datangnya saat begini, kita mulai sedar. Kepada siapakah kasih sayang kita patut kita curahkan dan bakal dihargai oleh manusia dan semestinya oleh Pencipta.

Sekian posting aku yang pertama dan terakhir berkaitan perasaan aku ke atas orang lain dalam musim ini. Segalanya dah aku pindahkan kepada yang lebih berhak.

Friday, November 19, 2010

Hujan Sepanjang Jalan

Seronok sangat berhujan kan, nah kau, dibagi hujan sepanjang jalan tadi. Aku gerak dari Ipoh balik ke KL jam 4.30 petang. Hujan lebat membasahi Tambun, Ipoh. Masuk je highway, hujan makin lebat. Akhirnya jadi rekod aku bawak kereta dari Ipoh sampai Tg Malim dalam hujan yang amat lebat. Syukur tak ada benda tak baik berlaku. Yer la kan. Seriau sangat. Banyak kes kemalangan maut sekarang bukan kat jalan lama, tapi kat lebuhraya.

Contohnya malam raya kelmarin, highway jem teruk. Aku nak keluar dari highway di Tg Malim, jem. Aku berubah ke Tol Behrang. Jem jugak. Aku pun ubah ke Tol Slim River, lagi jem penuh dengan lori. Sempat jugak aku mengelak dari beratur belakang lori dan terus keluar di Sungkai untuk makan di Bidor. Sejam selepas tu, 4 beranak maut dirempuh treler di Tol Slim River, tempat aku elak beratur belakang lori sebelum tu. Tragik bukan?

Sebab tu la perjalanan aku balik diiringi doa restu ayahnda bonda yang bising sebab aku nak balik KL dalam hujan. Macam tau-tau je kan hujan sepanjang jalan. Akhirnya aku selamat sampai Putrajaya.


Simpang Pulai

Tapah

Slim River

Tol Jalan Duta


Tuesday, February 2, 2010

Mak Oh Mak

Tengahari semalam, aku bangun lambat. Dekat jam 3.00 petang. Mak mula bersuara .. : hang memang selalu ka tidoq lama-lama macam ni?". Aku pun jawab " takde la.. cuti je.. buat ganti tidur yang tak cukup..".

Aku pun siap-siap nak pegi BSN. Aku mintak buku akaun mak aku. Nak masukkan duit kat dia. Lepastu aku terus mandi. Lepas mandi, mak aku kasi buku akaun, terus aku cabut. BSN paling dekat ialah di Tanjong Rambutan. Haha.

Aku pun terus memandu ke sana dalam petang yang panas terik blue sky bagai. Patut la orang Ipoh selalu mengadu Ipoh panas lately. Memang panas pun!




Sampai kat BSN, orangnya penuh amat. Tapi sangat 1Malaysia. Dari 4 kaunter, hanya 3 je bukak. Yang menjaga kaunter tu sorang akak India, sorang akak Melayu dan sorang akak Cina. Haha. Aku amik nombor, kemudian baru ambik form untuk deposit tunai.

Bila aku selak je buku akaun mak aku, tertulis tarikh akhir pengeluaran pada bulan Februari 2009. Pengeluarannya ialah RM47.00. Ya ampun! Takkan lah mak aku datang sini semata-mata nak keluar duit RM47.00? Baki yang tertinggal pula RM11.00.

Mata aku berkaca. Aku tak dapat bayangkan macammana masa bulan Februari 2009 tu aku ngabih duit jalan-jalan ke Sabah, mak aku gi BSN, nunggu giliran yang lama, keluarkan duit RM47.00. Isk..isk.. Sedihnya.

Aku pun depositkan kat mak aku RM2000. Biar dia ada duit sikit dalam akaun tu. Aku tau mak aku memang simpan duit kat rumah. Tapi itu duit dia dapat sendiri. Ajar orang ngaji. Orang bagi sedekah.

Setibanya kat rumah, aku terus jumpa mak. "Mak, yang gigih gi Tanjung keluar duit RM47 ni awatnya? Takdak duit sangat dah ke masa tu? Kenapa tak cakap kalau takde duit?"

Mak aku pun jawab " La..mak pi bank sebab nak tutup akaun tu. Depa pulangkan la balik RM47 tu. Depa kata kena tinggal duit dalam tu tak boleh kurang RM10. Lepaih tu depa tak bagi mak tutup. Pasai mak tak ada akaun lain dah. Ambik pi la RM47 pun. Dah depa bagi."

Err. OK. Whatever. Aku pun bagi buku akaun kat mak aku dan terus gi mamak. Aku memang suka terjebak ngan salahtafsir pemikiran aku sendiri.