Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

Destinasi Pilihanku : Kota Kinabalu

Tidak dinafikan lagi, destinasi paling best bagi aku di bumi Malaysia ini ialah Kota Kinabalu! Yes! Aku dah sampai ke semua ibu negeri di Malaysia ini, dan tidak ada yang setanding dengan Kota Kota Kinabalu! Pada 17 September 2011 aku berpeluang untuk ke Kota Kinabalu untuk kali kedua, hasil dari bonus setengah bulan untuk raya pada bulan 8. Elok sangat kan. PM kasi bonus untuk belanja raya, aku buat beli tiket kapaterobang.

Apa yang aku suka tentang Kota Kinabalu ialah, tentang kemampuan kita untuk terpanggang kepanasan dan menggigil kesejukan dalam tempoh 12 jam melancong.

Lihat sahaja pemandangan Pulau Sepangar saat pesawat membuat pusingan untuk mendarat. Walaupun cantik, tiada publisiti pelancongan untuk pulau ini. Kalau di Semenanjung, nescaya dipuja puji bagai nak rak sebagai destinasi indah itu ini.

Berdirinya sang jurugambar ini ialah di atas Pulau Manukan. Pulau Manukan boleh dikunjungi seawal jam 8 pagi. Tambang bot cuma RM10. Namun yuran memasuki Taman Laut ini mencecah RM7.50. Sewaan peralatan menyelam adalah RM15 meliputi google snorkeling , jaket keselamatan dan fin. Snorkeling hanya dibenarkan di kawasan yang dipagari pukat kerana di sebalik keindahan sudut menarik Laut China Selatan ini, menanti gerombolan obor-obor berbisa yang mengintai mangsa. Oleh kerana Spongebob tinggal di Bikini Bottom, tiada siapa yang mahu menangkap obor-obor di Manukan Bottom. Semua bottom, sapa top? Menjelang jam 12 tengahari, suhu pantai akan mencecah 36­°C dan boleh mengudangkan kulit anda. Selepas merasa sensasi kepanasan itu, pulanglah segera ke bandaraya Kota Kinabalu.

Sukar untuk mendapati kejernihan pantai dengan berlatarkan bandaraya yang pesat membangun. Cuba ke Pulau Pinang. Sudahlah lautnya hanyir, air taik dari hotel di salurkan ke tengah laut. Depa ingat kami tak nampak?

Dan saya semakin keudangan dipanah terik mentari Pulau Manukan. (Gerenti menggelupas kulit ni). Jadi, untuk merasai sensasi seterusnya, kembalilah ke Kota Kinabalu, dan mulakan pemanduan ke Kundasang.

Mengikut Google Maps, jarak dari Jesselton Point (jeti) ke ladang tenusu Sabah Diary Farm yang terletak 1600 meter dari aras laut di Kundasang adalah 94.3km dan mengambil masa 1 jam 32 minit. Bidaah. Lebih kurang 2 jam mungkin. Jadi mulakan perjalanan anda pada jam 1 petang, untuk sampai di Kundasang pada jam 3 petang.

Perjalanan ke Kundasang perlu menempuh laluan berkabus sebab hari dah petang. Selepas tengahari, kawasan Bundu Tuhan iaitu simpang ke Kinabalu Park akan mula dilitupi kabus. Awas jika memandu. Kerana di sesetengah tempat, jarak penglihatan hanya di bawah 10 meter!

Setibanya di Kundasang, teruskan perjalanan ke Jalan Cinta Mata Mesilou yang menghala ke Gunung Kinabalu. Kudasang terletak 1,200 meter dari aras laut. Tempat tertinggi yang boleh kita pandu kereta kita ialah Sabah Diary Farm yang terletak 1,600 meter dari aras laut. Inilah dia jalan menuju ke Sabah Diary Farm. Sangat indah dan dingin.

Dan menjelang jam 4 petang, kita pun berada di kaki Gunung Kinabalu dengan pemandangan air terjun Sungai Mesilou yang jatuh dari ketinggian 1,000 meter tetapi hanya jika selepas hujan. Beruntung lah saya dapat melihatnya. Suhu di sini tercatat 16°C ! Hanya 4 jam yang lepas, kulit anda dibakar mentari pantai 36°C ! Inilah tarikan sebenar Kota Kinabalu!


Sabah Diary Farm sangat indah. Seperti anda berada diluar negara.

Keindahan itu dapat dilihat bukan sahaja jika diselitkan dengan model yang indah...

Malah jika model yang diselitkan itu tidak indah, keindahan Kundasang tetap menyerlah!

P/S : Saya dari Manukan ke Kundasang bukan dalam masa sehari. Saya cuma syorkan cadangan bahawa anda boleh lakukannya dalam masa sehari. Bidaah ini dibayar siarannya.

Tuesday, August 16, 2011

Kembali Ke Kota Kinabalu !!

Selepas 2 tahun berjanji kepada Kota Kinabalu untuk kembali ke sana, bulan depan, aku akan kembali ke Kota Kinabalu untuk percutian selama 6 hari 5 malam!

Yang best, percutian kali ini diikuti oleh Jesh , Diedie dan Tya, serta penampilan istimewa dalam perjalanan pulang, Denich.

Selepas membuat booking flight, aku terpaksa modify booking aku berkali-kali sebab Maybank2u punya server sangkut.

Penantian selama sejam berbaloi dan harga tiket untuk 4 orang sebanyak RM1,192 pergi balik akhirnya berjaya dibayar.

Best, best, best!

Sunday, April 3, 2011

Taman Perpaduan


Nampaknya Canon Powershort A495 masih lagi relevan untuk dilanyak dan dirakamkan video pergerakan yang dilajukan bagi memberi kepuasan kepada penghasilan kraf video. Muzik ni pulak aku buat pakai Fruity Loops 5.

Monday, March 28, 2011

Tak Dapat 5D Mark II, PowerShot A495 Pun Jadilah

Ini merupakan rakaman masa aku balik sensorang dari Ipoh ke KL minggu lepas. Menggunakan Canon Powershot A495 yang berharga RM399 je. Memandangkan buat masa ni memang aku selalu balik ke Ipoh, maka tergamaklah aku sendirian merakam itu dan ini. Ini mungkin juga disebabkan oleh minat fotografi yang semakin kurang dan makin meminati rakaman video. Nasib baik ler tak sempat beli digital kamera mahal-mahal kan. Kalu tidak, bakal jadi memori yang usang bagai bara merah je. Lepas ni aku nak cari jampi mantera bagi membolehkan Canon PowerShot A495 itu disumpah menjadi Canon EOS 5D Mark II. Kelas!



Wednesday, December 1, 2010

Ilmu Luar Negara : Daftar Plet Kenderaan Di Indonesia

Hai adik-adik. Ini adalah scheduled posting yer. Waktu ni abang sedang enak tidur yer. Hari ini abang akan membuat sedikit kerja gila. Tak susah adik. Jumpa di internet, kita berkongsi. Apa kata adik-adik, meluangkan masa sejenak dalam pelajaran ilmu luar negara kali ini. Kali ini kita akan melihat daftar plet kenderaan di negara jiran kita Indonesia, mengikut tempat ia didaftarkan.

A - Banten
B - Jakarta, Tangerang, Bekasi
D - Bandung
E - Cirebon, Kuningan, Indramayu, Majalengka, Sumedang
F - Bogor, Sukabumi, Cianjur
G - Brebes, Tegal, Pemalang, Pekalongan, Batang
H - Semarang, Kendal, Salatiga, Grobogan
K - Demak, Kudus, Jepara, Pati, Rembang, Blora
L - Surabaya, Gresik
M - Madura
N - Malang
P - Pasuruan, Probolinggo, Jember, Bondowoso, Situbondo, Banyuwangi
R - Banyumas & Cilacap
S - Bojonegoro, Tuban, Lamongan
T - Karawang, Subang, Purwakarta
W - Sidoarjo
Z - Garut, Tasikmalaya, Ciamis

AA - Magelang, Purworejo, Wonosobo, Temanggung, Banjarnegara, Kebumen
AB - Yogjakarta
AD - Solo, Boyolali, Sukoharjo, Wonogiri, Sragen
AE - Madiun, Ponorogo, Pacitan,Trenggalek
AG - Kediri, Blitar, Tulungagung, Nganjuk, Jombang

BB - Tapanuli
BD - Bengkulu
BE - Lampung
BG - Sumatra Selatan
BK - Sumatra Utara
BL - Aceh
BM - Riau Daratan dan Riau Kepulauan (kecuali Batam & Bintan)
BN - Bangka & Belitung
BP - Batam & Bintan

DA - Kalimantan Selatan
DB - Minahasa, Sulawesi Utara
DD - Sulawesi Selatan & Sulawesi Barat
DE - Maluku Selatan
DG - Maluku Utara
DH - Pulau Timor
DL - Sangihe-Talaud
DM - Gorontalo
DN - Sulawesi Tengah
DT - Sulawesi Tenggara

EA - Nusa Tenggara
EB - Flores
ED - Sumba

KH - Kalimantan Tengah
KT - Kalimantan Timur

Dan dulu-dulu, Timor Leste menggunakan DF. Selamat melancong.

Saturday, November 13, 2010

2010 Mula Memberanikan Diri Travel Sendirian

Tahun 2010 merupakan tahun banyak melancong bagi aku. Semua tempat yang pergi, adalah tempat yang aku tidak pernah sampai langsung sebelum itu (kecuali Bandung 2nd round la kan. Hehe). Aku hanya mengkaji melalui internet. Walaupun Kuching aku terpaksa lepaskan pada 16 September kerana sebab-sebab tertentu, perjalanan aku tahun ini sudah cukup membuatkan aku merasa untuk melihat dunia luar sempadan negara.

Bermula dengan eskpedisi berseorangan aku ke Krabi pada 12 Februari 2010 dengan menaiki keretapi dan bas, aku menjadi berani untuk berkelana sendirian.

Krabi (Februari)

Pada 25 Jun 2010, aku memberanikan diri untuk terbang ke sebuah lagi negara yang aku belum pernah pergi lagi sepanjang hidup aku. Indonesia. Aku ke Bandung dengan penerbangan jam 8.30 malam di mana hari tersebut, aku bekerja sehingga jam 5.30 petang.

Bandung (Jun)

Pada 23 Julai, aku terbang ke Tawau untuk ke Semporna dengan misi menjejakkan kaki ke Pulau Mabul. Aku berjaya menyelesaikan misi tersebut dengan jayanya walaupun bersendirian adakalanya mati kutu, namun banyak yang boleh aku buat tanpa sesiapa menyemak di kepala aku.

Mabul Island (Julai)

Kemudian, semasa outstation di bulan Ramadhan di JB, aku dipelawa oleh Azward Azis, untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan di Singapura, Halim, Zai dan Schon. Ini merupakan lawatan kali pertama aku ke Singapura. Kemesraan mereka membuatkan aku sentiasa ingin berkunjung lagi ke sana.

Singapura (Ogos)

Dan menutup perjalanan aku tahun ini, aku kembali terbang ke Bandung pada 19.10.2010 atas tiket yang aku beli sebaik balik dari Bandung pada bulan Jun, semata-mata untuk berhujung minggu dan bermalas-malasan.

Bandung (Oktober)

Ralatnya, pada 3 November 2010, aku membatalkan penerbangan ke Hatyai kerana bandar tersebut ditenggelami banjir sedalam 2 meter.

Aku mulanya gusar dan tidak yakin apakah aku mampu untuk mengembara sendirian. Apabila aku melaluinya, percayalah oleh aku bahawa aku mampu. Dan sebenarnya, ia menyeronokkan.

Pembaca sekelian, tanamkan minat untuk mengembara dan carilah cara untuk berkomunikasi dengan alam. Bukan bercakap sorang-sorang yer. Itu giler. Carilah sumber pengetahuan dari kajian, dan manfaatkan hasil kajian tersebut. Melalui GPS? Internet? Whatever lah!!

Tuesday, November 2, 2010

Lawatan Ke Hatyai Dibatalkan Akibat Banjir

Ramai pelancong Malaysia terperangkap dalam banjir di Hatyai

02/11/2010 9:24pm

BANGKOK 2 Nov. - Ratusan pelancong termasuk rakyat Malaysia masih terperangkap di daerah Hatyai di Songkhla, semasa daerah itu masih digenangi air setinggi antara dua dan tiga meter, dan jumlah kematian akibat bencana itu di Thailand kini menjangkau 104.

Banjir melanda bahagian selatan negara itu sejak semalam dan selain Hatyai, dua lagi daerah di Selatan iaitu Pathalung dan Nakhon Si Thammarat diisytihar sebagai zon bencana, manakala wilayah Pattani dan Narathiwat pula turut dilanda banjir.

Ramai pelancong kini terkandas di stesen keretapi dan bilik-bilik hotel, namun jumlah sebenar masih belum dikenal pasti. - Bernama


Itu berita yang aku baca baru sekejap tadi. Berita panas bak goreng pisang lagi tu. Esok, 03.11.10, penerbangan aku ke Hatyai akan berlepas jam 12 tengahari. Mengikut Jadual, aku akan pulang ke Kuala Lumpur lusa petang menaiki tren Senandung Langkawi Hatyai - KL. Oleh kerana banjir semakin buruk, maka dengan ini, aku membuat keputusan untuk MEMBATALKAN kunjungan hormat ke Hatyai dan membiarkan pesawat itu membawa mereka-mereka yang terkena getah. Selamat mengharung banjir. Hehehe.


Keadaan Hatyai 2 November 2010. Gambar hakmilik Associated Press.

Sunday, October 24, 2010

Drama Sebelum Ke Hatyai 3 November

Last Ogos, sebaik je aku balik dari Semporna, aku pun mula gatal nak menjenguk web merah putih lagi. Bukan merah putih bendera indonesia yer. Tetapi, Air Asia. Yer. Sesiapa yang naik Air Asia, pastinya ketagih untuk membeli tiket online lagi. Ala2 dadah-dadah yang tak merosakkan badan ialah penerbangan tambang murah Air Asia. Camkan itu ! (Ingat tu!! dalam bahasa Indonesia).

Bila jenguk aku pun jumpa tiker RM4.00 ke Hatyai. Wah. Keren. Aku ajak sipendek "semet" kita kat Ampang tu. "Woi Tokek. Hang pernah naik kapal terbang?" tanya aku. "Tak pernah. Tak pernah. Ada cerita baik ker?" sambil menjawab dan menyendeng tepi aku. Jauh sikit lah. Panas!.

"Ader. Ni, gi Hatyai. RM29. Tiket RM4, Airport tax RM25 = RM29." jawab aku. "Boleh la tu. Murah tu. Bila? Bila?" tanya dia. " 3 haribulan sebelas la. Dua hari sebelum Deepavali. Kita gi sekejap, kita balik la naik keretapi." jawab aku.

"Keretapi berapa pulak tambang?" tanya dia. "RM52 je. Sampai KL." jawab aku. "Mahei tu. Mahei retapi dari kapetrobang?" jawab dia. " Pergi naik kapei terobang balik naik keretapi bayor RM81 je. Banyak pulak berkire kamu. Dalam keretapi banyak awek Patani wo.. Kamu kan suker bab2 romeo ngan stranger ni. Ndak tandak?" tanya aku. "Ndak, ndak, ndak!" jawab dia. "Aku beli ni. Kamu jangan tak bayor pulak" balas aku. "RM29. Come on la. Malu ler kalo aku tak leh nak bayor" jawab dia. Baik. Aku pun beli tiket untuk dia.

Semalam aku telefon dia. Bagitau dia siap-siap. Terbang 3 November 2010, Rabu, jam 12.10 tengahari, mesti nak ada kat LCCT sebelum 11.15 pagi.

"Border pass boleh buat kat sana ke?" tanya dia. "Kepala hotak hang. Aper jadah border pass bawak naik kapetrobang" jawab aku. "Ater aku orang Perak. Masuk Siam pake border pass je." jawab dia. Adui. Aku tepok dahi. " Border pass, dikeluarkan oleh Imigresen Malaysia ngok. Mana ada Imigresen Malaysia kat dalam Siam!" jawab aku.

"Aik, kalo camtu aku buat kat Imigresen KL ler." jawab dia ala-ala bimbo menempah penampar. "Wei kulop, border pass is for bordering state dengan Siam. Perlis, Kedah, Perak, Kelantan. Mana ada Imigresen Kolumpo keluar border pass!! Apekehei benak ayor benor ni?". jawab aku.

"Oooo macam tu ke? Abeh cemaner ni?" jawab dia. "Cemaner kepala bana aper nyer. Pergi la buat passport! Lahanet! RM100 je. Adooooooooooihhh!!" jerkah aku. "Ala.. Aku kerjer busy ni. Tang maner biler nyer aku nak buat passport. Aku kensel la." jawab dia.

Kimak nyer member. Terkena aku. Nasib baik RM29 je. Tiu nia seng.

Agak jauh juga airport HDY dari pekan Hatyai.

Wednesday, October 20, 2010

Ke Bandung Lagi IV

Aku tersedar bila telefon bilik berbunyi. "Hello. Selamat Siang pak. Kamarnya mau diperpanjang?" ujar receptionist tu. Hah! " Sudah jam berapa nih.." ujar aku kebingungan. "Jam sebelas pak." jawabnya. Adoi. "Temen saya tuh.. yangg..." belum sempat aku jawab, dia memintas " yang di kamar 228 tuh? Sudah check out pak". Hah. Binawe. " Dia ada di lobi nggak?" aku bertanya lagi. "Ga ada pak." jawabnya.

Sasah la dia takder. Sebab aku cakap semalam aku malas nak ke Jakarta hari Isnin gini. Bukan apa. Aku kena balik ke Bandung sebab flight aku dari Husein Sastranegara jam 6 pagi. Keretapi paling awal sampai ke Bandung dari Jakarta jam 10 pagi. Patutla dia blah je.

"Terus, ini hari weekdays kan, kalau kamar yang Rp220,000 tu ada nggak?" aku tanya dia. Tak sanggup aku nak duduk bilik Rp320,000 ni. "Sebentar. Iya ada." jawabnya. "Saya mau tukar ke kamar yang itu." jawab aku. "Bisa ke bawah pak? Buat pembayaran" jawabnya. Aku pun capai seluar ngan baju, cekap barang-barang, turun.

Bandung hujan. Uh. Sejuk. Lalu aku ke bilik 109. Biliknya walaupun murah, tapi lebih cantik aku rasa. Melayan TV beberapa jam, Aku pun sambung tidur sampai jam 8.00 malam. Sebelum tu aku pesan supaya kejut aku jam setengah empat pagi. Bahasa sini. maksudnya 4.30 la kot.

Aku bangun, keluar dan hujan masih renyai-renyai. Sejuknya macam Cameron Highlands. Aku dengan kelaparan, selamba je singgah gerai tepi jalan makan nasik. Sambal telur rebus, Ulam-ulam, tempe goreng dan gurame (talapia) goreng menjadi santapan aku malam tu. Minumnya, Es Jeruk (Limau Ais). Perut kenyang, aku pun balik ke bilik.

Sambil tengok TV, aku tersedar melalui iklan-iklan rancangan tu. Sebenarnya kalau sebut setengah empat bermaksud 3.30 pagi. Huh. Konfiden je kan. Takper la. Awal sikit. Aku pun sibuk internetan kat telefon aku. Perut lapar balik sejuk-sejuk gini. Aku nak order makan la. La. telefon bilik aku rosak lak dah. Macammana la depa nak buat wake up call?

Asyik melayan TVOne kisah pembunuh sadis gay yang menggemparkan Indonesia satu ketika dulu, baru aku sedar jam dah nak pukul 3. Takyah tidur la camni. Flight kul 6 pagi. Namun apakan daya, aku tertidur gak.

Aku terjaga dengan bunyi loceng. Ah. Malas. Jap. Ko giler malas-malas? Kang terlepas kapal terbang sapa nak jawab? Aku yang hanya pakai boxer bukak pintu. Gulp. Indahnya ciptaan! Seorang pria kulit putih yang sangat jambu memakai kot berdiri di depan pintu.

"Pak..Sudah di call tadi tapi gak boleh.." katanya. "Oh.. Iya.. telefonnya rosak. Terima kasih.. terima kasih.." jawab aku. "Sama-sama pak.." dia senyum dan terus berlalu.

Aku tengok jam, baru pukul 3.50. Tu dia ko punya setengah empat. Aku siap-siap, mandi, dan check out jam 4.30 pagi. "Terus ke Malaysia ya pak." tanya mamat jambu tu. "Iya. Flight jam 6." ujar ku lagi. "Selamat sampai ya pak.." balasnya. "Terima kasih" balas aku tersenyum.

Aku keluar ke tepi jalan dan ternampak teksi yang tengah parking dan sedang dicuci. Terus menuju ke dia dan memohon dihantar ke Airport.

The best thing about Bandung bagi aku cuma satu. Check out hotel jam 4.30, sampai airport jam 4.45. Haha. "Berapa mas" tanyaku kepada supir taksi sebaik tiba. "Ya kalau kebiasaanya Rp35,000..." jawabnya. "Nah Rp50,000" aku menghulur tambang extra kepada dia. Dia gembira. Aku senang hati. Pintu check in dah dibuka. Orang dah ramai. Dulu tak macamni. Time ni sepi lagi.

Pesawat berlepas mengikut waktu dan aku sampai di LCCT jam 9.10 pagi waktu Malaysia. Kehandalan aku membuatkan aku berjaya menaiki bas LCCT - Salak Tinggi yang berlepas jam 9.25. Sampai rumah jam 10.30 pagi terus aku on komputer dan hantar email ke Hotel Guntur

10:45 AM
Selamat Siang, saya yang menginap di kamar 109, check out jam 4.30 pagi 19.10.2010, dengan ini mengucapkan setinggi terima kasih buat cowok receptionist yang membangunkan saya walaupun telefon kamarnya rusak. Saya tidur jam 3 pagi dan kalo tak kerana dia, pasti saya terlepas pesawat.
Saya sudah sampai di rumah, di Putrajaya, Malaysia.
Keep the good job.
Terima kasih. Sampai ketemu lagi.

Pihak hotel terus membalas beberapa jam selepas itu:

1:49 PM
Salam kembali
Sama-sama Pak. itu merupakan tugas kami yang harus dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan kami. Kami mohon maaf atas pasilitas telepon yang ada dikamar bapak tidak dapat dipergunakan sebagaimana semestinya. dan kami berharap mudah-mudahan Bapak tidak merasa kapok menginap di Hotel kami. Terima kasih
Manajemen Guntur

Harapan aku supaya mamat jambu yang gerak aku pagi tadi dapat naik pangkat. Hehehe. Bandung selalu membuatkan aku untuk datang lagi.

Kamar Single Bed Standard Rp220,000 per night (RM81) yang aku sambung untuk sambung tidur. Berbaloi. Aircond, TV, Air Panas semua ada. Tapi rate tu weekdays je yer. Weekend dia jadi Rp270,000 ( RM100).

Toiletries Hotel Guntur

Bersih dan baru

Segar dan cantik pemandangan.

Pintu masuk bilik

Taman di tengah-tengah hotel depan bilik.

Kedudukan Hotel Guntur di tengah Kota Bandung. Alamatnya : Jl. Otto Iskandardinata No. 20, Bandung 40171. Tel : +62224203763, Fax : +62224207816.

Ke Bandung Lagi III

Sesampainya kami di karaoke high class bernama Vegas International Karaoke tu, kawan aku terus mencari 'cinta' dia. Kekecewaan hampir terpancar sebab 'cinta' dia belum masuk kerja. Aku pulak seronok sebab sure boleh ke dugem (dunia gemerlapan a.k.a clubbing) lagi. Hahaha. Tapi si kawan aku ni tempah bilik. Fine. Rupanya 'cinta' dia on the way..

Mak ai. Besarnya bilik karok dia. Sound system pun OK la. Aku pun feeling-feeling nyanyi lagu Dewa, Letto, Krispatih dan beberapa lagi artis Indonesia. Kat Indonesia kan. Kena la hormati keadaan. Haha. 'Cinta' si kawan aku tu pun akhirnya datang.

Mereka bermesraan berdua seperti pungguk mendarat di bulan. Lantak korang la kan. Asik aku menyanyi je.

Lepas beberapa jam, si 'cinta' request lagu Rindu Serindunya kat aku. Hak tuih! "Ngak mau! Jamdul!" jawab aku. Jamdul tu maknanya "rock kapak jiwang karat". Haha. Sesia aku feeling-feeling artis Indonesia, jiwang karat Malaysia jugak yang kau mintak.

Kami di situ lebih kurang 5 jam. Aku tak tau dia bayar berapa. Dia pakai swipe je. Lepas tu kami ke Mansion lagi di Paris Van Java. Tapi macam takde orang je. Aku naik tolong usha. Satpam (security) tu suruh aku tengok dalam tu kalau berkenan nak lepak sebab orang tak ramai. Masuk je aku tengok ada la 60 orang. Tak macam malam tadi. Tapi ramai jejanz adek-adek comel. Ala.. Ni yang susah kalau ngikut orang.

Kawan aku tanak ke situ sebab dia tak suka takda orang. Jadi kami terus ke restoran yang kami lepak semalam di Braga.

Lepas tu, kami balik dan, dia check in bilik lain bersama 'cinta' dia. Aku pun melompat la happy sebab ini malam bilik itu aku yang punya. Tapi. Tidur sorang-sorang la pulak. Sedih. Lalu aku terbayang ikan-ikan yang berenang di Mansion, PVJ. Dan tertidur.

Lokasi Vegas International Karaoke, Jl. Sukajadi

Pintu masuk Vegas International Karaoke

Antara kudapan, Urat Sapi. Lagi dimakan, lagi haus. Bijak..bijak...

Pungguk yang mendarat di bulan. Hehehe

Kebas-kebas manja..

Ke Bandung Lagi II

Yawn.. Bangun je dari tidur yang sejam dua, aku dikejutkan dengan kedatangan kawan si Among, seorang pria kelahiran Malaysia warganegara Indonesia. Gantenk. Nama dia... err.. arr.. Sori, saya ada masalah mengingati nama. Diorang tengah sibuk dok bincang bisnes emas diorang. Fed-up pulak aku. Katanya nak ke Jakarta. Tapi enggak. Terus, kapan sih mau ke Jakarta?

Lepas tu aku terus sambung kerodek telefon aku. Mana nak cari setting telefon untuk N71 aku ni. Cari punya cari punya cari last-last jumpa jugak lepas aku cari kat website Telkomsel. Cuma lepas tu je baru aku boleh internet kat telefon aku tanpa wi-fi hotel.

Aku turun, dan cari reload. Aku reload telefon Rp20,000 (RM 8). Internetan. Kadar kat sini murah nak mampus kalau nak dibandingkan dengan Malaysia. Dengan menggunakan opera mini, hanya bayar kira-kira 80 sen untuk internet sepuasnya di telefon bimbit selama 24 jam.

Sambil online, aku layan Upin & Ipin di TPI. TPI tu Televisi Pendidikan Indonesia. Hebat, bahasa Malaysia dikekalkan. Bahasa Indonesia terpapar sebagai sarikata. Lepastu, aku pun turun mencari makanan. Aku singgah kat gerai bakso. Seumur hidup aku tak pernah makan bakso. Masa duk Seri Nilam kat Ampang, siap kutuk-kuruk lagi bakso. Bila aku makan bakso, tambah lagi semangkuk. Hambik kau. Belagak sangat.

Lepas makan bakso, aku balik hotel. Layan TV. Diorang dok bincang dengan klien-klien Indonesia dorang kat lobi. Aku sambung tidor. Kenyang pak.

Bangun tido aku turun. Aper lagi, keroncong + jaipong la perut aku balik kan. Aku terus tahan teksi suruh bawak ke KFC yang terdekat. Yang terdekat ialah Jalan Padjajaran. Meter tunjuk Rp6500. Kalau duduk je dah Rp6000, tentulah jarak yang aku bayar ialah Rp500. Hampeh. Jalan kaki pun takpe tadi. Minimalnya Rp20,000 pak. Aik. Dulu takde pun minimal minibus bagai. Bayar je la.

Aku pun order KFC Yakiniku dan pegedil yang aku suka dari dulu. Ayam seketul dan air milo. Perlu diberitahu, ayam KFC kat sini agak masin dari yang di Malaysia. Lepas makan, aku balik hotel. Malas nak jalan kaki sebab ujan. Kali ni takde pulak minimal? Maknanya tadi aku dah kena getah la yer. Silanat.

Kawan aku sorang tu pun ngajak aku ke karaoke. Dia nak jumpa 'cinta' dia. Kami menumpang van Daihatsu klien dia yang sejibik macam Perodua Rusa kat Malaysia.

Starter pack yang aku beli kat airport semalam.

Layan Upin & Ipin yang ngetop di Indonesia

Jarjit sedang beraksi

Stesen Bandung belakang hotel aku.

Jalan Oto Iskandardinata menghala ke Pasar Baru.

Bakso pertama dalam hidup aku.

Seterusnya yang kedua. Tu diahh...

Kenyang dan membela perut di lobi hotel.


Makan malam aku. Rp45,000. Berapa ringgit? Convert sendiri lah!

Sunday, October 17, 2010

Ke Bandung Lagi I

Akhirnya sampai lah aku kembali di Bandung. Mamat steward masa aku pergi bulan 6 haritu masih bertugas. Muka kau je. Next! Pendaratan agak mencemaskan sebab hujan. Tapi aku cam biasa, steady je. Dalam hati, jgn kasi sapa pun tahu k. Haha.

Memang aku malas nak pergi bila flight 8.25 malam diubah ke 11.25 malam. Masa masak megi petang semalam aku vakap kat Billy, malam ni kita lepak. Aku tak jadi gi Bandung. Tapi Billy terpinga-pinga bila jam 8.30 malam aku siap-siap nak pegi.

Masa tunggu ERL aku dok pikir nak pergi ke taknak pergi. Masa tukar duit, dok pikir lagi nih. Masa dok kat gate pelepasan, masih pikir lagi ni. Buat-buat pingsan pun OK ni. Bila dah naik pesawat, dah tak guna nak pikir dah.

Aku jumpa Among. Budak Ipoh, sama flight ngan aku. Wah, dulu Arai. Skang Among. Dia ajak lepak hotel dekat ngan railway Bandung. Bagus. Aku mmg nak naik keretapi pun. Jadi, kami pun terus ke hotel. Rate dia Rp370,000 ade wifi ngan brekpes. Baguih. Dia mintak aku Rp100,000 je. Selebihnya dia tokok.

Lepas tu kami terus ke Vegas, kelab karaoke. Oh. Dia nak jumpa pempuan dia kat sini. Jahat upanya. Tapi pempuan dia takde. GRO situ kata karaoke tu pun nak tutup. Dorang sarankan pi club. Club tutup kul 5. Gegiler. Mansion namanye.

Kami pun ke sana. Disko yang aku sangka banyak pempuan tu rupanya banyak laki-laki. Ada yang berpeluk tepi jamban. Wau. Sesuatuh. Tapi dorang semua kontrol macho je. Menari pun gegoyang alakadar. Dorang mesti getik tengok aku menari ala-ala gi Speedzone je. Haha. Musiknya asik banget. Lepas tu kami blah jam 4 sebab lapar.

Kami ke Braga dan makan di restoran Kantin Makanan Dapur. Masakan Sunda. Lepas makan, si Among pun ngambik vetiner. Among, Arai, Akeong semua sama je. Ginilah nasib PLU cam aku. Terpinggir. Sejarah bulan 6 macam berulang je. Malangnya nasib aku. Huhu. Sementara dia celepap celepap, aku pun pinjam lappy dia siap broadband indosat ni, dan hupdate blog. Gw tidur bentar yah.. Duu..


Pusing-pusing di Mansion..


Podeh amat nihh..

Menunggu sup kambing tak sampai-sampai..

Model Teh Botol terhensem dari Maluku..

Tuesday, September 28, 2010

My Travel Map Sehingga Okt. 2010

1,000 km Dalam Masa 15 Jam !

Terkilan lak aku biarkan pesawat ke Kucing berlepas jam 0820 Khamis 16 Sept yang lepas. Kalau aku ke Kuching tu, maka perjalanan aku ke Kuala Terengganu ini melengkapkan rekod peribadi aku menjejaki semua ibu negeri dalam Malaysia pada umur 32 tahun. Apapun, inilah gambar-gambar perjalanan 1000km berkereta yang disudahkan dalam masa 15 jam.

Perjalanan dimulakan dalam cuaca dingin pagi Putrajaya. Jam menunjukkan pukul 9.15 pagi.

Mendung menyelubungi perjalanan dari Putrajaya hingga Genting Sempah.

Memasuki Negeri Pahang perlu melalui terowong.

Cuaca panas di sebelah negeri pantai Timur mula dirasakan di Bentong, Pahang.

Memauki negeri Terengganu di Jabor. Jam menunjukkan 11.50 pagi.

Tiba di Chukai, Kemaman, Terengganu yang kering kontang dan panas terik jam 1.00 petang selepas makan di Chendor.

Kemaman, Terengganu.

Kemaman, Terengganu.

Kerteh, tempat asal Amer Ali Rabbani.

Memasuki Dungun.

Keluar dari Dungun.

Persimpangan Che Lijah, Tempat asal Rizwan Ali.

Rantau Abang

Arah selatan Pantai Kelulut

Arah utara Pantai Kelulut.

Marang.


Kuala Terengganu

Kuala Terengganu

Kuala Terengganu

Kuala Terengganu

Sebuah surau tua di Kuala Terengganu

Plaza Astaka, Kuala Terengganu

Bas pelik di Kuala Terengganu

Tersengih di Pantai Kelulut, otw balik.

Senja di Pantai Timur tiada mentari terbenam.

Kami sampai balik putrajaya pada jam 11.50 malam. Odometer kereta menunjukkan perjalanan yang kami tempuh keseluruhannya ialah 1003 km. Sejuk dan basah di Putrajaya membuatkan badan aku tak sedap. Kemudian aku pun rasa nak demam sebab berada di dua tempat iklim berbeza. Terengganu yang panas, kering berdebu dan Kuala Lumpur yang dingin dan basah, dalam masa 15 jam.