Terkilan lak aku biarkan pesawat ke Kucing berlepas jam 0820 Khamis 16 Sept yang lepas. Kalau aku ke Kuching tu, maka perjalanan aku ke Kuala Terengganu ini melengkapkan rekod peribadi aku menjejaki semua ibu negeri dalam Malaysia pada umur 32 tahun. Apapun, inilah gambar-gambar perjalanan 1000km berkereta yang disudahkan dalam masa 15 jam.
Tiba di Chukai, Kemaman, Terengganu yang kering kontang dan panas terik jam 1.00 petang selepas makan di Chendor.Kami sampai balik putrajaya pada jam 11.50 malam. Odometer kereta menunjukkan perjalanan yang kami tempuh keseluruhannya ialah 1003 km. Sejuk dan basah di Putrajaya membuatkan badan aku tak sedap. Kemudian aku pun rasa nak demam sebab berada di dua tempat iklim berbeza. Terengganu yang panas, kering berdebu dan Kuala Lumpur yang dingin dan basah, dalam masa 15 jam.




















No comments:
Post a Comment