Showing posts with label ipoh. Show all posts
Showing posts with label ipoh. Show all posts

Monday, April 4, 2011

Melihat Tingkahlaku Awan

Beginilah kelajuan apabila 15 minit dilajukan menjadi 15 saat. masa yang diambil untuk save footage ini ke dalam kelajuan ini mencapai 90 minit. Malang sungguh behavior awan tidak seperti yang diharapkan:


Ini pula kelajuan di atas digandakan menjadi hanya 7 saat. Setelah memadatkan video di atas, kerja melajukan menjadi mudah. Masa yang diambil cuma 10 saat :


Video ini di rakam di Taman Perpaduan, Ipoh 03.11.2011 jam 6.30 petang.

Sunday, April 3, 2011

Taman Perpaduan


Nampaknya Canon Powershort A495 masih lagi relevan untuk dilanyak dan dirakamkan video pergerakan yang dilajukan bagi memberi kepuasan kepada penghasilan kraf video. Muzik ni pulak aku buat pakai Fruity Loops 5.

Friday, April 1, 2011

Balik Ipoh 1 April 2011

Petang tadi, aku decide untuk balik Ipoh. Kalau dok rumah buat noya je. Dah la sunyi, sepi pulak tu. Dah la sepi, sendiri je pulak. Kesian. Tu la, dulu mak suruh kahwin, aku pulak yang tak reti nak kahwin. Bukan tak reti-reti. Tapi tak reti. Bodoh kan.

Jadi hujung minggu gini, aku pun balik la ke Ipoh supaya dapat berkongsi kebosanan suasana di Ipoh tu dengan kebosanan di Putrajaya. Haha. Binawe je kan. Kekira, bosan kuasa dua lah senang cerita. Kan.

Kekasih hati aku pun sibuk kerja. Bagus, dia sangat rajin. Respek dari aku yang pemalas ni kepadanya sebanyak sepuluh bintang. Aku ni dah la pemalas, banyak bunyi pulak, kan?

Aku pun kena la dok kat rumah ni kan. Sebab mak aku bosan dok rumah kakak aku kan. So dia nak balik tengok pokok bunga dia kan. Jadi aku kan, kena la ada di rumah kan. Jadi tak la bosan. Sebab mak balik, yeh..mak balik yeh.. Hehehe. Gile sawan ke aper aku ni.

Inilah perjalanan ku sebentar tadi kan. Gigih kan.




Monday, January 24, 2011

Sejarah Melayu Ipoh Bhg. 1

Melayu Ipoh merupakan segmen unik komuniti Melayu di Malaysia. Mereka hidup dalam bandar yang didominasi Cina di bandaraya berpenduduk 600,000 dan juga merupakan pusat pentadbiran Negeri Melayu Perak (Malay State of Perak).

Pada tahun 1528, Sultan Mahmud Shah, pewaris kesultanan Melaka yang mendirikan kerajaannya di Kampar, Sumatera telah dijemput oleh Tun Saban, anak Tun Perak, Bendahara Melaka yang telah terlebih dahulu mengembara menyusur Sungai Perak bersama pengikutnya. Sepanjang pengembaraannya, dia mendapati Perak telah dihuni ramai orang terutamanya orang asli dan perantau Sumatera yang singgah mendulang bijih tetapi tidak mempunyai kerajaan.

Tetapi sejarah pengembaraan seorang nakhoda dari Sumatera yang dipercayai bersalasilah dengan Tun Saban menyusur sebuah sungai yang belum pernah diteroka, kira-kira 100 tahun kemudianlah yang menjadi titik tolak pembukaan Kinta.

Menurut Riwayat Kinta yang ditulis A. Talib, 1959, seorang pengemudi sungai dari Sumatera yang menyusur sungai Perak dan masuk ke sebatang sungai besar yang bercantum dengan Sungai Perak bersama pengikutnya lalu mengalami sesuatu yang aneh di kawasan batukapur di Gunung Cheroh. (Gunung Cheroh dan kuala sungai tersebut hari ini selepas diubahsuai berjarak 100 km)

Dia dan pengikutnya mendengar alunan irama bergenta seperti loceng lalu mereka berhenti. Tiba-tiba seekor cicak kubing melompat ke air untuk menyeberang. Setiap kali cicak tersebut berhenti, irama bergenta itu hilang.

Nakhoda itu seraya berkata " maka dengarlah itu sungai ini dinamakan genta, dek kerana alunan itu." lalu cicak kubing itu hilang bersama alunan bergenta itu.

Malam itu, si nakhoda bermimpi kononnya jin penunggu Gunung Cheroh bernama Genta memberi restu penggunaan nama itu dan memberi gelaran kepada si nakhoda Panglima Genta dan mewariskan gelaran itu kepada anak cucu nakhoda tersebut.
Mengikut adat tradisi, anak Panglima Genta perlu berkahwin dengan anak gadis suku Temiar bagi membolehkan suku tersebut menggelarnya "kepala" atau Kulup yang juga merangkap pelindung mereka dengan darah Temiar mengalir dalam badan keturunannya.

Maka orang asli Temiar memanggil beliau Kulup Genta atau dengan kata lainnya Kulup Kinta.

Pengembaraan itu dikatakan berlaku antara 1650 hingga 1680. Pengaruh penulisan jawi membuatkan Genta hari ini disebut Kinta dan ia dibantu oleh adaptasi Eropah atas nama tersebut sejak 200 tahun lalu.

Anda merasakan ini satu dongeng? Sehingga kini, tiada pembangunan di kawasan ini kecuali jajaran rel keretapi menuju Tasek yang dibina British 110 tahun lalu.

Kawasan rekreasi Gunung Lang baru sahaja dibuka sedekad lalu walaupun ia merupakan kolam air gunung batukapur semulajadi berusia jutaan tahun.

Kawasan ini digeruni orang Melayu Ipoh sekitar Kampung Tembok, Gunung Mahsurat dan Kampung Kepayang kerana didakwa sebagai perkampungan jin.

Dan di kaki gunung Cheroh, berdiri sebuah kuil Hindu penyembah dewa Murugan yang mengadakan majlis Thaipusam terbesar setiap tahun di Ipoh.

Bersambung...

Thursday, December 9, 2010

Adamaya Episod Akhir. Adam Ceraikan Maya!

Haiyo. Kalau drama tetap drama. Tak boleh direalisasikan. Begitulah "Adam" yang sabar dengan "Maya" dalam slot Adamaya dolu-dolu yang tetiber fofuler. Khalayak penonton disajikan dengan cinta yang indah, perfect, geram, suka, senyum, sedih, penuh sabar, cool, macho, bijak, adorable, termimpi-mimpi dek lakonan ultra-cool Sean dan keselambaan Lisa Surihani.

Semalam, Sean menceraikan isterinya. Haiyo. Itulah hakikatnya. Lakonan tetap lakonan. Sesiapa yang terbawak-bawak Sean ke alam mimpi tu, tampar la pipi sendiri yek. Sean belum tentu se-cool Adam.

Sein nafi libatkan orang ketiga

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Syed Hussein Syed Mustafa, 27, enggan mengulas lanjut mengenai punca perceraiannya dengan isteri, Noor Diyana Muhammad, 26.

Syed Hussein atau lebih dikenali dengan panggilan Sein memberitahu, dia dan Noor Diyana sudah sepakat tidak berkongsi dengan masyarakat mengenai kisah peribadi mereka itu. Bagi Sein, apa yang berlaku merupakan perkara yang cukup sulit untuk dibincangkan atau dihebahkan kepada umum.

"Biarlah hanya kami dan keluarga masing-masing sahaja yang tahu tentang situasi sebenar. Seboleh-bolehnya, saya tidak mahu bercerita apa-apa kerana ia adalah kisah yang cukup peribadi.

"Apa yang penting buat saya dan Nana (panggilan untuk Noor Diyana) adalah untuk memikirkan masa depan anak-anak kami dan meneruskan kehidupan masing-masing," jelasnya dalam nada tenang ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Friday, October 1, 2010

Ayam Taugeh Ipoh

Ipoh Bean Sprout Chicken is a famous dish of Ipoh and known by Chinese all over the region including Bangkok and Jakarta. Finally, I found the recipe on the net and its a shame for someone from Ipoh who do cook, having no idea how to have this famous dish on the table domestically.





Poached Chicken

1. Bring a large pot of water to the boil. Make sure the pot is deep enough to submerge the entire chicken with the lid on.

2. Place garlic, scallions, peppercorns and goji berries into the cavity of the chicken.

3. When the water has boiled, remove the pot from the heat and place the chicken into the water, neck first. Put the lid on and leave the chicken to stand for 1 hour.

4. Then lift the chicken out of the water and set aside, as we need to boil the water again for its second bath.

5. Bring the pot of water to the boil again. Remove the pot from the heat and put the chicken back in for another 30 minutes bath. The chicken should be cooked by now but sometimes the bone can be still bloody when cut up. If you prefer it to be fully cooked, add an extra 30 minutes for the second bath but the texture of the chicken might be slightly different.

6. Act quickly, transfer the chicken to a large bowl of ice water to stop the cooking process. Important! Do not discard the pot of water bath! It is now a perfect pot of chicken stock ready to be used for the noodle soup later.

7. Once the chicken has cool down, discard all the mixture in the cavity. Rub sesame oil and soy sauce all over the chicken and it is ready to be cut up. Garnish with chopped red chillies and scallions, and a good sprinkle of white pepper powder.


Blanched bean sprouts (This should always be the last process as we need to keep the bean sprouts nice and crunchy.)

1. Place the bean sprouts in a wire skimming ladle and dip it inside the hot broth (NOT the boiling water for rice noodle) no more than 15 seconds.

2. Drain and serve on a plate.

3. Drizzle a good dash sesame oil and soy sauce all over.

4. Garnish with chopped red chillies and scallions, and a good sprinkle of white pepper powder.

For condiments, chopped hot green chilli padis and soy sauce on a saucer as a dip for the chicken.

Friday, September 3, 2010

Seberapa Laju ETS Itu?



Paling tinggi pun 146 km/j seperti tercatat pada maklumat GPS.Jika dulu, jika naik keretapi anda akan dihidangkan dengan hingar perbualan bahasa Tamil. Sekarang zaman dah berubah. Anda akan dihidangkan dengan hingar perbualan bahasa Cina! Haha.

Wednesday, September 1, 2010

Electric Train System ETS Beroperasi Mulai 12.08.2010

Electric Train System atau ETS, keretapi laju yang bergerak sehingga maksimum 146 km/j, memulakan operasi Ipoh -Seremban dan Seremban -Ipoh pada 12 Ogos 2010. Mula kepada projek ini ialah pada suatu hari di hari apa taktau, kerja mengambil alih tanah mula dibuat 10 tahun lalu. Cuma selepas 10 tahun, tren ini mula beroperasi. Perjalanan Ipoh - Kuala Lumpur mengambil masa 2 jam manakala Ipoh - Seremban mengambil masa 3 jam.

Perjalanan keretapi laju ini agak terbatas di rangkaian laluan Rawang - Seremban kerana keadaan rel yang uzur dan asas rel yang berusia 15 tahun. Pecutan ETS hanya dapat dirasakan di laluan Ipoh hingga Rawang yang mempunyai landasan yang kukuh, moden dan lancar.

ETS mengenakan tambang promosi Ipoh - Kuala Lumpur dengan harga RM30. Harga selepas promosi dipercayai sekitar RM45.

Seharusnya KTMB mengekalkan kadar tambang promosi tersebut menjadi kadar tambang tetap kerana ini mampu menenggelamkan 'sistem kasta' yang cuba dihidupkan semula dalam pengangkutan keretapi.

Stesen keretapi Ipoh semakin semak dengan kenderaan sempena hidupnya ETS


Kaunter ETS di dalam stesen.


ETS yang menunggu masa untuk pecut dari platform 2, Stesen Keretapi Ipoh


Sekali pandang macam KTM Komuter went refurbishment..


Dua kali pandang, kau memang hensem..


Air-cond ETS sangat sejok. Bawa pakaian musim sejok anda..


Non ado sambutan?


Ada TV, tapi promo ETS je. Nak promo kat TV3 la.. Baru orang tau..


Tempat duduk yang dekat-dekat macam Nadi Putra pun ader..


Bersih (baru) .. Luas (tak ramai orang) .. dan Selesa (tak jugak..nyonya bising..)

P/S : Makin ramai orang Cina naik keretapi. Jadi, hentikanlah mengaitkan keretapi dengan filem Hindi dan Tamil.

Thursday, May 6, 2010

Mengapa Saya Tidak jadi Penyanyi

Kejadian berlaku ketika saya berumur 7 tahun. Saya suka menyanyi. Setiap hari saya menyanyi lagu Layang-Layang Putus Tali, dari kumpulan Alleycats yang popular pada waktu itu. Saya boleh membaca pada waktu itu walaupun saya tidak pernah masuk tadika. Sebab saya tidak minum susu lembu. Saya minum santan je.

Oleh yang demikian, saya telah berjaya menghafal lagu Alleycats tersebut hasil membaca dan menghafal dari lirik lagu yang terselit di URTV.

Oleh kerana kemenyampahan dengan sikap saya yang suka menyanyi di dalam kelas, Cikgu Salmah, Cikgu Syarifah dan Cikgu Faridah telah mendajeikan saya dengan menyuruh saya membuat persembahan.

Rupa-rupanya, di hari persembahan, barulah saya tahu yang berjuta-juta penonton sedang menantikan persembahan saya yang mewakili murid tahun satu SRK La Salle, Canning Garden, Ipoh pada Hari Kanak-Kanak 1985.

Saya menangis tidak mahu pergi. Tetapi ianya menjadi hiburan kepada ketiga-tiga cikgu Melayu nakal ini dan mereka terus memujuk. Guru Besar, Rev. Bro. Lucian Ng yang baik hati itu juga terbabit mendajeikan saya dan akhirnya saya menangis lalu menyanyi di atas pentas.

Nyanyian saya menjadi sorakan penonton yang menyangka ianya rektorik persembahan lagu berair mata yang sebenarnya tidak! Saya menangis mengenangkan kenapa saya perlu buat show pada usia sebegini muda hanya untuk menghiburkan sesetengah pihak yang suka tengok saya menangis.

Sebab itulah saya tidak menjadi artis kerana saya tidak mahu persembahan saya dipergunakan untuk kesenangan pihak tertentu. Boleh?

Thursday, April 1, 2010

Elected To Create Chaos

The ugly part of civilized society is to have morons being elected to represent the society. Few Malay, most Chinese and large number of Indian that tired living in a polite, humble and tranquil conditions is happy on supporting uncivilized, uncool and useless representatives.

They voted monkeys just to have these animals forming a group that jeering, boycotting and humiliating in the state assembly sitting for the agenda of their own. It looks like their voters is just heads provided for them step on to ensure they could stand higher.

Is it worth it to vote for a person that fixed with such thought? If they aren't such, why they are wasting the precious time to represent the voice of their constituency? They are deliberately put the people in negligence.

What kind of accomodation that these monkeys ever provided for Perakians during their 11 month old reign beside a state treasury ransacking activities?

These unwelcomed tribes are now dealing with the fact that BN is working hard to cure the state enonomic illness which was an unforgiven negligence of the previous regime.

For 11 month awarding contracts for kin and clan, none had benefited anyone that vote them up.

The truth is, these idiots is having a primate like attitude that caused by their own greediness when their plunder on state treasury was put to sleep by the justice.

Tuesday, February 16, 2010

Krabi 1 : Proses Keluar Sempadan


Aku gerak dari rumah jam 12 malam sebaik saja tarikh bertukar ke 12 Feb 2010. Aku call adik aku tanya dia balik bila. Kata dia pagi Sabtu. Bye lah. Kalau awal boleh gak aku pesan sesapa suruh bagi keter kat dia. Bukan apa. Aku baru isi minyak RM50 RON97 sebelum tu. Takde aku percaya nyer ngan dorang tu. Haha. So aku decide untuk letak keter kat Ipoh Railway Station je.
Bagi mengelakkan disaman, aku park kat tempat kakitangan. Selamba kodok je. Wiper aku kasi tegak. Sebab kereta kat situ semua wiper tegak. Haha.

jam menunjukkan 12.30 tengah malam. Ramai apek dan nyonya menunggu anak-anak pulang beraya. Tren aku dijadualkan lambat 22 minit. Mungkin alang-alang dah lambat, tren aku sampai lewat 15 minit dari waktu yang dah lewat 22 minit tu. Bagus KTMB ni.

Naik je tren, aku terus tidor kat seat bukan hak aku. Seat aku ada akak tu duduk. Dia mintak tukar ngan aku sebab katanya, laki dok ngan laki. Pompuan dok ngan pompuan. Ye lah. Sebelum tertidur sempat gak aku carut brader sebelah aku yang telurnya besar buah kelapa. Kalau tak takkan duduk sampai masuk ke seat aku pehanya. Patut la akak tu lari. Hampeh.

Agak lama aku tidor, tren berhenti agak lama sampai aku tersedar. Ingatkan dah sampai Kedah ke. Kuala Kangsar je? Cilakak. Baru pukul 3 pagi.

Bila tren bergerak, aku sambung tidur. Bila aku jaga, tren dah kat Bukit Mertajam. Tukar kepala ke belakang. Aku lepak isap rokok. Brader telur besar masih tak turun lagi. "Abang turun mana?" aku saja tanya. "Arau". Thats it. Aku terus cari seat lain. Sambung tidur.

Aku sedar je keretapi tengah berenti dan matahari dah memancar. Aku dah kat Alor Star. 8.20 pagi.

Aku dah takleh tido dah. Gabra sebab pasport aku tak pernah bercop 2 tahun. Haha.

Tren sampai Padang Besar pukul 9.45. Sempoi. Konon sampai Hatyai 10.30. Kat Padang Baesar je wajib berhenti sejam. Dia nak kerat tren. Bawak gerabak yang ke Hatyai je. Jadi pukul berapa nak sampai Hatyai?? Rosak itenerari aku. Bedebah.

Memula ke Imigresen Malaysia. Cop Pasport "Keluar".

Kemudian serah borang ketibaan ke kaunter Imigresen Thai. Tiada beg diperiksa. Cuma sila pastikan muka anda tepat pada kamera scanner muka tu. Kalau tak kena maki.

Akhirnya, Welcome To Thailand. Layak duduk sebulan.

Monday, January 4, 2010

Wanton Mee, Kedondong Asam Boi, RM4.50

Wah.. Kisah pasal makan. Adakah anda makan makanan Cina? Jika tidak, lantaklah. Saya makan! Matilar. Ayat jahat sekali.

Bukan cenggitu. Hari ini saya mau perkenalkan Wanton Mee yang boleh didapati di Vegas, Canning Garden, Ipoh. Sedap benor nama Vegas. Padahal nama dia Restoran Sin Hong Fatt.

Kedai ni mempunyai ramai pelanggan Melayu waktu petang sebab ia juga menempatkan satu dua peniaga Melayu ala-gerai di kedai tersebut.

Wanton Mee ini adalah dari gerai Cina dua beranak yang pernah dipaparkan sebelum ini dalam kisah Lok Kau Yee.

Halal atau tidak? Itu kena tanya Pegawai JAIP yang andatangan sijil halal depan cermin gerai tu.

Wanton Mee ini dihidangkan seperti gambar di atas tetapi air yang melengkapkan citarasa lepak petang di Vegas ini ialah Kedondong Asam Masin. Hou yam aa !

Kedondong Asam Masin itu berharga RM1.50 manakala Wanton Mee itu berharga RM3.00.

Sangat hebat sekali pakej yang berharga RM4.50 ini!

Sunday, January 3, 2010

Ahad Hari Tidurku

Tu yang posting ala-ala jurnal tak berlesen tu merupakan posting scheduled. Kenapa sih saya menjadualkan posting yang banyak pada satu-satu masa? Haha. Tak apa. Saya punya sukalah.

Ini posting yang real-time punyo.

Semalam saya telah membuang masa yang banyak dengan sahabat handai hingga pembuangan masa itu tidak mungkin akan diganti semula. Tahu pun, kan?

Oleh yang demikian, saya tertidur hingga pukul 12.30 tengahari sebelum tertidur sampai pukul 6.30 petang untuk menyaksikan hari hujan.

Lepastu, saya check radar kajicuaca. Saya difahamkan bahawa hujan sedang melanda daerah Kinta. Jadi saya menangguhkan lagi kebertolakan saya.

Cadangnya, saya nak balik KL pukul 9.00 pagi, terus ke Putrajaya untuk buat kerja sikit. Tetapi tidur di hari Ahad membawa pengertian yang lebih besar untuk kesihatan badan kita.

Mental yang kacau boleh dialami oleh meeka yang mempunyai hutang tidur yang tertunggak. Boleh? Hipotesis hantam sajalah.

Tapi betul yer. Hari Ahad dicipta untuk tidur.

Tapi yang lebih pelik, setiap jam 12.30 tengahari ahad, boleh pulak bangun. Haha. MEHLOHDI punya pasal. Haha.

Sebenarnya saya tengok Mehlohdi adalah sebab nak bagi penghormatan kat Wahid, sebab dia gigih pagi-pagi pukul 9 hari Ahad.. meninggalkan rumahnya di taman saya ini, untuk mengacarakan Mehlohdi dengan Parapozana.

Jadi tadi, saya juga dihiburkan dengan aksi Shaber dan Zarkasi yang dijemput mengejar Nas Ahmad dalam studio. Haha. Sungguh sewel mereka itu. Shaber dan Zarkashi adalah Penghulu golongan muda di kawasan saya. (Boleh camtu?)

Apapun, selamat hari Isnin esok dan sesungguhnya kita diciptakan untuk bekerja. Beramal dan menjauhi sifat yang dikhususkan untuk kita menilai baik buruk perbuatan itu terhadap diri kita. (Cemaner leh masuk topik lain ni?)

Bermalam Minggu Di Barroom, Ipoh

Indahnya malam hari. Tanpa muzik yang membuatkan telinga berdesing hingga esok petang, sepertinya, tak meriah malam-malam dihujung minggu. Haishh! Sampai bila mau gini ya. Sudah-sudahlah tu pak. Lo itu udah tua. Haha. Carut diri sendiri. Yay!

Malam tadi, saya dan sahabat musibat saya telah ke BARROOM di Bandar medan Ipoh. Sekali lagi yah. Sekali lagi saya dihasut untuk bermaksiatan. (Dihasut konon. In state of denial sangat tidak bagus yer)..

Opss.. Apasal aku tersnap pintu keluar ni??

Nampaknya seorang dari tetamu enggan dirakamkan gambarnya...

Begitu juga dengan yang ini. Bajet hot kah? Suam-suam kuku saja ya. Tapi tetap nak tayang separuh muka. Kenapa kah demikian?

Yang muka sampai macamtu kenapa ya. Adakah thong dan bucket ais itu telah menyukarkan hidupnya sedemikian. Yang nampak cool itu adalah 'abang besar' yang memayungi minum kami malam itu.

Jap.. yang ni siapa ha? Bajet hot. Kepala botak. Tak hensem plak tu. (Motip carut diri sendiri lebih-lebih?)

Saturday, January 2, 2010

Berjalan-jalan Ke Hutan Lipur Ulu Kinta

Hari ini saya menyependkan masa bangun tidur di rumah ibu bapa di Ipoh dan terus ke warung kopi. Suddenly la kan, my friend sorang ni, merengsa lah. Oh kerana ingin berjalan-jalan. Sambil berkayu kayan. Jadi saya memilih untuk memandu ke Hutan Lipur Ulu Kinta yang terletak hanya 6 km dari rumah saya di Ipoh nun.

Ianya merupakan hulu kepada Sungai Kinta. Kehuluan kawasan ini membuatkan sebuah empangan di bina di situ hingga kami tidak dapat mandi di situ kerana air keruh selama 11 tahun.

Tapi kini kejernihan telah kembali. Yang belum kembali ialah kesesakan orang hingga nak mandi pun susah. Jadi buat masa ini, sesuailah tempat ini untuk golongan yang gemar beromen untuk meromen kesucian hutan dara beranak seribu ini.

Nampaknya, senanglah untuk bermandi sunat mahupun wajib lepas ini. Terima kasihlah atas kesengsaraan 11 tahun dulu dan kini kami suka amat yer. Bermaknalah juga kepulangan mingguan saya ke Ipoh pada kali ini setelah dapat melihat sesuatu yang telah hilang selama 11 tahun, kembali ke tempat asalnya.

Di alur sedalam 2 meter ini, acara menyelam sangatlah best yer. Jika mampu, pakailah peralatan menyelam dan selamlah lebih dalam di dalamnya. Tak nak timbul terus pun tak ngaper.

Di jambatan itu adalah tempat monyet-monyet giler attention untuk terjun tiruk atau terjun beruk.

Adik-adik pun ramai, dipercayai student Kolej Perubatan Ulu Kinta, ataupun Maktab Perguruan Ulu Kinta. Motif tengok kiter? Stim la tuh.

Di kawasan ini sesuai untuk juniors dan juga pondan-pondan takut kedalaman air yer. Sesuailah untuk mandi-mandi anak gajah. Lebih elok bawak cebok je.


Macam langit dan bumi. (Matilar menggunakan rakan-rakan sendiri untuk carutan light-light.)Yang cando tuh adik si Wazi pelomba motor handalan dolu-dolu. Yang macam tok batin tu kawan saya juger. Saudagar kayu kayan.