Showing posts with label dulukala. Show all posts
Showing posts with label dulukala. Show all posts

Friday, March 4, 2011

Pompeii Yang Memang Memanggil Bala



Pompeii merupakan peringatan Tuhan untuk kaum yang mengagungkan seks. Bukan sahaja seks normal, malahan seks luar tabiie juga menjadi sesuatu yang dibanggakan hingga tergambar pada duit syiling di atas.

Ko mampu? Setidak-tidaknya, jika berseronok sangat dengan kegiatan luar moraliti ini, janganlah sampai mengagungkan ke tahap menzahirkannya dalam syiling sebagai matawang yang digunakan dalam berdagang. Itu dah gila namanya.

Begitulah gilanya masyarakat empayar Rome di Pompeii hampir 2000 tahun lalu yang gila berjimak dan berjubor dan mengangkatnya sebagai tradisi kebanggaan Rome pada ketika itu yang akhirnya memanggil gunung Vesuvius untuk meletup dan menimbus mereka dengan debu panas hingga mereka mati serta merta.

Bayangkan, Eropah yang terkenal dengan gunung berapi diam-diam ubi itu meletus dengan dahsyat sekali memusnahkan Pompeii dan ketamadunannya sehinggakan beribu-ribu tahun selepasnya, penduduk dunia tidak langsung berani lagi untuk mengeluarkan duit syiling 'doggie' seperti di atas dan 'cikloi' seperti di bawah ini.



Thursday, May 6, 2010

Mengapa Saya Tidak jadi Penyanyi

Kejadian berlaku ketika saya berumur 7 tahun. Saya suka menyanyi. Setiap hari saya menyanyi lagu Layang-Layang Putus Tali, dari kumpulan Alleycats yang popular pada waktu itu. Saya boleh membaca pada waktu itu walaupun saya tidak pernah masuk tadika. Sebab saya tidak minum susu lembu. Saya minum santan je.

Oleh yang demikian, saya telah berjaya menghafal lagu Alleycats tersebut hasil membaca dan menghafal dari lirik lagu yang terselit di URTV.

Oleh kerana kemenyampahan dengan sikap saya yang suka menyanyi di dalam kelas, Cikgu Salmah, Cikgu Syarifah dan Cikgu Faridah telah mendajeikan saya dengan menyuruh saya membuat persembahan.

Rupa-rupanya, di hari persembahan, barulah saya tahu yang berjuta-juta penonton sedang menantikan persembahan saya yang mewakili murid tahun satu SRK La Salle, Canning Garden, Ipoh pada Hari Kanak-Kanak 1985.

Saya menangis tidak mahu pergi. Tetapi ianya menjadi hiburan kepada ketiga-tiga cikgu Melayu nakal ini dan mereka terus memujuk. Guru Besar, Rev. Bro. Lucian Ng yang baik hati itu juga terbabit mendajeikan saya dan akhirnya saya menangis lalu menyanyi di atas pentas.

Nyanyian saya menjadi sorakan penonton yang menyangka ianya rektorik persembahan lagu berair mata yang sebenarnya tidak! Saya menangis mengenangkan kenapa saya perlu buat show pada usia sebegini muda hanya untuk menghiburkan sesetengah pihak yang suka tengok saya menangis.

Sebab itulah saya tidak menjadi artis kerana saya tidak mahu persembahan saya dipergunakan untuk kesenangan pihak tertentu. Boleh?