Showing posts with label internet. Show all posts
Showing posts with label internet. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Awas! Malware Terbaru Di Facebook Ialah...

Pernahkah anda melihat atau mengklik aplikasi untuk mengetahui siapakah yang melihat profil anda di Facebook? Malang lah anda. Kerana aplikasi itu dipastikan adalah 'malware' atau program pengintip terbaru yang sedang popular di Facebook.

Pengguna yang teruja berkemungkinan besar akan mengkliknya dan mereka sudah pasti menjadi mangsa. Firma keselamatan komputer dan internet Sophos mencatatkan, hanya dalam beberapa jam, lebih dari 60 ribu orang telah mengklik pautan tersebut.

"Ketika mengkliknya, anda akan diarahkan ke halaman web yang mendorong anda memberi izin untuk aplikasi tersebut memiliki akses ke profil Facebook anda," kata konsultan teknologi kanan di Sophos, Graham Cluley, seperti dipetik sebuah akhbar Indonesia dari PC World pada hari Selasa 30.11.2010.

Cluley mengingatkan pengguna Facebook bahawa aplikasi tersebut bohong belaka. Malahan pula, sebelum ini Facebook juga sudah pernah menjelaskan bahawa tidak ada cara untuk mengetahui siapa yang telah melihat profil kita.

"Kami bekerja keras menyekat dan menghapus website, laman dan aplikasi yang mendakwa dapat melakukan perkara ini. Jika terlihat aplikasi seperti ini, jangan tertipu, dan segera lah laporkan kepada kami," ujar Facebook dalam laman Security Site nya.

Jika anda telah terlanjur, jangan khuatir dan Cluley memberi cadangan terbaik untuk anda untuk menghapuskannya. "Hapuskan reference ke pautan tersebut dari News Feed anda, dan sekat hak bagi aplikasi yang tidak-tidak untuk mengakses profil anda melalui Account/ Privacy Settings/ Applications and Websites," kata Cluley.

Yang jelas, tiada siapa boleh lihat siapakah yang melihat profilnya. Aplikasi ini tidak wujud langsung. Jangan kerana terlampau kemaruk, sampai anda akhirnya menyerahkan bermacam-macam privasi anda ke pihak yang tak bertanggungjawab.

Friday, September 17, 2010

Cho Tai Ti !

Dulu masa duk rumah Ampang, budak rumah selalu ajak aku main Cho Tai. Aku tak gemar sebab tak main duit. Kalau main Black Jack aku join.

Tapi balik Ipoh raya haritu aku mula diajar main Cho Tai sebab aku dah kaut duit budak-budak masa main Black Jack.

Lepas main jer, aku jadik gian main Cho Tai. Apa tak nya, nisbah kekalahan aku cuma 1 dalam 30 game. Terrer tu.

Bayangkan, selepas aku buat tak tau dengan game ini selama lima enam tahun, akhirnya aku terjebak.

Terus aku cari Cho Tai di internet dan aku pun jumpa. Untuk menchoba, klik link dibawah.

Saturday, August 28, 2010

Lembut Jari Dari Lidah

Aku bukan lah benak sangat untuk berasa susah dalam memahami isi hati manusia yang meluahkan kata-kata yang sangat enak ditelan salur telinga dan mata. Apabila masing-masing berkomunikasi dengan berlangsirkan skrin komputer, berbagai asas karekter pembual atas talian ini yang disembunyikan dengan menzahirkan bacaan-bacaan yang menyeronokkan.

Aku sentiasa beringat bahawa dengan menjadi jujur, manusia akan mengambil kesempatan. Tapi itu langsung tidak bermaksud yang aku perlu mencari kesempatan pada mana-mana orang yang jujur terhadap aku.

Variasi karenah manusia bersamaan dengan penciptaan cap jari. Mengambil contoh jari, kita dapat kaitkan pada jarak yang dekat akan jahatnya jari apabila menggantikan tutur bicara dalam berkomunikasi.

Jari mampu berkata-kata tentang sesuatu yang sebenarnya bertentangan dengan kehendak sebenar. Ini menjadi ketagihan bagi seseorang yang kesunyian dan ingin membuang sedikit masa yang ada dengan meluahkan harapan palsu yang baginya hiburan semata-mata.

Jadi, pembuluh yang beroperasi di simpang berfikir kita haruslah sentiasa bersedia untuk menerima input mentah secara pukal, lalu diproses pada ketika yang sesuai. Macam lembu ragut rumputlah kekiranya.

Ini kerana, sebarang natijah susulan yang mengecewakan tidak akan mendatangkan ralat hingga diri terdorong dek bisikan setan supaya memburuk-burukkan orang tersebut malah kita mungkin hanya akan tersenyum sinis.

Walaubagaimanapun, bersangka baik itu menguntungkan kita untuk jangkamasa yang panjang. Jadi, tak kisah lah kot. Asal sama-sama saling terhibur dengan pantun sajak penuh harapan walaupun ada la juga terasa sekelumit SENTAP.

Sunday, August 22, 2010

Maxis Broadband Balik

Nak tulis apa tatau. Tapi tulis gak la kan. Kemarin punya semalam, aku gi beli broadband Maxis punya pakej. RM68 untuk 3GB dan pastu slow cam hanjeng. Hanjeng lagi laju.

Binatang tu dulu aku beli RM138 untuk 3GB. Modem free, kontrak 6 bulan (dulu 18 bulan yer), yuran aktivasi RM100.

Maka rancaklah aku berperang dengan segelintir taik idung forumer Indonesia dalam topix.com. Carilah sendiri. Malaysia Forum.

Selebihnya Facebook. Baca paper. Lagi apa? Google Maps. Itu je yang aku leh rasa. Blog pun kalau ada benda nak upload je la. Ni kaninabui punya technician batu yang aku panggil tak datang-datang baiki pc aku.

Itu hari dia yang peranap. Panggil mali kasi baik pun tamau.

Maka, komputer aku dah diformat balik. Lepas kena format balik ni, dia dah jadi samdol, macam kebiasaan PC yang diformat. Nak upload gambar balik macam malasatul basar.

Saturday, January 30, 2010

Terima Kasih Telekom Malaysia

Best. Mulai harini, bolehlah aku update blog hari-hari. Sengsara amat ye bila dok Putrajaya ni tanpa koneksi internet. Yang lawaknya, ofis skang dah tak sekat facebook. Tapi depa sekat blogger. Ada ke akai? Ala-ala " Saya ada satu berita baik dan satu berita buruk" .. Bezanya, takde pilihan untuk diperdengarkan yang maner satu.

Tapi aku bagi thumbs up, toe up segala up la kat Telekom Malaysia.

Hari Rabu haritu aku pergi TM Point Cyberjaya apply tukar alamat. Dulu aku dok Sri Kembangan, aku ade pasang Streamyx. Bila aku pindah Ampang, aku tinggalkan je. Budak rumah sana bayor sampai la perkhidmatan tersebut aku tarik balik. Boley. Ala-ala diktator je kan. Haha. Lantak kau disitew. Hak aku aku amik balik la kan?

Balik tu terus aku gi The Mines, beli DLink modem ngan DLink router 4 port + wireless. Gerand. Campur dua-dua tu, harganya RM190.

TM Point kata semuanya akan diuruskan dalam 15 hari bekerja. Umang ai. Lama tu. Sinabeng gak kan. Tapi esoknya, kontraktor pemasangan line tepon tu pun call aku pagi buta. Dalam jam 9. Katanya dia nak on line telefon. Aku pun cuti kecemasan lah. Lepak rumah main solitaire ala2 Vegas ( version Windows 7 boleh save yer untuk next session..best ).

Senja tu aku gi install modem. Adeh. Takde connection takleh install. Aku pun tepon lah TM. Bla bla bla, dia janji dalam 3 hari bekerja. OK fine lah.

Tadi siang aku balik kerja, aku try install. Setelah cubaan aku gagal, aku tepon TM lagi. Rupa-rupanya aku tak boh password Streamyx. Org tu kata line tu dah aktif.

Kira-kira jam 8.00 malam, dengan jayanya, Internet telah menerjah masuk rumah tingkat 13 ini. Haha. Best.

Paling best, koneksi ini, both wired and wireless. Merasa la sofistikasi kehidupan ini naik satu kasta lagi. LOL.

Saturday, January 2, 2010

Facebook : Malaysia Berpatah Balik!

Amat menghairankan apabila negara ini yang terlebih dahulu menyekat laman sosial Facebook di pejabat-pejabat kerajaan sebelum langkah tersebut diikut oleh negara-negara maju yang mula sedar, telah berpatah balik.

Sekatan ke atas Facebook telah lama dibuat di jabatan-jabatan kerajaan pusat di negara ini terutamanya di jabatan yang memerlukan kerja di atas talian yang tinggi atas alasan menyesakkan lalulintas internet.

Seterusnya banyak jabatan-jabatan awam di Eropah mula melaksanakan tindakan menyekat Facebook setelah didapati ianya menjadi punca utama kakitangan mereka membuang masa kerja begitu sahaja.

Tetapi, apabila Perdana Menteri menggerakkan Facebook sebagai platform penyampaian ulang-alik, muncul pekeliling MAMPU bulan Ogos yang menyebut, tiada arahan dikeluarkan untuk sekatan mana-mana laman web sosial selagi ianya tidak melanggar arahan dalam Perintah-Perintah Am dan Surat-surat Pekeliling Perkhidmatan.

Kini Facebook menular dengan pesat sehingga iklan di TV seolah-olah menggambarkan bahawa Mark Zuckerberg, pengasas Facebook adalah rakyat negara ini. Seperti restu besar kini diperolehi untuk kerajaan mendapatkan maklumbalas sokongan dari rakyat setelah Pakatan Rakyat berjaya menipu manifesto dan merampas undi yang dijejaskan oleh krisis Pak Lah + KJ.

Sesungguhnya, Malaysia merupakan negara dalam kelompok pertama di dunia yang menggembleng Facebook semaksimum mungkin bagi kempen politik sehingga ke tahap ke siaran TV.

Dan Malaysia juga nampaknya negara pertama yang meletakkan tanggungjawab menguruskan masa bekerja ke bahu pekerja itu sendiri. Boleh ke jalan diorang ni? Ehem. Saya pakai Facebook Mobile yer. Jangan banyak bunyik.