Friday, March 4, 2011

Pompeii Yang Memang Memanggil Bala



Pompeii merupakan peringatan Tuhan untuk kaum yang mengagungkan seks. Bukan sahaja seks normal, malahan seks luar tabiie juga menjadi sesuatu yang dibanggakan hingga tergambar pada duit syiling di atas.

Ko mampu? Setidak-tidaknya, jika berseronok sangat dengan kegiatan luar moraliti ini, janganlah sampai mengagungkan ke tahap menzahirkannya dalam syiling sebagai matawang yang digunakan dalam berdagang. Itu dah gila namanya.

Begitulah gilanya masyarakat empayar Rome di Pompeii hampir 2000 tahun lalu yang gila berjimak dan berjubor dan mengangkatnya sebagai tradisi kebanggaan Rome pada ketika itu yang akhirnya memanggil gunung Vesuvius untuk meletup dan menimbus mereka dengan debu panas hingga mereka mati serta merta.

Bayangkan, Eropah yang terkenal dengan gunung berapi diam-diam ubi itu meletus dengan dahsyat sekali memusnahkan Pompeii dan ketamadunannya sehinggakan beribu-ribu tahun selepasnya, penduduk dunia tidak langsung berani lagi untuk mengeluarkan duit syiling 'doggie' seperti di atas dan 'cikloi' seperti di bawah ini.



Thursday, March 3, 2011

Mengapa Iran Ancam Boikot Olimpik 2012?

Iran mengancam untuk memboikot Sukan Olimpik 2012 di London. Alasan utamanya kerana logo Olimpik itu sendiri. Jawatankuasa Olimpik Iran menyebut bahawa lambang tersebut membawa aspirasi Yahudi secara terang-terangan.

Lambang yang agak hodoh itu sebenarnya turut pernah dibantah oleh warga Britain sendiri. Namun pihak penganjur menyebut, lambang yang funky, muda dan kreatif itu akan terus digunakan.

Apa aspirasi Yahudi yang disimbolkan? Ia tidak lain dan tidak bukan ialah terjemahan '2012' itu sendiri yang dikatakan sengaja dibuat supaya menyerupai perkataan ZION.

Zion merupakan nama bukit di Israel yang mana para penyokong aliran Zionis dalam puak Yahudi menyebut bahawa pemerintahan dunia di bawah Zionis akan berpusat di Zion. Dari nama bukit tersebutlah wujudnya pengikut fahaman Zion yang menggelar diri mereka Zionis dan merangka misi memerintah dunia dengan dogma-dogma menyesatkan.


Tuesday, March 1, 2011

Berehatlah Dengan Aman Di Sana

Balik kerja semalam, belum sempat aku bukak baju, Tya telefon. Terdengar hiba Tya yang sedang menangis. Dia bilang, Boy Heveree dah meninggal. Masa tidur. Aku terkejut sampai aku bingung, sapa tu Boy Heveree. Aku bingung sebab Tya sebijik macam Aiman masa call aku bilang pasal kematian Rizal, 2 minggu lepas.

Aku automatik sebut, ya, Paktam kenal, masa Tya tanya, Paktam kenal kan? Terus aku on internet, dan FB, aku nak kenalpasti. Ya Tuhan, Boy, yang selalu dengan Robson, dan selalu lepak sekali di tasik. Umur baru 25. Dah tak ada lagi.

Aku bersiap-siap untuk mandi. Cuaca mendung. KL kelihatan hujan. Aku berbaring seketika mengenangkan apa yang sedang berlaku dengan kita sekarang? Banyak yang pergi tiba-tiba. Seketika, aku tertidur tanpa aku dapat menghalang. Panggilan EE dan Billy untuk pergi ke Cheras melawat jenazah Boy tidak aku dengar sebab memang telefon aku pun sentiasa 'silent mode'.

Seperti Rizal, kawan ofis aku yang meninggal 18 Februari 2011, Boy juga meninggal kerana kegagalan fungsi jantung. Seperti Rizal juga, Boy dibawa polis ke hospital dengan berselubung plastik mayat warna hitam. Sedih.

Tapi terfikir aku, sekurang-kurangnya pemergian mereka dalam keadaan sempurna dan cukup sifat tanpa setitis darah menitik ke bumi.

Bagaimana pula bilangan kematian yang diakibatkan kecederaan yang serius yang sering dialami oleh 'mereka-mereka yang pergi sebelum waktunya"? Pecah muka, putus badan, putus itu dan ini?

Seperti arwah Khalid yang pecah paru-paru akibat ditusuk tulang dada yang remuk, Hazi yang hancur mukanya dan terpaksa di isi kapas, pemergian Rizal dan Boy boleh dikatakan dengan keadaan yang cukup sempurna.

Nasib kita entah bagaimana? Aku berharap agar kalau aku 'pergi' juga pergi dengan jasad yang sempurna. Tetapi kita manusia hanya layak untuk berharap sahaja.

Bagaimana pula 106 orang yang terkebumi 2000 meter di dasar laut tanpa dapat dinaikkan ke darat seperti dalam nahas udara Adam Air, Indonesia pada 1 Januari 2007? Mintak dijauhkan.