Sunday, January 3, 2010

Kisah " Lok Kau Yee "

Kisah ni berlaku pada 20 Disember 2009. Haha. Sangat best dirasakan apabila sedikit pengetahuan telah merubah persepsi yang bukan kecil. Kisah ini bersangkut paut dengan anak beranak penjual mee di Vegas, Canning Garden.

Kedai Vegas di Canning Garden tu terkenal sebagi port minum petang Melayu-Melayu yang kononnya dari golongan pertengahan kat Ipoh ni. Tempat adik beradik isi kuku bagai. Tapi harus diingat saya lepas situ bukan baru sekarang. Sejak geng-geng ini bersekolah rendah adanya.

Kedai tu bukan nama Vegas. Nama cina apa ntah. Cuma belakang dia, tempat yang mula-mula menjadi kawasan lepak petang, bernama Restoran New Hollywood. New Hollywood telah cuma beroperasi waktu pagi, maka semua berpindah ke restoran belakang tu yang digelar Vegas. Tu dia. Dari California, pi Nevada.

Ceritanya gini. Masa saya sedang memilih fish cake dan foochook kegemaran untuk dimakan dengan kuah laksa. Si anak nyonya tu yang dengan gaya ah long jinjang memerhatikan saya buat pilihan.

Kemudian saya menghulurkan mangkuk berisi aneka pilihan itu dan menyebut dengan slang cina " LAK-SAA". Bila saya mengambil tempat duduk, saya kedengaran cong ceng cong ceng anak beranak itu sambil mata mereka memerhati saya. Saya dapat merasakan mereka sedang mengumpat saya.

Biadap sungguh mereka ini kerana jarak saya dan mereka kurang dari 2 meter.

Namun, ada satu perkataan yang saya tangkap. Si ibu menghulur mangkuk berisi kuah laksa kepada anaknya dan menyebut "LOK KAU YEE". Saya dapat idea. Saya terus meletakkan wang ngam-ngam RM6.20.

Bila si anak menghantar Fishcake laksa itu sambil menyebut " ENAM DUA" , saya menunjukkan wang atas meja. Si anak nyonya itu pun mengambil wang dan terus kembali ke pangkuan ibunya.

Selepas berbual dengan nada perlahan, dua beranak itu tidak lagi berbunyi-bunyi selain menumpukan perhatian kepada kerja masing-masinglah jua.

Hahaha. Itulah dia. Sedikit pengetahuan mampu menyelamatkan bumi. Bleh?

Tahun Mengenal Kerang ?

Selepas 3 tahun bergelumang dalam dunia blog, saya kini sudah tua. (Baru sedar?). Ya.. blog dapat mempercepatkan proses penuaan apabila banyak alkisah malkisah kita termaktub sebagai catatan.

Pada akhirnya, kita akan mendapati, catatan itu terlalu banyak dan seolah-olah kita telah hidup 100 tahun..( Mampu, merepek camni? )

Jadi oleh kerana pada usia *teet* tahun ini, saya mendapati ramai orang yang lebih muda dari saya beranak-pinak sehinggakan bos saya kerap memerli seperti lagu-lagu di radio ( pinjam lagu Yuna ).. Saya mengambil keputusan untuk mencuba bermesra dengan kerang.. ( best wishes from u all plss )

Kerang kerang yang perlu saya mesra-e ini adakalanya membuatkan saya bingung sama ada saya telah memilih jalan yang betul atau tidak.

Bukan bukan bukan. (ikut si Ipin).. Bukan saya kata menikmati kerang itu salah, tetapi kerang amat mempunyai toksisiti yang melampau kerana kandungan merkurinya sangat tinggi. ( Boley, pusing ayat githew)??

Disebalik fakta bahawa kerang mempunyai kandungan toksik yang melemahkan, Tuhan tidak menyuruh kita membuat benda yang diketahui tidak kita mampu yer. Ingat yer hadek-hadek, abang-abang, hakak-hakak..( err.. hakak hakak yang belum berkerang shj..)

Kalau kita rasa solat tuh berat, nescaya sebab kemalasan kita sediri jua.. Sebab DIA telah tahu limit droid-droid ciptaanNYA yer..

Kalau kita rasa darah kita 'kerang-intolerate'..( macam lactose intolerate pulak).. mungkin dengan melawan toksisiti kerang dengan plastiksiti (plasticity la..), toksisiti kerang itew akan kalah??

Sebenarnya, pada usia begini, saya benci untuk melayani anak saudara saya kerana mereka bukan anak saya.. Uwaaa....

Err.. apa kaitan makan kerang dengan beranak pinak nehhh...??

Namun.. ianya sekadar percubaan yer. Percubaan sahaja. Cubaan 1 2 3.. Ambik kau, sekali cuba 3 !!..

Bermalam Minggu Di Barroom, Ipoh

Indahnya malam hari. Tanpa muzik yang membuatkan telinga berdesing hingga esok petang, sepertinya, tak meriah malam-malam dihujung minggu. Haishh! Sampai bila mau gini ya. Sudah-sudahlah tu pak. Lo itu udah tua. Haha. Carut diri sendiri. Yay!

Malam tadi, saya dan sahabat musibat saya telah ke BARROOM di Bandar medan Ipoh. Sekali lagi yah. Sekali lagi saya dihasut untuk bermaksiatan. (Dihasut konon. In state of denial sangat tidak bagus yer)..

Opss.. Apasal aku tersnap pintu keluar ni??

Nampaknya seorang dari tetamu enggan dirakamkan gambarnya...

Begitu juga dengan yang ini. Bajet hot kah? Suam-suam kuku saja ya. Tapi tetap nak tayang separuh muka. Kenapa kah demikian?

Yang muka sampai macamtu kenapa ya. Adakah thong dan bucket ais itu telah menyukarkan hidupnya sedemikian. Yang nampak cool itu adalah 'abang besar' yang memayungi minum kami malam itu.

Jap.. yang ni siapa ha? Bajet hot. Kepala botak. Tak hensem plak tu. (Motip carut diri sendiri lebih-lebih?)