Friday, December 17, 2010

918 Bunuh Diri Serentak!

Tahukah anda tentang acara bunuh diri paling besar dalam sejarah moden? Wah. Kisah The People's Temple pernah menggemparkan dunia pada tahun 1978.

The People's Temple didirikan pada akhir tahun 1970-an. Ajaran ini ditubuhkan pada 1955 oleh Jim Jones di california. Komuniti pengamal ajaran sesat ini akhirnya hidup menyendiri terpisah dari dunia di sebuah hutan di Amerika Selatan.

Susulan dari aduan orang ramai, pada tahun 1978, anggota kongres Amerika, Leo Ryan, mengunjungi Jonestown dalam misi mencari fakta.

Ketika Ryan hendak meninggalkan Jonestown bersama 18 anggota ajaran sesat yang ingin meninggalkan kumpulan itu dan mengikutnya pulang, berlaku lah keganasan.
Anggota ajaran sesat melepaskan tembakan kepada mereka yang mahu meninggalkan ajaran sesat itu. Anggota kongres Ryan, tiga orang wartawan, dan seorang anggota ajaran sesat yang mahu keluar, terbunuh.

Sebelas orang terluka. Beberapa jam setelah kejadian, pemimpin ajaran sesat memerintahkan anggota-anggotanya untuk melakukan bunuh diri besar-besaran dengan meminum potasium sianida.

kanak-kanak dibunuh terlebih dahulu. Bayi dibunuh dengan racun yang dimasukkan ke mulut dengan sedutan.

Setelah itu, 918 orang, termasuk kanak-kanak, meracuni diri mereka sendiri.

Thursday, December 9, 2010

Adamaya Episod Akhir. Adam Ceraikan Maya!

Haiyo. Kalau drama tetap drama. Tak boleh direalisasikan. Begitulah "Adam" yang sabar dengan "Maya" dalam slot Adamaya dolu-dolu yang tetiber fofuler. Khalayak penonton disajikan dengan cinta yang indah, perfect, geram, suka, senyum, sedih, penuh sabar, cool, macho, bijak, adorable, termimpi-mimpi dek lakonan ultra-cool Sean dan keselambaan Lisa Surihani.

Semalam, Sean menceraikan isterinya. Haiyo. Itulah hakikatnya. Lakonan tetap lakonan. Sesiapa yang terbawak-bawak Sean ke alam mimpi tu, tampar la pipi sendiri yek. Sean belum tentu se-cool Adam.

Sein nafi libatkan orang ketiga

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Syed Hussein Syed Mustafa, 27, enggan mengulas lanjut mengenai punca perceraiannya dengan isteri, Noor Diyana Muhammad, 26.

Syed Hussein atau lebih dikenali dengan panggilan Sein memberitahu, dia dan Noor Diyana sudah sepakat tidak berkongsi dengan masyarakat mengenai kisah peribadi mereka itu. Bagi Sein, apa yang berlaku merupakan perkara yang cukup sulit untuk dibincangkan atau dihebahkan kepada umum.

"Biarlah hanya kami dan keluarga masing-masing sahaja yang tahu tentang situasi sebenar. Seboleh-bolehnya, saya tidak mahu bercerita apa-apa kerana ia adalah kisah yang cukup peribadi.

"Apa yang penting buat saya dan Nana (panggilan untuk Noor Diyana) adalah untuk memikirkan masa depan anak-anak kami dan meneruskan kehidupan masing-masing," jelasnya dalam nada tenang ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Wednesday, December 8, 2010

Piala AFF : Indonesia Bantu Malaysia! Terima Kasih!

Malaysia mengiringi Indonesia ke perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki setelah Indonesia mengalahkan Thailand 2-1 dan Malaysia mengalahkan Laos 5-1.

VIVAnews - Bambang Pamungkas kembali mencetak gol lewat titik putih penalti sekaligus membuat Indonesia berbalik unggul 2-1 atas Thailand. Penalti kedua Merah Putih diperoleh setelah salah satu bek Thailand handsball di kotak penalti. Thailand sempat unggul lebih dulu 1-0 lewat gol Suree Sukha di menit 68. Namun Indonesia berhasil menyamakan kedudukan lewat penalti Bambang Pamungkas di menit 81. Dan Indonesia akhirnya berbalik unggul setelah Bepe kembali sukses menaklukkan kiper Thailand Sinthaweechai Hathairattanakool lewat titik putih penalti di menit 89.


VIVAnews - Malaysia akhirnya mendampingi Indonesia ke semifinal Piala AFF 2010. Kedua negara menjadi wakil Grup A.Kepastian ini didapat sesuai hasil laga terakhir Grup A. Malaysia memastikan lolos setelah menaklukkan Laos 5-1 di Stadion Gelora Sriwijaya, Palembang, Selasa malam, 7 Desember 2010.Malaysia sudah unggul 2-1 di babak I. Malaysia membuka gol di menit 4 lewat Mohd Amri Bin Yahyah. Amri menyelesaikan umpan striker Norshahrul Idlan Bin Talaha yang menusuk dari sisi kiri pertahanan Laos.Laos membalas lewat strikernya Lamnao Singto di menit 8. Dengan sundulannya, striker tajam Laos ini membobol gawang Malaysia.Malaysia kembali unggul pada menit 41. Kembali Amri mencetak gol setelah lolos dari kawalan pemain belakang Laos.Di babak II, hujan mulai mengguyur Gelora Sriwijaya. Di saat itulah Malaysia menambah gol lewat Mohd Amirulhadi Bin Zainal di menit 74. Striker Norshahrul memantapkan keunggulan Malaysia menjadi 4-1 di menit 77. Malaysia masih menambah gol di menit 90 lewat Mahalli Bin Jasuli.


Keputusan ini memperlihatkan perofesionalisma dalam bola sepak Indonesia walaupun Indonesia nyaris kalah dan ketinggalan 1-0 ke atas Thailand hingga ke minit 81. Walaubagaimanapun, kedua-dua gol Indonesia diperoleh dari sepakan penalti. Adakah politik pengadil AFF yang mahukan mencipta detik dramatik antara Malaysia dan Indonesia? Itu bukan urusan saya untuk mengulas. Tahniah pasukan Kebangsaan.