Thursday, June 24, 2010

Sebuah Lagi Empayar Melayu Tua Ditemui!


Ini adalah sejarah yang telah dipadam oleh pihak penjajah (seperti biasa, penjajah mesti jadi 'crook'). Mengenai Empayar Nusayangtarak. Empayar ini sangat luas dan menjadi asas kepada negara-negara yang wujud hari ini di Asia Tenggara. Alkisah, keluasan empayar ini melebihi Empayar Melaka yang wujud kemudiannya, hatta Ayotaya yang disebut-sebut pernah dikuasai orang Islam. Empayar Nusayangtarak juga dikuasai oleh orang Islam yakni penganut agama wahyu walaupun pada ketika itu utusan terakhir Rasulullah belumpun lahir. (tetap nak jugak..)

Tetapi, agenda jahat penjajah telah merubah segalanya sehingga peta Nusayangtarak telah musnah dibakar, dikisar, malah ada yang tanam beratus meter ke dalam bumi akibat takutnya mereka pada kekuasaan Nusayangtarak itu.

Ibu negara Nusayangtarak dikenali sebagai BERLINDUNG kerana di sini, ramai penduduk dari segala bangsa berlindung dari hujan panas ribut taufan dan menjalankan aktiviti perniagaan barang kemas serta menjual surat pajak. Itulah kekuatan ekonomi mereka. Jauh lebih maju dari Melaka yang berdagang rempah ratus dan belacan. Penduduk Nusantarak tidak gemar rempah-rempah kerana ianya punca bau badan. Hari ini, BERLINDUNG dikenali sebagai Belitung.

Keluasannya meliputi wilayah Berumah yang hari ini dikenali sebagai Burma. Dahulu, Berumah merupakan kawasan paling miskin kerana penduduknya sahaja yang tinggal di dalam rumah. Penduduk kawasan lain semua telah tinggal di banglo-banglo mewah bertiang gadang bak haikal Sulaiman. Dikatakan, idea membina tiang oleh orang Rome datang dari senibina Nusayangtarak ini.

Dengan hasil ikan yang dibekalkan oleh wilayah Pelampung yang hari ini telah berubah menjadi Pilipin, penduduk Nusayangtarak mewah bekalan ikan ternakan dalam sangkar dan mereka biasa menjamah ikan kembung bersaiz bantal peluk kerana kemajuan teknologi perikanan di wilayah Pelampung.

Sedang wilayah Tongkeng yang terkenal dengan pengurusan membuat nugget ayam terawal di dunia, hasilnya menjadi sumber protein tambahan penduduk Nusayangtarak yang sibuk berdagang emas ini. Hari ini wilayah Tongkeng disebut Teluk Tonking di Indo China.

Sisa-sia industri nugget tongkeng ayam dari wilayah Tongkeng dicampak ke wilayah Campak. Oleh kerana penduduk wilayah Campak selalu menikmati ayam sisa ini, mereka selalu terkena cacar air yang kemudian disebut demam campak hingga ke hari ini. Hari ini, evolusi merubah nama Campak menjadi Champa dan telah menjadi sebahagian negara Cambodia.

Irrawady di Myanmar juga dikatakan bersempena nama Shahirawati, anak Raja Berumah. Oleh kerana Shahirawati terlalu kecewa dengan keengganan ayahndanya mendirikan banglo di tanah Berumah, Shahirawati berhijrah ke selatan di delta sungai Berumah dan berkebun. Lama-kelamaan kebun petolanya mengeluarkan hasil yang berlipat ganda sehingga didagangkan di negeri Firaun. Kekayaan Shahirawati menjadikan dia raja dan memerintah kawasan Shahirawati yang kini menjadi Irrawady.

Tanah Sepet atau hari ini sebahagian dari negara China turut merupakan sebahagian Nusayangtarak. Tanah Sepet mengeluarkan kuli-kuli yang melombong bijih emas di Samajantung.

Samajantung atau hari ini terkorup menjadi Semenanjung ialah bersempena keadaan tanahnya yang sama seperti jantung pisang. Asal namanya yang panjang yakni Samajantungpisang menyukarkan pekerja pos Nusayangtarak, maka Menteri Komunikasi dan Pos Nusayangtarak, yang memakai gelaran Sumangkrabutrafalgar IIX, telah memendekkan namanya. Nama Sumangkrabutrafalgar IIX di daftar kelahirannya ialah Huzaimin Afzalisham bin Ashraf Daniel.

Kebanyakan penduduk Berlindung datang dari Pulau Semuatarah atau hari ini disebut Sumatera. Di Semuatarah, banyak bukit-bukit ditarah untuk dijual bagi kerja menambak laut oleh lanun-lanun persis pencuri pasir di Selangor hari ini. Sebab itulah namanya wilayah ini menjadi Semuatarah.

Wilayah Jauh pula merupakan wilayah yang tidak berpenghuni kerana aktiviti gunung berapi yang terlalu kerap membuatkan penduduk Nusayangtarak menjauhi wilayah ini. Evolusi dari perkataan Jauh itu, hari ini wilayah Jauh disebut Jawa.

Kepergian Raja Nusayangtarak Ke-18, Metawengsongderawengsang III, atau nama berdaftarnya, Azman Asmawi Samsuri ke tanah besar Setolia di selatan telah membuka wilayah baru yang turut ternaung di bawah Nusayangtarak dengan menggunakan nama wilayah Deraweng. Itulah sebenarnya asal nama Darwin di Australia dan bukannya diambil dari Charles Darwin.

Begitulah asal nama wilayah Flores hari ini kerana kawasan tersebut pada zaman Nusayangtarak, ianya merupakan wilayah Pelorek yang didiami oleh pelukis-pelukis pelan terulung dizaman itu. Oleh kerana kerja melorek lukisan yang banyak pada ketika itu dibuat di wilayah ini, maka dapatlah namanya sebagai Pelorek.

Asal usul Borneo juga dipercayai bermula pada zaman ini kerana ketika Nusayangtarak mencapai kemuncaknya, bekalan minyak masak dan minyak pelita diperoleh dari industri kelapa yang sangat maju di pulau besar ini. Wilayah ini dinamakan Bernyiur dan versi korupsi beribu-ribu tahun menjadikan wilayah ini akhirnya berubah menjadi Borneo.

Sulawesi amat terkenal dengan industri besi pada zaman tersebut. Tidak hairanlah nama wilayah ini pada zaman itu ialah Semuabesi. Banglo-banglo dan mahligai-mahligai dalam Nusanyangtarak tidak terbanding dengan senibina besi di Semuabesi. Dari situlah dapatnya nama Sulawesi hari ini.

Papua yang terkenal dengan pulau seribu bahasa hari ini juga mendapat namanya dari zaman ini. Dipercayai, oleh kerana terdapat banyak puak yang bertutur banyak bahasa di sini, wilayah ini disebut sebagai wilayah Puak-Puak. Penurunan sebutannya beribu tahun dari generasi ke generasi menjadikan hari ini sebutannya menjadi Papua.

Sungguh! Semua ini adalah dongengan penulis berdasarkan peta ciptaan penulis sendiri. Jika peta yang terhasil dari imaginasi ini boleh tercipta hari ini, tidak mustahil peta yang sedemikian mampu tercipta berabad-abad lalu bagi memesongkan pemikiran puak di masa depan.

Tidak hairanlah wujud berbagai percanggahan hari ini tentang asal-usul bangsa hingga berlaku pertempuran idea tentang sebuah perselisihan yang membingungkan hanya berdasarkan nama-nama yang disulam antara fakta yang boleh dipercayai dan fakta tokok tambah hanya dek kerana terdapat sedikit persamaan dalam sesuatu yang mampu Allah hadirkan.

Justeru, blog ini meminta pihak pengkaji sejarah berdasarkan peta kuno yang meragukan agar lebih bersifat terbuka dan buanglah ketaksuban tentang sesuatu yang telah ditiadakan oleh Tuhan Yang Agung dek mungkin kerana kelalaian dan kerosakan yang pernah dilakukan oleh bangsa-bangsa terdahulu.

Jika mahu mengkaji kajilah dengan cukup dalam dan sesudah itu, jika mahu melaporkan kepada umum, laporlah dengan berhikmah dan rendah diri tanpa menyinggung mana-mana pihak dengan nada yang mendatangkan rugi atas diri sendiri. Fakta orang ikuti, sang pengkaji orang benci. Tak begitu, anai-anai?

Jika Allah menghendaki, niscaya Dia musnahkan kamu wahai manusia, dan Dia datangkan umat yang lain (sebagai penggantimu). Dan adalah Allah Maha Kuasa berbuat demikian. (Surah An-Nisaa' Ayat 133)

P/S: Anai-anai adalah penulis blog Sejarah Nagara Kedah yang sangat taksub dengan asal usul kesiaman orang Melayu berdasarkan darah yang ada dalam dirinya hingga merendah-rendahkan orang Melayu lain yang hari ini, dalam Perlembagaan Malaysia, dia dan kita hakikatnya sama belaka.

Monday, June 14, 2010

Sebulan Cukup?

It just like a volcanic eruption that showing the reduce in its volcanic activities but later come out with a big blast eruption and killing all those evacuee that returning home.

Malas nak cerita panjang-panjang. Cakap 1000 kali pun tak akan faham.

Cuma nak aku tanya lah kan. Kenapa tak boleh bersikap matang bila menyedari diri terpaksa bergaul dengan orang yang lebih tua?

Aku ni macam-macam masalah terpaksa nak tempuh berhubung nilai-nilai kekeluargaan. Budak yang lahir belakang rumah aku masa aku tadika dulu kahwin semalam. Jiran aku la. Dia sekarang mengajar kat Keningau. Itu jer dah cukup untuk aku dihujani persoalan-persoalan.

Dari keluarga, dari masyarakat, dari kawan-kawan, dari komuniti surau. Sampaikan dengan siapa aku SMS, mesti akan ada mulut yang menyindir "jangan SMS dengan laki sudah la sampai senyum-senyum macamtu". Bukan itu saja. Sikap tak faham keadaan orang lain, sikap suka 'likes' pada benda-benda yang menyakitkan hati dengan niat menyampaikan hasrat hati tanpa perlu menaip, memang aku dah lama sabar sangat. Kelmarin, genap sebulan selepas aku kenal dia, aku buat keputusan, aku tak perlukan teman macam dia.

Sebabnya, aku tak faham kenapa dia tak boleh memahami aku msehari dua ini berbandi aku menahan sabar memahami dia selama sebulan.

Selama sebulan, panggilan aku untuk dia mesti dicatu. Ikut sela masa tertentu. Nanti mama dengar, nanti abang dengar, nanti cicak belakang frame gambar kat living room dengar. Whatever lah yang boleh dengar, mesti disorok. Itu engkau. Budak muda umur 21 yang belum menghadapi dilema tekanan keluarga supaya kahwin.

Sebab tu aku kata, tolong. Tolong beri aku ruang untuk bernafas. Bukan dengan menyindir " takkan dah kena bar". Memang bagi aku, itu sindiran pedas yang tak diperlukan bila aku dalam KEKUSUTAN macam tu. Padahal pada hari Sabtu sahaja, dekat nak 3 mms aku hantar bagi menggambarkan pada keadaan apa yang aku sedang berada.

Akhirnya , lewat tengah malam, dia mengeluarkan kata-kata biadapnya berbunyi, "baiklah, lepas ni taknak ganggu dah, dan happy lah bersama kawan-kawan tu". Good. As you wish. Orang tak faham bahasa, tak faham situasi, tak akan faham sampai bila-bila. Bagitaulah 10,000 kali pun. Tak akan faham.

Serious thing is, aku tak perlu teman yang menambah kusut kepala aku.Genap sebulan lepas aku kenal dia, aku rasakan aku perlu putuskan hubungan ni. Aku susah menahan merungkai kusut, dia tak peduli apa-apa. Ini baru bulan pertama. Aku risau aku tertempeleng mukanya di masa depan. Aku tak sanggup buat macamtu. Tapi tangan aku sanggup. Dia pernah bertindak di luar arahan otak aku.

Dia muda. Dia bersifat kebudak-budakan. Dia boleh sebut yang dia takkan buat aku kusut kalau aku ceritakan betapa kusutnya ex aku sebelum ni. Dia boleh sebut yang dia akan faham aku sebaiknya padahal dia hanya boleh memberi 'lip service' sahaja demi cita-cita berahi.

Untuk itu, aku akan sebut sesuatu yang akan aku laksanakan. Aku tak perlukan dia. Aku menyintai jantung aku lebih dari mencintai orang lain. Semua elemen yang membunuh aku dari dalam aku mesti tiadakan.

Thursday, June 10, 2010

Pulih Sudah..

Akhirnya, kesabaran aku berbalas. Dia masih teguh hatinya dalam kisah cinta ini. Dia meminta maaf atas apa yang berlaku. Aku tak menuntut kemaafan tetapi alangkah bagusnya dia kerana bertindak merendahkan ego dalam dirinya dan faham sebab apa aku berkecil hati.

Kami menjadi lebih mesra hasil dari apa yang dah terjadi. Memang itulah apa yang aku harapkan. Sebab itulah aku percayakan dia. Sebab itulah aku sayang sangat kat dia.

Billy dah selesaikan hutang dan aku dah boleh menghadap encik maxis. Thanks Billy. First sebab dah bayar. Second sebab menahan mata membaca mesej pedas aku. Aku memang suka hantar mesej pedas. Have to used to it. Tanyalah budak rumah Ampang yang dah 7 tahun duduk ngan aku. Pun begitu diorang tetap harap aku pulang ke pangkuan rumah Ampang.

Sebelum isyak tadi, aku tertidor. Aku ade pesan kat dia yang aku akan online lewat sikit. Tapi aku solat isyak pukul 3 pagi sebab bangun jam 2.45 pagi. Bila aku sampai mamak dan on FB, dia dah tidur 3 jam yang lalu. Sorry dear.

Apapun, aku masih menyimpan kerahsiaan severe regrugitation dalam dada ini dari pengetahuan pihak hospital. Entah bila aku nak pergi follow up. Takut nak dok wad!