Wednesday, January 5, 2011

Fenomena Gerhana Matahari Di Eropah



BERLIN 4 Jan. - Gerhana separuh matahari berlaku di seluruh Eropah, Afrika Utara dan Asia Tengah hari ini, walaupun ia dilindungi awan tebal di kebanyakan bahagian di Eropah.

Gerhana matahari berlaku apabila bulan bergerak antara bumi dan matahari, yang kemudiannya melindungi sinaran matahari. Dalam kes gerhana separuh, matahari akan hilang menjadi rupa seakan bulan sabit.

Gerhana itu yang merupakan pertama tahun ini, begitu ketara di Sweden pada kira-kira pukul 8.30 pagi (3.30 petang waktu Malaysia) dan berlangsung di utara sehingga pukul 10.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia).

Orang ramai yang mendongak ke langit di timur Sweden dapat menyaksikan pemandangan terindah fenomena gerhana matahari itu.

Pakar astronomi menjangkakan lebih 80 peratus matahari dilindungi oleh bulan di Sweden.

Di negara jirannya iaitu Norway, gerhana itu hanya dapat dilihat di bahagian selatan negara itu kira-kira pukul 9.35 pagi (4.35 petang waktu Malaysia).

Di Jerman, gerhana mencapai tahap penuh antara pukul 9.18 pagi (4.18 petang waktu Malaysia) di bahagian selatan bandar Munich dan 9.27 pagi (4.27 petang waktu Malaysia) di Berlin.

Kesannya lebih dramatik di utara Jerman, di mana sebahagian besar matahari dilindungi bulan.

Di kebanyakan negara di Eropah bagaimanapun, fenomena itu dilindungi awan, menyebabkan suasana gelap yang dicetuskan oleh gerhana matahari kurang dirasai.

Gerhana separa matahari dijangka sekali lagi akan berlaku pada 1 Jun, 1 Julai dan 25 November tahun ini. - dpa

Tuesday, January 4, 2011

Minyak Naik Lagi. RON97 Jadi RM2.40. RON95 Masih Kekal RM1.90


Seperti yang aku jangka, diberitakan harga RON97 akan dinaikkan mulai esok. Turut naik ialah kerosin. Kenaikan adalah sebanyak RM0.10. Walaubagaimanapun harga untuk RON95 masih kekal.

Ini banyak disebabkan oleh harga minyak mentah dunia yang mencecah paras tertinggi dalam tempoh 2 tahun kepada USD 92 setong.

Lebih menakutkan, Malaysia pada tahun ini mula menjadi negara pengimport minyak.


RON 97 petrol and kerosene to cost 10 sen more per litre

KUALA LUMPUR: The price of RON 97 petrol will go up by 10sen to RM2.40 a litre on Wednesday, said Petrol Dealers Association of Malaysia president Datuk Hashim Othman. The price of kerosene will also go up by 10sen to RM2.50 a litre. The price of RON95 will, however, remain at RM1.90 sen per litre. Hashim said the confirmation of the price increase was received from petrol companies about 9pm on Tuesday. “The price of crude oil has gone up. The petrol companies have averaged out the prices globally," RON 97 was last increased by 15 sen to RM2.30 on Dec 1


Eh, nanti, u all tau ke kerosene tu apo? Kerosene tu minyak tanah la. Hehehe.

Tuesday, December 21, 2010

Salji Landa Australia Di Musim Panas!

Dunia nak kiamat agaknya. Awal musim panas di Australia diselubungi salji! Salji yang turun kelmarin adalah bawaan angin sejuk dari Antartika sehinggakan beberapa tempat di negeri New South Wales dan Victoria diselubungi salji setebal 10cm.

Biasanya, Disember adalah musim panas dan kering sehinggakan berlaku kebakaran hutan yang meragut nyawa.

Setelah dilanda kebakaran hutan yang membunuh berpuluh-puluh orang beberapa ketika lalu, Australia dikejutkan pula dengan salji di musim panas.

Gambar dibawah ialah keadaan Charlotte Pass di New South Wales semalam.