Wednesday, November 10, 2010

Antara Ampang Dan Putrajaya


Dulu aku ulang alik Ampang Putrajaya. Naik bas. Dari Bandar Baru Ampang, tambangnya RM2.00 sampai Jalan Silang. Kemudian naik bas Sri Indah kat Mydin, tambang RM3.30. Sampai la aku ke Parcel E. Kalau lambat, jalan pun macam kartun.

Masa tu, semua kerja kat ofis, disiapkan hari itu jugak. Kalau tender-tender banyak, OT. Driver hantar sampai Ampang. Jimat RM5.30 + masa yang diambil untuk balik, 2 jam setengah atas bas!!!

Tapi kalau OT balik jam 8.00 malam la kan. Kisahnya, keluar jam 6.20 pagi, sampai rumah 9.00 malam. Sungguh tabah aku mengharungi.

Kini, aku dok dalam Putrajaya. Kerja pulak atas jawatan lain dengan bidang kawalan kerja yang berubah. Kerja kadang ada, kadang takda. Kalau takde, maka rileks la aku seharian. Tapi kalau ada, macam hari ni, walaupun saya di rumah sendiri, bebas dari ancaman telefon berdering, tetapi saya terpaksa menamatkan posting ini di sini kerana nak tumpukan kat kerja yang ikut saya pulang. Eee.. macam saka pulak main ikut-ikut. Erkk.

Uwaa..

Mengapa Obama Hanya Kunjungi Indonesia?

Betapa megah bagi rakyat Indonesia majoritinya apabila menerima kunjungan Presiden Amerika, Barrack Obama, yang pernah bersekolah di negara tersebut lebih kurang 40 tahun lalu. Jika di forum-forum antarabangsa di internet, mereka yang anti-Malaysia di sana terus mengejek tentang betapa Malaysia tidak penting bagi Obama.

Memang diakui Malaysia tidak penting bagi Obama. Kerana tiada apa yang negara ini izinkan dicuri oleh pihak Amerika Syarikat. Bagaimana pula di Indonesia? Baca petikan Vivanews ruangan Bisnes terbitan pagi semalam :


Selasa, 9 November 2010, 11:13 WIB ( 12:13 PM Waktu Malaysia )
VIVAnews - Hari ini Presiden Amerika Serikat Barack Obama berkunjung ke Indonesia. Selain mempererat persahabatan, lawatan Obama juga untuk meningkatkan investasi dan perdagangan kedua negara.

Sejumlah perusahaan besar Amerika selama ini sudah berinvestasi di Indonesia. Perusahaan Amerika tersebut merupakan pemain utama global dan umumnya masuk jajaran perusahaan top multinasional versi majalah Forbes.

Salah satu raksasa bisnis Amerika di Indonesia adalah Freeport McMoRan Copper & Gold. Melalui PT Freeport Indonesia, perusahaan emas kelas dunia asal Amerika itu menjadi salah satu penambang emas dan tembaga terbesar di Indonesia.

Freeport beroperasi di daerah dataran tinggi di Mimika. Kompleks tambang di Grasberg itu merupakan salah satu penghasil tunggal tembaga dan emas terbesar di dunia. Wilayah ini juga mengandung cadangan tembaga dan emas terbesar di dunia. Tahun lalu, Freeport menghasilkan 86 ton emas.

Berdasarkan data Freeport-McMoran per akhir 2009, Freeport Indonesia merupakan penyumbang pendapatan terbesar bagi induk perusahaan tambang emas yang berpusat di Phoenix, Arizona, AS itu.

Freeport Indonesia membukukan pendapatan US$5,9 miliar, jauh melampaui perusahaan Freeport yang beroperasi di Amerika Utara dengan pendapatan US$4,8 miliar.

Bahkan, Freeport Indonesia juga mengungguli perusahaan dalam kelompok Freeport yang beroperasi di Amerika Selatan dan Eropa. Di Amerika Selatan, kontribusi pendapatan perusahaan Freeport di sana sebesar US$3,8 miliar, sedangkan Eropa hanya US$1,89 miliar.


Amat mengejutkan bahawa fakta menunjukkan Amerika Syarikat 'memaling' dengan hormat bertan-tan emas dari bumi Indonesia setiap tahun.

Pelik sekali apabila kesamaan budaya, kesamaan kulinari dan kesamaan bahasa Malaysia dengan negara mereka menjebakkan Malaysia dengan pertuduhan 'pencuri' sedangkan mereka langsung tidak rugi apa-apa.

Sunday, November 7, 2010

Jabatan Meteorologi Malaysia Patut Malu

Masa aku kat Bandung 16 - 19 Oktober, TV di Indonesia dah siarkan aktiviti pemantauan di Gunung Merapi oleh petugas-petugas vulkanologi di Yogjakarta. Dorang bertugas dalam hujan dan kesejukan di lereng gunung tu. Masa tu aku dapat rasa yang kalau meletus pun, Yogja masih jauh dari Bandung. Lagipun pada masa tu, tak siapa peduli pasal Merapi. TV pun menyiarkan berita itu sekali sehari.

Terpampang pada waktu tu cuma petugas vulkanologi dok tengah baca seismograf pasal gegar-gegar dalaman Merapi. Yang jadi perkara itu masuk TV ialah bila tahap Waspada sedang dibincangkan untuk dinaikkan kepada Siaga.

Terdapat 4 status gunung berapi di Indonesia. Normal, Waspada, Siaga dan Awas. Status Normal kepada Waspada untuk Merapi depa dah buat pada 23 September 2010.

Dua hari selepas aku pulang ke tanah air, Merapi akhirnya dinaikkan ke taraf Siaga, yakni pada 21 Oktober 2010. Status tu bertahan cuma tiga hari sebelum dinaikkan ke tahap Awas dan pada 26 Oktober 2010, Merapi mula meletus. Korban siri pertama, juru kunci Merapi yang sangat popular di Indonesia dan dalam dunia kebudayaan Jawa, Mbah Maridjan.

Bukan tu jer, beberapa ketika selepas letusan 'batuk-batuk (istilah vulkanologi Indonesia nih..) yang menyusul selepas letusan yang membunuh Mbah Maridjan dan 30 orang yang berada di sekitar rumahnya, Merapi mengganas lagi pada 3 November. Letusan paling hebat setakat ini berlaku malam kelmarin dan terus yang menyebabkan gumpalan debu panas dan lahar mengalir sehingga 20km dan membunuh 77 lagi orang yang dikatakan berada di zon selamat. Semua mati waktu tengah tidur.

Sehingga semalam, penerbangan Air Asia ke Yogja, Solo malah Bandung dan Jakarta dah dibatalkan. Berpuluh-puluh lagi syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa menghentikan penerbangan ke bandar-bandar tersebut. Bandung mula dihujani abu. Dengar cerita MAS pun tunda flight gi Jakarta. Kesian Ayie. Dia pergi harini. Mula-mula MAS ke Bandung divert ke Jakarta, alih-alih dengar cerita awal hari ni, penerbangan ditunda. Taktau la betul ke tak.

Walaupun Merapi tetap makan nyawa setelah amaran demi amaran hasil penyelidikan badan vulkanologi Indonesia memberi petanda jelas sejak sebulan lalu, badan vulkanologi negara tersebut perlu diberi tabik hormat sebab berjaya menjalankan tugas depa dengan sempurna dan betul walaupun peralatan dan pejabat kajian tu nampak macam daif je.

Di Malaysia, bayangkanlah, sebuah negara yang dikatakan lebih maju dari Indonesia, kisah banjir besar yang melanda Perlis dan Kedah pada 1 November lalu pun cuma diketahui setelah air menggenangi sehingga kedalaman 2 meter. Penduduk terpinga-pinga awat la hujan tidak berhenti-henti. Padahal kejadian ni dah diramal oleh badan meteorologi Thailand bila tekanan rendah dari Telukan Siam dikesan akan melintas masuk wilayah utara Malaysia dan selatan Thailand beberapa hari sebelum tu, sebelum kembali normal di Laut Andaman.

Malah, media massa langsung tak peka tentang apa yang telah berlaku dan cuma menempek mencari bahan berita bila segalanya tenggelam musnah. Adakah ini disebabkan butanya masyarakat negara kita tentang geografi? Atau adakah badan meteorologi negara ni acuh tak acuh dalam hal ini (juga disebabkan oleh tanggapan mereka yang rakyat buta geografi)?

Kita patut fikir balik langkah yang tak pernah kita mulakan dalam nak handle sesuatu bencana sebelum ia berlaku dan selepas ia berlaku. Wake up lah.