Thursday, November 4, 2010

Video HD Letusan Awan Panas Merapi

Panorama mengasyikkan letusan ini dirakamkan pada 29 Oktober lalu.


Wednesday, November 3, 2010

Hatyai Sehari Sebelum 3 November 2010

Saksikanlah pemandangan bandar Hatyai semalam, yang tidak ingin aku hadap sekiranya aku ke sana. Dengan bekalan makanan yang tak mencukupi, harga barang keperluan melambung, desakan hidup serta kesempatan kacau bilau yang akan meningkatkan jenayah, bekalan elektrik terputus, apa perlunya 'seorang pelancong asing' untuk berada di kawasan tersebut, pada pandangan masyarakat yang sedang runsing memikirkan kemusnahan harta benda?









Tuesday, November 2, 2010

Lawatan Ke Hatyai Dibatalkan Akibat Banjir

Ramai pelancong Malaysia terperangkap dalam banjir di Hatyai

02/11/2010 9:24pm

BANGKOK 2 Nov. - Ratusan pelancong termasuk rakyat Malaysia masih terperangkap di daerah Hatyai di Songkhla, semasa daerah itu masih digenangi air setinggi antara dua dan tiga meter, dan jumlah kematian akibat bencana itu di Thailand kini menjangkau 104.

Banjir melanda bahagian selatan negara itu sejak semalam dan selain Hatyai, dua lagi daerah di Selatan iaitu Pathalung dan Nakhon Si Thammarat diisytihar sebagai zon bencana, manakala wilayah Pattani dan Narathiwat pula turut dilanda banjir.

Ramai pelancong kini terkandas di stesen keretapi dan bilik-bilik hotel, namun jumlah sebenar masih belum dikenal pasti. - Bernama


Itu berita yang aku baca baru sekejap tadi. Berita panas bak goreng pisang lagi tu. Esok, 03.11.10, penerbangan aku ke Hatyai akan berlepas jam 12 tengahari. Mengikut Jadual, aku akan pulang ke Kuala Lumpur lusa petang menaiki tren Senandung Langkawi Hatyai - KL. Oleh kerana banjir semakin buruk, maka dengan ini, aku membuat keputusan untuk MEMBATALKAN kunjungan hormat ke Hatyai dan membiarkan pesawat itu membawa mereka-mereka yang terkena getah. Selamat mengharung banjir. Hehehe.


Keadaan Hatyai 2 November 2010. Gambar hakmilik Associated Press.