Showing posts with label temubual. Show all posts
Showing posts with label temubual. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

Eksklusif 063 : Kupu Kupu Malam Tasik Permaisuri

(Ikut intonasi Mazidul Akmal Sidik) Ketika orang lain nyenyak tidur, ada yang masih berjaga. Krew 063 kali ini meninjau aktiviti golongan lelaki yang sering berkumpul di tempat letak kereta Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras antara jam 11.00 malam sehingga 6.00 pagi.

Ketika krew kami meninjau kawasan tersebut, terdapat ramai lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun, berkumpul di kawasan tersebut. Deretan kereta yang diletakkan di situ, menunjukkan bahawa kawasan ini memang menjadi tumpuan orang ramai, walaupun jam telah menunjukkan pukul 2 pagi.


Ada dikalangan mereka yang memandu mengelilingi kawasan ini berulang-ulang kali dan meninjau-ninjau mereka yang kelihatan bersantai di tepi kereta masing-masing. Krew kami cuba menemubual salah seorang lelaki berusia awal 20an dan kelihatan agak kacak (tangan di dada mata ke atas).

Begitulah reaksi lelaki ini apabila kami bertanyakan soalan. Dia kemudiannya berjalan menuju ke rakan-rakannya tidak jauh dari situ dan memaklumkan kepada rakan-rakannya akan kehadiran kami.

Percubaan krew kami untuk menemubual lelaki tersebut tidak berjaya kerana dia enggan bekerjasama. Kami cuba pula untuk menemubual sepasang lelaki juga berusia awal 20an yang sedang duduk di tebing jalan. Malangnya niat kami tidak dialu-alukan dan kami di sambut dengan maki hamun.

Oleh kerana makiannya yang sangat pedih, kerana menghina fizikal kami yang memang agak hazab, kami krew 063 terasa cukup sentap dan seterusnya menganggap bahawa misi untuk merungkai kegiatan dinihari ini pada kali ini, gagal. Mak sentap nok.


p/s : mazidul, sori yer..... takleh gurau, gi kuala kurau..... naik bot, kelaut~

Friday, April 30, 2010

PRK Hulu Selangor Dari Kaca Mata Seorang Pondan

Adakah saudari merupakan pengundi di Hulu Selangor?
Tidak. Tidak. Mak pergi sana, mekapkan Rosmah je.

Betul ke ni?
Tak, Mak tipu je. Ada kenduri kahwin lah. Mak kan tukang buat pelamin.

Oh. Maaflah.. Saya nak mencari pengundi Hulu Selangor je.
Mak mengundi Hulu Klang. Boleh la kot..

Tak.. Tak boleh.. Saya sedang mendapatkan pandangan mengenai pilihanraya kecil.
Eh.. Pilihanraya kecil, pilihanraya besar, pilihanraya medium, semua mak boleh jawab uols. Asalkan masuk TV.

Baiklah. Saya ingin bertanya tentang undi pengundi Cina yang jadi kontroversi tu. Boleh tak puan bagi ulasan?
Pertama kali, terima kasih sebab panggil mak puan. Besar sungguh penghargaan itew... Walaupun jelas di mata umum bahawa mak ini seorang pondan juruhias pelamin. Keduanya, mana cameraman uols!

Oh.. Sebentar yer... OK Cameraman standby.. 1..2...3
OK.. Macam ni... You all nak tahu tak sebab apa pengundi Cina tak undi BN? Sebab.... yang you all kecoh-kecoh pasal Zaid Ibrahim kaki botol tu kenapa? Dah sah sah la Cina semua kaki botol yam seng segala. Hidup mereka dengan botol tak boleh dipisahkan. Mati pun tanam arak sekali you all. Marah lah Cina-cina situ bila you all perang dengan Zaid dengan menjaja isu arak. Sentap you all. Diorang sentap. Eh.. jap.. mana handbag mak.. Eh.. tertinggal ke? Mak pergi dulu yer... Nak ambik handbag mak tertinggal... Lain kali kita sembang lagi... nak nombor telefon mak tak? Ye lah kan... kalau nak interviu kat Seri Pentas pasal ni, boleh call mak.... kan nok...?

Chantek ke kau?