Tuesday, April 1, 2014

Jalan Raja Ashman Shah, Ipoh

Kemarin 29 Mac, teman ngantor risalah denggi ke Spital Ipoh, teman nampak nama Jalan Hospital (Ashby Road) yang dah ditukar ke Jalan Raja Ashman Shah .. Mashaa Allah.. 30 Mac genap 2 tahun pemergian Almarhum... baru sedor.. terkedu kejap beberapa minit tadi.

Jalan Hospital antara jalan tertua di Ipoh yang dahulunya bernama Ashby Road. Majlis Bandaraya Ipoh telah lebih setahun menukar nama Jalan Hospital kepada nama Almarhum Raja Ashman Shah.

Raja Ashman Shah  atau mana gelarnya Sheikh Raja Dato' Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah merupakan anak Sultan Azlan Shah dan menduduki turutan Raja Kecil Sulung, pewaris keempat takhta negeri Perak. Baginda meninggal dunia pada hari Jumaat 30 Mac 2012.





Hujan pagi Jumaat hari ini mengiringi kepergian seorang yang istimewa . Kepergian Raja Ashman Shah ibn Sultan Azlan Shah menghibakan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan. Susuk yang terkenal istimewa ini merupakan seorang yang rendah diri lagi istimewa dengan penampilannya yang jarang-jarang sekali dimiliki oleh anakanda seorang Sultan yang memerintah sesebuah negeri. Raja Ashman mangkat pagi ini, Jumaat 7 Rabiulakhir 1433 bersamaan 30 Mac 2012 akibat serangan asma. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.


Warisnya, Raja Nazir kini menduduki turutan Raja Kecil Tengah.

Wednesday, March 26, 2014

Berkelah di Sungai Beringin, Kampung Tonggang, Tanjong Rambutan

Bercerita pasal sungai pulak kali ini. Dahulunya aku suka gi mandi Sungai Kinta di Hutan Lipur Hulu Kinta. Tetapi setelah Empangan Sultan Azlan Shah mula  dibina pada tahun 1998, Sungai Kinta sudah tidak lagi seronok untuk di mandi-manda kan.

Kemudian teringat khabar mulut orang bahawa ada sungai yang masih seronok untuk dimandi-mandakan di sekitar kawasan itu. Tetapi jalan masuknya bukan melalui jalan ke Hutan Lipur Hulu Kinta. Jalan masuknya adalah melalui 'kandang kuda' (National Stud Farm) di Tanjong Rambutan.

Sungai Tonggang merupakan sebutan nama sungai itu padahal itu nama Kampung Tonggang, sebuah perkampungan Orang Asli majoriti beragama Islam yang hidup senang lah jugak dengan ramai memiliki perkebunan kelapa sawit.

Selepas berbelas tahun mendengar kisah itu, akhirnya hujung minggu lepas, saya tiba ke destinasi tersebut. Sungai itu bernama Sungai Beringin, yang merupakan sungai yang menyumbangkan airnya ke Sungai Kinta beberapa kilometer ke selatan Hutan Lipur Hulu Kinta. Ia terletak 10 km dari Tanjung Rambutan dan 25 km dari Ipoh. Marilah saksikan gambar-gambarnyah.


Jalan 'Kandang Kuda' yang sudah diturap. Wah.

Kandang Kuda National Stud Farm

Pemandangan berdekatan Kg. Tonggang

Pemandangan berdekatan Kg. Tonggang

Selamat datang ke Kg. Tonggang

Kg. Tonggang

Sungai terletak di lembah belakang kampung

Airnya jernih

Dingin pulak tu

Kelihatan penduduk kampung sedang bermain air.

Jernih kekencingan warnanya

Kencing tikus? Itu perkara lain.

Di sinilah letaknya.



Thursday, March 20, 2014

Apa pentingnya Flightradar24 itu wujud?

Sejak kehilangan MH370 yang sampai hari ini belum ditemui oleh negara tercinta, barulah aku mengenali flightradar24.com , sebuah laman web khusus menjejaki penerbangan pesawat yang diterjemahkan posisi dan identitinya daripada radar dan syarikat penerbangan ke atas peta Google terrain.

Aku pun heran. Untuk apa sebuah web yang terlebih informatif ini wujud? Bukankah ia menoyakan penumpang pesawat apabila semua mata manusia, yang baik, yang jahat, yang hati cantik, yang hati musibat boleh mengetahui perjalanan anda.

Atau sahaja para pengganas, ganas ker, dapat melihat dan memilih pesawat-pesawat yang sedang terbang untuk disumpit jatuh. Eh...macam Tok Batin plak terer sumpit.

Apa yang pasti, ia juga mungkin diwujudkan bagi membolehkan orang yang tinggal dalam radius 10km dari lapangan terbang seperti aku ini, untuk membuang masa menengok menelaah dan mengisi masa lapang, memerhatikan pesawat naik dengan mengetahui apa jenis pesawat, apa nombor pendaftarannya dan mana tujuannya.

Contohnya di bawah ini. Berbekalkan kamera, laptop dan sambungan internet, aku pun membuang masa membuat kerja tak berfaedah ini.


Oh tapi bila dikaji , ada eloknya juga flightradar24 ini sebenarnya. Sebab tidaklah aku dalam keadaan jumud lagi terpinga-pinga jika kejadian adakala seperti ini berlaku, malah boleh keriau lah aku sekarang di status Facebook seperti di bawah :


Untuk maklumat lanjut dalam membuang masa yang tak diisi sewajarnya, bolehlah melayani penerbangan-penerbangan di www.flightradar24.com. Artikel ini dibayar siarannya. Oleh Flightradar24? Tidak. Oleh aku kepada internet provider. Huhu.