Saturday, November 26, 2016

Hong Kong Trip 18 - 21 Nov 2016 (II)

HARI 2


Pagi-pagi ujan renyai membuatkan suhu agak sejuk la. 21°C camtu. Lepas semua dah siap turun, kami berjalan ke pinggir laut yang terletak 300 meter di hujung Nathan Road dan pemandangan pulau Hongkong tersergam di seberang sana. 



Setelah puas bergambar, kami pun menaiki Star Ferry yang terminalnya terletak kira-kira 200 meter ke sebelah kanan pinggir laut itu. Tambangnya $2.80 untuk dek bawah dan $3.40 untuk dek atas. Tapi alahainya, perjalanan dia lebih singkat dari Feri Pulau Pinang. 10 minit membelah Selat Hong Kong, kami sampai ke Central Pier di sebelah pulau.



Tujuan hari ini tentulah nak naik keretapi bukit yang fofuler tu. Keretapi Bukit Bendera pun kita tak pernah naik lagik tau. Kami menunggu bas N15 yang sepatutnya berulang alik dari stesen Peak Tram dengan Central Pier tu. Non hado. Dekat sejam juga. Nakhoda pun mengarahkan jalan kaki kepada para kelasi memudiki laluan pejalan kaki menuju ke stesen Peak Tram yang terletak 1.2 km dari jeti. Sogokan pemandangan bangunan-bangunan dan jalaran tramway bersilih ganti berjaya memukau para peserta sehingga mereka tidak terasa berjalan pada jarak itu. Nasib la kan. 

Setibanya di stesen Peak Tram, satu lagi dugaan menunggu. Orang beratur melingkar-lingkar. Padat. Hari Sabtu kot. Mendapatkan tiket mereka pun makan masa 1 jam hanat. Sesudah dapat tiket, kami bersesakan untuk menaiki Peak Tram dan perjalanan mendaki bukit selama 25 minit itu menghilangkan noya beratur beli tiket tadi.






Peak Tram membawa pengunjung menaiki Victoria Peak tapi bukan ke puncaknya. Hanya sekadar di kawasan bawah puncaknya yang tersergam sebuah kompleks unik bernama The Peak. The Peak mempunyai bumbung rata tempat pengunjung menikmati saujana pemandangan Hong Kong, Selat Hong Kong dan Kowloon yang dinamakan Sky 428 kerana berkedudukan 428 meter dari paras laut.



Tiket trem bukit bersekali dengan naik Sky 428 berharga $88.

Di dalam The Peak terdapat kompleks membeli belah, restoran-restoran, kedai cenderamata Hard Rock Cafe, gedung pamer patung lilin Madame Tussaud dan beberapa lagi tarikan.



Kami turun pukul 2 petang dan berjalan ke pinggir jalan besar dari stesen Peak Tram di kaki bukit untuk menaiki Tramways pula. Tak Hong Kong la kalau tak cuba benda ni tau. 



Tramways merupakan perkhidmatan trem dalam bandar yang ada di Pulau Hong Kong sahaja. Terdapat 6 laluan dari timur ke barat tetapi hanya 5 laluan yang boleh dinaiki sekiranya mahu ke Causeway Bay, sebuah lagi daerah beli belah di Pulau Hongkong. Beli belah ke kalau harga tak boleh belah?

Kami menaiki Tramway untuk ke Wan Chai, mencari Islamic Center yang menempatkan Masjid Osman Ramju dan Islamic Canteen. Tidak sesat kita menemukan lokasinya tetapi kantinnya sudah kehabisan dagangan. Terpaksa kita mencari sebuah lagi kedai Nasi Ayam dan Nasi Itik yang dikenali halal bernama Wai Kee yang terletak di medan selera tingkat atas di sebuah pasar kira-kira 300 meter dari situ.



Bagi memastikan keselamatan mutu makanan peserta, kita sebagai kapten pun memesan nasi itik dan makan sorang-sorang sambil rasa nak tumbuk nyonya yang asik membebel tu. Bersangka baik. Mungkin anak dia mengandung luar nikah. Setelah kenyang, kita pun memanggil gerombolan kelaparan itu ke Wai Kee. Malangnya, bukan semua boleh mentekedarah itik. Ayam da habis da. Pukul 5 petang da kan.


Lepas makan kami berjalan kaki ke Causeway Bay dan sepanjang jalan ini, terlihatlah betapa sesaknya Hong Kong di petang Sabtu. Sesaknya luar biasa tetapi di sini, itu biasa. Seperti malam tahun baru di Bukit Bintang.


Dek kerana rimas dengan manusia bak ulat taik ini, para peserta memohon bertukar tempat. Jadi kita bawa mereka ke Ladies Night Market di Mongkok dengan menaiki MTR. Cuma..

MTR di Pulau Hong Kong ditunjangi aliran Island Line. Di stesen Admiralty dan Central, penumpang boleh bertukar ke Tsuen Wan Line yang bermula di Central merentasi bawah laut ke Kowloon dan bahagian utara. Di stesen Central juga penumpang boleh bertukar ke MTR Tung Chung Line dengan berjalan kira2 100 meter ke stesen Hong Kong.

Cuma, kami bertukar di Admiralty. Kepadatan penumpang beratur di tepi platform memanjang hingga 10 meter. Sebaik dapat masuk tren, kesardinannya berada pada tahap badan berlaga badan. Ini kali baru nampak wajah pasrah masing-masing warga sana. 

Setiba di stesen Mongkok, kami terus ke Ladies Night Market yang terletak di sebatang lorong berselari dengan Nathan Road sebelah timur. 





Para peserta pun menabur dolar-dolar tongkang yang ada dan kita pulang pukul 10 malam selepas menaikkan mereka ke dalam dua teksi kerana mereka dah tak kuasa nak naik MTR.


Thursday, November 24, 2016

Hong Kong Trip 18 - 21 Nov 2016 (I)

Hoi lama tak update blog ye. Maklumlah zaman Facebook ni sapa nak pandang blog. Tapi keinginan nak bercerita hanya sesuai diterjemah di blog lah kan. Ko meraban panjang-panjang kat Facebook takde sapa nak baca pun. Abis-abis dia baca sebaris, dia boh Like atas dasar ihsan kawan-kawan. Lepas post ke blog, sapa tak baca pun takpe. Tapi takkan takde sapa baca kan?

Eh, menceceh panjang-panjang buat ape la? Ni nak update tentang catatan perjalanan julung julung gulung kalinya. Aih, terbang sana sini, jadah mende julung nye? 

Tak, kisah dia begini. Selama ni kita selalu ambik upah jadi tour leader dengan mana-mana syarikat yang nak pakai kita. Segalanya bermula Mac 2015 dengan group ke Saigon seramai 18 orang. Sehingga hari ini, dah puluh-puluh trip la kita bawak. 

Tapi untuk julung kalinya, kita cuba organize sendiri trip yang jarang syarikat travel nak buat. Sebab apa? Sebab mahal la walaupun bajet. Tapi kita cuba kan la yer.

Bulan 6 lepas, kita war-warkan trip Hongkong 4 hari 3 malam dengan 1 hari pas masuk ke Disneyland. Kita tutup pelawaan tu dengan mengumpulkan 7 peserta dewasa, 2 kanak-kanak dan 1 bayi. Harga pakej? RM1450.


Sesudah segalanya cantik di itenirari, oh, itenirari kita memang cantik tau. Masuk bakul angkat sendiri ni. Kesah pulak kita. Ye lah, banyak syarikat travel yang pakai kita semua endorse corak itenirari kita. Sambung, sesudah segalanya cantik, Air Asia buat laaa pulak. Flight pulang 8:00 malam di awalkan ke 1:15 petang. Maka itenirari pun diubah.

Gementar juga la kan sebab ni trip pertama kita anjurkan. Seram sejuk buku lali kita awak. Bukan buku lali je, siku, lutut, belikat, cuping telinga semua seram lah. Sebab? Sebab kita sendiri pon tak pernah pergi Hongkong !!! Kahhhh !

HARI 1


Pada hari pelepasan, Jumaat 18 November 2016, segalanya cantik. Kecuali dua peserta yang sampai 12:20 sedang waktu tamat daftar masuk 12:15. Oleh kerana kita pujuk duduk depan kaunter buat muka sukun, sebab kita tak jambu, kerani tu benarkan dengan alasan 12:30 tak sampai, babai.


Penerbangan berlepas lambat sikit lah dalam pukul 1:40 petang berbanding 1:15 jadual asal. Maka debaran pun bermula. Terjahan sulung ke kota Hong Kong yang harus dibuat-buat macam tahu depan para peserta. Kalo nakhoda tergaru-garu kepala, ko ghaser para peserta nak garu apa? Tak apa, pengalaman pura-pura pernah pergi masa bawak first trip Seoul bulan November tahun lepas memberi pedoman yang baik.

Semendaratnya di Chek Lap Kok Airport, pemandangan gunung-gunung yang diselaput awan seolah mengejek kita. "Tahu ke bang??" kata dia. Kita pun jawab. "Kita ada Google. Ko ade? Ko aderrrr??" demi mennghilangkan gementar.

Kami turun terminal hujung dengan perjalanan kira-kira 2 km naik aerotren untuk ke terminal utama. Diantaranya ada pulak satu hentian untuk ke pintu-pintu pelepasan lagi. Nasib tak menonong keluar. Mode hati-hati sedang bersensitiviti tinggi.

Proses imigrasi berjalan sangkut bila salah seorang peserta kena tahan soal siasat dek random check. Perlu diingat, imigresen mana-mana negara pun memang ada KPI random check dia. Kalau kena batang hidung anda, jangan gabra. Beri kerjasama. 

Sebaik melepasi imigresen, kita melalui kaunter menjual kad Octopus. Ala2 TnG la. Tapi kegunaan dia meluas sampai boleh berbelian di kedai serbaneka. Pilihan paling sosuai bagi mereka semua ialah On Loan Octopus. Harga dia $150. Boleh pakai $100 je. Bila pulangkan balik dapat balik deposit tu tapi kalau kurang 3 bulan, kene cas $9. Deposit tu boleh terpakai jika perjalanan terakhir sebelum abis kredit tu lebih besar nilai dari baki boleh pakai.


Selepas itu, kita jeling-jeling penunjuk arah terus ke terminal bas yang terletak sebelah kanan pemisah Terminal 1 dan Terminal 2. Beratur la kan kat penanda A21. Nombor bas yang kita mahu. Bas sampai, maka serbu la apa lagi. Bas dua tingkat dia sangat bersih dilengkapi wifi. Dasat kan.



Tujuan pertama kami ialah Chungking Mansion, tempat popular hotel-hotel murah, terletak di Nathan Road dalam area Tsim Sha Tsui. Tambangnya $33. Ko nak hotel mahal kat Hongkong ni? Hotel ala-ala Sun Inns pun membawa ke RM600 satu malam. 


Hotel yang kita tempah ni pun RM2100 untuk 5 bilik bagi 3 malam. Hotelnya bernama UK Hostel kat booking.com. Sampai sana, jangankan UK.. Perancis, Sepanyol, Portugal pun ko tak jumpa. Ntah apa cong ceng cong ceng dia tulis.

Barang harus diingat, setelah termakan pengat, barulah kita tahu yang kat Chungking Mansion ni acara penipuan mereka amat kepala bana astakona tropicana. 

Kami diberi cuma 1 bilik yang ditempah dan 2 bilik hodoh berkembar yang boleh disumbat 6 orang lagi. Astaga. Tiada pilihan lain. Kerana hari Jumaat, dan ada perayaan ntah apa di Hongkong yang membawa ramai Cina Mainland masuk, harga bilik di sekitar situ naik mencanak menjadi kira-kira $250 semalam. 



Bukan kami je kena golden shower, beberapa penempah Filipina, Singapura dan Malaysia pun kena. Pulak tu, lepas kami check in, Booking.com hantar mesej tempahan dibatalkan oleh Hotel sendiri. Eh eh.. Namrud bin Firaun nya lah dia. Taknak bayar komisen kat Booking.com takpe. Jangan tiga malam dibilang satu malam. Boleh jadi Chan Hong Nam dengan tatu naga timbul tiba-tiba kat dada kita nanti.

Para peserta pun kepasrahan. Dua bilik yang sempit, katil ala kadar menyambut mereka. Mujur dilengkapi bilik air, aircond dan router wifi. Sebahagian mereka memutuskan untuk berehat melelapkan mata, kita bawak dua tiga orang lagi menaiki MTR iaitu MRT dalam bahasa depa, dari stesen Tsim Sha Tsui berdekatan hotel untuk ke stesen Jordan bagi mencari Temple Street Night Market. Satu stesen je pun. Ade la dari KLCC ke Ampang Park. Tambang $4.90.




Sesudah meninjau kawasan night market barang sejam, kami berkejaran menaiki MTR pulang sebelum kang tak pasal terpaksa naik teksi la kan. Perkhidmatan MTR tamat pukul 12. 

Setiba di hotel, hingar sekumpulan Cina Malaysia yang turut dikencingi sedang bertekak tak habis-habis dari tadi. Tiada pasrah pada muka mereka. Maklumlah tiada rukun iman untuk mereka percaya qada dan qadar. Menjelang jauh malam, suasana kembali sunyi. Hati kita meruntun pilu mengenangkan peserta yang tidur dalam bilik yang tidak seperti ditempah. 

Kita bukan taknak bertegang urat. Barang nak tinggal dalam bilik esok nak jalan-jalan. Booking.Com dah dia batalkan. Kang dia buat toya kata bayaran tu satu malam je? Lebih keji, kang dia penaya taruh dadah pastu panggil polis? Mou yuk! Kau meng aa..

Pengajaran. Jangan cari hotel murah sangat di Hongkong. Bakal dimanipulasi macam ni la nanti. Sebaiknya untuk 5 bilik bagi 3 malam macam tu, peruntukkan RM3500 - RM4000. Jangan terpedaya dengan diskaun di Booking.Com untuk hotel di sini.

Monday, April 25, 2016

Songkran Trip : KL - Hatyai - Bangkok - Hatyai - KL dengan RM 1350.10

Ini merupakan trip pertama kita ke Bangkok dan trip pertama kita ke pesta air Songkran. Segalanya bermula ketika pada mulanya kita tak nak pergi pun walaupun semua kawan-kawan dah sibuk beli tiket. Tapi kerana makan hasutan, kita pun terbeli tapi sebab nak murah sangat, kita pilih terbang dari Hatyai. Maka dapatlah tiket berharga RM112 pergi balik, walaupun kita dah beli tiket ke Bangkok dari Hatyai untuk 3 Jun nanti dengan harga RM102, dua minggu sebelum tu.

Walaupun dikecam sinis sebab terbang dari Hatyai, tapi kita peduli tiada. When I want to do something, I will do it my way. Ha, kau. Ingat apa? Tiket bas pergi pula kita beli sebulan sebelum tarikh dengan Bas KBES dengan harga RM58.00 manakala tiket balik kita beli dengan Bas Sri Maju, dua minggu sebelum tarikhnya dengan harga RM50.00. Murah? Sebab tak termasuk insurans naik bas kita di tanah Siam sebab itu bayar kat sana.

Tibanya hari bertolak, kita debar-debar sebenarnya sebab kita sebolehnya nak memurahkan perjalanan ini semurah mungkin. Termasuklah debar bolehkah sampai ke Boarding Gate Hatyai Airport sebelum ia ditutup pada pukul 12:20 tengahari waktu Malaysia?

HARI 1

Bas bergerak 11:45 malam dari Terminal Bersepadu Selatan sebab lambat 45 minit. Jeng jeng jeng. Ujian numero uno. Kalau tak sempat naik kapal terbang kira kita patah balik je la yer. Kita pun tidur sampai tersedar kat Kamunting. Bas tukar lain. Bas tadi rosak. Jam dah 4:25 pagi. Sebaik bas jalan, kita sambung tidur lagi. Sedar-sedar dah kat Bukit Kayu Hitam, tempat makan. Jam dah pukul 6:30 pagi. Wow. Semoga urusan sempadan tak berjembik lah kan ramainya macam masa nak gi Krabi bulan lepas. 

Setibanya di Imigresen Malaysia, jam dah menunjukkan pukul 7:30 pagi. Wah! Orang tak ramai. Urusan cuma 20 minit. Sampai kat Imigresen Thailand pun, wah, agak lengang. Urusan hanya setengah jam! Maka terhapuslah momokan kawan Facebook kita konon musim Songkran urusan sampai 5 jam. Memang momok la kau. Selepas beli top-up sim kad Thai kita  sebanyak 200 Baht dan beli pakej internet 3GB untuk 5 hari yang semurah 105 Baht, nampak tak, nampak tak yang telco negara kita bajingan, kita pun cari bas lalu naik, lalu bas pun jalan. Yeii.

Kita sampai bandar Hatyai pukul 9:30 waktu Malaysia. Kira 8:30 la waktu sana. Bas berhenti betul-betul depan Lee Gardens Plaza. Awal sangat pulak kita rasa. Sukurlah nak. Awal susah, lambat lagi susah. Kau nak apa sebenarnya?


Di tengah pekan, acara perarakan sedang bersiap sedia untuk dimulakan but first, let me take a selfie. Hampir sejam kita tengok-tengok suasana, kita pun kelam kabut untuk dapatkan songtheaw iaitu teksi pikap untuk ke airport. Song bermaksud dua, theaw bermaksud baris. Ia melambangkan lori pikap tersebut yang mempunyai tempat duduk dua baris. Tips untuk dapatkan dia, jalan kaki sampai tepi main road pasar Kim Yong, cari songthew yang ada tulis à¸ªà¸™à¸²à¸¡à¸šิน atau bunyi nya 'snambin' yang bermaksud airport. Tapi kebanyakan tulisan di Thailand sekarang pakai Thai Modern font. Jadi tulisan dia jadi mirip-mirip 'auiuuu' camtu lah. Selepas dibantu oleh seorang gadis tempatan yang juga mahu ke 'snambin' maka dapatlah songtheaw sebiji untuk ke airport. Perjalanan tersangkut sangkut sebab perarakan Songkran tadi yang dah lalu jalan besar. Tapi sukur kerana tepat 10:30 pagi, kita sampai 'snambin'. Tambang? 30 Baht sajor. Ko mampu airport transfer RM3.30 ? Paling murah sealam maya lah!! haha.

Pancaragam sedang bersiap

Untuk mengelilingi Hatyai

Pasar Kim Yong ni dekat Penang Plaza yang mana di belakangnya..

.. ialah pasar pagi dan di depannya pula..

..main road tempat ko nak naik songtheaw la.Nampak signboard tu?

Ya, belok kanan arah 'snambin'.

Berjaya mendapatkan songtheaw ke airport.

Pancaragam melalui jalan utama

Nyaris terkena renjisan tok sami.

Dan berjaya sudah boarding.

Pelepasan lewat 20 minit tapi tak mengapalah. Sempat la ditahan staf airport sebab nampak kita pegang pasport merah dia ingat kita salah pintu sebab naik kat domestik. Ko ingat aku bodoh? Sah sah la aku nak gi Bangkok.  Penerbangan yang mengambil masa 1 jam 20 minit itu pun terasa lama. Sebab duduk di kerusi no 11. Tak boleh recline hawau. Sebab belakangnya pintu kecemasan. Debar-debarlah kita jua kerana tak pernah sampai Bangkok.


Tepat pukul 13:12 kita pun sampai Don Mueang International Airport. Don maksudnya ke darat. Mueang maksudnya kota. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Ke Darat ler kekiranya. Sebutannya Donmiang.


Oleh sebab ia adalah penerbangan domestik, maka 10 minit sahaja masa diambil dari turun kapal hingga ke pintu keluar. Kita mencari bas A1 yang dikhabarkan akan membawa kita ke stesen LRT Mo Chit. Sebaik nampak pintu keluar airport, nampak pulak bas depan pintu. Begitu mudah nye lah oi. Yang kita bukan main saban malam menggoogle bas tu tunggu kat mana.


Untuk keyakinan yang lebih padu, kita tanya petugas depan pintu bas. "Mo Chit?". " Mo Chit, Mo Chit" jawabnya sambil angguk. Elok kita naik,bas pun jalan. Tambang masih 30 Baht seperti yang kita maklum dari internet. Perjalanan mengambil masa setengah jam. Jalan agak lengang dan bas yang dipandu wanita berusia 50an itu melalui highway sebelah atas. Jadi, laju lah. 


Perjalanan bas kita pantau kat Google Maps. Nak tahu kedudukan kita kat mana je. Itu pentingnya telefon sentiasa berinternet yer. Setibanya di Mo Chit, konduktor memaklumkan kepada penumpang. So kita turun lah. Kita tanya kalau nak balik airport naik belah mana. Walau kita dah tau haruslah di seberang sana. Dia pun jawab, di seberang sana. Haha. Bila travel, rajin-rajinlah berkata-kata yer. Bimbang nanti lama sangat tak berkata-kata, jadi bisu pula.


Di pinggir jalan bawah stesen LRT itu banyak pula peniaga pistol dan senapang air. Lalu kita pun beli satu. Yang murah sudah. Nama pun memurahkan perjalanan. Kita beli yang 120 Baht punya. Lepas suruh dia test, kita pun deal. Mamat tu kata jangan isi air bawak naik LRT. Ye lah. Tau lah. Tau lah.


Tiket LRT yang dipanggil BTS yang mungkin bermaksud Bangkok Transit Skytrain ini perlu dibeli di mesin. Caranya dengan melihat jadual tambang di tepi meain dan kenal pasti harga tambang deatinasi kita. Terdapat beberapa pilihan tambang di mesin. Lalu untuk ke Saladaeng, stesen di Silom Road, tambangnya 42 Baht. Jadi tekan 42 dan masukkan syiling. Syiling sahaja. Takde syiling boleh tukar di kaunter. Dan syiling 2 Baht warna emas tu tak diterima. Selepas gate masuk, beg kita diperiksa pengawal keselamatan. Ye lah kan. Bangkok baru lepas di bom tiga bulan lepas. Kita bagi la dia nak check apa pun.

Keadaan dalam LRT agak lengang. Tren yang dinaiki disebut Sukhumvit Line yang ditandai warna hijau muda. Pertukaran harus dibuat ke Silom Line yang ditandai warna hijau tua di stesen Siam. Pertukaran LRT itu amat mudah kerana dua tren laluan berbeza berselari di aras yang sama di stesen dua tingkat yang terletak di atas jalan raya itu. Bermakna, turun di platform sebelah sini, tukar ke platform sebelah sana.



Hanya 2 stesen berikutnya untuk tiba di Saladaeng. Keadaan seperti agak lengang di stesen tersebut tetapi kedengaran hingar bingar dari bawah stesen. Dan..


Setibanya di Saladaeng, keadaan Silom Road di bawahnya itu sudah penuh sesak dengan pesta tembak air. Ayoyo. Basah la ini maciam. 





Ia merupakan hari kedua sambutan Songkran yang diizinkan oleh kerajaan Thai untuk berlangsung selama 2 hari sahaja. Ini kerana Thailand sedang mengalami kemarau terburuk dalam 20 tahun dan adalah tidak adil tidak adil tidak adil bagi para pestawan dan pestawati membazir air tatkala sawah kering dan para petani berwajah tandus. Kita pun berjalan ke exit paling hujung sebab nampaknya jika turun di exit tepat bawah LRT itu, kita membunuh diri untuk di basahkan. Basah beg kita nanti. Nak tampar tak boleh. Kita turun di Exit 5 tapi kena masuk ke kasawan pesta yang dikawal pihak berkuasa. Sekali lagi. Beg diperiksa. Diseluk, di korek. Sukahati kau lah bu... Sesudah itu kita terus masuk ke Saladaeng Road mencari Baan Saladaeng Guesthouse. Tiada siapa yang memancut air kat kita sebab mereka tahu, kita dengan seluar jeans, kering, galas beg vagai, takkan la yunk nak semprot air. Ihsan yang berpekerti ye itu. Sukurlah nak.


Bilik kita nan luas dan selesa berkongsi dengan kawan kita yang telah 2 hari lebih awal tiba. Selama dua malam dia menginap sendirian dan inapan bersama kita menjimatkan dia kerana setiap hari dibahagi duua. Untuk 3 malam, kita membayar 2700 Baht kepada dia. Bilik yang dia sewa selama 6 malam berharga 10,800 Baht sahaja. Sebenarnya kita beperjalanan sendirian ini bukanlah sepanjang masanya sendirian. Di Bangkok, hampir 25 orang rakan-rakan akan berkumpul bersama untuk menyertai pesta air di Silom. Kami menginap di 4 hotel berbeza, harga tak sama, memang bayar lebih, trivagaaaaiii. Kita pun berehat sebelum pukul 5 petang, kami semua pergi ke Silom Road bermain air. 



Keseronokan pesta air di Silom Road menepis persepsi bahawa ia terkait dengan aktiviti keagamaan Buddha yang identikal dengan perayaan Songkran menurut sesetengah di Malaysia. Di Silom, ia merupakan pesta khusus menarik pelancong dengan hampir separuh peserta terdiri dari pelancong asing yang menembak air sesuka hati, sebagai simbol perayaan pesta air yang telah lebih kepada acara hedonis, penuh dengan konsert menjolok mata, sesuatu yang kurang disenangi oleh penganut Buddha yang alim di negara itu sendiri. Namun keterbukaan Thailand membuatkan mereka tidak mampu memfatwakan apa-apa. Kita pun berpesta di petang hari terakhir pada 14 April itu sehingga senja sebelum makan di gerai di Surawongse, Pat Pong yang ada label HALAL di depan Wall Street Inn, lalu bersambung tembak air dalam perjalanan pulang ke Saladaeng Rad dan tiba di penginapan pada pukul 9 malam. Kemudian kita tertidur sehingga kawan kita kejut pukul 11:20 malam, mengajak ke kelab malam!


Lalu kami ke kelab malam DJ Station yang terletak di Silom Soi 2. 



Di sana, bertemulah kami dengan lebih ramai lagi rakan-rakan dari Kuala Lumpur. Kemudian pada jam 3 pagi, kami bergerak ke McDonalds Silom untuk menjamu selera sebelum kami pulang ke penginapan pada pukul 4:30 pagi. Jumlah perbelanjaan untuk hari ini termasuk bayaran bilik ialah 3,622 Baht.

HARI 2

Kita hari ni bangun lambat lah kan, semalam balik pukul berapa pulak. Semalam atau tadi, lebih kurang lah. Pukul 11:30 kami bertolak ke Platinum Mall yang terletak 1.2 km dari stesen LRT Siam. 


Kami menaiki LRT Silom Line untuk ke Stesen Siam dengan bahang Bangkok yang mencecah 37 Celsius itu agak memeningkan kepala jua. 


Keadaan agak penuh dalam LRT pada hari itu memandangkan orang sudah mula bergerak ke mana-mana selepas perang air semakin reda.


Inilah stesen LRT Siam yang menghubungkan Silom Line dan Sukhumvit Line yang dibina dua tingkat di atas jalan raya. Kami berjalan melalui kawasan pejalan kaki yang dibina di bawah jejambat rel tersebut untuk ke Platinum Mall.

Di sini merupakan gedung berbelanja pakaian yang cantik dan murah di mana pakaiannya kena dengan fesyen terkini. Sangkaan kami bahawa tiada lagi orang pancut-pancut air kerana telah tamat tempoh yang diizinkan kerajaan, ternyata meleset. Dalam perjalanan ke Platinum Mall , ketika melalui kompleks beli-belah Central World, satu pesta buih sedang diadakan di kawasan terbuka.



Di Platinum Mall, terdapat medan selera di aras atas sekali yang turut menyediakan outlet makanan halal. Di sini, kami mencipta sejarah dengan menyambung meja terpanjang yang muat untuk mengisi semua sekali kami-kami yang kelaparan tu walaupun medan seleranya penuh sesak. Di sini kita cuma terbeli sehelai baju berharga 90 Baht dan seutas tali pinggang formal berharga 100 Baht.


Dalam perjalanan pulang ke LRT, para rakyat Bangkok kelihatan sedang berfoya-foya menembak air lagi. Kita redho je lah untuk ditembak kan. Senapang air tak bawak. Dress pulak tak berhajat untuk basah-basah. Oleh kerana kepala kita botak, mungkin sasaran tembakan itu banyak juga ke kepala kita. Biadap bukan main kan. Hawau you.


Sepulang ke penginapan, kami singgah dahulu ke gerai semalamnya di Pat Pong untuk makan malam. Kami kemudian meninjau Pat Pong night market sebelum pembubaran tiba-tiba dibuat kerana kita rasa nak berak. 



Oleh kerana tak berkesempatan, kita pun berak kat sebuah tandas di sebuah bangunan pejabat yang tandasnya... err.. tiada paip.. tiada tissue. Bamm. Tak kira.. melepas jua. Tapi baru kita tahu yang jamban tak berpaip ni, bila ditekan paipnya berterusan, air akan keluar berterusan. Lalu apa lagi. Tadah dengan tangan, di tempat pancuran hujung atas belah belakang mangkuk tu, dan basuh lah kan. 


Ketika berjalan sendirian pulang, kita melihat pekerja bandaraya Bangkok sedang membersihkan Silom Road dari sisa-sisa parti tak berpenghujung warga berbagai negara merayakan Songkran. Mintak cuci buntut kita boleh? Tak selesa awak ghaser.


Ketika kita berjalan pulang dan kesengsaraan itu menerpa lagi membuatkan kita berlari-lari kecil menerpa jamban di bilik. Kemudian kita pun tidur seketika di mana keseketikaan itu terasa apabila mereka mengajak kita untuk ke kelab semalam lagi. Ayuh.



Rutin yang sama, kelab yang sama, mengapa bayar lebih. Haha.Setelah berjimba sehingga kelab tutup, kami pun pergi ke Mc Donalds lagi untuk melahap kentang goreng sebelum pulang pada pukul 4:00 pagi. Jumlah keseluruhan perbelanjaan untuk hari ini ialah 1001 Baht.

HARI 3

Hari ini merupakan hari terakhir kita untuk berjalan-jalan. Esok kita akan terbang ke Hatyai semula. Mengikut plan mereka, hari ini kita akan ke Chatuchak Weekend Market. Sebelum itu kami berkumpul di Saladaeng Colonnade, salah sebuah apartment yang disewa oleh 6 orang dari kami-kami.


Itulah dia sebahagian kechil dari Kontinjen Malaysia yang menyertai sukan air Songkran 2016 di Silom. kami bertolak dari sini pada pukul 12:00 tengahari walaupun janji awalnya pukul 10:00 pagi. Why stick to schedule leh. We are in holiday kot. Katekau.


Kali ini, kami menaiki LRT aliran bawah tanah atau mungkin lebih sesuai disebut MRT kerana kelebaran trennya. Stesen MRT Silom terletak tidak jauh dari Stesen LRT BTS Saladaeng. Lebih tepat di bawah tanah persimpangan Silom Road dan Rama V Road, di hujung jalan Silom Road.



Oleh kerana laluannya yang lurus dan kelebaran trennya, MRT bawah tanah di bangkok ini serasa amat selesa perjalanannya tanpa goyang-goyang. Destinasi kami ialah stesen Kampheng Phet yang terletak betul-betul di dalam Chatuchak Weeken Market. Pengunjung boleh menaiki LRT BTS dengan tujuan Mo Chit tetapi stesennya terletak agak berjalan kaki jua dari pintu masuk Chatuchak Weekend Market di samping mesti menukar tren di Siam. Jadi pilihan paling bijak dari Silom ialah dengan menaiki MRT. Tambangnya sama, 42 Baht.



Keadaan di sini selepas tengahari amatlah panas yer. Suhu mampu mencapai 38 Celsius ditambah pula Bangkok sedang menghadapi musim panas.


Di sini, terdapat kedai makanan halal Muslim berhampiran menara jam yangkita pose-pose di atas sana. Harga makanannya? Sangat lah murah. Sepinggan antara 150 hingga 300 Baht. Ala-ala makan kat Pavilion KL. Air pula tidak kurang 50 Baht. Apa nak heran. Orang Muslim kan kaya-kaya. Sebab tu makanan halal mahal-mahal. Gituuu.


Ia membuatkan wajah kita menjadi basah dan seri meluntur. Di sini kita mencekau 2 helai seluar pendek khakis bercutting slim fit yang berharga 100 Baht setiap satu. Murah la kau. Sekoman-koman di Malaysia kalau beli kat AEON pun dah RM40. Tu pun ngembang cutting dia. sesudah itu, kami pun pulang menaiki tren MRT kembali ke Silom. Di Silom, kami menuju ke gerai yang semalam lagi untuk makan malam.



Malam itu kami menerpa ke hotel rakan kami seorang lagi bagi menghadirkan kek dan minuman sebagai kejutan hari jadinya. Semoga panjang umurnya.


Seusai kami merayakan hari jadinya, kami pun bergerak menuju ke kelab yang sama seperti dua malam sebelumnya. Haha. Nak buat apa lagi kan. Jimbaaaa laaaa. Perjimbaan tersebut berakhir jam 2:30 pagi. Memang standard kelab kat Bangkok buka pukul 10:00 malam, tutup 2:30 pagi. Tapi tiada yang mahu ke pergi makan nampaknya. Jadi terpaksalah kita meredah sendirian ke 7 Eleven besar di seberang kiri Silom Road itu untuk mencari makanan siap bungkus yang berlabel halal. Kita temukan Pulut hitam dengan ayam pedas berharga 20 Baht dan burger ayam berharga 30 Baht. Kanine. Kenapa malam last baru jumpa ? Selepas meminta ia dipanaskan dalam oven 7 Eleven yang dah digunakan untuk memanaskan biawak, babi, tenggiling atau apa saja, kita pun pulang dan makan di penginapan. Jumlah perbelanjaan hari ini ialah 1,186 Baht.

HARI 4

Esoknya kita keluar bilik hotel pukul 9:30 sambil bersarapan di hotel untuk pertama kali sebab selama ni tidor membongkang. Tepat pukul 10:00 kita pun bergerak tanpa mengucapkan selamat jalan kepada yang lain. Perjalanan kita menaiki LRT BTS Silom Line di Saladaeng menuju Mo Chit.


Pemandangan Chatuchak Weekend Market dari atas tren LRT yang menghampiri stesen Mo Chit. Setibanya di situ, kita teraba-rabalah mencari di mana bas ke Airport. Setelah berjalan sehingga hujung melepas pintu masuk stesen MRT Chatuchak Park, barulah terjumpa sebuah pondok jaga dengan banner lusuh tertulis Airport Transport di sebuah hentian bas khusus. kalau tau tadi baik naik MRT je. Sebab stesen Chatuchak Park tu adalah stesen sebelum Kampheng Phet yang kami turun semalam. 

Seketika terpinga-pinga, muncul bas bernombor A2 berwarna kuning dengan penumpang Mat Saleh yang tunggu ngan kita pun segera naik.  Kita pun tanya kepada pemandu. " Don Miang?". "Don Miang, Don Miang." jawabnya seraya mengangguk. Memang cara menjawab kat  sini macam tu yek. Haha. 

Kita tiba di Don Mueang International Airport kira-kira jam 11:20 pagi. Salah turun. sebab turun kat pelepasan antarabangsa. So kena jalan ke terminal baru depan sikit untuk pelepasan dalam negara. 

Flight kita delay 20 minit tapi tak mengapa. Takde hal. Tiada apa yang nak dikejarkan.


Setibanya di Hatyai, kita menolak menaiki teksi mahupun van. Seperti biasa, kitanak naik songtheaw. Haha. Kedekut taik idung masin. Tips dia, berjalan dari pintu keluar, melepasi parking kereta hingga kelihatan pondok tepi jalan di tepi jalan hujung parking itu. Bila ditanya oleh seorang yang bertanya di pondok itu, yakinlah dia seoprang pemandu songtheaw, jawablah mahu ke city center. Atau bahasa Thai dia 'cai klang miang'. Di sana apabila dah cukup penunggu, penunggu pun boleh, pemandu songtheaw akan bergerak. Kita sampai pekan Hatyai 30 minit kemudian untuk menghabiskan masa 30 minit makan di sebuah restoran Muslim, dan 40 minit mencari di mana letaknya Davis Tour, pejabatnya Bas Sri Maju di Hatyai. Akhirnya setelah telefon, kita pun jumpa. Alamat tak sama dengan yang tertera dalam Google Maps. Ko ingat aku ade deria keenam? 


Rupanya kat hatyai tak la sesusah mana pun pergerakannya bagi yang menaiki bas mahupun keretapi. Nah peta kat atas. Terima kasih kat kita sekarang. Kita peluh celah kangkang tau nak memudahkan anda-anda sekelian. Oh yer, lupa pula. Bagi yang nak naik van airport transfer, kaunter dan tempat menaiki van adalah bertepatan di huruf T kat perkataan INTER dalam frasa PEJABAT BAS INTERCITY tu. Trivia kan? Layaklah dengan muka kau. Haha.



Sesudah membayar 50 baht untuk insurans penumpang bas Malaysia di tanah Siam, kita letak beg dan mula mencari makanan untuk round kedua.


Gerai akak ini menjadi pilihan kita dengan kita mengorder Nasi Putih, 20 Baht, kemudian ayam goreng, 50 Baht, dan somtam, 70 Baht, lalu kita makan sambil duduk atas kerb jalan depan gerai dia buat toya walaupun muka mereka kelihatan bersalah. Kita tak kisah la awak.


Selepas kenyang, kita belasah pula ABC aneh-aneh isi campuran dia di gerai Muslim di depan Lee Gardens Plaza pula. Sekonyong-konyong kenyang, kita pun kembali ke Sheutit Road tempat pejabat bas Sri Maju tadi.

Bas bertolak tepat pukul 7:00 malam dan kita sudah tertidur sebaik bas belum keluar pekan Hatyai dan terjaga ketika semua orang turun di depan pintu imigresen Danok. Selesai melepasi imigresen Malaysia, kita tertidur lagi dan bangun di Changlun apabila bas berhenti 30 minit untuk penumpang makan. Kita beli burger dan salin ke seluar panjang dan tukar baju lah kan. Sejuk kot bas tu.

Perjalanan diteruskan dan kita tidur sepanjang jalan dan hanya sedar ketika bas berhenti di Jalan Bendahara, Ipoh. Hey tempat kita, kita tau la jalan apa. Paling akhir kita sedar ialah ketika bas sudah tiba di Terminal Bersepadu Selatan pada jam 5:30 pagi.


Kecukupan tidur malam itu membuatkan kita siap untuk masuk kerja bagi mengharungi minggu baru di pejabat dengan penuh semangat tapi rasa lemau sikit tu tetap ada. Jumlah perbelanjaan hari terakhir kita hanya 597 Baht sahaja.

Justeru, setelah kita sedaya upaya memurahkan segala belanja sehingga kelihatan kedekut taik idung masin, semata-mata hanya nak menunjuk kepada anda di blog ini, terhitunglah jumlah keseluruhan perbelanjaan dari keluar pintu rumah sehingga kembali ke pintu rumah, bagi perjalanan 4 hari 5 malam termasuk segala mak nenek tambangnya ialah RM 1,350.10 sahaja !! Dengan peruntukan sebanyak RM1,700 untuk trip ini, saya telah berjaya berjimat sebanyak  RM349.90. 



Jadi, destinasi yang lebih, keseronokan yang lebih, pemandangan yang lebih, mengapa bayar lebih? Trivaruaaa !! Yeahhh!! Sekian.