Saturday, December 10, 2011

Aku Dan Mee Goreng


Mee goreng diisytiharkan sebagai makanan ruji aku sejak awal bulan lepas setelah ia memenangi anugerah Pilihan Kuali Paling Popular di dapur aku. Sebab apa popular? Lihat statistik ini:

Sebungkus mi kuning berharga RM1.20 dapat menyediakan 6 hidangan. Maknanyanya setiap hidangan, nilai mi kuningnya ialah RM0.20.

Seikat sawi berharga RM1.00 dan boleh digunakan untuk 4 hidangan. Setiap hidangan nilai sawinya RM0.25.

Sebiji telur berharga RM40 dan setiap hidangan memerlukan sebiji telur.

Manakala sebiji limau nipis berharga RM0.60 dan boleh digunakan untuk 2 hidangan. Maka nilai limau nipis untuk setiap hidangan ialah RM0.30.

Jika harga 5 titis cuka, 5 titis kicap, suku sudu garam, setengah sudu gula, setengah potong bawang besar, 3 biji bawang putih dan hirisan 4 batang cili api dikira RM0.30, maka sepinggan mi goreng yang paling lazat di benua Putrajaya itu cuma berharga RM1.45 sahaja.

Sesungguhnya, jika ada makcik jual nasi lemak macam di Sri Nilam, Ampang dengan harga RM1.50 sebungkus dan belambak, nescaya, hanya telur goreng yang memenangi anugerah Pilihan Kuali Paling Popular di dapur teman.

Teman tak kuasa nak masak sebenornya. Tapi, malas, lapar ka. Bila la nak ada kedai makan dekat2 area ni. Baruah betol!

Friday, December 9, 2011

Siapa Suka Menipu?


Tentu anda pernah lihat gambar ini satu ketika dahulu kan? Kononnya Najib adalah sebenarnya Hindu. Menggunakan sami Hindu dalam memak-esahkan sesiapa yang mengganggu keselamatan dirinya. Hasil dari penipuan Raja Petra, muncullah gambar ini yang menjadi edaran umum sehingga ramai yang terpedaya dan terpecaya. Maklumlah negara ni dipenuhi orang-orang bodoh belaka.

Tetapi, gambar sebenar yang beredar, tidak siapa mahu sebarkan. Apakah ini merupakan keseronokan warga negara ini yang lebih menyukai yang bathil dari yang hak? Menyukai fitnah dari yang benar. Maka tunggulah azab Allah ke atas negara ini sekiranya itu yang mereka tunggu-tunggu.



Siapa yang membohongi masyarakat? Siapa yang menipu rakyat? Mereka dan keluarga mereka. Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka mana ada maruah. Macam mana mereka nak malu? Tapi yang bawah ni semestinya bukan gambar edit! tak caya bukak Malaysia Today!