Wednesday, February 26, 2014

Membicara soal hati - kekadang sangat kan

Sudah sangat jarang Pak Tam mu ini bercerita soal cinta. Cinta yang umpama api. Segera marak hanya untuk segera padam. Walau katanya cintaku padamu tak akan pernah padam, ketahuilah, bara hanya akan jadi debu. Bara tidak mungkin akan jadi api semula kecuali kau simbah petrol lah kan. Tu cerita lain.

Sepanjang 2013, aku jatuh cinta sebanyak 2 kali. Satu jatuh pada seorang gadis berusia 21 tahun, adik kawan sendiri! Wah. Kami bercinta dari awal pertengahan tahun sehingga hari raya sahaja. Mungkin itu takdirnya. Hari raya hari tamat kontrak je kaedahnya.

Pada masa yang sama beberapa bulan sebelum itu aku jatuh cinta pada seorang lagi. Tetapi halangan muncul dari pihak dia yang berpegang pada " kalau bercinta nanti break, hilang. saya taknak kehilangan abang, jadi saya tak mau bercinta dengan abang".

Wah sangat kan ayat orang sekarang. 

Tapi kita perlu akui, kita tak mampu melunturkan ego membumbung seseorang. Ego yang mahu orang lain berubah tanpa diri sendiri mahu berubah. Hanya orang lain perlu berkorban tetapi diri sendiri bagai tak perlu dipengaruhi siapa-siapa. Pegun, bergeming dan tetap dengan egonya. 

Semanja mana belaian, semanis mana kata-kata, pada zaman ini, tidak lebih dari perhiasan semata-mata jika tiada tindakan radikal dalam menyuburkan rasa kasih.

Apatah lagi dengan gagal untuk menyembunyikan keseronokan menggeletis dalam talian merata-rata yang tak mungkin siapa pun mahu terbabit menjadi saksi bahawa orang yang hatinya telah jatuh kepadanya, bersikap sedemikian.

Maka dengan penuh kepedihan, segala memori indah terpaksa dikikis dari sanubari, berguguran di lantai emosi untuk dibasuh belaian ombak di pantai rindu yang semakin hilang akibat tambakan masa. Gitu kan ayat kau.

Tapi tak mengapalah. Cuma aku tetap mahu orang yang aku sayang dan kasih (pada masa aku masih sayang lah) ini tetap bahagia dengan keputusan masing-masing. Pergilan bermain dengan hati orang lain. Tapi bukan aku.

Aku seperti aku jualah adanya. Meneruskan pelayaran solo mengelilingi alam semesta. Bukan kapal laut je, kapal angkasa pun terbabit juga.

Aku terus berjalan di bumi Tuhan mencari titik silang yang menjadi persimpangan yang bertanda arah supaya dapat aku jadikan pedoman untuk meneruskan perjalanan ini.

Jangan khuatiri aku lagi.


so this is goodbye..

Monday, February 24, 2014

Krabi Oh Krabi

Kali ini mari diceritakan kisah pra-Krabi. Kekira sebelum pergi Krabi lah. Kira nak berjalan je lah kan. Luar negara pulak tu. No wonder ringgit jatuh. Opss.

Aku tak hadap nak nginap di pekan Krabi. Aku hanya tertumpu ke Ko Phi Phi. Ituitinenerariri aku pun dicatatkanlah 2 hari bermalam di Ko Phi Phi.

Ini kali kedua aku mau ke Krabi. Kali pertama pada 2010. Kali ke satu perpuluhan lima ialah pada tahun lepas. Tapi tak jadi. Maka terjadilah untuk kali ini, kali yang kedua.

Aku dapat tiket flight pergi balik dengan harga airport tax sahaja. Jangan jeles. Khusus untuk pemegang BIG Card, penerbangan itu hanya memerlukan 10 point pergi dan 10 point balik. Sementelahan kad aku ada 400 point waktu itu. Balun.

Tambang bogel itu berharga RM115 pergi balik. Aku dapat bulan Jun lepas. Agak lama lah kan. Sekian lama merancang terbang sendiri, pada bulan 12, kawan aku nak ikut. Dia dapat tiket pergi balik tarikh yang sama flight yang sama dengan harga RM195. Boleh la. Knowing Krabi semedang mahal wei.

Pastu seminggu sebelum ke sana, aku pun booking lah hotel kan. Memula aku booking kat booking.com kekira bulan 10 yang lepas. Dek kerana aku lupa reload debit card aku, maka booking.com mempadanmukakan aku dengan pembatalan tempahan. Waklu.

Dek kerana pembatalan itu, aku tergesa-gesa booking pakai Agoda.com dan terus membayar harga penginapan di chalet yang bernama Phi Phi Ingphu Viewpoint. Pemilihan hotel ini sebab ulasan dan komen di tripadvisor sangat meyakinkan. 


Cantik bukan? Macam setan? Ya! Review bulan 10 dengan bulan 2 di Tripadvisor rupa-rupanya tak sama. Barulah padan muka aku untuk kali keduanya. Rasa nak terberak plak. Kita tahan. Kita tempuh. Kita redho. Duit dah bayar takleh batal. Mak dia punya barang lah! Bak kata Last Call Wan, Redha Airways.


1 of 5 starsReviewed 1 week ago
DO NOT ATTEMPT TO STAY HERE EVER!!!! They robbed us moments after checking in, literally while they were " transporting" our luggage to our room. Then they refused to give us our money back after we discovered they took cash out of our bags and we wanted to leave immediately. They would not call the management and they refused to call the police!!! They almost refused to return one of our passports they insisted on keeping. This place is a scary dump with the WORST service staff ever!!!! Seriously! It overlooks the town septic pool and they call it a "viewpoint" ??!!! Disgusting smell, the "stairs" to your "rooms" are unsafe and treacherous, the staff is horrific... Need I say more to keep you away??
Stayed January 2014, travelled with friends




1 of 5 stars
Reviewed 1 week ago via mobile
Do not stay here! The staff are thieves, the rooms minimal, with holes in the floor and in the bug nets, the receptionist was beyond unpleasant. We put money down for 2 of our 4 nights and she held my passport for ransom until we pd up. After my friend was robbed when she put her bags on the "lift" behind the office for a 2 minute transport to our room, we decided to get the hell out of there. They also refused to call the police, so I had to set off on foot to locate the station. I hope you don't have to use the police on Phi Phi Island for any help, because they are useless. Phi phi Island itself is a ruined paradise. Dirty, smelly and cramped. Our planned 5 days there turned into 16 hours as we fled on the first ferry out the next morning. Karon Beach in Phuket was wonderful.

Stayed February 2014, travelled with friends

Tuesday, February 18, 2014

Kronologi Diserang Demam Denggi

Adapun kisahnya tuan tanah blog silent thousand language adalah kerana jarang akses ke akaun ini, dipanjangkan pula ia oleh jatuh geringnya tuan tanah blog ini akibat demam denggi beberapa minggu lalu. Oleh kerana denggi menjadi trend di negara ini buat masa ini, diceritakan kronologi bagaimana berlakunya wabak tersebut ke dalam diri ini dari hari mula ia dikesan.

26/1/14 (18:00)
Balik dari tanah rancangan Persatuan, bersembang di tepi tempat sampah pinggir Sungai Choh, Ulu Kinta dengan si Alan, anak Tok Batin Kg. Sungai Chon selama 20 minit lalu hujan turun dalam musim kemarau ini. Pulang basah lenjun.

26/1/14 (22:00)
Hujan selama 3 jam berhenti dan kaki ini melangkah keluar lepak bersembang dengan teman-teman sambil melihat update Facebook tentang Anugerah Juara Lagu. Perlepakan berlanjutan hingga jam 2:00 sebelum gerak ke Terminal Bas Amanjaya, Meru Raya untuk menaiki bas ke Putrajaya jam 4:30 pagi.

27/1/14 (4:00)
Betis dan peha mula rasa mengilu. Badan rasa tak sedap walaupun baru lepas urut 30 minit di kerusi urut berbayar Terminal Bas itu beberapa jam sebelumnya.

27/1/14 (8:00)
Keadaan demam mengejut semakin gawat awak rasa. Lepas makan pagi, awak melayan panas badan di sofa dalam stor. Keadaan memburuk menjelang tengahari.

27/1/14 (16:00)
Rakan sekerja memberi panadol Actifast dua biji lalu ditelan. Demam jadi kebah dan berpeluh kekira sejam kemudian. Lalu pulang.

27/1/14 (21:00)
Demam kembali terjadi lalu panadol ditelan dua biji. Demam kebah sejam kemudian. Tetapi rasa demam kembali sejam selepas sejam kemudian itu.

28/1/14 (8:00)
Demam semakin kuat. Sekejap datang sekejap pergi. Sekejap berpeluh sekejap panas badan. Memaksa diri untuk kerja kerana seluruh pegawai dan pagar dawai sedang menumpukan perhatian ke stor yang dikendalikan kerana berlangsung urusan verifikasi stor yang terlewat. Keadaan lebih gawat apabila mood turun naik temper datang dan pergi melayan karenah mereka.

28/1/14 (20:00)
Demam semakin menjadi-jadi turun naiknya. Makanan tidak berasa apa-apa sejak pagi. Dua suap dan buang bermula sarapan pagi dan tengahari sehingga tak lalu makan apa-apa lagi untuk dinner. Rokok mula tidak sedap lagi. Lalu tidak dihisap lagi.

29/1/14 (09:00)
Pemeriksaan darah di Klinik Kesihatan Presint 9 tidak menunjukkan tanda-tanda denggi. Platelet ada pengurangan kepada 124 (normal 100 - 400). Suhu badan 38.5 Celsius. Diberi MC dan dinasihatkan datang lagi dalam tempoh 2 hari untuk susulan. Pulang dan terlantar di rumah sambil makan ubat. Bersiap untuk pulang ke Ipoh tetapi kesihatan sangat membataskan.

30/1/14 (08:00)
Bersiap untuk pulang ke Ipoh sekadar mungkin. Fikiran tak tentu hala seakan berkecamuk. Hanya packing 3 helai baju dan seluar sedangkan siap-siapnya untuk cuti Tahun Baru Cina yang agak panjang. Berselubung kain pelikat dalam bas sepanjang jalan dengan badan seram sejuk dan kepala sedikit berat.

30/1/14 (15:00)
Tiba di rumah Ipoh dan terbaring di sudut ruang tamu kerana demam.

30/1/14 (20:00)
Mula diserang muntah-muntah walaupun seharian tak makan apa-apa.

31/1/14 (00:30)
Sakit kepala dan demam menjadi-jadi dek bisingnya dentuman mercun Tahun Baru Cina yang tak berhenti-henti.

31/1/14 (14:30)
Dibawa sang adik ke Unit Kecemasan Hospital Ipoh untuk pemeriksaan darah. Platelet sudah tinggal 4 dan sel darah putih meningkat. Pihak hospital memutuskan untuk menahan ke dalam wad lalu  pada jam 19:00 dimasukkan ke Wad 5C, wad kelas 1 yang diubahsuai bagi menampung pesakit denggi.

31/1/14 (21:00)
Platelet menurun sehingga 4. Doktor berbincang sesama mereka untuk kemungkinan melakukan pemindahan darah. Gusi mula berdarah dan doktor melarang sebarang aktiviti memberus gigi. Bahagian atas ruang perut seperti kembung dan pedih. Doktor menyebut bahawa hati telah membengkak. 

1/2/14 (9:00)
Platelet masih dengan nilai 4 dan doktor masih memantau sebarang penurunan. Demam sudah hilang tetapi bintik-bintik mula menjalar di kaki hingga ke peha. Gusi masih berdarah. Sebelah lagi tangan ditebuk untuk memudahkan pengambilan darah. Perpeluhan melampau terjadi sehingga basah baju hospital dan cadar katil. 

1/2/14 (16:00)
Platelet telah naik ke bacaan 7. Himpunan keluarga dan rakan-rakan yang datang melawat mencecah 20 orang pada satu masa. Peluh semakin tak terkendali. 

2/2/14 (09:00)
Platelet naik ke bacaan 11. Dibawakan sup ketam oleh rakan yang dimasak oleh emaknya. Demam sudah tiada. Tekanan darah normal. Kawasan hati masih pedih. Jumlah air yang dimasukkan mencapai 8 botol.

2/2/14 (20:00)
Platelet naik ke bacaan 15. Tiada demam, tiada tekanan darah rendah, bintik-bintik merah di kaki masih jelas.

3/2/14 (13:00)
Platelet naik ke bacaan 19. Emak bawak KFC. Pemeriksaan darah sudah dikurangkan kepada 6 jam sekali. Pemasukan air dihentikan selepas 10 botol bimbang terlebih air. Doktor menjelaskan, hanya pesakit yang mencapai bacaan platelet lebih dari 50 sahaja yang dibenarkan pulang.

4/2/14 (06:00)
Bacaan platelet naik mendadak kepada 61. Doktor perlu pemeriksaan kedua untuk memastikan kenaikan bukan kerana impak sementara.

4/2/14 (11:00)
Pemeriksaan darah kali kedua menunjukkan bacaan platelet 74. 

4/2/14 (15:00)
Dibenarkan pulang selepas 92 jam ditahan di Hospital Ipoh.

11/2/14 (12:00)
Pemeriksaan darah susulan menyaksikan bacaan platelet telah mencapai 424, melebihi kadar normal 100 - 400. Alasan yang diberikan oleh doktor ialah ia normal bagi seorang perokok.

Begitulah kesengsaraannya tatkala terkena demam denggi. Namun mitos bahawa pernah terkena denggi tidak akan membuatkan terkena lagi adalah tidak benar. Ini kerana dari 4 jenis virus denggi, Den-1, Den-2, Den-3 dan Den-4 , peluang untuk setiap orang terkena demam denggi adalah 4 kali seumur hidup. Terjangkit satu varian virus denggi hanya membuatkan seseorang pesakit imun kepada varian virus itu sahaja, bukan 3 yang lain. 

Lebih menakutkan, jangkitan susulan ke atas varian yang lain boleh mengakibatkan demam denggi yang lebih serius, yang mengganggu organ-organ dalaman dan boleh membawa maut.

Di Unit Kecemasan HRPB Ipoh sebelum dimasukkan ke wad.

Pemandangan harian dari wad.


Fefeeling press conference depan rakan dan keluarga.