Tuesday, February 18, 2014

Kronologi Diserang Demam Denggi

Adapun kisahnya tuan tanah blog silent thousand language adalah kerana jarang akses ke akaun ini, dipanjangkan pula ia oleh jatuh geringnya tuan tanah blog ini akibat demam denggi beberapa minggu lalu. Oleh kerana denggi menjadi trend di negara ini buat masa ini, diceritakan kronologi bagaimana berlakunya wabak tersebut ke dalam diri ini dari hari mula ia dikesan.

26/1/14 (18:00)
Balik dari tanah rancangan Persatuan, bersembang di tepi tempat sampah pinggir Sungai Choh, Ulu Kinta dengan si Alan, anak Tok Batin Kg. Sungai Chon selama 20 minit lalu hujan turun dalam musim kemarau ini. Pulang basah lenjun.

26/1/14 (22:00)
Hujan selama 3 jam berhenti dan kaki ini melangkah keluar lepak bersembang dengan teman-teman sambil melihat update Facebook tentang Anugerah Juara Lagu. Perlepakan berlanjutan hingga jam 2:00 sebelum gerak ke Terminal Bas Amanjaya, Meru Raya untuk menaiki bas ke Putrajaya jam 4:30 pagi.

27/1/14 (4:00)
Betis dan peha mula rasa mengilu. Badan rasa tak sedap walaupun baru lepas urut 30 minit di kerusi urut berbayar Terminal Bas itu beberapa jam sebelumnya.

27/1/14 (8:00)
Keadaan demam mengejut semakin gawat awak rasa. Lepas makan pagi, awak melayan panas badan di sofa dalam stor. Keadaan memburuk menjelang tengahari.

27/1/14 (16:00)
Rakan sekerja memberi panadol Actifast dua biji lalu ditelan. Demam jadi kebah dan berpeluh kekira sejam kemudian. Lalu pulang.

27/1/14 (21:00)
Demam kembali terjadi lalu panadol ditelan dua biji. Demam kebah sejam kemudian. Tetapi rasa demam kembali sejam selepas sejam kemudian itu.

28/1/14 (8:00)
Demam semakin kuat. Sekejap datang sekejap pergi. Sekejap berpeluh sekejap panas badan. Memaksa diri untuk kerja kerana seluruh pegawai dan pagar dawai sedang menumpukan perhatian ke stor yang dikendalikan kerana berlangsung urusan verifikasi stor yang terlewat. Keadaan lebih gawat apabila mood turun naik temper datang dan pergi melayan karenah mereka.

28/1/14 (20:00)
Demam semakin menjadi-jadi turun naiknya. Makanan tidak berasa apa-apa sejak pagi. Dua suap dan buang bermula sarapan pagi dan tengahari sehingga tak lalu makan apa-apa lagi untuk dinner. Rokok mula tidak sedap lagi. Lalu tidak dihisap lagi.

29/1/14 (09:00)
Pemeriksaan darah di Klinik Kesihatan Presint 9 tidak menunjukkan tanda-tanda denggi. Platelet ada pengurangan kepada 124 (normal 100 - 400). Suhu badan 38.5 Celsius. Diberi MC dan dinasihatkan datang lagi dalam tempoh 2 hari untuk susulan. Pulang dan terlantar di rumah sambil makan ubat. Bersiap untuk pulang ke Ipoh tetapi kesihatan sangat membataskan.

30/1/14 (08:00)
Bersiap untuk pulang ke Ipoh sekadar mungkin. Fikiran tak tentu hala seakan berkecamuk. Hanya packing 3 helai baju dan seluar sedangkan siap-siapnya untuk cuti Tahun Baru Cina yang agak panjang. Berselubung kain pelikat dalam bas sepanjang jalan dengan badan seram sejuk dan kepala sedikit berat.

30/1/14 (15:00)
Tiba di rumah Ipoh dan terbaring di sudut ruang tamu kerana demam.

30/1/14 (20:00)
Mula diserang muntah-muntah walaupun seharian tak makan apa-apa.

31/1/14 (00:30)
Sakit kepala dan demam menjadi-jadi dek bisingnya dentuman mercun Tahun Baru Cina yang tak berhenti-henti.

31/1/14 (14:30)
Dibawa sang adik ke Unit Kecemasan Hospital Ipoh untuk pemeriksaan darah. Platelet sudah tinggal 4 dan sel darah putih meningkat. Pihak hospital memutuskan untuk menahan ke dalam wad lalu  pada jam 19:00 dimasukkan ke Wad 5C, wad kelas 1 yang diubahsuai bagi menampung pesakit denggi.

31/1/14 (21:00)
Platelet menurun sehingga 4. Doktor berbincang sesama mereka untuk kemungkinan melakukan pemindahan darah. Gusi mula berdarah dan doktor melarang sebarang aktiviti memberus gigi. Bahagian atas ruang perut seperti kembung dan pedih. Doktor menyebut bahawa hati telah membengkak. 

1/2/14 (9:00)
Platelet masih dengan nilai 4 dan doktor masih memantau sebarang penurunan. Demam sudah hilang tetapi bintik-bintik mula menjalar di kaki hingga ke peha. Gusi masih berdarah. Sebelah lagi tangan ditebuk untuk memudahkan pengambilan darah. Perpeluhan melampau terjadi sehingga basah baju hospital dan cadar katil. 

1/2/14 (16:00)
Platelet telah naik ke bacaan 7. Himpunan keluarga dan rakan-rakan yang datang melawat mencecah 20 orang pada satu masa. Peluh semakin tak terkendali. 

2/2/14 (09:00)
Platelet naik ke bacaan 11. Dibawakan sup ketam oleh rakan yang dimasak oleh emaknya. Demam sudah tiada. Tekanan darah normal. Kawasan hati masih pedih. Jumlah air yang dimasukkan mencapai 8 botol.

2/2/14 (20:00)
Platelet naik ke bacaan 15. Tiada demam, tiada tekanan darah rendah, bintik-bintik merah di kaki masih jelas.

3/2/14 (13:00)
Platelet naik ke bacaan 19. Emak bawak KFC. Pemeriksaan darah sudah dikurangkan kepada 6 jam sekali. Pemasukan air dihentikan selepas 10 botol bimbang terlebih air. Doktor menjelaskan, hanya pesakit yang mencapai bacaan platelet lebih dari 50 sahaja yang dibenarkan pulang.

4/2/14 (06:00)
Bacaan platelet naik mendadak kepada 61. Doktor perlu pemeriksaan kedua untuk memastikan kenaikan bukan kerana impak sementara.

4/2/14 (11:00)
Pemeriksaan darah kali kedua menunjukkan bacaan platelet 74. 

4/2/14 (15:00)
Dibenarkan pulang selepas 92 jam ditahan di Hospital Ipoh.

11/2/14 (12:00)
Pemeriksaan darah susulan menyaksikan bacaan platelet telah mencapai 424, melebihi kadar normal 100 - 400. Alasan yang diberikan oleh doktor ialah ia normal bagi seorang perokok.

Begitulah kesengsaraannya tatkala terkena demam denggi. Namun mitos bahawa pernah terkena denggi tidak akan membuatkan terkena lagi adalah tidak benar. Ini kerana dari 4 jenis virus denggi, Den-1, Den-2, Den-3 dan Den-4 , peluang untuk setiap orang terkena demam denggi adalah 4 kali seumur hidup. Terjangkit satu varian virus denggi hanya membuatkan seseorang pesakit imun kepada varian virus itu sahaja, bukan 3 yang lain. 

Lebih menakutkan, jangkitan susulan ke atas varian yang lain boleh mengakibatkan demam denggi yang lebih serius, yang mengganggu organ-organ dalaman dan boleh membawa maut.

Di Unit Kecemasan HRPB Ipoh sebelum dimasukkan ke wad.

Pemandangan harian dari wad.


Fefeeling press conference depan rakan dan keluarga.




Friday, December 20, 2013

Apabila Pecandu Cinta Kembali Menyuburkan Pohon Kasih

Kisah kawan-kawan adakalanya menarik untuk disentuh, disepak dan disilambam.  Kisah mereka-mereka yang membabitkan kita adalah umpama umpan di mata kail yang mana kita tanpa sedar membuang umpannya dan memakan mata kailnya pula. Bukankah jijik kelalaian itu? Bukan kah? Kan. Kan.

Alkisah diceritakan oleh empunya cerita ini tentang si A dan si B dan bagaimana ia membabitkan I iaitu saya lah. Begini kisahnya.

A bercinta dgn B. A berbaik-baik dengan kita dengan harapan kita akan membantu dia untuk dapatkan B. Yang si B pun begitu. Tidak mahu kalah walaupun dengan sepakan penalti kekiranya.

A pun suka lah dia tanya pendapat kita, sementelahan B pun yang ini pun. Sama juga bertanya-tanya kita. Yang baik-baik lah kita kaborkan ye tak. Korang perlu faham memahami. Ada perbezaan antara korang jangan di besar-besarkan. Kalau ada masalah selesaikanlah dengan berhemah. Begitu kekira. Biar mereka bahagia. 

Langit tak selalu mendung. Adakalanya cerah panas terik meringse. Lalu mereka putus. A berlari-lari anak sembil mengelap air mata dengan lengan baju persisnya, datang mencurah perit jerih sumpah hamun pada kita. Di kala lain pula, yang si B pun begitu jugalah meluah kenoyaannya pada kita.

Maka haruslah kita jujur je lah kita kabor yang benar bahawa mereka itu tidak lagi serasi untuk bersama, maka berjauhanlah. Janganlah di sambung semula. Bukan kita jahat, awak. Kita bercakap berdasarkan cara A kata B dan cara B kata A yang sangat macam memang dah tak serasi bebenor. Mengapa kita perlu menyengsarakan mereka dengan berusaha agar mereka berbaik semula.

Tapi tak selamanya kaki hutang lari dari ah long. Maka tetibe lah juga, A dan B kembali berbaik-baik balik, menaruh tahi lembu pada pohon kasih mereka yang layu dan menarik candu kasih sayang di bawah teduhan pohon kasih mereka yang subur semula.

Penyudahnya kita ni apa? Kita jugak dituduh mulut jahat. Kan. Kan. La nina betul. kan.. ? Ah sudeaaah!

Wednesday, October 30, 2013

Travel : Merayau 174 km selama 3 hari dalam Jakarta - Le Tour De Batavia

Ini kali pertama aku ke Jakarta walaupun bahasa Indonesia aku sudah agak lancau sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Aku menaiki pesawat bernombor QZ 8354 (hentam je tu), tujuan bandara Soetta yang terletak di Cengkareng. Lapangan terbang besar dibuka ini  pada tahun 1985 selepas pembinaan yang memakan 10 tahun.

Jumaat 25.10.2013

Hari itu, penerbangan berlepas 4:45 petang. Aku bergegas kelam kabut ke Putrajaya Sentral untuk mendapatkan ERL Transit ke LCCT jam 2:50 petang. Malangnya tren lambat. Kali pertama sejak aku naik naklah ni 8 tahun lalu. Sampai di Salak Tinggi jam 3:10 petang, lewat 10 minit. Terus menaiki bas yang disediakan dan perjalanan yang sepatutnya 20 minit mengambil masa 25 minit. Mujur 3:35 petang aku sampai dan check in.

Aku berbulu dengan mereka yang telah terbang pegi yang tiba di sana pukul 12 tghari waktu Indonesia yang lambat 1 jam dari Malaysia. Merekalah sobat-sobatku yang tiga lagi iaitu B,A,T. Bukan kelawar. Tapi  Mereka tidak mengupdate apo-apo  setibanya mereka di sana sehinggalah saatnya aku mematikan ponsel untuk penerbangan ke Djakarte. Tiba di Terminal 3 sana pada saat jam Indonesia menunjukkan 6:10 petang. Waktu Maghrib telah 20 minit berlalu di Jakarta. Aku keluar airport pada ketika hari hampir Isyak perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit. . Hari telah gelap. Mana depa?

Aku tanya mana kaunter bas pada petugas bandara. Oh di sana. Eh. Tercakap Indonesia pula. Lalu aku bertanyakan bas ke Kemayoran sebab aku baca bas tu lalu Mangga Dua.  Hotel yang aku tempah, letaknya di Jalan Mangga Besar. Ah! malang bas itu ke Gambir. Ngenang nak cepat aku naik. Tambang Rp 25K (RM7.10). Paling cepat aku sampai ke Gambir yang terletak 28.3 km dari Terminal 3 Soetta kekira sejam kemudian. Enpon mati, jam tangan takde. Taktau la pukul berapa aku waktu itu di stesen keretapi tempat yang pertama kali aku tahu ketika aku cuba mengenali Jakarta 3 tahun lalu dari Bandung - tanpa sengaja!

Aku ambil teksi di kaunter teksi Stesen Keretapi Gambir bagi tujuan Jalan Mangga Besar Raya.  Maknanya jalan besar untuk kawasan Mangga Besar la. Eh berapa banyak besar da. Aku perlu ke hotel yang ditempah untuk mengetahui sama ada aku solo atau berempat. B,A,T tidak aku tahu berada di mana di kota seluas 600 km persegi yang dihuni 10.2 juta orang ini. Perjalanan teksi pertama aku ini menempuh 6.5 km

Teksi Koputra yang mangkal (berpangkalan) di stesen keretapi itu memakai Proton Waja. Kot kalau aku salah. Lambang Proton kat cermin belakang tepi aku yang halus itu hanya di tepi pipi.

T (bukan nama sebenar) diatas namakan untuk booking paling akhir yang telah dibuat selepas aku dan A (bukan nama sebenar). B kawan A yang mula sekali ngajak ke Jakarta ini.

Setibanya di hotel dengan perjalanan 20 minit JER dengan tambang Rp27K (RM7.65), nama T memang ada. Tapi yang tak ada ialah kehadiran B, A dan T di situ. Mereka belum check in ! Mereka seharusnya sudah sampai 8 jam lalu! Sialan! Aku merasakan Jakarta menjadi kecil. Aku perlu jelajahi sendirian. Aku beli sim card dengan harga Rp10K (RM2.85) dan reload Rp20K (RM5.70). Aku suruh kakak gerai tu daftar SIM aku di Nokia buruknya dan aktif beberapa minit kemudian dan aku terus masukkan SIM. Aku bernafsu sekali memaki hamun mereka di WhatsApp katenye.

Sebaik on Whatsapp aku nampak chat si B tanya A apa nombor telefon bilik. Jam 5 petang kejadian itu. Aku terus bising-bising. Kenapa tak check in di hotel yang dah dijanji. Aku kekonon merajuk dan lapar. Lalu aku makan di kedai Nasi Padang kat tepi tu. Nasib depa check in hotel area itu jugak. Selamat. Kami bertemu bila si A nampak aku tengah makan di dalam kedai tu. Mereka minum. Yang makan aku je. Aku bayar semua. Ka-Ching Rp47K (RM13.40). Mahal jugak ni. Oh. Kedai franchaisi je rupa dia. Restoran Sederhana.

Kami balik ke bilik yang berharga Rp300K (RM85.70) per malam itu. Bilik OK, ada air panas, ada toilettries ada TV Plasma ada tingkap secuil. 7 Days Hotel. China punya rangkaian hotel. Kami siap-siap ke Bellagio. yang terletak di Mega Kuningan, Jakarta Selatan. Tempat apa itu?

Teksi membawa kami ke sana. Khazanah Jakarta yang perlu ada di Malaysia ialah sistem teksi-teksi Blue Bird Group sebab tak ada charge malam. Duduk je dah Rp7K (RM2.00) kami sapai ke Bellagio yang mengikut laluan teksi tu berjarak 12 km (yang disaran Google Maps berjarak 11 km - kira ok la tu) 20 minit kemudian dengan tambang Rp47K (RM13.40).

B,A,T mahu ke Apollo Club. Aku bawakan. Nah kau, entrance Rp150K(RM42.60)! Sakit hati.

Lepas show yang diemceekan oleh pondan laser berlangsung selama satu jam setengah, muzik tidak sedap didengar lagi. Jam 2:30 waktu sana, kami balik ke hotel untuk 12km lagi. Hari ini sahaja aku sudah menjelajah tanah Jakarta sejauh 58.8km

Kami di sana hanya makan di tepi jalan. Mau dicuba katanya. Pulang hotel online di henpon. Azan subuh berkumandang jam 4:15 pagi.

Sabtu 26.10.2013

Esoknya kami siap-siap keluar jam 11:30 pagi ke ITC Mangga Dua. Salah tahan teksi, naik teksi ape ntah tak pakai meter. Pengalaman. Kena Rp50K (RM14.20) untuk perjalanan sejauh 3.5km! Lepas ni naik Blue Bird sajalah! Di sana selama 3 jam, B membeli beg untuk bondanya. Kami kemudian ke Thamrin dengan menaiki teksi yang betul. Perjalanan sejauh 8.5km ini berharga Rp58K (RM16.50). Di sana kami macam blur-blur dan penyudahnya sebab lapar, kami makan bubur nasi tepi jalan. Sedap jugak la wei! Cuma Rp7K (RM2.00). Kalo tak sedap takde la lelaki yang rupa macam Jepun ke Korea ke yang duduk dekat-dekat Bundaran HI (hotel-hotel termahal di Indonesia terletak 500 meter dari sini -beli tapau ngan dia.

Lepas makan, kami tetangkap gambar di Bunderan HI yang terkenal dengan tugu 'Selamat Datang' yang dikelilingi air pancut . Malangnya, sedang diubahsuai. Kami kemudian untuk pertama kali menaiki Busway TransJakarta, perkhidmatan Bus Rapid Transit terbesar jaringannya di dunia.

Aku pilih untuk tempah hotel di Mangga Besar sebab dia seolah-olah tengah-tengah yang sebenar untuk pelancong yang ingin melancong dalam tempoh yang singkat di Jakarta. Ini kerana tersedianya laluan Busway paling utama bernombor route 1 yang menghubungkan Kota Tua Jakarta (Old Batavia) ke Blok M.

Kami menaiki Busway ke hentian Monas yang terletak 3 km dari situ. Monas adalah singkatan bagi Monumen Nasional. Lalu kami ke monumen tersebut yang merupakan sebuah lapangan peringatan kemerdekaan Indonesia yang dibina pada tahun 1961. Ia bertugukan obor setinggi 132 meter dengan bahagian apinya disalut emas. Kami foto-foto dan dan pulang ke hotel di Jalan Mangga Besar yang terletak 3.6 km dari situ.

Kami keluar malam untuk ke Stadium Diskotik yang terletak 850 meter dari hotel. Jalan Mangga Besar tidak mati dari penjaja makanan, buan-buahan dan deretan hotel, serta pengamen dan pelepak entah untuk apa yang menjaja sepanjang malam. Makanya pas-pas aja jalan kaki. Lumayan pulang pergi 1.7 km. Eh terIndonesia lagi.

Pulang ke hotel aku tidur selepas menamatkan perjalanan sejauh 22.8km. Mobilisasi aku di Jakarta menumpuk (terkumpul) menjadi 81.6 km sehingga kini. Kemain selit-selit bahasa Indonesia ye. Bagi full version kang tak paham pulak. Hehe. Meh try.

Ahad 27.10.2013

Minggu 27/10 kami ke Tanah Abang jam 12:30 siang. Mandiri Jakarta Marathon digelar pagi itu maka ruas jalannya ada yang diblokir polisi. Maka sang supir taksi menacap gas lewat Jalan Kesehatan. Sampai di Tanah Abang eh malah butuh u-turn. Kejauhan ya, lumayan bikin nambah angka-angka argonya. Bayarnya Rp45K (RM12:80) untuk 7 kilo.

Rupa-rupanya T udah janji sama temannya C seorang cewe asal Bandung yang ngekost di Menteng. C dahulunya pernah bekerja bareng T di Kuala Lumpur. Di sana si A berbelanja buat mamanya. Si B belanja juga beliin baju buat mamanya. Aku sama T nemenin doang. Kami lalu langsung ke Kota Tua. Sopir taksinya milih lewat Jalan Tol ke Pluit. Ga tau kalau bang sopir itu takut karna taksinya kelebihan penumpang. Rute ini kami lewati sejauh 14.3 km dengan bayar Rp72K (RM20.40)

Asal lo tau kalau setiap bayaran taksi ini dibagi empat.

Di Kota Tua, tempatnya Belanda mula membina kota Batavia, aktiviti pengunjungnya menumpu kepada gerai-gerai lewat petang yang memulakan perniagaan cenderamata, baju, seluar dan berbagai aksesori.

Di sini, jangan lupa untuk merasai keenakan makanan khas Jakarta yang menjadi ikon masyarakat Betawi iaitu kerak telor. Ia merupakan campuran telur, beras, tepung yang dimasak dengan gula dalam kuali kecil yang nipis menggunakan dapur arang. Ia kemudian diintikan dengan serunding kelapa sebelum digulung. Rp20K (RM5.90) segulung.

Harganya agak mahal kerana nilai sejarahnya yang menjadi identiti masyarakat Betawi, golongan yang disebut asli Jakarta - sebuah campuran yang terbentuk hasil kombinasi masyarakat awal Batavia antara Melayu, Sunda, Jawa dengan pengaruh Cina sejak 300 tahun lalu. Atau mahal kerana lokasi dan pau-pau oleh samseng.

Apasal blog aku jadi blog sejarah plak ni.

Kami cuba naik angkot yang merupakan sebuah van yang macam jeep untuk ke Ancol yang terletak 4km dari situ dengan tambang Rp3K ( 85 sen) seorang. Setibanya di sana hari hampir Maghrib dan dengan bayaran Rp17.5K untuk masuk dan berjalan jauh ke dalam melihat taman tema Ancol dan pantai, kami tak sanggup. Maka kami pulang ke Kota menaiki angkot dengan tambang Rp4K (RM1.15) pula sejauh 4km.

Kami membuat rekod berjalan kaki sejauh 2 km pula ke penginapan di Mangga Besar dari Kota Tua. Hebat kan? Semua dapat rasa. Saksama. Bagus tak pemandu pelancong korang ni? Hahaha. Kami menyusuri Glodok berjalan kaki dengan kedai-kedai kawasan Cina ini lengang sama ada ditutup dan kedai usang yang tidak diduduki. Konon nak cari money changer. Money perampok kalo terjumpa memang sia-sia kami berlima.

Usai lumba jalan kaki kami sampai di kedai bakso di kawasan persimpangan Jalan Mangga Besar dan Jalan Hayam Wuruk. Selepas makan, kami menghantar C ke Hentian Busway Mangga Besar. Lalu kami pulang. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Kami kemudian siap-siap untuk ke McDonald's di Sarinah.

Teksi untuk ke Sarinah jam 11 malam itu bertambang Rp23K (RM6.55) untuk jarak 5 km.

Kami pun lepak-lepak dan menikmati McD dengan 1 set PaNas yang merupakan nasi, omlet dan ayam goreng serta Coke medium, 2 Chicken Wrap mini yang bersetkan sekotak Teh Botol serta kentang goreng medium dengan harga Rp59K (RM16.80). Kami pulang jam 2:00 pagi dengan teksi berbayar  Rp22K (RM6.30).

Hari itu aku mengumpul perjalanan sejauh 41.3km dengan jumlah terkumpul menjadi 122.9 km.

Isnin 28.10.2013

Esoknya kami bangun lambat. Pukul 11:30 baru nak keluar. Kami naik angkot ke Busway tapi sial. Dia suruh jalan skit. Kami ke Blok M menaiki Busway. Dengan jarak 12.4 km, kami hanya membayar Rp3.5K (RM1.00) Selepas membeli kasut, kami pulang ke hotel dan berkemas untuk pulang.

7 Days Hotel adalah rangkaian hotel syarikat China yang turut ada cawangan di Malaysia. Kadar bilik 2 single bed berhawa dingin itu ialah Rp300K (RM85.00) semalam. Late check out pula berkadar Rp30K (RM8.50) per jam.

Kemudian kami menaiki teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta atau Soetta atau Cengkareng Airport. Perjalanan berjarak 26.5 km ini bertambang Rp125K (RM35.50).

Hari terakhir di Jakarta mencatat perjalanan sejauh 51.3 km menjadikan keseluruhan Le Tour De Batavia aku secara peribadinya berjumlah 174.2 km dalam masa 72 jam di pulau Jawa berpusat di Jakarta.

Kami berlepas dari Jakarta pada jam 7:20 malam dengan penerbangan QZ8196. Yang ini betul.

TransJakarta

Thamrin memadang ke selatan

McD Sarinah Thamrin

Resit

Mak Lampir

Monas bersambung


Ancol tak masuk

Kerak Telor Bang Malik Kota Tua 

Le Tour De Batavia