Tuesday, June 4, 2013

Tutup 1 Blog , Kini Tinggal 1 Blog

Secara rasminya, aku menamatkan operasi blog politik aku yang berusia 66 bulan dengan 2050 posting dan 1,048,937 paparan halaman sehingga jam 1:55 PM tadi.

Ini kerana segalanya didirikan atas perjuangan bagi memastikan BN hilang dua pertiga pada PRU 2008 dan UMNO kekal memerintah selepas PRU 2013 telah mencapai matlamatnya.

Dua keazaman yang saling bertentangan itu menunjukkan bagaimana iklim politik negara ini pada waktu itu dan pada waktu ini.

Sehubungan itu, aku pun tak nak tahu lagi seandainya prestasi UMNO tidak dapat dikekalkan untuk PRU selanjutnya.

Aku mengekalkan 'anonymity' blog tersebut sepanjang 66 bulan ia beroperasi kecuali bagi mereka yang rapat dengan aku. Kini aku melepaskan beban itu beransur-ansur 'and let it vanish in the thin air'.

Lebih baik aku tumpukan bagaimana untuk meningkatkan prestasi kerjaya aku dan hidup aku.

Sebagai penulis blog sukarela, inilah kelebihan yang aku ada. Aku tidak terikat dengan mana-mana pihak untuk terus mengeluarkan kata-kata.

Justeru, aku menumpukan kembali perhatian aku kepada blog peribadi ini.

Adakalanya sesuatu rahsia akan kekal dalam kerahsiaan selama-lamanya.




Monday, June 3, 2013

Pak Tam Stock Exchange Jatuh Merudum - Perdagangan Digantung - Bursa Ditutup

Empat tahun mempertahankan ego. Empat tahun berbangga dengan kemandirian kesoloan dan ke'single'an dalam hidup, akhirnya tembok itu runtuh pada 11 April. 

Namun perkembangan perasaan yang seharusnya dalam bentuk bilateral itu berubah dari progresif kepada retrogresif, daripada penuh harapan kepada Harapan Rakyat kalari payat.

Tiba pada satu titik, segala keterujaan mati. Padam bagaikan lilin ditiup angin. Gelap dan berbau sisa pembakaran. Natijah dari sebuah filosofi. Jika perkenalan itu tidak menemui titik temu, maka akhirnya ia akan dibawa untuk bertemu titik jemu.

Jemu dalam mentafsir apa sebab musabab kedinginan, jemu menunggu penjelasan sahihnya kesalingkongsian rasa, jemu menunggu hitungan kata cinta yang berperasaan sama.

Perasaan dua insan dibina dari kesalinghamburan rasa jiwa yang serupa. Jika tidak, pencarian titik temu hanya akan menemukan titik jemu.

Segala rasa sayang, rindu dan gejolak rasa ingin mempunyai insan disayangi dan dapat menyayangi serta manifestasi-manifestasi berkaitan hal ini telah dinilai diletakkan pada satu taraf yang sangat-sangat rendah.

Tembok telah keegoan diruntuhkan,  dilenyek, dikisar menjadi debu dan ditabur ke laut dalam - dalam tanpa sedar. 

Tetapi jika hasilnya meriah, tentulah perasaan  dibiar dalam gelap dan terkontang kanting penuh pertanyaan itu tidak pernah hadir bagi merosakkan rasa bangga ke atas apa yang dapat diperoleh dari sebuah perasaan itu.

Seks bukan sesekali menjadi sebab. Bukan sesekali. Tetapi sebab terpenting ialah runtuhnya nilai sebuah perasaan kebanggaan yang sekian lama dipertahankan tanpa impak yang wajar.

Semuanya tidak semudah yang dibaca, tidak sesukar hati ini membuat keputusan. Tidak semurah air hikmat manifestasi rasa yang mengambil kesempatan untuk menikmati potongan harga sebuah perasaan dan jiwa untuk mengkacakan mata.

11 April tamat pada 3 Jun. Tiada lagi harapan diletakkan. Segala perasaan disimpan untuk dikambus bersama kapsul masa yang hanya akan dikorek, dihurai dan dibaca semula di masa hadapan oleh entah siapa. Atau mungkin selamanya tersimpan tidak bertemu hari kapsul masa dibuka.

Tetapi, bukankah kini segalanya melegakan? Bukankah komitmen abal-abalan itu tidak perlu lagi diandalkan? Tidak perlu lagi dihadirkan? Nilai sebuah perasaan sebenarnya tiada harga yang layak untuk dibandingkan. 

Mengapa dirumitkan sebuah persahabatan dengan farafernalia cinta mati penuh kasih sayang? Bukan semurah ini harga sebuah perasaan yang sepatutnya dipakai untuk mengisi ruang sebuah persahabatan. Bukan bukan bukan.

Salah diri ini sebenarnya kerana meletakkan harga sebuah perasaan yang diawet selama empat tahun itu setinggi-tinggi harga. Akibatnya, sesi pengambilan untung telah tiba hingga meruntuhkan segala urusniaga bursa.

Salah diri sendiri kerana menawarkan rasa selamat sehinggakan langkah-langkah menjaga keselamatan di pihak sana nampaknya diabaikan. Ibarat sebuah premis yang dilengkapi alat mencegah kebakaran paling moden dan sofistikated, anda percayakah penghuni premis itu takut kalau berlakunya kebakaran?

Bukan seterdesak ini sebenarnya sang empunya badan. Betulkan segala persepsi yang ada, teruskan menongkah arus kehidupan kembali seperti biasa sebelum rasa itu akhirnya membawa binasa.

Cukuplah 15 tahun mengenal berbagai jenis manusia. Bertindak tanpa hasutan, tanpa mulut orang ketiga itu serasa sangat kena pada penilaiannya. Masa untuk mengenal diri sendiri, kini bersambung lagi.

Tiada marah, tiada sakit, tiada benci. Semoga segalanya ke garis sediakala kembali.

Friday, May 31, 2013

September & Oktober Bulan Hujan Di Krabi

Jemah oh Jemah. Sungguh eksen kau. Aku bilang sama kau, kalau-kalau September tu bulan hujan mencurah di Krabi.  Ko bilang, 'lantak lah'.

Aku bilang, ko tak payah susah-susah ke Agoda bagai nak tempah hotel sebab low season, ko kata lantak lah.

Malah ko kata, aku bukan ajak kau pun. Wah, wah, wah. Kalau ko ajak pun, ko ingat aku nak sangat pergi, Jemah? 

Dengar suara kau je boleh rosak mood holiday pelancong-pelancong yang berada dalam radius 10 meter dari engkau.

Sekarang aku persembahkan ko carta hujan di Krabi sepanjang tahun, dan aku pulak nak bilang, lantaklah, padan muka lah, pegi mampus lah.

Dalam dunia travel, pendapat traveller yang lain adalah penting.

Tetapi itu terpakai di traveller seluruh dunia kecuali di negara ini yang penuh dengan makhluk sombong.

Kita ni dah study macam-macam hal tentang Krabi. Sebab tu kita pilih bulan Januari - Februari sahaja sebagai bulan paling sesuai ke sana. 

Tambah pula, dalam bulan tu ada cuti raya Cina. Elok sangat la tu.

Hasilnya pengembaraan aku ke Krabi dulu sungguh best lagi seksi.

Tapi Jemah seekor ini sungguh lansi. Sudahlah tak pernah study pasal Krabi. TripAdvisor pun entah menatang apa dia tak tau, tapi, amboi-amboi sangat keegoannya.

Mudah sangat terpedaya dengan tiket murah Air Asia. Jemah oh Jemah. Ko ingat Air Asia offer tiket semurah itu tanpa sebab? 

Sebab utama ialah, para pelancong sedunia sudah tau itu bukan bulan yang best untuk ke Krabi. 

Kalau nak jadi traveller atau backpacker, biarlah berotak seperti traveller dan backpacker. 

Orang nak travel, kau pun nak travel. Ih ih ih. Jemah oh Jemah.

Tiada lain yang ku ucapkan, semoga seronok bermain hujan di Krabi. 

Hehehe.