Monday, March 25, 2013

Kecemerlangan Pengangkutan Awam Putrajaya

Selain menempuh 19 lampu isyarat dari rumah ke pejabat, pihak Jabatan juga perlu sedar bahawa adakalanya kakitangan yang ke tempat kerja dengan mengharapkan pihak ketiga, harus diberi kelonggaran beberapa minit yang diganti selepas waktu pulangnya supaya tidak terjadi kekurangan minit-minit bekerja.

Lihatlah contoh di bawah ini untuk 19.03.2013


Saya keluar rumah jam 7.40. Sampai bus-stop jam 7.45 dan bas datang 7.48 maka saya tiba jam 8.22.



Berbekalkan penanda semalam, saya keluar 7.40. Sampai bus-stop 7.45 dan bas muncul jam 8.19. Saya tiba dipejabat jam 8.55 , genap 1 jam 15 minit selepas keluar rumah.

Untuk rekod, semasa tinggal di Bandar Baru Ampang dalam tahun 2007, aku keluar rumah jam 7.40 membelah Pandan Indah, Bandar Tasik Selatan, Sg. Besi, Serdang, Hospital Serdang dan sampai ofis jam 8.25 dengan perjalanan selama 45 minit.

Untuk apa duduk di Putrajaya kalau pejabat pun di Putrajaya, boleh jadi anda sampai lambat tanpa siapa pun percaya atas dasar logika "aii.. duduk Putrajaya pun lambat?"

Macam mana nak suruh orang naik bas?




Saturday, March 16, 2013

Armin Van Buuren di A State Of Trance 600 Kuala Lumpur

Lama gak la aku bertapa jauh dari dunia party ni. Event-event yang selalu ada di Sepang tak aku peduli pun. Last aku cuba nak pergi ialah masa David Guetta datang 12 Oktober 2012. Tapi non-hado lah perginya jugak. Aku tak pedulik pun hashtag ASOT600KL yang bersepah di Twitter semenjak dua menjak ni.

Tapi malam ni masa ASOT600KL berlangsung di Litar Sepang, atau nama penuhnya Kebersempenaan Episod ke 600 A State of Trance yang ke udara di corong radio yang didengari oleh 25 juta orang setiap minggu, barulah aku dapat kenal Armin yang sebenarnya telah menjadi DJ Top sejak tahun 2007 lagi. Dia host rancangan mingguan A State of Trance itu. Memang aku lambat siang.

Persembahan Armin selama 2 jam dari 10:50 sampai 12:50 sangat mengagumkan. Superb dan memang A. Terjulur-julur tangan aku ke atas dalam bilik ni wei. 

ASOT600KL di Sepang International Circuit telah dipeuhi oleh 30,000 party-goer dengan 17,000 menonton secara langsung di Youtube termasuk aku, walaupun Litar Sepang cuma 15 km dari rumah aku. Sebab apa? 

Sebab ngeri lah. Ringsek ramai-ramai ni. Penyakit semua tu. Panas, peluh, busuk. Itu sebab tak rasmi. Sebab rasmi dia, kalo pergi sana mesti mau makan panadol la. Tapi hadap lah ko balik kang roadblock bersepah. Kalau untung, kencing botol.


Biggest party ever in South East Asia kata dia

Hormati azan kata dia.

Bendera menegak kalo dilintang memang terbalik der..

Armin Van Buuren


Sunday, March 3, 2013

Rakyat Sulu Nafi Mereka Terlibat !


Menurut sebuah blog yang menamakan blognya Kesultanan Sulu, pencerobohan bersenjata di Sabah dilakukan BUKAN OLEH penduduk Sulu yang beretnik Tasaug itu. Ia mungkin sahaja dilakukan oleh sama ada samseng upahan dari clan-clan di Filipina yang merupakan kartel dadah ATAU rakyat Malaysia etnik Tasaug sendiri yang terdiri dari puak yang menyokong atau dibiayai keluarga Kiram. Mari kita baca.

Bahagian 1: BAGAIMANA MENYELESAIKAN KES PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Insyaa Allah ada caranya. Sekiranya mereka mengaku sebagai pengikut Sultan Jamalul Kiram III atau Sultan Ismael Kiram II yang mengaku FILIPINO maka Malaysia boleh isytiharkan mereka bukan Sultan Sulu malah sebagai Filipino. Implikasinya ialah Malaysia harus bertanya Filipina samada itu adalah rakyat mereka. Kalau dia kata ya rakyat Filipina maka Malaysia boleh mengutuk Filipina sekiranya tidak bertanggungjawab terhadap kemasukan rakyatnya itu ke Sabah Malaysia. Ia dikira ceroboh dengan bawa senjata dan boleh dibunuh sebagai tindakan mandatori sekiranya enggan keluar malah enggan berunding.

Malangnya Filipina tak mengaku mereka itu sebagai Filipino dalam banyak kenyataan akhbar. Walhal sangat jelas Sultan Jamalul Kiram III itu dan adiknya Sultan Esmail Kiram II telah membuat kenyataan video sebagai rakyat Filipina yang mahukan bantuan Filipina merampas Sabah. Malaysia hanya perlukan pengisytiharan bahawa mereka yang masuk ke Lahad Datu itu adalah penceroboh Filipino yang mencabuli kedaulatannya dan seharusnya selepas itu Malaysia tidak boleh dipersalahkan sekiranya membuat tindakan menyerang.

Walau bagaimana pun kita melihat bahawa Malaysia lebih berkeyakinan tidak menyerang penceroboh Lahad Datu itu disebabkan dua perkara.


  • PERTAMA: Mereka bukan rakyat Filipina walau pun pemimpin mereka jelas Filipino. Dibimbangi mereka itu adalah benar bukan Filipino dan benar adalah rakyat KESULTANAN SULU. Malaysia agak ragu kerana ketidak pastiannya mengagak apakah tindakannya betul sekiranya menembak mati penceroboh itu yang mana mereka mengaatasnamakan Kesultanan Sulu? Apakah implikasi antarabangsa terhadap tindakan menembak itu? Mungkinkah Malaysia dituduh menembak rakyat Sultan Sulu yang mana nama Kesultanan Sulu itu terkait dengan kedaulatan SABAH? Maka Malaysia memilih berunding secara damai tanpa syarat meminta penceroboh keluar secara baik. Namun sampai bila? Sekiranya penceroboh terus bertahan?
  • KEDUA: Malaysia tak akan menembak disebabkan tanggungjawabnya sebagai pemerintah beragama Islam yang melarang membunuh sesama Islam. Walau pun alasan ini agak rapuh disebabkan pihak penceroboh itu jelas berniat melawan sanggup berbalas tembakan sekiranya permintaan mereka tidak dituruti, namu Malaysia harus memilih tidak menembak walaupun ugutan dah diberikan sejak awal kepada penceroboh.

Saya secara pribadi menyokong Malaysia untuk tidak menembak lebih dahulu. Pihak kami masih menyiasat siapakah dalang sebenar mereka ini selain Sultan Jamalul Kiram III. Dari pandangan lojik mereka ini memang Filipino yang mana kalau berjaya ditangkap oleh Malaysia maka sangat sesuai disumbat ke dalam Kurungan Rumah Merah. Bagi mereka peluang merasa penghinaan dalam rumah merah supaya mereka lebih faham erti PTI yang masuk secara haram. Saya mengira ramai dari kalangan penceroboh ini pernah mengalami pengalaman ngeri disumbat dalam kurungan Rumah Merah di Sabah.

Insyaa Allah selepas ini Malaysia akan dapat melihat semula kewajaran Rumah Merah itu diwujudkan. Tausug berharap tiada lagi PENJENAMAAN PTI HARAM terhadap Tausug yang menjadi rakyat Kesultanan Sulu. Saya optimis hal ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Amin ya Rabbal Alamin!!

Maka, bagaimana tindakan kita seterusnya? Banyak lagi jawapan berupa saranan yang akan menyusul selepas ini dari pihak kami Insyaa Allah.