Tuesday, June 12, 2012

Membantah Hadiah Panda Dari China Kepada Malaysia

Kerajaan Malaysia terima panda bukti hubungan kukuh: China 
PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia akan menerima sepasang Panda berikutan perjanjian yang bakal ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan China Wildlife Conservation Association (CWCA), Republik Rakyat China (RRC) pada 15 Jun 2012 ini. 
Perjanjian dalam bidang konservasi Giant Panda dengan RRC mencerminkan komitmen Malaysia dalam menyokong usaha murni RRC untuk menambah bilangan spesies Giant Panda yang terancam yang hanya dijumpai di RRC iaitu sebanyak 1,600 ekor pada masa ini. 
Ini adalah selaras dengan Sasaran Aichi 2010 di bawah Konvensyen Kepelbagaian Biologi yang menyokong usaha konservasi untuk mengelakkan kepupusan sesuatu spesies. 
Hubungan dua hala sedia ada antara Malaysia dan RRC yang dimulakan semenjak zaman pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri akan menjadi lebih erat melalui Perjanjian ini. 
Pada tahun 2014, Malaysia dan RRC akan meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik ini.
Hubungan yang erat ini membolehkan Malaysia menarik lebih banyak pelaburan dengan RRC yang diharap dapat meningkatkan pendapatan negara. 
Melalui usaha kerjasama konservasi ini, Malaysia akan berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi Giant Panda. Kepakaran tempatan akan ditingkatkan melalui ‘technology transfer’ yang akan dikongsi oleh RRC terutamanya dalam pembiakan artifical insemination, kajian genetik dan kajian perilaku Giant Panda. 
Selain itu, kehadiran Giant Panda ini akan meningkatkan kesedaran orang awam mengenai usaha konservasi Giant Panda RRC dan secara tidak langsung menghargai keunikan dan kepentingan konservasi hidupan liar dan biodiversiti di Malaysia. 
Sementara itu, satu pertandingan peringkat nasional untuk menamakan Giant Panda tersebut akan turut diadakan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengenali haiwan unik ini. 
Giant Panda ini bakal ditempatkan di sebuah eksibit khas di Taman Wetland, Putrajaya.

Hebat ke tidak? Hebat lah kan. Tetapi teman menentang bebenor rancangan ini. Ini kerana ia akan memberi ancaman kepada spesis beruang yang hampir pupus yang mendiami kawasan Putrajaya Wetlands itu. Spesis beruang yang suka fotografi ini dilihat pandai pose-pose model. Mereka juga menjadikan kawasan tersebut sebagai habitat semulajadi mereka. Kawasan pokok buluh berumpun-rumpun merupakan habitat panda semulajadi. Di bawah adalah beberapa imej beruang hampir pupus yang ditemui di kawasan perbuluhan, Putrajaya Wetlands yang bakal dijadikan tapak konservasi panda:




Hahaha. Masa pose-pose kat sini, aku terfikir pulak "dah macam panda aku ni". Tak sangka plak kerajaan China berminat untuk memberi sepasang panda kepada kerajaan kita dan di sinilah mereka akan ditempatkan kelak. Tak dapek den nak bermain panda-panda dah kat cini.

Memain je lah kan membantah segala apehal. Aku siapa nak bantah-bantah. Eloklah kawasan tenang kat situ berpenghuni 24 jam. Selamat datang panda! Jom kita berkungfu.

Hadiah Hari Keputeraan Pak Tam Ke 34

Selalunya penyambut hari jadi akan menunggu hadiah dari teman-temannya. Kali ini, teman rasa, teman nak ubah hal yang gitu-gitu.

Baiklah, sempena Hari Keputeraan Pak Tam Ke 34 ini pada 23 Jun 2012, ingin teman membawakan koser gratis Michael Belajar Mengerock , atau nama popularnya Michael Learn To Rock (MLTR). Konser gratis itu maksudnya konsert percuma lah. Maka hadirlah ke Setia City Mall, Shah Alam untuk menyaksikan konsert itu. Tiada tempat duduk, masuk tak payah bayar. 

Konsert percuma ini yang dibawakan oleh Ah Beng & Friends .. err. er... hello detiknews.. apa bener potonya !


MLTR Konser Gratis di Kuala Lumpur 23 Juni
Yulia Dian - detikhot
Senin, 11/06/2012 18:29 WIB

Konser MLTR di Kuala Lumpur
Jakarta - Lama tak terdengar kabarnya, ternyata band Michael Learns to Rock (MLTR) kini sedang sibuk tur. Konser terdekat MLTR dengan Indonesia pun akan digelar di Kuala Lumpur pada 23 Juni mendatang. 
Band pop rock asal Inggris itu akan menggelar konser mereka gratis alias tanpa dipungut tiket masuk. Konser akan digelar dalam kelas festival di Setia City Park, Setia Alam, Kuala Lumpur, Malaysia. Demikian dikutip dari situs resmi MLTR, Selasa (11/6/2012). 
Kabarnya pelantun hits 'Paint My Love' itu juga akan menggelar konser di Indonesia. Namun hal tersebut belum bisa dipastikan karena hingga kini belum ada promotor yang mengkonfirmasi. 
Pasca menggelar konser di Malaysia, MLTR baru punya satu jadwal lain sepanjang 2012. Yaitu konser di Randers Ugen, Denmark pada 11 Agustus 2012. Jadwal panggung MLTR baru akan berjalan Februari 2013 di sekitaran Denmark.

Thursday, May 31, 2012

'Bath Salts' Dadah Sintetik Baru Paling Merbahaya

" Eh, comelnya budak ni. Rasa macam nak gigit je pipi dia. " Itu kot yang biasa kita dengar. Tapi kalau camni, camne lah pulak? " Eh, comelnya orang tua ni. Rasa nak kunyah je muka dia. "

Agaknya itulah yang difikirkan oleh Rudy Eugene yang ditembak mati di Miami seminggu lepas selepas didapati sedang dalam keadaan berbogel, mengunyah muka seorang gelandangan bernama Ronald Poppo di tepi sebatang lebuhraya yang sibuk di tengah hari rembang.

Rudy Eugene akhirnya ditembak mati oleh polis ketika sedang menikmati muka Poppo, sementara muka Poppo telah lunyai dan hilang 80% daging akibat di baham Eugene.

Poppo kini sedang bertarung nyawa di hospital dan doktor berusaha membentuk semula wajahnya dan keadaannya dilaporkan kembali stabil selepas tenat minggu lalu.

Eugene dikatakan sedang di bawah pengaruh 'Bath Salts' sejenis dadah sintetik terbaru yang membuatkan penggunanya berimaginasi luar kawalan, berbogel dan menyerang mangsa-mangsa dengan agresif seperti pemangsa kelaparan.

Rudy Eugene

 Ronald Poppo

Selepas Eugene ditembak mati


Muka Poppo yang hancur dimamah Eugene