Friday, December 9, 2011

Siapa Suka Menipu?


Tentu anda pernah lihat gambar ini satu ketika dahulu kan? Kononnya Najib adalah sebenarnya Hindu. Menggunakan sami Hindu dalam memak-esahkan sesiapa yang mengganggu keselamatan dirinya. Hasil dari penipuan Raja Petra, muncullah gambar ini yang menjadi edaran umum sehingga ramai yang terpedaya dan terpecaya. Maklumlah negara ni dipenuhi orang-orang bodoh belaka.

Tetapi, gambar sebenar yang beredar, tidak siapa mahu sebarkan. Apakah ini merupakan keseronokan warga negara ini yang lebih menyukai yang bathil dari yang hak? Menyukai fitnah dari yang benar. Maka tunggulah azab Allah ke atas negara ini sekiranya itu yang mereka tunggu-tunggu.



Siapa yang membohongi masyarakat? Siapa yang menipu rakyat? Mereka dan keluarga mereka. Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka mana ada maruah. Macam mana mereka nak malu? Tapi yang bawah ni semestinya bukan gambar edit! tak caya bukak Malaysia Today!


Thursday, December 8, 2011

Foto Bersama Di Kota Kinabalu














Siti Nurhagaga



Chantik sungguh hiasan pada topi Kak Hajah kita ni kan. Saja nak timbulkan kontroversi ke apa ye? Sejak-sejak menerima saham disko melalui keterkinja-kinjaan anak muda dengan lagunya sambil meneguk arak di disko-disko, Kak Hajah semakin menonjol di persada I Love Me Nak Mati atau dengan kata kasarnya 'iluminati'. Atau nak bagitau yang "I sekarang cawangan Gaga di Malaysia". Bolehlah kita panggil dia Datuk Hajah Siti Nurhagaga. Atau nama singkatannya Siti Gaga. Muahaha. Makin tuwe makin menjadi kann?