Tuesday, August 19, 2014

Ke Jakarta bersama KLM

Bagi anda yang gemar berulang alik ke Jakarta, cubalah penerbangan KLM 809 dan KLM 810. Penerbangan ini menggunakan pesawat Boeing 777-300 yang mampu membawa sehingga 300 penumpang. Tambang yang dikenakan untuk sebuah premium airliner milik Belanda ini ialah lingkungan RM325 dan RM375 pergi balik bergantung kepada promosi untuk tambang ekonomi.

Semasa ke Jakarta pada 13 Jun lalu saya pertama kali menaiki penerbangan ini. Ia hanya mengambil masa 1 jam 35 minit untuk sampai ke Jakarta. 

Perjalanan adalah di Terminal M , KLIA dan di Terminal 2 di Soekarno-Hatta.


KLM 809 adalah penerbangan Amsterdam - Jakarta melalui Kuala Lumpur. Menggunakan pesawat baru yang berusia kurang 2 tahun, bertolak dari Amsterdam pada jam 8:50 malam waktu Belanda (2:50 pagi waktu Malaysia) dan tiba di KLIA pada jam 2:55 petang waktu tempatan. Ia kemudian bertolak ke Jakarta pada jam 4:20 petang dan tiba di Soekarno-Hatta 1 jam 35 minit kemudian. Dalam penerbangan pergi ini, hanya snek berupa karipap besar dan minuman ringan disajikan.

KLM810 pula adalah penerbangan jurusan Jakarta - Amsterdam yang juga melalui Kuala Lumpur. Ia bertolak dari Jakarta pada jam 6:45 malam Waktu Indonesia Barat dan tiba di KLIA pada jam 9:55 malam waktu tempatan, sebelum terbang ke Amsterdam pada jam 11:20 malam untuk tiba di sana pada jam 5:55 pagi waktu Belanda (11:55 pagi waktu Malaysia)

Kelebihan KLM bagi destinasi ini ialah jumlah angkutan yang dibenarkan oleh syarikat untuk penumpang tambang ekonomi seperti kita ini.

Check in luggage - 23 kg
Hand luggage - 12 kg

Tentu sahaja pemborong kain baju atau apa-apa dagangan akan mendapat manfaat darinya. Jadi cubalah penerbangan ini dan bandingkanlah dengan penerbangan lain. Anda akan merasai perbezaannya, keberbaloiannya dan mungkin menyukainya.


 Hidangan makan malam dalam perjalanan pulang. Nasi lemak rendang ayam dan beberapa hidangan pencuci mulut.


Selain bermain solitaire, saya hanya melihat peta laluan ini.

Pesawat mengisi penumpang ke Jakarta di Terminal M KLIA.

Dalaman pesawat.

Pintu keluar/masuk Malaysia.

Pintu masuk/keluar di Indonesia.

No comments:

Post a Comment