Monday, March 10, 2014

Mengapa Kehilangan MH370 8 Mac 2014 Cukup Misteri? #PrayForMH370 #DoakanMH370



Kehilangan pesawat Boeing 777-200 MH370 Malaysia Airlines tujuan Beijing bermula dengan terputusnya hubungan dengan menara kawalan selepas 49 minit berlepas dari KLIA. Ia disahkan hilang pada jam 2:41 pagi. Penerbangan bernombor MH370 itu adalah hubungan MAS ke Beijing setiap hari berlepas jam 12:35 malam.

Persoalan hilangnya di laut cetek amat mencetus hairan. Selepas 66 jam, pesawat belum ditemui. 

Kedalaman laut di kawasan itu tidak lebih 200 meter. Ia boleh dikesan oleh sonar nelayan biasa sahaja.

Mengapa sains dan teknologi yang kita kenali cukup moden hari ini tidak mampu menjelaskan apa-apa?

Berbeza dengan kes Adam Air pada 1.1.2007 di Laut Sulawesi sedalam 2000 meter dan Air France di Lautan Atlantik yang belum dipetakan di Brazil pada 1.6.2010 yang berkedalaman 4000 meter.

Lautan cetek ini mempunyai banyak pelantar minyak  dan penuh dengan nelayan mencari makan termasuk pemancing-pemancing dan maklumat dari mereka ini sudah tentulah jelas sudah lama memberi bukti kerana ia berlaku pada ketika penikmat langit malam belum mahu tidur. 

Jika ia meletup di udara, tentu sahaja banyak mata yang menjadi saksi. Segala peraturan protokol sebagainya telah dipatuhi dalam pengendalian penyelenggaraan pesawat.

Jika ia upaya pengganas dengan dua pasport yang sudah terbatal berwajah bukan Asia, perisikan Amerika Syarikat menjelaskan itu belum boleh dijadikan alasan mengingati pemerdagangan orang dan imigran gelap menggunakan kaedah ini selama ini. 

Namun saya lebih terfikir kebarangkalian jika ia pasport curi yang dibeli oleh ratusan backpackers yang tersadai di pulau-pulau tumpuan di Thailand untuk keluar.

Jika Teresa Kok merasakan dia boleh mengatakan ini perbuatan pengganas Muslim Xinjiang, bagaimana pula pendapat mengatakan ia perbuatan satu-satunya rakyat Taiwan yang menaiki pesawat tersebut yang mensabotaj bagi merosakkan hubungan Malaysia dengan China setelah pengetahuan kita menjurus pengaruh Taiwan dalam PRU13 ke atas DAP gagal menukar kerajaan negara ini.

Itulah sewenangnya hak kepada sesiapa yang mahu mengeluarkan teori seperti yang cuba dinikmati beliau. Tetapi caranya tidak benar dan paling penting, tiada hak untuk membuat kenyataan seperti itu tanpa beserta bukti.

Teori tanpa praktikal serta bukti tidak diperlukan buat masa ini. Lawak jenaka juga tidak perlu disuguh ke dunia internet. 

Jika ia benar melakukan pusingan untuk kembali ke KLIA, nampaknya ada nelayan yang terlihat pesawat tebang rendah. Mungkin di hutan Pahang? Tetapi jika di darat, kotak hitam sudah lama dapat dikesan melalui gelombang yang di keluarkannya.

Atau ia cuba berhubung dengan ATC Lapangan Terbang Kuala Terengganu tetapi tidak mendapat balasan?  Lihatlah jika semua teori mahu dikedepankan.

Berhujung dari itu,  apakah wajar kenyataan tanpa asas terutamanya berkaitan politik dikeluarkan dengan mengaitkan dengan itu dan ini terutamanya dari individu politik pada ketika tiada bukti apa-apa yang boleh membantu tuduhan mereka.

Lagi pula kini sedang terdapat pendapat yang berbeza berjumlah lebih 2 billion jika dicampur jumlah penduduk negara yang warganya terbabit dalam insiden ini.

Jika billionan teori marhaen perlu di sebar di media sosial, adakah itu membantu kebenaran sebenar terungkap?

Ada yang sensitif terlompat melihat anak salah asuhan mempersendakan insiden ini dengan nada yang tidak sensitif.  

Tetapi adakah kita tidak terbabit dengan berbagai jenaka celupar offline yang sudah terdapat dalam komunikasi masyarakat luar sana  yang langsung tidak sensitif berhubung insiden ini. "Pilot patah balik wallet tertinggal" etc. Hanya sekiranya tersiar di media sosial, bererti seseorang yang membuat kenyataan itu sedia menempah kecaman teruk. Atau sekadar hiburan sekelompok yang syok sendiri mencari nama seperti budak baru nak up?

Rumit masalah ini belum tahu akibat kelembapan operasi atau terlindung mata. Maka seharusnya kita perhatikan proses siasatan ini dengan tidak menjadi unggas yang mengganggu proses.

Kini sains dan teknologi hanya boleh menyiasat pada bukti. Mereka belum mampu mencari bukti itu. Pohonlah pada Ilahi.


No comments:

Post a Comment