Wednesday, June 19, 2013

Asap Jerebu Dari Indonesia , Singapura Bising-Bising

Jerebu terburuk dalam tempoh 16 tahun melanda selatan Semenanjung Malaysia sejak beberapa hari lalu menimbulkan kekecohan di Singapura, sebuah negara yang ketat larangan merokoknya. Wow. 

Ketika artikel ini ditulis, IPU di Kuala Lumpur berada pada angka 68 manakala Singapura berada pada angka 174. Di Dumai, yang terletak di pantai timur Riau, ianya mencecah 400.

Untungnya buat masa ini, ruang udara Kuala Lumpur masih agak cerah walaupun adakalanya berjerebu kerana angin barat laut dan angin barat masih bersilih ganti.

Jika angin barat bertiup, maka udara yang sampau ke Lembah Klang ialah dari Sumatera Utara yang tidak mengalami kebakaran.  Namun jika angin berubah sedikit dari selatan, yakni dari barat daya, apa yang sedang dialami Singapura sekarang akan beralih ke Kuala Lumpur.

Cukup heran melihat kebakaran ini berlaku hanya di sekitar kawasan yang berhampiran Kuala Lumpur dan Singapura di sebelah dalam wilayah Indonesia. Ada yang menuduh ianya perbuatan sabotaj ekonomi.

Banyak yang menuduh ia berlaku akibat pembukaan tanah oleh peladang sawit. Indonesia menuduh syarikat Malaysia dan Singapura juga terbabit. 

Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa kawasan tersebut sedang mengalami musim kering dan bertanah gambut. Kebakaran mudah terjadi dan sukar pula dipadamkan.

Namun kelansian Indonesia yang tidak melayan tawaran bantuan memadam kebakaran sejak kebelakangan ini agak menjengkelkan juga.

Sebahagian gambar adalah milik Riauterkini.com

No comments:

Post a Comment