Tuesday, February 5, 2013

Facebook Bakal Lancarkan Applikasi Mengesan Lokasi Pengguna


San Francisco - Keseriusan Facebook dalam memaksimalkan applikasi mobile dapat dilihat dari sejumlah applikasi baru yang sedang dimajukan. Baru-baru ini, raksasa jejaring sosial tersebut telah memajukan applikasi telefon pintar yang mampu mengesan lokasi pengguna.

Berdasarkan sumber dalaman Facebook,  applikasi ini dijadualkan akan dilancar pada pertengahan Mac. Fungsinya ialah untuk membantu pengguna mencari rakan yang lokasinya dekat dengan lokasi si pengguna tersebut.

"Applikasi ini kelak akan beroperasi meskipun ketika program tidak dibuka di telefon ", ujar sumber tersebut di Bloomberg, Selasa 5 Februari 2012.

Seperti yang diketahui, Facebook cukup rajin menambah feature di Facebook mobile. Ini dibuat bagi meningkatkan keuntungan dari jumlah pengguna yang besar yang mengakses lamannya dari dimensi mudah alih seperti telefon pintar dan tablet.

Applikasi pengesan ini turut akan membantu Facebook dalam kempen pengiklanan kliennya berdasarkan lokasi dan kebiasaan harian para penggunannya.

Namun, Facebook terpaksa meyakinkan pihak-pihak berkaitan bahawa aplikasi ini selamat kerana ia berkaitan dengan privasi dan besar kemungkinan applikasi ini akan menerima kritikan hebat.

Seperti diketahui, beberapa pihak di Amerika Syarikat dan Eropah sebelum ini telah menegur Facebook berhubung masalah privasi dengan kecaman bahawa Facebook tidak cukup bijak menyimpan data pengguna  walaupun dalam mode private.


No comments:

Post a Comment