Friday, July 20, 2012

Ketuk Hempuk Ramadhan : Pajeri Nenas


Tahukah anda bahawa lauk paling sedap walaupun hanya dua jenis bagi saya ialah pajeri nenas dan ikan masin. Peregeheh!!!!

Jadi mehlah aku syerkan cara-cara menyediakan pajeri nenas untuk korang try buat satu. Bahan-bahannya ialah : 

1 biji nenas 
2 peket kecik rempah kari daging 
2 peket kecik kerisik 
1 peket kecik bunga lawang 
4 sudu gula (kalau nenas tawar, ikut la berapa sudu ko suka) 
¼ sudu garam 
1 genggam udang kering 

Cara Memasak : 

Masukkan semua bahan itu dalam periuk, isi air sampai semuanya tenggelam, letak atas dapur, nyalakan api, kacau setiap 10 minit, selepas 4 kali kacau.. tada.. sedia untuk dihidangkan. Selamat bereksperimen di dapur. Jumpa lagi. Babai. Bai. Bai.. ape ni bai..







No comments:

Post a Comment