Saturday, May 5, 2012

Tidur Di Sinari Rembulan


Apakah rasanya duduk sorang-sorang? Seram? Angker? Lemak manis? Masin?  Itu adalah subjektif pada individu. Objektifnya kena pakai borang OMR. Merapik sudah. Belum habis satu perenggan pun.

Perkara paling seksi saat tidur bagi saya ialah tidur sambil disirami rembulan. Macam malam tadi.

Rembulan mengambang penuh yer. Bagi sesetengah insan, tinggal sendirian merupakan sesuatu yang amat menggerunkan. Apatah lagi bila bulan mengambang dan bila larut malam, suasana sepi. ♫ . Ewah.

Tetapi bagi saya, pada saat kesepian seperti itu, banyak perkara yang boleh saya lakukan untuk diri saya yang selama ini telah saya abaikan kebajikannya dan tidak dipedulikan oleh Jabatan Kebajikan. Tetibe.

Contohnya dengan memanjakan badan dengan sinaran rembulan seperti ini. Lebih seksi lah kalau pasangan-pasangan sah berhubungan intim kan. Tapi jangan nak seksi sangat lah.

Tapi awas. Tabiat ini boleh menyebabkan kulit anda rentung. Lihatlah kulit saya. Rentung kan? Uwaa.


No comments:

Post a Comment