Thursday, May 10, 2012

Tekanan Jiwa Melanda Hatiku

Aku dah rasa cukup kerja kat sini. Cukup lama. Sadisnya aku dari menjadi orang yang dicari-cari doktor pakar untuk meminta bantuan dari segi sesurat untuk demer tentang kenaikan pangkan delelain, kemudian menjual tender, tutup tender, bukak tender, kutip belas ribu sehari adakalanya, tapi wang pos je, sign resit, sampai terpaksa jaga stor yang dihuni orang yang malas-malas belaka sebab 20 tahun tak tukar mana-mana.

CUKUPLAH MASA AKU KAT SINI. Banyak yang bodoh tak boleh diajar. Kita kena pasrah, saprah, masrah (eh itu pakcik dok tepi dewan kat umah aku kat Ipoh tu), dan blah dari sini.

Sekurang-kurangnya mereka nampak apa yang aku dah buat, dan cukuplah Allah yang bagi rezeki untuk aku. Sesiapa pun akan mengatakan aku bodoh sebab menurut kehendak orang yang bodoh-bodoh yang bersama dah kerja di tempat jahanam ni selama berbelas tahun, berpuluh tahun, dan telah mencipta pertalian sebulu hidung sesama mereka.

Pergi jahanamlah dengan apa yang mereka nak jadi. Khidmat aku dari hari pertama aku dapat stor ni, iaitu di mana ratusan barang yang terdiri dari risalah, poster, buku kecil, buku manual, flip chart, kotak-kotak, kertas kertas, yang berlonggok memenuhi ruang seluas 144 m² ini, tidak memiliki apa-apa maklumat kuantiti setiap satunya. Tiada stock card.

Selepas 6 bulan segalanya teratur. Sistem diperkenalkan. Tetapi sistem tidak dapat diamalkan kerana aku tidak lagi dipercayai. Grace period untuk aku di sini telahpun 2 tahun berlanjut.

Aku masih kat sini sebab aku tak disahkan ke jawatan kali kedua aku ini yang membuatkan aku tercampak ke stor ini. Tak siapa peduli. Dalam seluruh kementerian yang antara terbesar di negara ini, ada cuma 6 je jawatan aku ni.

Mujur ada opsyen dua tahun lepas yang meletakkan ak di bawah Infomation Ministry. Maka tamatlah tempoh perkhidmatan aku di sini. Tapi esok exam. Belum sah lagi la kan, so extend lagi. Uaaaaaaaaaaaaa!

No comments:

Post a Comment