Monday, May 21, 2012

Pagi Yang Terang Kini Sudah Suei !

Kesueian ibarat bermain kuda yang tidak pernah menang...

Isnin, 21.05.2012. Hari yang ditunggu-tunggu. Persiapan 5 bulan untuk pensijilan 5S berakhir hari ini. Pihak MAMPU(s) akan mengaudit zon yang aku ketuai.

Aku bangun pagi dengan kesegar-bugaran yang cemerlang. Hasil mentol aku dipadamkan sebaik sahaja Mentor TV3 bersiaran malam tadi.

Aku memakai pakaian terhensem aku hari ini. Lalu menyembur perfume Tommy Hilfiger dan semangat berkobar-kobar untuk ke ofis berkobar-kobar. Berapa banyak kobar da..

Kadar humid pagi yang disusuli panahan mentari pagi penuh vitamin E , taurina, kalsium dan DHA penting untuk tumbesaran anak-anak membuatkan aku sedikit rengsa.

Semalam aku berpengalaman anjing apabila bas 600 yang aku tunggu untuk pulang ke rumah tidak muncul-muncul dari jam 1725 hingga 1825. cc : Perbadanan Putrajaya . Ko memang baharuah.

Pagi ini aku nyaris berpengalaman baharuah lagi. Mujurlah selepas 11 minit 24 saat menunggu, bas datang. Memang mujur. Sebab aku dari tadi merenung batu sebesar penombok di tepi jalan yang aku kira-kira layak untuk aku baling ke bas tersebut andai kata tak muncul-muncul untuk 5 minit lagi, lalu yang muncul bas ke Putrajaya Sentral, bukannya ke ofis aku.

Sebaik sahaja aku naik, aku terus menikmati penyaman udara yang sedap giler dalam bas itu. Perhentian bas seterusnya, merupakan sejarah baru.

Di kala beberapa orang wanita sedang terkedek-kedek untuk menaiki bas, terselit seorang lelaki yang agak hensem tetapi berciri gayah. Kejap. Aku rasa aku kenal.

Sebelum bas membrek sepenuhnya, aku terus mengeluarkan telefon bimbit dan membelek entah apa pun aku tak tahu. Kebencian dan kerengsaan aku mengalahkan kenyamanan bas itu sendiri. Memang la aku kenal mamat tu.

Itulah housemate aku dulu. Yang lari mengosongkan bilik tanpa notis masa cuti hari raya tahun lepas. Sebesar-besar Putrajaya ni, kuarters sebelah ni yang kau duduk yer. Elok sangat lah. Semoga kau dan laki engkau berbahagia di kuarters itu, dan semoga mendapat  tanggapan negatif kariah surau di situ sepertimana hangpa memberikan nama buruk kepada aku kat kariah surau tempat aku.

Dia naik dan terus menuju ke seat belakang sementara aku terus membelek telefon yang entah aku tak tahu apa. Dia ingat aku tak nampak dia. Salah. Aku nampak ler. Tapi sebab kemenyampahan tahap 7 yang aku miliki terhadap dia, membuatkan aku terpaksa purak-purak tak nampak.

Nampaknya esok aku terpaksa naik bas yang lebih awal. Sebel. Sebel. Sebel !!!!!!! Suei pagi aku yang indah ni.  

No comments:

Post a Comment