Friday, May 4, 2012

Hosmet oh Hosmet


Macam-macam karenah housemate atau kata manjanya hosmet di kotaraya, bangkok bank, kotaraya, bangkok bank.. err.. macam konduktor bas mini tak? .. Haha

Macam-macam karenah hosmet di kotaraya ini. Sebagai tuan tanah atau tuan khemah atau tuan-tuan dan puan-puan, sungguh pening menguruskan hosmet ini.

Tapi hosmet aku terbaru, yang baru meletak jawatan sebagai penyewa bilik rumah aku semalam, memang sebahagian petunjuk dunia nak kiamat lah.

Apakan tidak, (cewah) saban bulan membayar duit sewa tanpa pernah miss, (saban la sangat dari bulan 1 je kot).. empunya jiwa balik rumah sebulan 2 kali. Hebat bukan? Macam setan.

Tujuan aku sewakan bilik tu ialah untuk memastikan ada la security guard yang jaga rumah tu bila aku balik kampung. Bahkan (cewah lagi), harooommm.

Malah, kata sang penyewa, kalo aku balik kampung, dia pun balik kampung. Sebab dia seram dok kat rumah penthouse aku tingkat 15 yang saban malam dipuput bayu menderu yang mengeluarkan bunyi menyeramkan buat orang yang tak beriman.

Jangan nak nakhoromm sangatlah bercerita kisah hantu saitan segala kan. Aku yang duduk rumah tu dah 30 bulan, di mana separuh daripadanya, aku keseorangan, tak ada seekor hantu pun yang bertandang. Cakap besar nih. 

Tok guru aku cakap, (bukan tok guru nik ajeh mahupun jus tok guru ok), kalau kita takut Allah lebih dari takutkan hantu saitan, maka hantu saitan pun takut nak menjelma depan kita sebab takut kita sepak terajang dia sampai koma. Kalau dia koma, mana ada hospital nak admit hantu. Yer tak yer lah tok guru. Yer kan ajer.

Maka semalam merupakan hari terakhir sang penyewa itu menyebut untuk berpindah. Dia kata jauh dari tempat kerja. Baiklah. Yang dulu punya kata angker. Baiklah. 

Si penyewa ni last balik rumah dua tiga minggu sudah. Masa tu aku lepas Maghrib dan baca Yaasin. Elok habis isyak aku nak la keluar bersembang. Non hadooo. Dia dah angkat kaki keluar. 

Jangan-jangan kau yang saitan tak. Tak tahan panas balik time aku tengah mengaji. Ehehe. Gurau je beb. Takleh gurau gi Kuala Kurau. Naik bas gi Taiping, pastu naik bas Red Omnibus tulis Kuala Kurau. Sekian.



No comments:

Post a Comment