Saturday, May 19, 2012

19 Lampu Isyarat Untuk 10 km. Putrajayakhh!!

Ye lah, smart city lah sangat. Siapa orang luar yang datang melawat meliwat Putrajaya, memanglah terpaut, tersaut, terdaud, terkaut hati dengan kota aladin ini.  Tetapi, apakah pula perasaan kami-kami yang tinggal di sini?

Meskipun saudara-saudara sekelian, Putrajaya dibilang sebagai smart city, adalah sebab apa? Sudah tentulah dia kelihatan smart apabila ia berjaya memperbodoh-bodohkan penghuninya.

Benar, ramai yang terpersona dengan kemampuan undang-undang lalulintas Putrajaya untuk 'Belok Kiri Jika Tiada Kenderaan' di semua persimpangan berlampu isyarat. Tetapi tahukah saudara-saudari sekelian, untuk ke pejabat dari rumah saya dengan menaiki bas tambang , terdapat 19 lampu isyarat yang perlu ditempuhi tidak termasuk yang boleh belok kiri jika tiada kenderaan.

Bayangkan untuk sebuah persimpangan yang kereta melintas seminit sekali, pun ada lampu merah. Tidakkah itu memperbodoh-bodohkan penghuninya? Ibarat, kalau tak ada lampu isyarat itu, maka pertimbangan manusia untuk melintas persimpangan yang lengang bagai terencat adanya jua.

Sebab itulah bandar ini kelihatan smart. Hanya kerana ia telah memperbodohkan kami.

Eii. Kalau ikutkan jiwa nan lara ini, nak je aku buat blog lain khusus sebagai tukang hentam Putrajaya Holdings. Ini kerana, kekadang, para penghuni Putrajaya seperti kami terasa ketungungannya menduduki 'smart city ini'.

Entry ini tidak ada kena mengena dengan politik okeh. Ia adalah hanya sekadar soal perancangan bandar yang tak berapa pandai.


Antara lampu isyarat yang tumbang diterajang penghuni Putrajaya yang kerengsaan. Haha. Bidaah lah aku kan.

No comments:

Post a Comment