Wednesday, April 25, 2012

Selamat Datang Ke Ipoh Hujung Minggu Ini





Tidak dapat tidak hujung bulan ini menjadi sesuatu yang meriah buat penduduk Ipoh. Bukan kerana Bersih 3.0 , tetapi kerana bertembungnya dua acara yang bakal membuatkan bandaraya Ipoh akan bertambah 'penghuninya' pada tarikh yang sama dengan perhimpunan tersebut di KL. Pada tanggal 28 April 2012 akan berlangsungnya pehimpunan para pengguna Twitter yang tergabung dalam komuniti #Twitterjaya di P.O.R.T. di No. 9 , Jalan Sultan Azlan Shah (Tiger Lane) yang digelar #TwtUpIpoh yang bakal menyaksikan ribuan anak muda berkumpul bagi menjayakan aktiviti yang telah dirancang. Manakala pada hari tersebut juga, selama dua hari, Jom Heboh anjuran TV3 akan diadakan di Stadium Indera Mulia yang terletak hanya 6km dari P.O.R.T. Kemeriahan ini turut ditambah dengan pembukaan Tune Hotels Ipoh pada 31 Mac lalu dan pastinya ia akan memberi lagi satu pilihan penginapan kepada mereka yang hadir pada hari yang bakal memeriahkan bandaraya Ipoh ini. Tempahlah sekarang sebelum ianya penuh! Maka mengapa orang Ipoh perlu perlu menyusahkan diri untuk menyertai perhimpunan mendesak SPR melakukan reformasi sistem pilihanraya yang sedang SPR lakukan demi memenuhi agenda peribadi seorang yang tidak layak diangkat menjadi pemimpin nun di KL sana? Meriahkan Ipoh 28 April ini!

No comments:

Post a Comment