Wednesday, March 28, 2012

Kenangan Zaman Kanak-Kanak





Masa aku kecik-kecik, kat padang surau ini la tempat aku bermain panas dan hujan. Main bola, main combat, main lopak air hujan. Ia menjadi taman permainan aku dari tahun 1986 sampai 1991. Lepas tahun 1991 aku dah sekolah menengah, tak kan la aku nak main ngan generasi seterusnya kat padang ni pulak kan. Nak isap rokok pun susah. Nanti kantoi ngan tok siak.

Tapi paling best kalau main kat surau ni ialah air kelapa muda free yang boleh di ambil bila-bila masa. Sebab tu la saya sentiasa kelihatan muda. Kan.. kan.. (Uwekkk..)

Tak payah pakai parang, kami telah menemui kaedah terbaik untuk mendapatkan air kelapa muda. Nak tau macam mana? Beginilah caranya :




Ala, bukannya rosak kepala paip tembaga tempat wuduk belakang surau tu. Abis pun tersumbat je. Kepala paip tu jugaklah yang membekalkan air minum terus ke tekak masa dahaga main bola. Itulah yang membezakan bekalan air Ipoh dengan bekalan air KL. Kalau kat KL budak-budak minum macamtu, berak hijau la alamatnye, ye tak?

Tapi awas. Jika nasib tak baik, sudah tentu satu lagi permainan akan tercipta di kawasan surau. Iaitu acara lagi kena hambat dengan penyapu. Hahaha.









Hari ni, surau tu dah tak ada. dah ganti surau baru yang baru siap tahun lepas. Pokok kelapa pun dah takde. Cemaner nak minum air kelapa hantam paip lagi? Cemaner nak main kejar-kejar ngan pakcik surau lagi?



No comments:

Post a Comment