Friday, December 30, 2011

Ucapan Selamat Tahun Baru 2012

Banyak suka duka dilalui sepanjang tahun 2011. Sama ada jatuh cinta, ditipu oleh orang yang kononnya ada cinta untuk kita dan kita terpaksa menipu orang kononnya ada cinta untuk dia kerana menjaga hatinya.

Tahun 2011 menyaksikan banyak perubahan berlaku pada susuk tubuh aku dengan hadirnya beberapa susuk tubuh yang membawa ubat pelangsing badan, serta amalan pemakanan aku yang telah semakin meninggalkan pemakanan nasi.

Tahun 2012 aku meramalkan berat badan aku akan kembali meningkat, pertembungan aku terhadap manusia-manusia penipu akan berkurangan dan aku berazam memperkemaskan lagi perjalanan hidup aku dengan langkah-langkah yang tidak perlu untuk aku umumkan.

Langkah-langkah ini mungkin akan menyebabkan kekadang-kadangan aku dapat di rasai oleh mereka yang dekat dengan aku.

Sesungguhnya, kita manusia melalui zaman dan evolusi tersendiri mengikut masa yang ditetapkan olehnya melalui keupayaan kita untuk menetapkannya.

Jika kita tidak diberi keupayaan olehNya untuk menetapkan masa-masa untuk kita berubah, maka bolehlah kita menyebut bahawa masa untuk melakukan perubahan adalah di tanganNya.

Kerana Dia memberi keupayaan untuk kita berfikir. Sama dengan jika kita menyebut, kuasa Allah membolehkan saya menjawab 13 x 5 jawapannya 65. Tentulah itu tak memerlukan kita untuk berdoa bersolat istiqarah tatkala kita di tanya berapakah jawapan untuk 13 x 5.

Betul ke tidak? Maka, dengan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada sahabat-sahabat, musibat-musibat, hang tuah hang jebat, yang cepat yang lambat, yang jauh yang dekat.

Semoga kita bersama memperoleh kekayaan berlipat ganda di tahun 2012.

Sekian.

No comments:

Post a Comment