Thursday, December 15, 2011

Tragedi Gunung Sebatang 1996


Sebelum Sunway mengambil alih khazanah alam ini dan menjadikan harta nenek moyang mereka, kawasan ini kami panggil 'Gunung Sebatang'. Kami saban petang menunggang motor melalui celahan kawasan yang kini letaknya taman tema 'The Lost World of Tambun', untuk tiba di 'Gunung Sebatang' ini kerana paya di kaki gunung ini terdapat ikan talapia, haruan dan ikan ubi (belontok) yang besar-besar.

Tetapi, pada suatu hari yang gelap dek mendung yang amat, aku dan 4 kawan aku sedang asyik memancing di paya Gunung Sebatang. Kami ditakdirkan dapat ikan talapia yang besar-besar. Aku masih ingat. Ketika itu bulan Mei 1996. Banyak ikan yang kami dapat tu menghairankan kami. Hampir satu guni! Besar-besar. Hanya ikan talapia sahaja.

Tiba-tiba ada yang berdehem. Yang pasti bukan suara kami. Dan lebih angker, suara itu datang dari seberang paya sebelah depan kami yang merupakan dinding Gunung Datuk yang menegak beratus-ratus meter tingginya. Tiada jalan atau lorong untuk ke sana.

Kami berlima memandang sesama sendiri. Kegembiraan mendapat ikan yang banyak itu terhenti seketika.

"Tak cukup-cukup lagi ke ikan aku bagi? Balik la woi!" tempikan dari arah gunung tu dengan suara kasar lagi garau. Tanpa banyak bunyi, kami bertempiaran lari dengan muka pucat lesi dan tidak lagi kembali ke situ sampai hari ini walaupun kawasan tersebut dah dibangunkan dengan cantik oleh Sunway.

Paling penting, ikan seguni yang kami dapat, kami bawak lari sekali. Hahaha. Apa aku peduli. Tak kan nak sia-sia je duduk situ pancing. Lagipun jin mengamuk tu dah sebut 'aku bagi'. Orang bagi kita ambik je la. Eh, Orang ke? Hahaha.

2 comments:

  1. true story tau.. sebab tu sampai skang x masuk2 lagi lost world tu walaupun kat umah je

    ReplyDelete