Wednesday, December 7, 2011

Destinasi Pilihanku : Kota Kinabalu

Tidak dinafikan lagi, destinasi paling best bagi aku di bumi Malaysia ini ialah Kota Kinabalu! Yes! Aku dah sampai ke semua ibu negeri di Malaysia ini, dan tidak ada yang setanding dengan Kota Kota Kinabalu! Pada 17 September 2011 aku berpeluang untuk ke Kota Kinabalu untuk kali kedua, hasil dari bonus setengah bulan untuk raya pada bulan 8. Elok sangat kan. PM kasi bonus untuk belanja raya, aku buat beli tiket kapaterobang.

Apa yang aku suka tentang Kota Kinabalu ialah, tentang kemampuan kita untuk terpanggang kepanasan dan menggigil kesejukan dalam tempoh 12 jam melancong.

Lihat sahaja pemandangan Pulau Sepangar saat pesawat membuat pusingan untuk mendarat. Walaupun cantik, tiada publisiti pelancongan untuk pulau ini. Kalau di Semenanjung, nescaya dipuja puji bagai nak rak sebagai destinasi indah itu ini.

Berdirinya sang jurugambar ini ialah di atas Pulau Manukan. Pulau Manukan boleh dikunjungi seawal jam 8 pagi. Tambang bot cuma RM10. Namun yuran memasuki Taman Laut ini mencecah RM7.50. Sewaan peralatan menyelam adalah RM15 meliputi google snorkeling , jaket keselamatan dan fin. Snorkeling hanya dibenarkan di kawasan yang dipagari pukat kerana di sebalik keindahan sudut menarik Laut China Selatan ini, menanti gerombolan obor-obor berbisa yang mengintai mangsa. Oleh kerana Spongebob tinggal di Bikini Bottom, tiada siapa yang mahu menangkap obor-obor di Manukan Bottom. Semua bottom, sapa top? Menjelang jam 12 tengahari, suhu pantai akan mencecah 36­°C dan boleh mengudangkan kulit anda. Selepas merasa sensasi kepanasan itu, pulanglah segera ke bandaraya Kota Kinabalu.

Sukar untuk mendapati kejernihan pantai dengan berlatarkan bandaraya yang pesat membangun. Cuba ke Pulau Pinang. Sudahlah lautnya hanyir, air taik dari hotel di salurkan ke tengah laut. Depa ingat kami tak nampak?

Dan saya semakin keudangan dipanah terik mentari Pulau Manukan. (Gerenti menggelupas kulit ni). Jadi, untuk merasai sensasi seterusnya, kembalilah ke Kota Kinabalu, dan mulakan pemanduan ke Kundasang.

Mengikut Google Maps, jarak dari Jesselton Point (jeti) ke ladang tenusu Sabah Diary Farm yang terletak 1600 meter dari aras laut di Kundasang adalah 94.3km dan mengambil masa 1 jam 32 minit. Bidaah. Lebih kurang 2 jam mungkin. Jadi mulakan perjalanan anda pada jam 1 petang, untuk sampai di Kundasang pada jam 3 petang.

Perjalanan ke Kundasang perlu menempuh laluan berkabus sebab hari dah petang. Selepas tengahari, kawasan Bundu Tuhan iaitu simpang ke Kinabalu Park akan mula dilitupi kabus. Awas jika memandu. Kerana di sesetengah tempat, jarak penglihatan hanya di bawah 10 meter!

Setibanya di Kundasang, teruskan perjalanan ke Jalan Cinta Mata Mesilou yang menghala ke Gunung Kinabalu. Kudasang terletak 1,200 meter dari aras laut. Tempat tertinggi yang boleh kita pandu kereta kita ialah Sabah Diary Farm yang terletak 1,600 meter dari aras laut. Inilah dia jalan menuju ke Sabah Diary Farm. Sangat indah dan dingin.

Dan menjelang jam 4 petang, kita pun berada di kaki Gunung Kinabalu dengan pemandangan air terjun Sungai Mesilou yang jatuh dari ketinggian 1,000 meter tetapi hanya jika selepas hujan. Beruntung lah saya dapat melihatnya. Suhu di sini tercatat 16°C ! Hanya 4 jam yang lepas, kulit anda dibakar mentari pantai 36°C ! Inilah tarikan sebenar Kota Kinabalu!


Sabah Diary Farm sangat indah. Seperti anda berada diluar negara.

Keindahan itu dapat dilihat bukan sahaja jika diselitkan dengan model yang indah...

Malah jika model yang diselitkan itu tidak indah, keindahan Kundasang tetap menyerlah!

P/S : Saya dari Manukan ke Kundasang bukan dalam masa sehari. Saya cuma syorkan cadangan bahawa anda boleh lakukannya dalam masa sehari. Bidaah ini dibayar siarannya.

3 comments:

  1. fuhh..teruja..dh beli tiket ke sabah..skang tgh survey2 tmpt wajib dilawati + kumpul duit je lg..heheh..

    ReplyDelete