Wednesday, December 28, 2011

Bila Pengawal Perokok Itu Tidak Merokok!

Memang aku teringin sangat mengurangkan tabiat merokok. Tidak dinafikan. Tapi oleh kerana pembuat dasar tentang merokok di Kementerian Kesihatan terdiri dari mereka yang tidak merokok, maka saya telah menjadi lebih kuat merokok.

Bukan sahaja aku, malah ramai lagi yang bertambah kuat hisap rokok. Apakah strategi mereka untuk kurangkan merokok hakikatnya ialah untuk mengkronikkan lagi tabiat merokok?

Cuba bayangkan, para perokok yang sebelum ini menghisap 14 batang sehari, telah automatik menghisap 20 batang sehari. Bagi kebanyakan perokok, rokok yang lebih 24 jam dibuka tidak lagi sedap!

Maka tabiat mereka menjadikan perbelanjaan rokok sebagai peruntukan harian dan setiap kotak rokok akan dihabiskan dalam hari yang sama. Sama ada mereka yang hisap, atau agihkan kepada mereka yang segan untuk membeli.

Purata harga sebatang rokok menjadi RM0.50 bagi setiap sekotak 20 batang rokok yang berharga RM10.00.

Bukankah lebih baik mereka hanya mewujudkan rokok kotak kecil 7 batang seperti gambar di atas dengan harga RM5.00. Purata setiap batang rokok menjadi RM0.71 dan memang lah mahal.

Tetapi, walaupun mahal, ini mendidik perokok untuk menghisap 7 batang sehari dan perbelanjaan rokok sebulan boleh berkurangan sehingga 50%.

Maka para pembuat dasar tembakau di Kementerian Kesihatan perlulah berfikir, apakah sekotak 20 batang dengan harga RM10 itu membantu kurangnya tabiat merokok?

Kalau dah pembuat dasar pun tak merokok, boleh kah mereka membuat dasar dalam menguruskan orang yang merokok? Apa pun tak boleh!

1 comment:

  1. itulah pointnya. siapa kata kita mau kurangkan perokok?

    kalau harga rokok naik lagi 100% pun jualan tetap x berubah, malah mungkin naik lagi.

    Rasanya cukai rokok paling tinggi. Cukai tinggi menambah pendapatan negara. Jadi boleh claim 500 lagi tahun depan (kalau ada).

    ReplyDelete