Monday, December 19, 2011

Apsal Aku Sibuk Benor Dengan Kamera Lalulintas Ni?

KL Seremban
(Desa Waterpark)


Apa yang anda nampak? Jalan yang sibuk, bukan? Kalau anda baca ni waktu sibuk lah. Kalau anda baca posting ni tengah malam, sibuk jugaklah. Cuma tak nampak. Setan-setan dan jin- jin punya lalulintas, kita tak nampak la kan. Cuma yang pasti, kalau setan atau jin bawak kereta dorang melulu, sudah tentu setan lain carut macamni 'Hoi, sial! Bawak kereta macam manusia!'. Ye lah kan, kita kalau berhadapan situasi yang sama, selalu sebut sesama manusia 'Hoi sial! Bawak kereta macam setan'.

Eh melalut pulak. Imej di atas adalah apa yang tersiar dari kamera ITIS hak milik DBKL. Terletak di persimpangan Lebuhraya Cheras Kajang dengan Lebuhraya KL Seremban. Aku tumpangkan je ke blog ni. Tak ngaku hak milik pun. Macam mana nak buat? Aku sekolah sampah Darjah 4 pun tau kodek-kodek HTML. Pandai-pandai korang le pikir ye tak?

Jalan Raja Chulan
(Pavilion)


Yang di atas ni pulak, di Jalan Raja Chulan, belakang Pavilion. Penting ye buat adik-adik yang suka berso-sialan di Pavilion. Mana la tau kan, ada date bagai, at least kalau lambat, masih ada bukti la kan. Jalan jem u. Kot-kot yang nyaris putus, tak jadi pulak putus kan. Jangan putus-putus cinta sangatlah yer. Semak status FB nanti. Masyarakat benchi.

Jalan Setapak
(Usahawan)

Yang ini pulak di Jalan Genting Klang. Lebih tepat di simpang ke Wangsa Maju. Tak susah pun kan nak mengetahui keadaan lalulintas di zaman teknologitew ini.

Tapi, kenapa ye aku beria sangat nak tengok trafik KL ni padahal aku kerja kat Putrajaya. Duduk pun kat Putrajaya. Walau KL jem mahupun peanut butter, aku tetap sampai rumah dalam 10 minit.

Jangan silap yer. Aku bukan nak tengok lalulintas yang dah jelak aku tengok. Aku cuma nak tengok sama ada kawasan-kawasan itu, hujan ke tidak. Hehehe. Pun bolehhhhh.

No comments:

Post a Comment