Saturday, December 10, 2011

Aku Dan Mee Goreng


Mee goreng diisytiharkan sebagai makanan ruji aku sejak awal bulan lepas setelah ia memenangi anugerah Pilihan Kuali Paling Popular di dapur aku. Sebab apa popular? Lihat statistik ini:

Sebungkus mi kuning berharga RM1.20 dapat menyediakan 6 hidangan. Maknanyanya setiap hidangan, nilai mi kuningnya ialah RM0.20.

Seikat sawi berharga RM1.00 dan boleh digunakan untuk 4 hidangan. Setiap hidangan nilai sawinya RM0.25.

Sebiji telur berharga RM40 dan setiap hidangan memerlukan sebiji telur.

Manakala sebiji limau nipis berharga RM0.60 dan boleh digunakan untuk 2 hidangan. Maka nilai limau nipis untuk setiap hidangan ialah RM0.30.

Jika harga 5 titis cuka, 5 titis kicap, suku sudu garam, setengah sudu gula, setengah potong bawang besar, 3 biji bawang putih dan hirisan 4 batang cili api dikira RM0.30, maka sepinggan mi goreng yang paling lazat di benua Putrajaya itu cuma berharga RM1.45 sahaja.

Sesungguhnya, jika ada makcik jual nasi lemak macam di Sri Nilam, Ampang dengan harga RM1.50 sebungkus dan belambak, nescaya, hanya telur goreng yang memenangi anugerah Pilihan Kuali Paling Popular di dapur teman.

Teman tak kuasa nak masak sebenornya. Tapi, malas, lapar ka. Bila la nak ada kedai makan dekat2 area ni. Baruah betol!

No comments:

Post a Comment