Monday, June 20, 2011

Orang Tua Juga Terpedaya Dengan Mockumentary?

Wahaha. Gelak dulu boleh kan? OK, baru boleh cerita. Al-kisah sahibul hikayat, ada la dua orang kawan aku ni. Umurnya dah 43 dan 42. Masa aku kecik-kecik dulu, diorang la hebat. Istilah "kamu budak lagi, kamu tahu apa?" selalu setepek kena kat muka aku dari mulut-mulut diorang.

Tapi, setelah berkurun berlalu, balasan untuk mereka pun sampai. Nak gelak tapi kesian, nak diam macam merelakan berleluasanya kebodohan dalam masyarakat.

Kisahnya, satu petang, M bukan nama sebenar dan N bukan nama sebenar sedang berbual dengan penuh serius. Yang aku dengar, mati, kesian, menakutkan dan berbagai lagi terma seram. Kedua-duanya saling cuba merungkai misteri. Misteri apakah?

Penunggu Istana? Hahaha. Itu rupanya yang diorang bincangkan dengan serius. Nyaris bertekak diorang dengan aku sebab mempertahankan 'kebenaran' kisah dalam Penunggu Istana tu.

Nampaknya, perlukah aku sebut, "Kamu dah tua, kamu tahu apa?" kepada mereka pulak?"

Lalu aku pun menceritakan bagaimana 'mockumentary' The Blair Witch Project terbitan tahun 1999 telah berjaya mengutip US$250 juta dengan modal US$200,000. Memang waktu itu aku mati-mati percaya dengan apa yang terpapar dalam The Blair Witch Project. Mujurlah waktu tu umur aku baru awal 20an. Bukannya awal 40an. Hahahaha.

The Blair Witch Project lebih real kerana pelakonnya tidak mengetahui bahawa mereka sedang diperbodohkan untuk dijadikan sebuah filem, manakala pelakon-pelakon Penunggu Istana pula memang telah mengetahui mereka sedang berlakon.

Malangnya, M dan N tetap tak percaya penerangan aku. Hahaha. Marah pun ada, lawak pun ader, kesian pun ader..

1 comment:

  1. suruh jer M dan N baca pendedahan Malaywood.net ... atau copy URL nie http://bit.ly/ifI6Sl

    ReplyDelete