Friday, May 20, 2011

Insiden Di Stesen Minyak

Untuk kali terakhir, aku berjumpa Fendy, saat aku menjemput dia yang turun dari bas sepulangnya dia dari Langkawi di Puduraya. Kami terus ke Q Bistro untuk makan malam. Ini hampir pasti, merupakan kali terakhir aku dan dia bersampingan.

Selepas makan, aku pun hantar Fendy balik. Tapi, aku berhasrat untuk mengisi minyak. Aku pun berhenti di Shell arah keluar ke Lebuhraya Metramac di Bandar Sri Permaisuri.

Ketika mengisi minyak, aku dikejutkan dengan seorang gadis kecil bertudung pink yang tiba-tiba muncul di sebelah aku dan tersenyum. Dia kemudian memberi salam. Aku menjawab salamnya. Mungkin dia teragak-agak untuk memberi salam kerana mungkin dia fikir yang aku bukan Muslim.

Seperti gadis seusianya yang dipergunakan oleh rumah-rumah anak yatim, senyumannya jelas merupakan lontaran dalam keterpaksaan. Jam telah lebih 9 malam. Aku jadi terharu, sedih dan marah kerana semasa aku sebesar dia, walaupun keluarga aku tak kaya, mak bapak aku dah pastikan aku ada di rumah pada waktu-waktu begini untuk menyiapkan kerja sekolah.

"Ni berapa satu ni" aku bertanya sambil menunjukkan sebotol madu yang dipegangnya. Budak perempuan itu sambil tersenyum menjelaskan khasiat madu itu serta jualan yang dibuat adalah untuk membantu anak-anak yatim tempat dia berteduh dan akhirnya menjawab, ia berharga RM100.

Mak aih. Sebotol madu kuning dalam botol mineral 500ml berharga RM100? Aku beli madu hitam kat Kundasang pun RM12 sebotol. Lagi besar dari tu.

Aku sedih dengan anak kecil ini yang diperalatkan oleh pentadbir rumah anak yatim tempat dia sepatutnya dipelihara tidak lebih dan tidak kurang dari apa yang diperolehi oleh seorang anak dari ibu bapa mereka.

Aku mengeluarkan wang RM10 walaupun aku sedar cash money di dalam poket aku hanya cukup untuk membayar tol sahaja. Aku menghulur RM10 itu kepada budak itu. Budak itu menawarkan resit tapi aku menolak. Aku mintak dia ambil duit tu dan buat belanja. Budak tu tetap berkeras mahu keluarkan resit. Aku berkeras tak mahukan resit itu.

Aku meluru masuk ke kereta dengan rasa sebak dan kesal dengan nasib gadis kecil itu. Kedengaran dia menyapa kat aku begini " Semoga Allah memberi rahmat kat abang." Aku tanpa memandangnya dan terus masuk ke kereta hanya menyebut kembali "Insya Allah."

"Siapa tu?" tanya Fendy. "Anak yatim yang dipergunakan" jawab aku. Kami terus berlalu.

Seminggu berlalu, aku dapat rasakan, ucap selamat terakhir yang dilontarkan gadis kecil itu seakan-akan telah termakbul. Bukan dari rahmat rezeki wang tunai beribu-ribu ringgit. Tetapi dari segi.....

Hehe. Saja kasi saspen. Sapa suruh baca.

No comments:

Post a Comment