Wednesday, March 9, 2011

Melayu Kini Makan 'Babi'?

Trend kulinari telah berubah dari zaman ke zaman. Makanan Melayu mula digemari oleh orang Cina dan makanan Cina mula digemari oleh orang Melayu. Sampai teman pernah terjumpa orang Melayu menjual Chee Cheong Fun.

Chee Cheong Fun ialah beras yang ditanak, dilenyek dan di bentuk dalam kepingan seperti kuetiau, kemudian dikukus dan dipotong untuk di makan bersama kuah cili dan kuah petis udang dengan taburan bijan. Sama seperti Yong Tau Foo rasa kuahnya.

Rasanya sudah tentulah tidaklah sesedap mana tetapi ia merupakan makanan ekonomik yang dahulunya digemari oleh golongan pendapatan rendah dalam masyarakat Cina.

Tetapi satu fakta yang teman dapat tahu dari kawan teman berbangsa Cina, dia menyebut, orang Melayu jangan makan Chee Cheong Fun. Chee Cheong Fun bermaksud Kuetiau Usus Babi. Bukan kerana ia mengandungi babi. Tiada babi terbabit dalam menghasilkan Chee Cheong Fun. Ia adalah simbol keadaannya yang kononnya menyerupai usus babi.

Dek kerana itu, kawan teman pun menyarankan orang Melayu menyebutnya Ngau Cheong Fun yang bermaksud Kuetiau Usus Lembu. Betapa prihatinnya kawan teman tu. Tapi seberapa prihatinnya orang Melayu yang menjual 'Kuetiau Usus Babi' itu?

Kita tidak akan suka menyamakan benda yang halal dengan benda yang haram. Maka demikian, menyebut Chee Cheong Fun seharusnya memberi maksud yang agak menjijikkan seperti kata kawan teman yang berbangsa Cina itu.

Mulai hari ini, ikutlah nasihat kawan teman tu dengan menyebut makanan tersebut sebagai 'Ngau Cheong Fun' yer. Atau sebaiknya, makanan tersebut disebut 'Cheong Fun' sahaja.

No comments:

Post a Comment