Tuesday, March 15, 2011

Bulan Punca Tsunami Jepun?


Beberapa hari lagi, bulan akan mengambang penuh. Pada saat bulan mengambang penuh ini, ia akan berada paling hampir dengan bumi. Maka ia akan kelihatan lebih besar kali ini.

Ada sumber menyebut, akibat dari kedudukan inilah air pasang besar berlaku di Pasifik dan membuatkan jisim air laut seluruh Pasifik bertambah dan memberi tekanan kepada pengembangan lantai lautan dan menggerakkan geseran di subduction zone di Parit Jepun sehingga terhadi gempa bumi dan seterusnya menghasilkan tsunami baru-baru ini.

Hal ini boleh juga berlaku di Sumatera apabila jisim air laut menumpu ke Lautan Hindi dan memberi tekanan kepada pengembangan lantai laut dan memaksa berlakunya proses subduction yang ketara di Parit Sunda.

Ianya boleh berlaku dalam masa terdekat ini, saat bulan sedang menghampiri bumi dalam apa yang disebut 'Lunar Perigee', bertentangan dengan situasi apabila bulan berada pada lokasi paling jauh dari bumi iaitu pada saat 'Lunar Apogee'.

Fenomena ini dikatakan lebih menghampiri bumi berbanding Lunar Perigee paling hampir 18 tahun lalu dengan bulan berada pada kedudukan 356,700 km, menghampiri bumi sebanyak 49,600 km berbanding 'Lunar Apogee' sebelumnya yang berkedudukan 406,300 km dari bumi.

Bulan akan kelihatan besar, lebih terang dan lebih memberi kesan emosi, cuaca dan bencana pada hari Sabtu ini.

No comments:

Post a Comment